Anda di halaman 1dari 38

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR.

YUSUF AL-QARADHAWI) 1
MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 2


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

(rumusan) Akidah salaf & khalaf


(Dr. yusuf al-qaradhawi)
MENYATUKAN UMAT & MEMPERKEMASKAN SOF

MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 3


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

ILMU KALAM LAHIR DARIPADA KEDEGILAN AKAL MANUSIA YANG MAHU BERFIKIR SESUATU YANG TIDAK MAMPU DIFIKIR. SEPERTI PANDANGAN YANG MEMPUNYAI BATASAN HALNYA SAMA PADA AKAL FIKIRAN M. HIDIR BAHARUDIN

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 4


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN 013-2223513 KAMPUNG SG. CHINCHIN

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 5


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

ISI KANDUNGAN
PRAKATA METOD RUMUSAN MUQADDIMAH MENGENALI MANHAJ SALAFI
DEFINISI MANHAJ SALAFI DALIL-DALIL KEMULIAAN MANHAJ SALAFI DAN PENGIKUTNYA ILMU KALAM DARIPADA PANDANGAN SALAFUS SOLEH

6 8 9 14
14 14 17

SIKAP KITA TERHADAP SIFAT ALLAH


IMAM HASSAN AL-BANNA AL-ALLAMAH RASYID RIDA IMAM IMADUDDIN AL-WASITHI IMAM IBNU KATHIR DR. YUSUF AL-QARADHAWI

20
20 20 20 21 21

BEBERAPA ALASAN KEHARUSAN MENGAMBIL MADZHAB SALAF


KELEMAHAN AKAL MANUSIA DOSA DALAM KESALAHAN TAKWIL TAKWIL MEMBUKA PINTU KESESATAN MADZHAB SALAF DISEPAKATI SELAMAT BERPEGANG TEGUH KEPADA KESEPAKATAN LEBIH UTAMA PARA PENTAKWIL KEMBALI KEPADA MADZHAB SALAF IMAM ABUL HASSAN AL-ASYARI IMAM HARAMAIN IMAM GHAZALI IMAM FAKHRURRAZI

23
23 23 24 24 25 25 25 27 28 28

3 PERSOALAN
CARA BERINTERAKSI DENGAN ORANG AWAM MENDEKATKAN MADZHAB SALAF & MADZHAB KHALAF SIKAP KITA

30
30 32 33

PENUTUP RUJUKAN BIODATA PENULIS

35 37 38

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 6


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

PRAKATA

Allah s.w.t. berfirman;

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 7


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka. (Surah Al-Anam: 1)

Alhamdulillah di atas segala limpah kurnia dan taufikNya telah mengizinkan saya menyiapnya rumusan buku karya Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini bertajuk Akidah Salaf & Khalaf. Buku ini adalah terbitan Pustaka Al-Kautsar, cetakan tahun 2009, Jakarta Timur. Judul asli ini adalah Cairo pada tahun 20051. Rumusan ini saya siapkan pada Ramadhan 1434H ketika cuti semester universiti sesi 2012/2013. Sebenarnya saya telah siap membaca, siap meneliti, dan siap membuat nota kecil tentang isi kandungan buku ini pada tarikh 31 Ogos 2010. Ketika itu saya sudah berhasrat membuat rumusan secara lebih tersusun dan menghidangkan kepada sesiapa yang mahu mengambil manfaat. Akan tetapi hasrat ini tertangguh kerana kesibukan saya sepanjang semester samada semester panjang atau semester pendek kuliyyah di universiti. Alhamdulillah semester ini saya mempunyai kelapangan menyiapkan rumusan ini. Kelapangan ini merupakan satu nikmat yang besar untuk saya. Tujuan daripada rumusan ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menambah pemahaman saya sendiri tentang prinsip-prinsip akidah Islam. Dengan pemahaman ini saya dapat membaiki diri dan menyemai benih-benih menjadi lelaki soleh yang memberi manfaat pada diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Saya berharap rumusan ini menjadi amalan soleh yang dinilai Allah dengan ganjaran pahala dan syurga dan kekal ganjarannya selamanya. Saya juga mengharapkan rumusan ini menjadi tulisan yang ringan yang mudah difahami oleh sekalian lapisan pembaca yang mahu mengambil manfaat. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa, isteri, anak-anak, dan guru-guru kerana mendidik saya mengenal Islam dan memberi sokongan kepada saya mempraktikkan Islam dalam hidupan seharian. Jasa kalian saya dahulukan dengan ucapan terima kasih dan semoga Allah s.w.t. membalas jasa kalian. terbitan Maktabah Wahbah

Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) BP165, 5Q13F

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 8


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Saya mengakui rumusan ini perlukan banyak teguran dan penambahbaikkan. Jika saya tidak mulakan tulisan lebih besar salah dan ruginya. Walaubagaimanapun saya mengharapkan teguran. Saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Sekian terima kasih. Mohammad Hidir Baharudin Kampung Sg. Chinchin Gombak 24 Julai 2013M/ 15 Ramadhan 1434H

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 9


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

METOD PENULISAN
Di bawah, saya sertakan beberapa metod rumusan yang diguna pakai; I. Buku Akidah Salaf & Khalaf mempunyai 10 Bab utama.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Ayat-Ayat Dan Hadits-Hadits Sifat Allah Menurut Kaum Salaf Dan Khalaf Perbezaan Pendapat Tentang Ayat-Ayat Dan Hadits-Hadits Sifat Allah Sikap Kaum Salaf Terhadap Sifat-Sifat Allah Sikap Kaum Khalaf Terhadap Sifat-Sifat Allah Sikap Kita Terhadap Sifat-Sifat Allah Beberapa Alasan Keharusan Mengambil Madzhab Salaf Beberapa Catatan Tambahan Wali Dan Karamah Sunnah Dan Bidah Dalam Ziarah Kubur Tawassul

Saya tidak akan merumuskan Bab 1, 2, 3, dan 4 kerana saya merasakan pembaca mengetahui tentang hal ini. Saya juga tidak akan merumuskan Bab 8, 9, dan 10 dalam tulisan ini. Dengan izin Allah, saya akan merumuskan di dalam tulisan yang lain. II. Saya akan menambah;

1. 2. 3.

Maklumat daripada buku-buku yang berkaitan Tarikh wafatnya ulamak yang saya sebutkan Maklumat pencarian buku di Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

III.

Saya tidak akan membawa jawapan balas Al-Allamah Dr. Yusuf AlQaradhawi kepada kritikan-kritikan ulamak.

IV.

Saya menyusun rumusan saya ini sesuai dengan pemahaman saya.

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 10


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

MUQADDIMAH
Imam Hassan Al-Banna menyebut di dalam prinsip ke-102 Usul 20 bahawa;

.(7

()

Mengenal Allah, mentauhid dan membersihkan-Nya daripada sesuatu yang menyekutuiNya adalah akidah yan paling tinggi dalam Islam. Ayat al-Quran dan hadith yang menyentuh sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa melakukan tafsiran dan takwilan. Kita jauhi perselisihan ulama dalam masalah ini. Kita berpada dengan apa yang telah diterima pakai oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Firman Allah yang bermaksud:Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: Kami beriman dengannya (ayat-ayat mutasyabihat). Semuanya itu dari sisi Tuhan kami. (Ali Imran: 7). Kata Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, Tanpa menceburkan diri ke kancah falsafah dan upacara kesufian, mengenal Allah yang sebenar-benar kenal adalah mengikut dan beriltizam serta berserah diri dengan segala ruh, cahaya, penawar, petunjuk, dan rahmat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang tidak mengikuti dan tidak beriltizam serta menerima jalan ini, sebaliknya bernaung dengan jalan yang selainnya maka dia telah sesat.3 Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 7;

2 3

Syarah Usul 20, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, Dewan Pustaka Fajar, 2003 Ibid

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 11


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

Ayat di atas merupakan titik mula perbezaan antara Madzhab Salaf dan Madzhab Khalaf tentang memahami sifat-sifat Allah. Madzhab Salaf mewaqafkan bacaan pada dan Madzhab Khalaf mewaqafkan bacaan pada Dengan tempat waqaf yang berlainan, maka maksud ayat juga berlainan. Jadilah maksud ayat seperti yang difahami Madzhab Salaf ialah Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. dan Madzhab Khalaf ialah Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama. Saya memilih tempat waqaf Madzhab Salaf dan jumhur seperti yang dilakukan oleh Ibn Masud r.a., Ibn Abbas r.a., Ubay bin Kaab r.a., Aisyah r.a. As-Sayuthi r.a. kerana; I. pada adalah istinaf dan bukanlah athof seperti

yang difahami Mujahid, Ad-Dhahhak, Ar-Rabi, Muhammad bin Jaafar, An-Nawawi, dan non-jumhur yang lain.

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 12


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

II.

Adalah janggal mewaqafkan bacaan pada janggal pada bacaan dan janggal pada maknanya.

samada

III.

Saya mendengar 12 Qurra terkenal pada zaman ini4. Mereka ialah Syeikh Misyari Al-Afasi, Syeikh Abdurrahman As-Sudais, Syeikh Shuraim, Syeikh Saad Al-Ghamidi, Syeikh Ahmed Al-Ajmi, Syeikh Salah Al Budair, Syeikh Abu Hajar Al-Iraqi, Syeikh Mahmood Khalil AlHussary, Syeikh Khalid Al-Jalil, Syeikh Nasser Al-Qatami, Syeikh Moutasem Al-Hameedi, dan Syeikh Abu Bakr Al-Shatri. Hasilnya mereka mewaqafkan bacaan pada .

IV.

Saya juga melihat cetakan Al-Quran daripada 7 cetakan. Hasilnya kesemua cetakan meletakkan tanda bacaan atau yang bermaksud lebih baik berhenti atau mesti berhenti pada menyebut baik diteruskan. . Tiada yang

Antara contohnya ialah persoalan di mana Allah. Dalam At-Tamhid, Imam AlQadhi Abu Bakar Al-Baqillani (w.403H) menulis, Jika ada yang bertanya, Apakah kalian berpendapat bahawa Allah ada di setiap tempat? Dia harus menjawab, Aku berlindung kepada Allah daripada mengatakan bahawa Dia ada di setiap tempat! Dia bersemayam di atas Arsy sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-Quran;

Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (Surah Toha: 5)

... Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik, dan amal yang soleh pula di angkatnya naik... (Surah Fathir: 10)

www.youtube.com Surah Ali Imran

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 13


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)? (Surah Al-Mulk: 10)

Jika Allah ada di setiap tempat, Dia pasti ada di dalam perut, mulut manusia, tandas, dan tempat-tempat lainnya yang tidak layak untuk disebutkan. Serta hal ini pasti akan menambah tempat yang Dia ciptakan dan tidak ciptakan sebelumnya. Juga akan mengurangi jika Dia membatalkan tempat yang Dia ciptakan. Ini beerti Dia dapat datang ke bumi (Saya berkata bahawa berjisim), belakang, kanan, dan kiri kita. Umat Islam telah sepakat bahawa pendapat seperti ini adalah keliru.

Saya berkata bahawa pendapat Allah di mana-mana adalah pendapat Haruriyah, Jahamiyah, dan Muktazilah.5 ______________________

Allah Antara Tasawuf Dengan Akidah, Abdul Fattah Haron, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2008

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 14


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

MENGENALI MANHAJ SALAFI


1. Definisi Manhaj Salafi 6

Akidah ialah ketetapan hati yang pasti seseorang7. Ketetapan hati seseorang Muslim adalah tentang keimanan kepada Allah, Para Malaikat, Para Rasul, Kitab-Kitab, Hari Kiamat, dan Qada dan Qadar. Akidah adalah usul. Allah dan Rasul telah menjelaskan usulNya ini di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Maka ia tidak mempunyai ruang untuk akal fikiran menetapkannya. Manhaj Salafi ialah adalah jalan Nabi s.a.w. yang terang yang mudah yang diikuti oleh generasi pertama iaitu para sahabat, tabiin, tabi tabiin, dan kaum Muslimin yang mengikut jejak mereka. Mereka ini satu dalam fikiran dan perbuatan. Imam Abu Muzhaffar As-Samani (w.489H) berkata, Jika kamu memerhatikan seluruh kitab-kitab karya mereka daripada pertama sampai terakhir, yang klasik dan kontemporer, sedang zaman mereka berbeza dan tempat tinggal mereka berjauhan, masingmasing tinggal di tempat terpisah, nescaya kamu akan dapati mereka dalam menjelaskan akidah adalah dengan metod yang sama, dan cara tidak berbeza. Mereka mengikuti sebuah metod yang tidak akan melencong dan condong daripadanya. Perkataan mereka dalam hal tersebut adalah satu dan kamu tidak akan dapati perbezaan di antara mereka dalam suatu perkataan sedikit pun. Bahkan jika kamu kumpulkan apa yang keluar daripada mulut mereka dan apa yang mereka nukilkan daripada pendahulu mereka, nescaya kamu akan dapati seolaholah perkataan itu keluar daripada satu hati dan muncul daripada satu lisan. 8 2. Dalil-Dalil Kemulian Manhaj Salaf Dan Pengikutnya

Allah s.w.t. memberi pujian kepada Manhaj Salaf dan pengikutnya di beberapa tempat di dalam Al-Quran. Ini adalah kerana mereka adalah generasi terawal mendapat didikan wahyu secara langsung daripada Nabi s.a.w. dan amanah menyebarkan Islam adalah pada mereka. Allah meredhai mereka. Allah berfirman;

6 7

Manhaj Salafi Imam Syafii, Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi, Pustaka Al-Furqoon, 2012 Menyingkap Aliran Dan Paham Sesat, Ummu Tamim Izzah binti Rasyad, Pustakan Imam Ahmad, 2009 8 Manhaj Salafi Imam Syafii, Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As-Sidawi, Pustaka Al-Furqoon, 2012

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 15


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah: 100)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman;

Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (Surah An-Nisa: 115) Imam Ibnu Abi Jamrah (w.699H) berkata, Sesungguhnya yang dimaksudkan adalah jalan generasi pertama kerana merekalah yang menerima wahyu, mereka langsung bertanya daripada hal-hal yang belum jelas maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w. dengan jawapan yang terbaik dan dijelaskan dengan penjelasan yang sempurna. Saya menambah bahawa dalam ayat di atas bukanlah jalan kaum

Muslimin di sesuatu zaman dan tempat kerana kaum Muslimin di sesuatu zaman dan tempat tidaklah dijamin kesolehan mereka oleh Nabi s.a.w. Adapun para sahabat, tabiin, dan tabi

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 16


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

tabiin adalah generasi yang dijamin kesolehan mereka oleh Nabi s.a.w 9. Tambahan pula ayat ini menggunakan gelaran Mukminin yang tentunya berbeza dengan Muslimin. Allah berfirman;

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Surah Al-Fatihah: 7) Kata Imam As-Sayuthi (w.911), Dalam ayat ini terdapat isyarat untuk mengikuti salafus solih. Juga Nabi s.a.w. bersabda;

Sebaik-baik manusia ialah pada generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya.10 Kata Ibnu Masud,

Sesungguhnya Allah melihat ke dalam hati hamba-hambaNya maka Dia bertemu dengan hati Muhammad sebagai hati yang terbaik diantara hati hamba-hambaNya yang lain. Allah pun
9

10

HR. Bukhari & Muslim. Hadist mutawatir seperti yang dijelaskan oleh Ibn Hajar dalam Al-Ishabah (1/12) HR. Bukhari & Muslim. Hadist mutawatir seperti yang dijelaskan oleh Ibn Hajar dalam Al-Ishabah (1/12)

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 17


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

memilihnya secara khusus untukNya. Lalu Dia mengutuskan untuk membawa risalahNya. Sesudah itu Allah melihat lagi ke dalam hati hamba-hambaNya setelah mendapat hati Muhammad maka Dia menemukan hati para sahabatnya (Muhammad) sebagai hati yang terbaik diantara hati-hati hambaNya yang lain. Lantas Dia menjadikan mereka sebagai pendamping NabiNya. Mereka berperang di atas jalanNya. Apa sahaja yang dilihat kaum Muslimun baik maka itu juga baik di sisi Allah. Dan apa sahaja yang dilihat kaum Muslimun buruk maka itu juga buruk di sisi Allah.11 Maka saya katakan bahawa kaum Muslimun di sini adalah para sahabat. Apa sahaja yang dilihat para sahabat sebagai baik adalah baik. Sebaliknya apa sahaja yang dilihat para sahabat sebagai buruk adalah buruk.12 Imam As-Syafii (w.204H) berkata, Hendaklah kalian mengikuti ashabul hadits kerana mereka adalah golongan yang banyak benarnya. Dan banyak lagi yang saya tidak mampu nukilkan di sini. 3. Ilmu Kalam Daripada Pandangan Salafus Soleh

Ilmu kalam mula lahir pada penghujung abad pertama Hijrah di Baghdad 13. Ia lahir kerana dipengaruhi dengan ilmu-ilmu falsafah Yunani yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Titik awal ilmu kalam ini ialah peristiwa yang berlaku dalam majlis ilmiyah Imam Hassan Al-Basri (w.110H). Dalam majlis itu seorang yang bernama Wasil bin Atha mengatakan bahawa pelaku dosa besar tidak kafir dan bukan mukmin tetapi fasiq terletak di antara kedua syurga dan neraka. Hassan Al-Basri lalu menyisihkan iaitu mengeluarkan Wasil bin Atha daripada majlis ilmunya. Itazala iaitu menyisihkan maka lahirlah muktazilah iaitu orang-orang yang disisihkan. Mereka menggunakan akal yang dipengaruhi falsafah Yunani

11 12

HR. Ahmad - Hasan 10 Sahabat Nabi Dijamin Surga, Muhammad Ahmad Isa, Pustaka Imam Asy-Syafii, 2011 Senada dengan hadits di atas ialah kata-kata Ibn Umar r.a.;

13

Allah Antara Tasawuf Dan Akidah , Abdulfattah Haron, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2008

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 18


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

dalam hal akidah. Kerana penggunaan akal ini maka lahirlah soalan-soalan yang sia-sia yang tidak mengarah kepada amal14 yang antaranya;

Di manakah Allah sebelum wujudnya langit dan bumi? Adakah sifat Allah itu sama dengan ZatNya atau berlainan? Adakah penentuan husn dan qabih itu dikenali dengan syarak atau akal? Adakah wajib Allah melakukan salah dan aslah? Adakah manusia itu mukhayyar atau mujbar? Adakah wajib Allah membalas nikmat dan menyiksa pelaku maksiat? Apakah hukum pelaku dosa besar yang mati tanpa sempat bertaubat? Adakah iman itu tasdiq di hati sahaja atau tasdiq serta amal? Adakah boleh melihat Allah di akhirat atau mustahil?

