Anda di halaman 1dari 1

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha En Norazmi bin Ibrahim, Guru Besar SK Kampung Jawa2 Yang Dihormati _______________________________Naib Yang Dipertua PIBG Yang Dihormati Guru Penolong Kanan Pentadbiran Puan Rosni Bt Abdul Rahman, Yang dihormati Guru Penolong Kanan Kokorikulum Tuan Haji Zainuddin bin Mahroni, Yang dihormati Guru Penolong Kanan Petang- Puan Fitra Dilla binti Abdul Halim Yang diraikan Guru Penolong Kanan HEM - Puan Hajah Hamidah binti Sumastro Tetamu jemputan dan Barisan guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama berkumpul untuk meraikan majlis perpisahan ini. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan seorang guru yang amat kami sayangi dan cintai. Pada kami, guru ini bukan sekadar guru, tetapi ibarat ibu kami dalam sebuah keluarga besar yang sentiasa memimpin kami menjadi insan yang berguna. Hadirin dan Hadirat sekalian, Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid-murid SekolahKebangsaan Kampung Jawa 2 merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Hajah Hamidah bt Sumastro yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak- anak muridmu. Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada Puan Hjh Hamidah serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badandan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara. Patah dahan bunga kemboja, pucuk paku subur di titi, budi cikgu kami tak lupa, sudah terpaku di dalam hati. Salam kemaafan kami hulurkan, Ilmu diberi harap halalkan, Doakan kami Semoga Berjaya di dunia dan di akhirat

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai