Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN Pada hari ini, peranan guru sebagai seorang pengamal dalam pelaksanan Pengajaran dan Pembelajaran telah

berubah. Para guru ini digesa untuk melibatkan diri di dalam penilaian ke atas murid-muridnya, penggubalan kurikulum serta penyelidikan dalam menyelesaikan masalah di dalam bilik darjah. Kini, konsep kurikulum yang berasaskan sekolah dan penilaian berasaskan sekolah sedang diperkembangkan dalam reformasi pendidikan di negara kita. Konsep guru sebagai penyelidik juga sedang dimajukan untuk menggalakkan para guru memberikan lebih perhatian dalam membuat 1001 keputusan pendidikan di sekolah. Guru dikehendaki memainkan peranan bukan sahaja sebagai pengguna kepada hasil penyelidikan tetapi juga sebagai pengeluar hasil penyelidikan untuk mengenali masalah profesional yang mereka hadapi. Guru juga haruslah lebih peka dan senantiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan. Dalam era masa kini masyarakat di sekeliling begitu peka dan sensitif dengan isu pendidikan dan keguruan di Malaysia. Masyarakat mempersoalkan profesionalisme keguruan itu sendiri. Profesionalisme keguruan itu akan dilihat dari dua sudut penting. Pertama, ia akan membincangkan tentang kualiti apa yang guru lakukan, menurut perlakuan dan garis panduan yang mengawal perlakuan tersebut. Kedua, ia akan berkait rapat dengan bagaimana perasaan guru yang dilihat dari kacamata orang lain seperti statusnya, kedudukan dan tahap ganjaran di atas keprofesionalnya itu. Masyarakat akan membuat pemerhatian dan andaian sendiri terhadap profesionalisme keguruan yang selalunya akan mencetuskan kontroversi yang akhirnya terpaksa cuba disanggah oleh kalangan kita yang memikul dan menyandang gelaran seorang guru. Di dalam pembangunan profesionalisme keguruan itu, ia berakar umbi dari tindakan guru mencari jawapan yang sahih dan jitu menerusi kajian tindakan. Tanpa data yang sempurna dan berasaskan kajian yang sistematik akan menyukarkan kita untuk mempertahankan diri. Akibatnya, masyarakat lebih mudah mempercayai apa jua yang disogokkan oleh andaian yang dibuat menerusi pemerhatian sahaja, sesuatu yang kurang tepat untuk menggambarkan sesuatu isu. Akhir-akhir ini pelbagai isu pendidikan disajikan kepada kita melalui media massa. Kita akan dapat mengetahui dan menyelesaikan isu tersebut sekiranya terdapat data yang sistematik dikumpulkan (melalui penyelidikan) dan dengan ini dapat menangkis sebarang prasangka buruk

terhadap profesion ini. Sekiranya kita tidak dapat mengemukakan bukti yang empirikal, akhirnya, secara umum profesionalisme keguruan itu sendiri dipandang rendah oleh masyarakat. Dan usaha untuk memartabatkannya akan mengambil masa yang panjang. Hasil dapatan pada hari ini mungkin akan menjadi usang atau tidak releven pada hari esok. Era sekadar membaca dan mengkaji sumber maklumat daripada dapatan orang lain, sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Warga pendidik negara ini harus berani mengkaji dan menyelidik bagi menghasilkan sesuatu dapatan yang baru seterusnya mengorak langkah menyerlahkan profesion perguruan negara. Pelbagai teori pendidikan yang dibekal kepada bakal pendidik semasa latihan di institusiinstitusi latihan adalah berperanan untuk membimbing para guru memahami sesuatu situasi dalam proses pendidikan.

LATAR BELAKANG KAJIAN Latar belakang kajian boleh didefinisikan sebagai suatu perbincangan situasi yang timbul dalam masalah yang akan dikaji. Keberkesanan perbincangan ini boleh dilihat pada kemampuannya untuk menampakkan masalah berkenaan dan pentingnya untuk diteliti dan didalami.