Di bawah saya sertakan beberapa pandangan salafus soleh tentang ilmu kalam; Imam Asy-Syafii (w.204H), Sesungguhnya akal itu memiliki batas sebagaimana pendangan mata juga memiliki batas. Imam Adz-Dzahabi (w.748H), Telah mutawatir daripada Imam Syafii bahawa beliau mencela ilmu kalam dan ahli kalam. Beliau adalah seorang yang semangat dalam mengikut athar samada dalam akidah atau fiqh. Imam Sayuthi (w.911H), Tiga alasan mencela ilmu kalam iaitu (1) Faktor penyebab bidah kerana bidah dimulakan akal. (2) Ilmu kalam t idak pernah diajar Al-Quran dan AsSunnah. (3) Ilmu kalam adalah penyebab Al-Quran dan As-Sunnah ditinggalkan. Imam Al-Karji (w.532H) yang merupakan guru kepada Imam Al-Haramain, Maka mengikuti madzhab salah seorang imam fiqh dan menyelisih dalam aqidah (adalah batil). Demi Allah ini merupakan kemungkaran secara syariat dan akal. Maka sesiapa yang mengatakan, Saya bermadzhab Syafii dan beraqidah Asyari. Maka kita katakan, Ini

14

Prinsip Ke-9 Usul 20 menyatakan bahawa, Membincangkan masalah yang tidak jejak kepada kenyataan (tidak membuahkan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan sesuatu. Memberat-beratkan suatu masalah adalah dilarang oleh syariat. Sebagai contoh: membincang cabang-cabang hukum yang masih belum berlaku, dengan membuat andaian-andaian, membincangkan penafsiran ayat-ayat al-Quran yang masih belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaan para sahabat Rasulullah s.a.w atau membincangkan pendapat para sahabat. Kerana para sehabat mempunyai keistimewaan sebagai seorang sahabat. Mereka diganjari menurut niat mereka, tambahan pula masalah takwil merupakan jalan keluar.

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 19


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

adalah sikap yang kontradiktif bahkan merupakan penyimpangan dan kesesatan kerana tidak pernah Syafii beraqidah Asyirah. Saya katakan bahawa berlaku mulanya timbul firqah sesat adalah disebabkan penggunaan akal dalam hal sifat-sifat Allah. Timbullah soalan-soalan yang tidak mampu diselesaikan oleh akal akan tetapi kerana kedegilan akal, soalan-soalan tersebut cuba diselesaikan. Sampai akhirnya hati tidak akan puas dengan jawapan akal. __________________________________________________________

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 20


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

SIKAP KITA TERHADAP SIFAT ALLAH


Dalam bab ini, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyebut sikap beliau dan sikap salafus soleh yang diikuti oleh beliau dalam hal sifat-sifat Allah. Antaranya ialah Imam Hassan Al-Banna, Al-Allamah Syaikh Muhammad Rasyid Ridha, Al-Allamah Imaduddin Al-Wasithi, Imam Izzuddin Abdul Salam, Imam Ibnu Daqiq Al-Id, Imam Ibnu Kathir, dan lain-lain. Saya akan membawa sebahagian pendapat-pendapat mereka. 1. Imam Hassan Al-Banna (w.1368H) Kata beliau dalam prinsip dasar beliau yang kesepulu h, Kita mengimani ayat -ayat dan hadits-hadits sahih tentang sifat serta yang ada kaitan dengannya sebagaimana adanya, tanpa takwil dan menafikannya. Kita tidak menentang perbezaan ulamak tentang hal tersebut. Kita akan berusaha supaya lapang dada seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami (Surah Ali Imran: 7) 2. Al-Allamah Syaikh Muhammad Rasyid Ridha (w.1354)

Al-Allamah berpendirian sebagaimana pendirian kaum Salaf. Dalam menerangkan tentang sifat dan emosi seperti kasih saying, ridha, marah, dan benci, Al-Allamah menyebut, Sesungguhnya kaum Salaf membiarkan sifat-sifat tersebut sebagaimana adanya dengan menyucikan Allah daripada segala emosi makhluk. Mereka berkata bahawa Allah memiliki rasa cinta yang sesuai dengan keadaanNya bukan emosi seperti rasa cinta makhluk. 3. Al-Allamah Imaduddin Al-Wasithi (w.712H)

Allamah menyebut, Allah telah mensifati diriNya dengan sifat -sifat tersebut agar dengan sifat-sifat tersebut dapat kita mengenalNya. Yang demikian itu jika kita diam untuk mengimani dan menafikan sifat-sifat tersebut, ini bererti kita telah menyimpang daripada maksud Allah yang memperkenalkan diriNya kepada kita. Sifat yang Dia sebutkan tentang diriNya harus kita imani sesuai dengan yang Dia sifati tentang diriNya bukan diam atas sifatsifat tersebut

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 21


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

4.

Imam Ibnu Kathir (w.774H)

Manusia mempunyai pendapat ya ng banyak sekali tentang tema ini. Namun tempat ini bukanlah untuk menjelaskannya. Dalam tema ini kita menempuh cara Madzhab Salafus Soleh seperti Malik (w.179H), Al-Auzai (w.157H), Ats-Tsauri (w.161H), Al-Laits bin Saad (w.175H), Asy-Syafii (w.204H), Ahmad (w.241H), Ishaq bin Rahawaih (w.238H), dan ulamak lainnya samada zaman dahulu atau zaman sekarang. Cara tersebut adalah membiarkannya sebagaimana adanya dengan tanpa membuat bentuk, menyerupakan, dan mendistorsi. Beliau menambah, Bahkan pe ndapat seperti ini adalah pendapat para imam seperti Nuaim bin Hammad (w.***H), Al-Khuzai, dan Al-Bukhari (w.256H) Juga Abdullah bin Abbas (w.68H), Abdullah bin Umar (w.74H), Umar bin Abdul Aziz (w.101H), Hassan Basri (w.110H), Al-Zuhri (124H), Jafar Sadiq (w.148H), Ibn Kullab (w.240H), Abu Hassan Al-Asyari (w.324H), Ibn Hazm (w.456H), dan Ibn Taimiyyah (w.728H)15 5. Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Al-Allamah menutup topik ini dengan membuat kesimpulan bahawa, Dengan demikian pembaca dapat mengetahui bahawa dalam permasalahan sifat-sifat Allah, saya mengambil Manhaj Salaf. Saya berkata bahawa ini adalah penjelasan sebahagian ulamak pewaris Nabi s.a.w. yang menerangi umat pada zaman mereka dan zaman selepas zaman mereka. Mereka menyatakan pendirian mereka walaupun kelompok sesat dan melampau tidak menyukai. Ulamak ini sedaya upaya memberi manfaat kepada umat dan tidak hanya berzikir dan beratib siang dan malam. Mereka menulis, mensyarah, menafsir, dan lain-lain sama maknanya kepada kaum Muslimin supaya kaum Muslimin berada di atas jalan yang lurus iaitu jalan salafus soleh. Bukanlah tugas mereka mengkafir kaum Muslimin yang lain yang tetap beriman dengan enam rukun iman. Tugas mengkafirkan dan menyesatkan sesama kaum Muslimin ini diceburi oleh beberapa ahli agama yang bekerja di jabatan agama kerana kaum Muslimin yang lain berbeza dengan mereka pada permasalahan furuq. Alangkah menyesalnya mereka

