Anda di halaman 1dari 98

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Pengenalan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR)

telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

Objektif 1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU). 2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU. 3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat. 4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan. 5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU

Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model


1

Home Based. Centre Based. Centre-Home Based.

Aktiviti PDK

Kemahiran motor kasar. Kemahiran motor halus. Perkembangan sosial. Perkembangan bahasa. Pengurusan diri sendiri. Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis. Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain. Latihan Vokasional. Terapi muzik. Sukan dan rekreasi.

Konsep PDK 'One Stop Centre'' PDK 'One Stop Centre'' sebagai 'Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri. Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian. Peranan PDK 'One Stop Centre'' :

Pusat Intervensi Awal OKU. Pusat Sumber maklumat OKU. Pusat Rujukan OKU. Pusat Pendaftaran OKU. Pusat Advokasi.

PDKNet PDKNet merupakan pelaksanaan program IT dan Multimedia bagi membantu golongan kurang upaya seperti kanak-kanak Sindrom Down dan kanak-kanak
2

yang menghadapi masalah pembelajaran. Secara umumnya program ini berfungsi sebagai landasan untuk memperkembangkan dan membantu dalam pemulihan golongan kurang upaya. Selain daripada itu, program PDKnet ini juga diharap dapat menambah pengetahuan dan kemahiran orang kurang upaya untuk mengendalikan program perisian komputer. Program ini juga secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada keluarga dan masyarakat mengambil bahagian untuk berkomunikasi dan seterusnya membantu dalam proses pemulihan golongan ini. Untuk capaian PDKNet, web www.pdknet.com.my Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ianya boleh dilayari melalui laman

Bagaimana orang ramai yang berminat dapat membabitkan diri dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ?

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa / penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas). Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh PDK yang

berhampiran. Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain.

Apakah syarat-syarat kemasukan ke PDK ?

Bagi ibubapa / penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walau bagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudakbudakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan.

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) PENGENALAN Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa.

OBJEKTIF : 1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU). 2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU. 3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat. 4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan. 5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU Program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di institusi. Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa. Program ini bukan sahaja cost-effective tetapi juga dapat memberi liputan yang lebih luas kepada lebih ramai orang kurang upaya. Di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan keluarga di mana orang kurang upaya tidak perlu dipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan. Selain itu, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan. PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) Program ini menekankan penglibatan aktif ibu bapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha pemulihan orang kurang upaya. Telah dimulakan di Batu Buruk, Terengganu pada tahun 1983.Merupakan satu alternatif kepada pemulihan dalam institusi. Aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti harian, kemahiran motor kasar dan halus, pra-sekolah dan kemahiran sosial. Semenjak 1983 hingga Dis 2004 terdapat 293 pusat PDK di seluruh negara. Objektif PDK
5

Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk orang kurang upaya di peringkat komuniti tempatan. Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial orang kurang upaya dalam keluarga dan komuniti tempatan. Menyediakan peluang jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan orang kurang upaya disisihkan dari keluarga dan komuniti. Menyediakan peluang untuk orang kurang upaya membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka. Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan orang kurang upaya. P. 4

Soalan ulangkaji set 1 JSU Isu dan Trenda(mengikut topik)Soalan Struktur1. Pengasingan Definisi: dikenali sebagai segregrasi.merupakan pemisahan atau pengasingan antra 1 kumpulan dgnkump yg lain. Pemisahan berlaku dlm beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistempersekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Cth : sekolah pendidikan khas pendengaran dan penglihatan Isu:Kesan kepada murid Positif Mendapat tumpuan lebih Kemudahan yg lengkap Kurang masalh disiplin Kesan pembelajaran lebih baikNegatif Kurang peluang interaksi dgn murid normal Masalah penyesuaian dalam masyarakat Kurang dapat perhatian dan terpinggir
6

Kurang mendapat perhatian dan tanggungjawab ibubapa dan masyarakat. Meningkatkan kecenderungan melabel dan menyalah label ke atas pelajarpelajar bekeperluankhas. Sokongan dan kerjasama Sokongan dan kerjasama dr pelbagai pihakI. Kerajaan Peruntukan kewangan yang terus dari kerajaan Pengurusan kewangan Sekolah Bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ) Sekolah bertaraf PTJ mendapat pertambahan sumber peruntukan dan kuasa berbelanja yangmemudahkan pengetua membuat perancangan tentang pembangunan akademik, kokurikulumdan pengirisan sekolahII. Kerjasama pelbagai disiplin Guru Pegawai Perubatan Ahli terapi Ahli psikologiIsu : Ibubapa : Sifat kebergantungan yang tinggi terhadap pihak sekolah. Sikap menyerahkan anak sepenuhnya dibawah jagaan sekolah Menganggap sekolah seperti pusat jagaan kanak-kanak. Masyarakat : Kurang kerjasama Kurang pendedahan mengenai pendidikan khas. Masalah Pembelajaran Sebagai 1 Kontinum
7