KONSEP PENYELIDIKAN Aktiviti penyelidikan dilaksanakan untuk menguji idea mengenai ciri dan operasi beberapa aspek alam ini. Tanpa mengemukakan sebarang bukti yang sahih, kita tidak dapat menyatakan sesuatu kaedah itu lebih baik ataupun sebaliknya. Kita juga memerlukan bukti untuk menyokong samada sesuatu program itu dapat menambahkan motivasi, minat atau pencapaian pelajar. Satu langkah penyelesaian untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah melalui proses penyelidikan. Untuk melaksanakan penyelidikan, seseorang guru perlulah memahami dan menguasai proses menjalankan kajian. Langkah utama dalam proses penyelidikan adalah mengenalpasti satu masalah yang boleh diselidik. Bagi meneruskan projek itu, seseorang itu haruslah mempunyai idea yang jelas dan terang mengenai apa maksud penyelidikan

DEFINISI PENYELIDIKAN Beberapa penulis telah memberi takrifan bahawa konsep penyelidikan bagi menjelaskan proses penyelidikan. Sesetengah penulis telah menakrifkan penyelidikan dengan ringkas merupakan satu proses yang sistematik dan terancang untuk memberi jawapan kepada sesuatu soalan dan jawapan yang dikemukakan itu berkemungkinan besar adalah sangat abstrak. Penyelidikan ditakrifkan juga sebagai inkuiri yang bersistematik yang dijalankan oleh penyelidik yang bergelar guru, ketua jabatan dan guru bimbingan dan kaunseling dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul maklumat mengenai bagaimana sesuatu institusi bertindak atau beroperasi, bagaimana mereka mengajar dan bagaimana pula teknik atau kaedah pelajarnya belajar. Maklumat ini adalah bertujuan untuk mendapatkan
3

maklum balas, membina amalan reflektif, mengenakan perubahan yang positif dalam persekitaran institusi dan menaiktarafkan hasil pelajar atau kehidupan orang yang terlibat. Penyelidikan tindakan adalah penyelidikan yang dijalankan oleh tenaga pengajar untuk konsep penyelidikan. Terdapat empat langkah-langkah dalam proses penyelidikan tindakan seperti :

1. Kenal pasti bidang fokus 2. Pengumpulan data 3. Analisis dan interpretasi data 4. Bangunkan pelan tindakan

Menurut Richard dan Lockhart (1994), penyelidikan merupakan kajian bilik darjah yang dijalankan oleh pendidik untuk mempertingkatkan pemahaman, pengetahuan pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah serta untuk mengubah keadaan sesuatu amalan bilik darjah. Penyelidikan ini biasanya melibatkan projek-projek kajian secara kecil-kecilan oleh guru kelas. Sementara itu, menurut kajian Cohen dan Manion (1994), beliau berpendapat bahawa penyelidikan tindakan ini bersifat situasinal iaitu pengenalpastian dan penyelesaian masalah dalam suatu konteks yang spesifik.

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYELIDIKAN Aktiviti penyelidikan merangkumi proses mengenalpasti punca masalah untuk penyelesaian, pembinaan suatu hipotesis atau jawapan tentatif kepada sesuatu masalah, menguji hipotesis, pengumpulan data dengan instrument yang betul dan boleh dipercayai serta interpretasi data. Langkah-langkah penyelidikan adalah seperti berikut :

1. Definisi penyelidikan. 2. Membuat hipotesis 3. Membuat definisi operasi 4. Merekacipta suatu instrumen 5. Mengumpul data yang berkaitan penyelidikan 6. Menganalisis data 7. Membina data 8. Memungut data

PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN

Isi kandungan dalam sesuatu laporan lengkap kajian merupakan suatu synopsis atau abstrak iaitu satu ringkasan yang menerangkan kajian yang dibuat, jenis kajian, pembabitan subjek di mana instrument yang digunakan dan dapatan yang diperolehi. Daftar jadual, daftar rajah serta singkatan perlu diberi dalam laporan bagi memudahkan kefahaman pembaca. Bibliografi pula berfungsi sebagai sumber rujukan dalam menyiapkan sesuatu kajian.

Isi kandungan yang lengkap akan memudahkan sesuatu penyelidikan dinilai ataupun dirujuk sebagai suatu bahan ilmiah yang dapat memberi sumbangan yang penuh bermakna kepada penyelidikan pendidikan ke arah meneruskan penyelidikan baru bagi fenomena yang mendatang.