15

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Kebatinan, Abdulfatah Haron Ibrahim, JAKIM, 2002

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 22


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

nanti ketika mereka di hadapan Allah tatkala dipersembahkan buku catatan amalan yang hanya penuh dengan debu-debu. __________________________

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 23


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

BEBERAPA ALASAN KEHARUSAN MENGAMBIL MADZHAB SALAF


Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengemukakan beberapa alasan dan hujah keharusan mengambil Madzhab Salaf sebagai pegangan dan bukannya Madzhab Khalaf. 1. Kelemahan Akal Manusia

Akal manusia terbatas untuk mengetahui hakikat sifat-sifat Allah iaitu Maha Pencipta. Lebih daripada itu, manusia juga terbatas untuk mengetahui hakikat dirinya sendiri. Meskipun perkembangan ilmu meluas, hakikat sifat-sifat Allah tidak dapat diketahui kerana keterbatasan akal manusia. Ini disepakati Salaf dan Khalaf. Kerana hal yang demikian, jalan yang paling lurus dan selamat ialah menerima sifatsifat Allah daripada wahyu yang maksum iaitu daripada Dia sendiri kerana Dia lebih mengetahui akan hakikat diriNya. 2. Dosa Dalam Kesalahan Takwil

Dengan metakwilkan sifat-sifat Allah, kita sebenarnya menggunakan akal yang sudah kita sepakati keterbatasannya. Ini akan terdedah kepada kesalahan dan kesilapan. Dan kita kerana hal yang demikian akan termasuk ke dalam golongan manusia yang bercakap tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan. Allah berfirman;

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkaraperkara yang keji, dan (menyuruh) supaya kamu berkata (dusta) terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui (salah benarnya). (Surah Al-Baqarah: 168-169)

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 24


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al-Araf: 33) Kata Abu Bakr As-Siddiq r.a., Langit manakah yang akan menaungiku dan bumi manakah yang akan melindungiku jika aku berbicara terdahap Al-Quran sedangkan aku tidak mengetahuinya.

3. Takwil Membuka Pintu Kesesatan

Membuka pintu takwil akan membuka pintu kesesatan kerana takwil akan menjadi wasilah masuknya orang-orang zindik, atheis, ahli batin, filasof, para sufi yang menyimpang, dan lain-lain. Kerana hal yang demikian, para salafus soleh menutup pintu takwil dalam hal sifat-sifat Allah.

4. Madzhab Salaf Disepakati Selamat

Kerana di dalamnya ada ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah dan penafian dalam hal yang telah dinafikan oleh Allah. Sebaliknya Madzhab Khalaf yang melakukan takwil tidak akan luput daripada bahaya takwil.

Ketika kita berdiri di hadapan Allah untuk dihisab pada hari kiamat, kebergantungan kita hanyalah pada wahyu yang maksum. Jika kita bayangkan nanti Allah bertanya kepada kita, Mengapa kalian menisbahkan kepada DzatKu kasih sayang, cinta, ridha, marah, bahagia, tertawa, atas, tinggi, dan yang lainnya? Kita akan menjawab, Kerana di dalam AlQuran yang Engkau turunkan kepada Muhammad untuk hambaMu, Engkau berfirman seperti itu. Kami tidak pernah mensifati Engkau kecuali dengan sifat yang Engkau sifati. Bahkan jawapan ini benar dan tidak akan tertolak.

Berbeza dengan sikap orang-orang yang melakukan takwil. Mungkin takwil mereka itu salah dan mungkin benar. Kerana yang demikian itu, Madzhab Salaf itu lebih selamat.

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 25


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

5. Berpegang Teguh Kepada Kesepakatan Lebih Utama

Hal yang utama dalam permasalahan akidah ialah berpegang teguh kepada kesepakatan dan bukannya perselisihan. Dalam kata yang lain kesepakatan yang dimaksudkan ialah kesepakatan salafus soleh yang terdiri daripada para sahabat, tabiin, dan tabi tabiin. Mereka adalah umat yang terbaik dan mereka bersepakat dalam hal sifat-sifat Allah.

Saya menambah kerana hal yang demikian itu, kita tidak akan melihat mereka mentakwilkan sifat-sifat Allah.

6. Para Pentakwil Kembali Kepada Madzhab Salaf

Madzhab Salaf adalah ubat kepada kekeliruan takwil mereka selama ini dan mereka mengumumkan kembali kepada Madzhab Salaf kerana ubat itu. Kita tidak akan menemukan pendukung Madzhab Salaf kembali kepada Madzhab Khalaf. Imam Ash-Syaukani (w.1251H) membuat kesimpulan dalam Irsyad Al-Fuhul (2/49), Mereka bertiga iaitu Al-Juwaini, Al-Ghazali, dan Ar-Razi adalah orang yang meluaskan dan memanjangkan cakupan takwil. Sebagaimana diketahui akhirnya mereka kembali kepada Madzhab Salaf. Segala puji hanyalah bagi Allah. Dialah yang layak mendapat pujian tersebut. Imam Abul Hassan Al-Asyari (w.324H)

I.