Kontinum = kelompok Lokasi kedudukan bangunan / kelas yang terasing Masalah ruang yang terhadSosial pergaulan yang terhad dengan warga sekolah kurang penglibatan dalam aktiviti sekolahKurangnya sokongan pihak pentadbir layanan sebagai golongan kelas kedua kurangnya peruntukan kewangan sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengambil peperiksaanawam Layanan sebagai golongan kelas kedua. Kurangnya peruntukan kewangan Sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengambil peperiksaanawam.Kurang perkongsian pintar diantara pihak sekolah dengan pihak bukan kerajaan (NGO) Masalah kekurangan kepakaran serta bahan mengajar di sekolah-sekolah khas. NASOM = kepakaran untuk kanak-kanak austism. 2.Khidmat Guru Pendamping definisi Guru yang memiliki pengetahuan dalam bidang pk membantu @ bekerjasama dgn guru biasadalam pembelajaran inklusif Peranan Mendampingi guru kelas dlm menyiapkan kegiatan yg berkaitan dgn bahan unt mengajar Mendampingi murid dlm menyelesaikan tugasan dan beri arahan yang tepat, jelas Memilih dan melibatkan rakan sebaya untuk kegiatan sosialisasi Menyusun aktiviti yg dapat dilakukan di dlm kelas dan luar Menekankan keberhasilan dan pemberian ganjaran yg sesua Pemberian dendaan terhadap TL yang tidak sesuai
8

Menyediakan rekod pemerhatian bagi membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan a Isu Yang Berkaitan Pendidikan Khas Kemudahan Fizikal -kekurangan bilik-bilik terapi ( bilik snoozlen, bilik muti sensori, bilik toys), jadi terapi yang penting untuk perkembangan deria motor kasar dan halus tidak dapat dijalankan dengan sebaik mungkin -tiada kemudahan jalan untuk pengguna wheelchair akibatnya menyusahkan pengguna wheelchair dan memerlukan bantuan org lain untuk bergerak -ruang kelas yang sempit / hanya dibahagikan dengan petisyen kesannnya menyebabkan gangguan yang bising kepada murid di ruang sebelah yang lain Profesionalisme guru -sikap guru yang malas dan tidak bersungguh-sungguh mengajar murid-murid yang bermasalah pembelajaran sekaligus menyebabkan murid-murid terabai dan ketinggalan -guru pendidikan khas seringkali dianggap tidak mempunyai kerja yang banyak akibatnya guru pendidikan khas kerap disuruh melakukan aktiviti untuk muridmurid di aliran perdana. Contoh membuat aktiviti sukan sekolah tahunan. Akibatnya bebanan guru pendidikan khas bertambah -wujudnya guru sandaran tidak terlatih dalam program pend khas akibat daripada itu kanak-kanak khas menjadi mangsa guru yang tidak terlatih (di marah atau diherdik dan dipukul) Kewangan -isu kewangan berkaitan elaun kanak kanak khas yang disalahgunakan oleh ibu bapa. Akibatnya terdapat murid yang tidak membayar yuran atau tidak dapat membayar wang untuk mengikuti apa apa program yang dianjurkan -elaun guru pendidikan khas menarik perhatian ramai guru aliran perdana, akibat daripada permohonan guru aliran perdana ke aliran khas mampu menyebabkan kualiti terjejas -bajet yang tidak mencukupi menyebabkan banyak alatan kemudahan fizikal tidak dapat disediakan, program juga tidak dapat dijalankan dengan lebih banyak. Murid akan ketinggalan dan tidak merasa keseronokan kerana bosan terpakasa mengikuti pnp di kelas sahaja. Program Intergrasi/ pengasingan -tidak mampu mengintergrasikan keseluruhan murid dengan sepenuhnya akibaat daripada perbezaan jadual waktu rehat dan belajar -pengasingan kelas bilik darjah di sekolah

-pengasingan aktiviti seperti aktiviti sukan. berkeperluan khas sahaja dan sebaliknya