AKTIVITI PENYELIDIKAN

1. Mencari dan Mengenal Pasti Masalah

Peringkat pertama dalam sesuatu penyelidikan ialah mengenalpasti masalah dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Penyelidik pelu mengenalpasti satu masalah penyelidikan yang genting dan yang mampu dikaji. Proses penyelidikan bermula di peringkat tinjauan dengan menyiasat dan mengenalpasti isu-isu dan idea-idea untuk menentukan tajuk kajian. Masalah biasa para penyelidik guru merupakan masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan sehariannya samada di dalam ataupun di luar bilik darjah. Penyelidik perlu berupaya mengenalpasti dan memfokus kepada persoalan masalah. Masalah adalah gagasan umum yang merangkumi persoalan-persoalan dan isu-isu yang tersirat. Pengenalpastian masalah melibatkan penentuan dengan tepat persoalan-persoalan dan isu-isu penting yang genting di dalam bidang pendidikan. Penyelidik perlu membaca dan menggunakan analisis yang kritikal bagi menentukan masalah dan persoalannya. Masalah penyelidikan yang baik adalah masalah yang mengandungi persoalan dan isu yang penting dan boleh dijawab serta diselesaikan melalui penyelidikan. Terdapat beberapa prosedur semasa memilih masalah-masalah penyelidikan. Pertama ialah mengenalpasti tajuk yang diminati, membentuk pelbagai soalan yang kecil, meninjau sejauh mana tajuk tersebut boleh diselidiki dan akhir sekali dapat menyatakan hipotesis supaya pilihan tajuk boleh dikhususkan kepada satu masalah penyelidikan. Masalah penyelidikan yang besar dan rumit hendaklah dianalisis, dikupas dan dipecahkan kepada beberapa persoalan yang jelas dan khusus. Pemecahan persoalan kepada unsur-unsur dan pembolehubah perlu dilakukan sehingga penyelidik berupaya untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah pembolehubah yang dapat membentuk masalah dalam penyelidikan. 2. Menilai Dan Membentuk masalah Penyelidikan

Penilaian terhadap sesuatu masalah membolehkan para penyelidik mengetahui sejauh mana sesuatu masalah penyelidikan boleh membantu dan memberi kebaikan kepada proses membuat keputusan dalam pendidikan. Secara ringkasnya, terdapat beberapa kriteria untuk memantapkan sesuatu masalah penyelidikan. Antaranya ialah: a) Masalah hendaklah sesuai untuk diselidiki dan masalah haruslah tergolong dalam bidang kepakaran para penyelidik. Penyelidik perlu memastikan masalah tersebut boleh dikendalikan dan diselesaikan dalam tempoh dan had kewangan yang telah diperuntukkan. b) Matlamat penyelidikan haruslah mempunyai penyelesaian dan dapat meningkatkan pengetahuan serta berfaedah kepada amalan pendidikan. c) Penyelidik mesti menjalankan secara sistematik dan perlu menghindarkan masalah yang mempunyai pertimbangan nilai dan kepercayaan. d) Penyelidikan hendaklah dapat meneguhkan dan menambahkan lagi pengetahuan sedia ada serta dapat memandu penyelidik kepada masalah-masalah baru.

3. Pembentukan Objektif dan Hipotesis.

Objektif merupakan sasaran sebenar penyelidik. Objektif adalah bersifat lebih khusus dan biasanya digunakan untuk mencapai matlamat. Penyelidik perlu menyatakan objektif penyelidikan dengan jelas untuk memandu penyelidik dalam menjalankan penyelidikan. Penyelidik perlu membuat jangkaan hasil penyelidikan yang dapat membantu menjelaskan tujuan kajian melalui hipotesis yang sesuai.

Hipotesis merupakan kenyataan yang menunjukkan kaitan antara dua atau lebih pembolehubah dalam sesuatu penyelidikan. Ia juga adalah saranan sementara bagi penyelesaian masalah berasaskan teori atau hasil penyelidikan yang lepas. Berikut adalah tujuan-tujuan hipotesis iaitu : a) Hipotesis memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang dikaji. b) Hipotesis memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung.

c) Hipotesis dapat memberi panduan kepada penyelidikan kerana hipotesis mewakili satu objektif tertentu. Hipotesis juga boleh menentukan kaedah penyelidikan, mencadangkan analisis statistik yang berkaitan dengan pembolehubah-pembolehubah yang dikaji. d) Hipotesis memberi rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian. Ia juga memberi panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disiarkan.