Imam Abul Hassan Al-Asyari menulis di dalam karya terakhirnya Al-Ibanah16 bahawa ... Dia bersemayam di atas Arsy. Allah berfirman;

Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (Surah Toha: 5)

16

Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) BP166A 819I

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 26


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: (Surah ArRahman: 27)

Allah mempunyai tangan yang tidak boleh diserupakan, Dia berfirman;

Allah berfirman: " Hai lblis! Apa yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam) yang Aku telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi? " (Surah Sod: 75)

... Bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpahlimpah). (Surah Al-Anam: 64)

Orang telah sesat jika dia menyangka bahawa Allah mempunyai nama-nama lain. Allah mempunyai ilmu seperti dalam firmanNya;

... Allah menurunkannya dengan ilmuNya... (Surah An-Nisa: 166)

... Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satusatunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah... (Surah Fathir: 11)

Kita beriman bahawa Allah mempunyai pendengaran dan penglihatan. Kita juga berpendapat bahawa ucapan Allah bukanlah makhluk. Juga kita percaya bahawa di akhirat

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 27


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Allah akan dilihat dengan mata sebagaimana bulan yang dilihat pada lailatul qadar.. Sebagaimana terdapat dalam banyak riwayat, orang-orang beriman akan melihatNya. Imam Al-Haramain Abul Maali Abdul Malik Al-Juwaini (w.476H)

II.

Disebut di dalam tulisan beliau, Ar-Risalah An-Nizhamiyah Fi Al-Arkan AlIslamiyah17 pendirian beliau yang berbunyi, Pendapat yang saya redha dan keyakinan yang saya peluk adalah mengikuti Madzhab Salaf. Kerana yang lebih utama adalah mengikuti dan meninggalkan bidah. Beliau juga berkata, Para Imam Qiraat berpendapat bahawa berhenti pada ayat,

... Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah... (Surah Ali Imran: 7)

Kemudian Imam Haramain menyebut kata-kata Imam Malik bin Anas. Ghanin Al-Musyili menulis, Saya mendengar Imam Abu l Maali (iaitu Imam Haramain) berkata, Kalaulah aku mengambil keputusan yang telah lalu, pasti aku tidak akan disibukkan dengan ahli kalam. Imam Adz-Dzahabi menulis, Saya membaca tulisan Abu Jafar (Muhammad bin Ali), Saya pernah mendengar Abul Maali berkata, Saya telah membaca lima puluh ribu per lima puluh ribu. Kemudian saya memisahkan orang-orang Islam dengan keislaman dan ilmuilmu mereka. Saya mengharungi lautan yang besar dan berenang ke dalam hal yang dilarang oleh umat Islam. Semua itu adalah untuk mencari kebenaran. Pada saat itu saya lari daripada taklid.

Namun sekarang saya telah kembali kepada pendapat kebenaran. Hati-hatilah kalian terhadap agama orang-orang yang lemah. Kalaulah kelembutan dari kebenaran tidak
17

Saya tidak berjaya mencari buku ini di Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 28


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

menemuiku pasti aku akan mati dalam agama orang-orang yang lemah. Namun aku mengakhiri hidupku dengan kalimah yang ikhlas, La ilaha illa Allah. Celakalah Abul Juwaini.

III.

Imam Al-Ghazali (w.505H)

Disebut di dalam Iljam Al-Awam An Ilm Al-Kalam18.

IV.

Imam Fakhrurrazi (w.606H)

Dalam Tasis At-Taqdis Ibn Hajar Al-Asqalani juga dalam Siyar Alam AnNubala (21/500) Saya telah meneliti metod kalam dan metid filsafat tetapi saya tidak dapat memdapat ubat yang dapat mengubati penyakit serta menghilangkan dahaga. Saya berpendapat bahawa metod yang paling dekat adalah metod Al-Quran. Lalu beliau membaca ayat

Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. (Surah Toha: 5)

Sesiapa yang mahukan kemuliaan kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allah lah naiknya segala perkataan yang baik, dan amal yang soleh pula di angkatnya naik (sebagai amal yang makbul - yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). Dan sebaliknya: orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesan) akan rosak binasa. (Surah Fathir: 10)

18

Perpustakaan Dar Al-Hikmah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) BP166G411I

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 29


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Dia lah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah Asy-Syura: 11)

Jika ada orang yang melakukan uji-cuba seperti uji-cuba saya, dia pasti akan mengetahui seperti saya. ____________________

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 30


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

3 PERSOALAN
1. Cara Berinteraksi Dengan Masyarakat Awam

Persoalan yang timbul ialah manakah yang lebih utama diantara menjaga akidah orang awam dengan melakukan takwil - daripada mereka menyamakan Allah dengan makhluk atau itsbat terhadap sifat-sifat Allah sebagaimana ada di dalam Al-Quran. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memerhatikan empat perkara penting dalam persoalan ini; I. Kita harus menetapkan hal yang ditetapkan Allah sebagaimana di dalam AlQuran dan As-Sunnah. II. Kita tidak harus menambah atau mengubah ungkapan walaupun sesuai dengan ungkapan kita. III. Kita tidak boleh mengumpulkan sifat-sifat Allah dan perbuatan-perbuatan Allah yang sama dalam satu bentuk. Kita faham secara terpisah. IV. Kita mesti menegaskan dalil-dalil qati dan kesepakatan madzhab samada Madzhab Salaf atau Madzhab Khalaf. Saya membuat kesimpulan bahawa pendapat Imam Ibnu Jauzi (w.597H), Imam Haramain (w.476H), dan Imam Ghazali (w.505H) adalah sama dalam hal ini iaitu tidak mentakwilkan dan mengikut pemahaman salafus soleh. Kata Ibn Jauzi (w.597H), Perkataan yang paling baik bagi orang awam adalah sikapilah hal ini seperti apa adanya dan jangan cuba pernah mencuba menakwilkannya. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata bahawa Imam Haramain (w.476H) menjelaskan bahawa dengan sebuah penegasan bahawa hal yang sangat diinginkan olehnya adalah menyatukan manusia kepada Madzhab Salaf iaitu orang awam memahami sifat Allah dengan pemahaman Madzhab Salaf. Tambah Imam Haramain (w.476H), salafus soleh adalah manusia yang berotak cergas dan memiliki hujah yang sangat kuat. Akan tetapi mereka berhati-hati dengan tidak menerobos ke dalam hal yang samar dan tidak jelas iaitu sifat Allah. Maka adalah lebih utama untuk orang awam tidak menerobos ke dalam hal yang samar. Kata Imam Al-Ghazali (w.505H), Ketahuilah bahawa kebenaran yang jelas dan tidak diragukan lagi bagi orang-orang yang berakal adalah Madzhab Salaf iaitu madzhab

