Anda di halaman 1dari 1

Tajuk 1: Budaya dan Kepelbagaian kelompok di Malaysia Refleksi Tajuk ini telah membantu saya memahami konsep budaya

dalam masyarakat Malaysia. Walaupun saya telah mengetahui sedikit pengetahuan tentang budaya masyarakat Malaysia tetapi rupa-rupanya, budaya boleh dibahagi kepada unitunit yang lebih terperinci. Pengertian dan konsep kepelbagaian kelompok telah ditunjukkan melalui perkataan etnik, ras, kelompok dan perkataan lain -lain. Sesuatu budaya terbentuk bukan diasaskan oleh sekelompok kaum sahaja, bahkan etnik, ras, masyarakat dan lain-lain. Masyarakat Malaysia bukan sahaja terdiri daripada pelbagai jenis agama, juga terdiri daripada pelbagai jenis bangsa dan etnik seperti kaum peribumi yang dianggap sebagai kaum asal Malaysia yang merangkumi pelbagai kaum antaranya Melayu, orang Asli, Iban, Kadazan, Dusun dan lain-lain. Mulai daripada zaman penjajahan British, demografi kelompok telah berlaku di Tanah Melayu. Sehingga hari ini, sebahagian kelompok telah mengubah kawasan tinggal mereka dan berpindah ke kawasan lain seperti pada awalnya, Melayu Proto tinggal di kawasan pantai, tetapi sekarang mereka telah memiliki kawasan perkampungan sendiri di bawah pembangunan kerajaan. Guru hendaklah bersedar terhadap kepentingan memahami konsep budaya. Ini kerana guru bertanggungjawab dalam memupuk perpaduan dalam kalangan murid. Guru dapat menanami semangat perpaduan dalam kalangan murid dengan pemahaman konsep budaya. Dengan itu, guru lebih bersedia berhadapan profesion mereka dengan tidak ada sifat prasangka atau prejudis terhadap diri pelajar. Oleh itu, saya telah bersedia mempelajari sesuatu yang dapat memanfaatkan saya dalam profesion bidang perguruan melalui sebjek ini.

Anda mungkin juga menyukai