Ciri-ciri Hipotesis Antara ciri-ciri hipotesis tertentu adalah seperti berikut: a) Hipotesis hendaklah dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat supaya penyelidikan boleh dilakukan dengan sempurna b) Hipotesis mestilah sepadan dengan pengetahuan yang ada, tidak bertentangan dengan teori hokum yang ada c) Hipotesis mestilah mempunyai kuasa penjelasan iaitu keupayaan menerangkan fenomena dengan logik, tepat dan jelas d) Hipotesis hendaklah mempunyai jangkaan hubungan antara pemboleh ubah e) Hipotesis mestilah boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada bukti-bukti yang ada menyokong atau tidak hipotesis yang bersifat sementara. Inferen dibuat setelah hipotesis diuji

DEFINISI ISTILAH SECARA OPERASIONAL

Istilah yang terdapat dalam bidang kajian hendaklah didefinisikan dengan jelas dalam konteks skop kajian yang dibuat. Definisi ini bukan merujuk kepada kamus bahasa tetapi melibatkan bidang kajian terbabit dan rumusan daripada beberapa definisi oleh beberpa penyelidik terdahulu. Ia juga menerangkan konsep khusus dalam bidang berkaitan. Definisi istilah ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan definisi bercontoh, definisi berbeza dan definisi penentuan.

TINJAUAN LITERATUR

Dengan membaca kajian lepas yang berkaitan atau tinjauan literatur penyelidik akan mengetahui dengan jelas latar belakang sesuatu masalah dan mengenalpasti sejauh mana sesuatu bidang masalah yang wujud telah dikaji. Ini membolehkan pengkaji menggunakan dapatan awal seperti teori konsep, instrumen dan sebagainya untuk membentuk satu strategi dan kaedah yang berkesan bagi menyelesaikan masalahnya. Penyelidik boleh menggunakan beberapa cara untuk mencari karya karya yang berkaitan dengan sesuatu penyelidikan dengan membuat kajian perpustakaan yang meliputi penggunaan abstrak, indeks, penggunaan kamus, ensiklopedia, katalog dan penyelidikan melalui carian computer dan internet. Penyelidikan juga boleh menggunakan cara lain untuk mencari bahan yang relevan termasuk disertasi penulisan professional yang tidak diterbitkan, buku penduan dan lain lain.

10

POPULASI DAN PERSAMPELAN Mengenalpasti populasi adalah penting dalam sesuatu penyelidikan. Populasi menentukan bentuk dan keadaan ketika masalah yang dikaji wujud secara langsung. Pentaksiran dan inferens tentang data dan maklumat yang dikumpul juga dipengaruhi dan terbatas kepada populasi yang dikaji. Bagi menjayakan penyelidikan yang berkesan, penyelidik perlu mengenalpasti populasi dengan tepat dan jelas.

SAMPEL Populasi merupakan sasaran bagi penyelesaian sesuatu masalah dan dengan itu, penyelidik harus melibatkan keseluruhan individu dalam populasi. Walau bagaimanapun kita jarang berpeluang dan berupaya untuk mengkaji semua ahli populasi. Apa yang biasa kita mampu elakkan ialah menggunakan sebahagian kecil ahli populasi yang dinamakan sampel dan menggunakan maklumat sampel bagi menganggar maklumat untuk mendapatkan sampel. Beberapa kaedah untuk mendapatkan sampel yang mewakili populasi adalah seperti berikut :

a) Persampelan berasaskan teori kebarangkalian Persampelan merupakan satu langkah yang penting dalam membuat penyelidikan. Ia dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Sungguhpun demikian, kita tidak boleh

memilih sampel kerana pemilihan sampel berdasarkan teori kebarangkalian.

b) Persampelan tidak berasaskan teori kebarangkalian Seringkali penyelidik merasakan lebih sesuai memilih sampel berdasarkan kesesuaian penyelidik seperti persampelan kelompok dan persampelan bertujuan.