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 31


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

sahabat dan tabiin (da tabi; tabiin). Di sini saya ingin memberikan bukti dan menegaskan bahawa hakikat Madzhab Salaf adalah bahawa setiap hadits yang sampai kepada mereka dan mempunyai hubungan dengan orang-orang awam harus disikapi dengan beberapa cara, menyucikan (taqdis), membenarkan (tasdiq), mengakui kelemahan (itiraf bil ajz), diam (sukut), menahan (imsak), cukup (kaff), dan menyerahkan kepada orang-orang berilmu (taslim li ahlil marifah). Tambah beliau, Inilah tujuh hal yang diyakini oleh Madzhab Salaf dan diharuskan kepada orang awam. Maka jika ada manusia yang berkata, Hal ini akan menjadikan kita tidak meneliti kebenaran dan akan berlaku taklid. Kita menjawab, Bukan seperti itu kerana yang dimaksudkan adalah iman secara umum dan keseluruhan. Kekuatan akan manusia tidak akan mempu memperincikan kebenaran ini. Dalilnya ketika Nabi Ibrahim a.s. berkata;

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? ... (Surah Al-Baqarah: 260) Allah pun memperlihatkan kepadanya burung yang mati dihidupkan bukan memperlihatkan caraNya menghidupkan kerana Nabi Ibrahim tidak akan mampu memahami hal itu. Dalil lain;

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja. (Surah AlIsra: 85) Penjelasan Allah hanya umum sahaja. Iaitu memahami secara keseluruhan. Tidak terperinci. Hal yang sama adalah sikap Nabi Muhammad s.a.w. ketika menjelaskan hal ini

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 32


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

secara umum tidak terperinci. Demikian yang dilakukan oleh sahabat dan generasi awal. Kerana akal yang tidak mampu memperincikan. 2. Mendekatkan Madzhab Salaf Dan Madzhab Khalaf

Sebenarnya usaha ini bukanlah pertama dilakukan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Usaha ini telah dilakukan oleh Imam Hassan Al-Banna (w.1368H), Al-Wasithi (w.712H), Rasyid Rida, As-Safarini (w.1188H), dan lain-lain. Allah berfirman;

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. (Surah An-Nisa: 114) Abdulfatah Haron Ibrahim menyebut, Sikap Salaf itu lebih selamat dan sikap Khalaf itu lebih teguh. Kaum Salaf tidak perlu kepada takwil kerana roh kepimpinan Rasulullah s.a.w. masih dirasakan hangat bersinar-sinar. Perlunya kepada takwilan selepas zaman Salaf itu kerana susunan masyarakat setempat zaman itu adalah memerlukan begitu. Sekarang kita dengan suasana zaman kita, kita boleh mengambil kedua-duanya sekali kerana semuanya adalah Ahli Sunnah belaka.19 Sebenarnya perbezaan pendapat tidaklah serius seperti yang digambarkan oleh orangorang jahil. Polemik kedua-dua madzhab hanyalah pada pemahaman dengan satu tujuan iaitu mensucikan Allah. Beberapa alasan diberikan ialah; I. Kedua-Dua Madzhab Samada Salaf atau Khalaf Menyucikan Allah

Madzhab Salaf menyucikan Allah dengan mengambil pemahaman ayat-ayat sifat secara literal tanpa penyerupaan. Adapun ahli kalam melakukan takwil untuk menafikan penyerupaan. Maka tangan dalam (Surah Al-Mulk: 1)(Al-Mukminun: 88) difahami secara
19

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Kebatinan, Abdulfatah Haron Ibrahim, JAKIM, 2002

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 33


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

literal tanpa penyerupaan kerana bertanya tentangnya adalah bidah. Juga tangan difahami dengan kekuasaan untuk penafian penyerupaan. II. Kedua-Dua Madzhab Sepakat Bahawa Erti Literal Lafaz-Lafaz Sifat Allah Bukanlah Erti Sebenar. Ini adalah kesepakatan Madzhab Salaf dan Madzhab Khalaf dalam penyucian Allah. III. Madzhab Salaf Melakukan Takwil Ijmali Dan Madzhab Melakukan Takwil Tafsili Madzhab Salaf juga melakukan takwil. Apabila disebut tangan, Madzhab Salaf berkata bahawa tangan Allah tidak sama dengan tangan kita. Inilah takwil ijmali iaitu takwil secara umum. Dengan satu tujuan iaitu mensucikan Allah. Saya berkata bahawa musuh Madzhab Salaf bukanlah Madzhab Khalaf dan sebaliknya. Musuh kita yang sebenarnya ialah orang-orang kafir yang melawan Islam samada Kristian, Yahudi, Budha, Hindu, Komunis, Atheis, dan lain-lain. Tugas kita adalah menguatkan jemaah dan meluruskan sof Islam. 3. Sikap Kita

I.

Ketidakharusan Mengkafirkan Para Pentakwil

Al-Qaradhawi menyebut bahawa meskipun beliau menguatkan dan menjadi pendokong Madzhab Salaf, akan tetapi beliau tidak menkafirkan para pentakwil yang juga daripada kalangan ulamak. Mereka ini kata beliau ikhlas memberi nasihat dan berijtihad sesuai dengan ilmu mereka. Jika ia benar akan diberi ganjaran dua pahala. Jika tidak benar akan tetap diberi satu pahala. Mereka mentakwilkan untuk memenuhi keperluan akal kaum Muslimin di setiap masa dan tempat. Kata Imam Hassan Al-Banna dalam Risalah Al-Aqaid, Kita harus berkeyakinan bahawa takwil kaum Khalaf tidak harus dihukum dengan kafir atau fasik. Kita tidak perlukan polemik antara dua mereka baik zaman dahulu atau zaman sekarang. Kerana Islam lebih luas daripada itu.