11

RUMUSAN

Secara normalnya, kita dan kehidupan sekeliling sedikit sebanyak bersifat saintifik. Manusia dilahirkan dengan sifat ingin tahu dan ingin meneroka. Penerokaan dan penyelidikan memerlukan pengetahuan dan asas asas bukti yang kukuh serta saintifik. Sehubungan dengan itu, dalam bidang pendidikan yang mana ia bersifat global, penyelidikan seharusnya melibatkan perancangan yang sistematik dan teratur supaya kerja kerja penyelidikan dapat dijalankan tanpa banyak halangan. Ini disebabkan penyelidikan pendidikan adalah aktiviti untuk memahami sesuatu fenomena dan mencari jawapan kepada sebab dan akibat. Penyelidikan mengandungi masalah yang hendak diselidiki, bukti yang mengandungi fakta fakta analisis dan klasifikasi yang logik dan diuji penggunaannya kea rah penyelesaian masalah serta akhirnya kesimpulan kepada masalah. Proses aktiviti tersebut membabitkan beberapa prosedur secara saintifik dan sistematik. Penelitian setiap proses sedemikian akan menghasilkan sesuatu yang bernilai dan dapat menyumbangkan ke arah memperbaiki sesuatu fenomena, juga sebagai panduan kepada penyelidikan pada masa akan datang bagi menghadapi kajian dan penyelidikan fenomena yang sama dalam perkembangan tamadun manusia.

12

BIBLIOGRAFI

Abu Zahari Abu Bakar. (1988). Memahami Psikologi Pembelajaran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Jaafar,J.L.S. (1996) Psikologi Perkembangan:Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan, Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Sharifah Alwiah Alsaqoff. (1987). Psikologi Pendidikan I. Selangor: Logman Malaysia Sdn. Bhd. Unit Kurikulum JPWPKL (2005). Prosiding Seminar Kajian Tindakan Wilayah Persekutuan 2005. Kuala Lumpur: JPWP PENGENALAN KEPADA PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKANDicapai pada Mac 13, 2014, dari http://ocw.utm.my/file.php/149/Topic1PengenalanPenyelidikandalamPendid ikan.pdf

BUKU MANUAL. KAJIAN TINDAKAN. EDISI KETIGA. BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN. KEMENTERIAN PELAJARAN. Dicapai pada Mac 14, 2014, dari https://selubc.wikispaces.com/file/view/Buku+Manual+Kajian+Tindakan.pdf

Carr, W. & Kemmis, S. (1986). Becoming Critical: Education, knowledge and action research. London : Palmer.
13

Denyer, J. & Florio-Ruane, S. (1995). Mixed messages and mixed opportunities. Moments in transformation in writing conferences and teacher education. Teaching and Teacher Education, 11(6), pp. 539-551.

Gallimore, R. & Goldenberg, C.N. (1992). Tracking the development path of teachers and learners: A Vygotskian perspective, in : F. Ozer (Ed.) Effective and Responsible Teaching: the new synthesis. San Francisco: Jossey-Bass.

Wells, G. & Chang-Wells, G.L. (1992). Constructing Knowledge Together : Classrooms of inquiry and literacy. Porstmouth: Heinemann

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke XII 2005 dari 6 9 Disember 2005. Swiss Garden Resort, Pahang.

Jamil Ahmad. (2005). Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru: Satu Penilaian. Kertas dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke XII 2005 dari 6 9 Disember 2005. Swiss Garden Resort, Pahang.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Geelong, Victoria, Australia: Deakin University Press.

Kemmis, S. & Wilkinson, M. (1998). Participatory action research and the study of practice. Dalam B. Atweh, S. Kemmis, and P. Weeks (Eds.), Action research in practice: Partnerships for social justice in education (pp. 21 36). London: Routledge.

14

McNiff, J. (1988). Action Research: Principles and Practice. London: Routledge.

Miles, M.B, & Huberman, A.M. (1994). Qualitative data analysis: An expanded sourcebook. 2nd Ed., Thousand Oaks, CA: Sage.

Mills, G.E. (2000). Action research: A guide for the teacher researcher. Upper Saddle River, NJ: Merrill/Prentice Hall.

Osterman, R.K. & Kottkamp, R.B. (1993). Reflective practice for educators: Improving schooling through professional development. Newbury Park, CA: Corwin Press. Ponte, P., Beijard, D. & Ax, J. (2004). Dont wait till the cows come home: Action research and initial teacher education in three different countries. Teachers and Teaching: Theory and Practice, Vol. 10, No. 6, December 2004.

Reason, P. & Torbert, W.R. (2001). The action turn: Toward a transformational social science. Concepts and Transformation, Vol. 6, No. 1, 1 38. Risko, V., Roskos, K., & Vulkelich, C. (2002). Prospective teachers reflection: Strategies, qualities, and perceptions in learning to teach reading. Reading Research and Instruction, 41(2), 149 175.

15

Anda mungkin juga menyukai