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 34


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Beliau menambah di tempat yang lain, Perkara yang menjadi perhatian sebahagian kaum Salaf dan lebih penting dilakukan pada zaman sekarang oleh umat Islam adalah menyatukan barisan dan kalimat semampu kita. Az-Zarkasyi (w.794H) telah menukilkan bahawa Ibnu Daqiq Al-Id (w.702H) berpendapat, Jika ada orang yang mentakwilkan sebagaian lafaz -lafaz tersebut (iaitu sifatsifat Allah), dan jika takwilnya dekat dengan yang diinginkan serta difahami oleh Bahasa Arab, kita tidak mengingkari serta membidahkannya. Namun jika takwilnya jauh, kita diam, menjauhinya, dan kembali kepada dasar keimanan dengan erti mensucikan. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menambah, Pada zaman sekarang takwil seperti ini (iaitu yang dekat dan diterima) diperlukan untuk menterjemahkan Al-Quran ke dalam pelbagai bahasa. Adalah tidak dapat diterima akal jika kita berkata kepada ora ng asing, Kita diam, tidak membincangkannya, dan menyerahkan maknanya kepada Allah. Kerana mereka memerlukan penjelasan, bukan diam. Beliau juga menambah, Takwil yang dapat diterima di sini akan lebih jelas dan lebih kuat untuk melakukan dakwah. Tambah Al-Qaradhawi, Selama seseorang itu mengucapkan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusanNya, dia tetap ada dalam keislamannya. Jika ada orang mengucapkan syahadah, darah dan hartanya menjadi suci, kecuali oleh hak. Hisabnya ditentukan oleh Allah. kita tidak perlu menguak hati manusia. Kerana kita memperlakukan manusia pada hal yang zahir dan Allahlah yang mengetahui akan hal yang tersembunyi. Saya berkata bahawa inilah yang sepatutnya dipelajari oleh ahli-ahli agama. Ahli-ahli agama belajar tentang akidah pertama, fiqh kedua, akhlak dan adab akhir sekali di tempat ketiga. Maka jadilah kafir mengkafir dan sesat menyesat pada tempat yang salah. Ahli-ahli agama jenis ini memahami tugas mereka sebagai ahli agama ialah menghalang kaum Muslimin yang tidak sealiran dengan mereka dalam permasalahan furuq daripada masuk ke dalam syurga. Kerana hal itu mereka mengkafirkan dan menyesatkan. Asal akal mereka lemah dan mereka mahu menjadikan kaum Muslimin yang lain lemah seperti mereka. ____________________________________________________________________

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 35


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

PENUTUP
Menyatukan kaum Muslimin di atas Madzhab Salaf adalah satu cita-cita yang memerlukan usaha bersungguh-sungguh. Seperti kata Imam Malik bahawa umat ini tidak akan baik melainkan umat ini menggunakan formula pemahaman agama seperti formula pemahaman agama umat yang terbaik iaitu Salafus Soleh. Hal ini menjadi titik mula umat akan menjadi baik. Kerana akidah yang benar akan melahirkan amal ibadah yang benar. Menjadikan Salafus Soleh sebagai tauladan dalam hidup di dunia dan akhirat kelak akan melahirkan sosok tubuh yang berkerja untuk dunia dan bersungguh-sungguh untuk akhirat. Inilah sosok-sosok manusia yang siang harinya seperti pahlawan dan malam harinya seperti hamba. Kata Dr. Taha Jabir Al-Ulwani, Hakikat sebenarnya adalah sebaliknya kerana Kitab Allah dan Sunnah RasulNya tidak mementingkan sesuatu selepas tauhid melainkan memberi perhatian yang utama kepada usaha mengukuhkan perpaduan umat dan membuang perselisihan pendapat di kalangan mereka serta mengatasi segala sesuatu yang dapat menengeruhkan keharmonian perhubungan diantara orang-orang Islam atau yang merosakkan ukhuwah mereka.20 Di halaman yang lain beliau berkata, Mudah-mudahan Allah takdirkan penyelamat umat ini di tangan generasi-generasi putera-puteranya yang baik ini, sekiranya niatnya benar kepada Allah dan ia menempuh jalan yang menjamin keselamatan untuk memimpin bahtera menuju pantai yang aman setelah sekian lama terapung-apung di tengah lautan. Allah berfirman;

Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan, kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah Al-Anam: 153)
20

Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam, Dr. Taha Jabir Al-Ulwani, Budaya Ilmu Sdn Bhd, 1993

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 36


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

Saya menutup rumusan ini dengan berdoa;

"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)". (Surah Ali Imran: 53) _________________________________________________________

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 37


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

RUJUKAN
1. Al-Quran Al-Karim

I. II. III. IV. V. VI. VII.

Miracle The Reference, Sygma Creative Media Corp. The Zikr Quranic Project At-Tafsir Al-Muyassar Majma Al-Buhuth Al-Islamiyah Al-Kaherah Mushaf Al-Madinah Al-Nabawiyah Majid The Open School

2. 3. 4. 5. 6.

Akidah Salaf & Khalaf, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Pustaka Al-Kautsar, 2009 6002 Syarah Usul 20, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, Dewan Pustaka Fajar, 2003 Allah Antara Tasawuf Dengan Akidah, Abdulfatah Haron Ibrahim, DBP, 2008 Menyingkap Aliran Dan Paham Sesat, Ummu Tamim Izzah binti Rasyad, Pustakan Imam Ahmad, 2009
Manhaj Salafi Imam Syafii, Abu Ubaidah Yusuf bin Mukhtar As -Sidawi, Pustaka AlFurqoon, 2012 Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Kebatinan, Abdulfatah Haron Ibrahim, JAKIM, 2002

7. 8. 9.

Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam, Dr. Taha Jabir Al-Ulwani, Budaya Ilmu Sdn. Bhd., 1993 10 Sahabat Nabi Dijamin Surga, Muhammad Ahmad Isa, Pustaka Imam AsySyafii, 2011

10.

11. 12. 13.

1911 1915 Manhaj Aqidah Ahli As-Sunnah Wal Jamaah, Ismail bin Omar, Access Infotech (M), 2006

14. 15.

Al-Firqotun Najiyah, Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu, Media Hidayah, 2003 www.youtube.com Surah Ali Imran

(RUMUSAN) AKIDAH SALAF & KHALAF (DR. YUSUF AL-QARADHAWI) 38


MOHAMMAD HIDIR BAHARUDIN

BIODATA PENULIS
Dilahirkan di Seremban Negeri Sembilan pada 24 April 1988. Bapa saya bernama Baharudin bin Othman. Saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Lubuk Merbau Pendang. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Maktab Mahmud Alor Star sehingga tingkatan 5. Selepas itu, saya menyambung pelajaran ke Darul Quran Jakim di Kuala Kubu Bharu dalam Persijilan Tahfiz AlQuran. Sekarang di tahun 4 Kuliyyah UndangUndang Ahmad Ibrahim Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM). Saya berkahwin dengan Puan Rahmawati Mohd Yusoff dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Maryam Sofiyyah dan Maryam Aisyah. Saya suka mengulangkaji hafazan Al-Quran dan membaca buku. Penulis di hujung minggu mengajar hafazan Al-Quran Pra-Tahfiz di Masjid At Taqwa Taman Tun Dr. Ismail dan Masjid Al-Hidayah Taman Melawati. Penulis boleh dihubungi di 013-2223513 dan mohammadhidirbaharudin@gmail.com.