Hanya

antara

murid-murid

Program inklusif -bebanan guru aliran perdana bertambah kerana terpaksa cuba memahami karenah kanak-kanak berkeperluan khas. Akibatnya guru tidak akan dapat mengajar kanak-kanak itu dengan sebaiknya. -wujud pendiskriminasian antara murid yang normal dan murid yang berkeperluan khas. Akan wujud perbezaan ruang sosial kerana kurangnya sifat menghormati terhadap golongan ini Pentadbir dan Pentadbiran Sekolah -tidak mementingkan akan kebajikann murid di program intergrasi kerana beranggapan murid ini tidak menyumbang kepada kenaikan peratus prestasi sekolah -murid-murid pendidikan khas tidak diberi galakan sepatutnya untuk mengambil peperiksaan awam kerana dikhuatiri peratus sekolah menurun -isu penempatan murid yang tidak layak dimasukkan sekolah atas dasar peribadi antara ibu bapa dan pihak tertinggi sekolah. Akibatnya menyusahkan pihak guru di program intergrasi. -kesilapan penempatan murid, sebagai contoh murid yang mengalami masalah pendengaran dimasukkan bersama dengan murid masalah pembelajaran. Akibatnya murid itu tadi akan dipinggir. Pelabelan -isu melabel kanak-kanak khas seperti mata sepet kepada kanak-kanak sd. Boleh menyebabkan mereka berasa rendah diri dan malu -melabel kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak cacat. Boleh mewujukan jurang sosial antara kanak-kanak normal dengan khas. Pentaksiran dan Penilaian -terdapat pentaksiran yang dijalankan tidak sesuai dengan keupayaan murid kerana menggunakan ujian pentaksiran daripada negara luar. -penilaian yang tidak telus akibat sikap pilih kasih daripada guru boleh memberi kesan yang buruk. Sebagai contoh, penilaian yang tidak telus semasa membahagikan murid mengikut kelas berdasarkan aras kebolehan memberi kesan buruk kepada murid semasa mengikuti proses pnp di kelas. -diskriminasi terhadap kanak-kanak khas untuk mengikuti peperiksaan awam Penglibatan ibu bapa -wujud ibu bapa yang tidak mengambil berat dan hanya mengharapkan sekolah semata-mata. Contoh aspek pengurusan diri tidak ajar anak di rumah
10

dengan sebaiknya. Akibatnya anak-anak mungkin akan kencing di dalam kelas dan tidak tahu membersihkan diri -ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka mengikuti apa jua program kerana dikhuatiri memberi kecederaan kepada anak-anak mereka -kurangnya sikap yakin ibu bapa terhadap anak-anak mereka. ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN KHAS Isu Perlaksanaan Pengajaran:

Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atauguru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategipengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknikteknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Kadangkala hal sedemikian tidak berlaku dalam Pendidikan Khas. Ada sebilangan guru yang mengambil kesempatan dengan ketidakupayaan murid. Mereka mengambil jalan yang mudah dan mengajar dengan sambil lewa sahaja. Tidak ada persediaan dan beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar kerana mereka pasti tidak cemerlang seperti murid aliran perdana. Tidak perlu tetapkan target kerana mereka sememangnya tidak ada pencapaian. Sikap beginlah menjadikan persepsi guru aliran perdana dan pihak pentadbir semakin berat sebelah .
11

Terdapat guru yang melengahkan masa untuk masuk ke dalam kelas, dan ada juga yang masuk tetapi tiada pengisian yang diterima oleh murid tersebut. Pengajaran tidak berlaku biasanya guru akan mengambil latihan di dalam buku yang dibeli dan difotostat untuk semua muridnya. Kemudian, murid akan diarah menyiapkan latihan tersebut sementara guru membuka laptop dan melayari internet. Hal ini sememangnya amat tidak patut dilakukan oleh guru walaupun mereka menganggap pengajaran akan menjadi sia - sia kerana murid cepat lupa. Bagi guru yang prihatin, memang akan digunakan latihan di dalam buku namun perlu mempunyai pengisian dan mengajar dahulu murid berkaitan pengajaran tersebut. Betulah jika pihak pentadbir mengatakan murid Pendidikan Khas setiap hari asyik mewarna.

Selain daripada itu, hasil kerja murid tidak dinilai dengan betul. Memberi tugasan kepada hanya sebagai umpan untuk duduk diam sahaja. Murid tidak dibimbing dengan baik dan seperti yang sepatutnya. Guru Pendidikan Khas sendiri memandang rendah kepada kemampuan muridnya apatah lagi orang lain. Isu seterunya berkaitan dengan pengawasan dan tanggungjawab guru selepas waktu mengajar mereka. Walaupun bukan tugas guru biasa untuk mengawasi murid selepas waktu mengajar, ia berbeza dengan pendidikan khas. Murid ini perlu diawasi setiap masa namun bukan perlu memegangnya, cuma diperhati dan menegur sekiranya salah. Namun, kebanyakan guru tidak menghiraukan perkara tersebut dan memandang sebelah mata sahaja sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Selalunya tugas ini akan ditolak terus kepada pembantu pengurusan murid dan guru pula duduk rehat dan melayari internetataupun berborak sesama sendiri. Berbeza pula bagi guru yang prihatin,mereka akan mengiringi muridnya ke kantin dan mengawasi agar tidak berlaku pergaduhan atau menganggu murid lain.

Cadangan Mengatasi:

12

Guru pendidikan khas merupakan individu yang paling penting di dalam kelas pendidikan khas. Sebagai pendidik mereka perlu merancang proses pengajaran mereka dengaan baik. Mereka perlu tingkatkan kemahiran dan memperbaiki mutu proses pengajaran. Guru perlu mewujudkan suasana yang kondusif supaya murid dapat belajar dengan selesa dan kondusif.

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras memainkan peranan penting memantau dan memberi teguran serta menasihati guru-guru supaya yang melakukan kesilapan. Mereka perlu diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai tugas dan tanggungjawab seorang guru Pendidikan Khas.

Guru yang cemerlang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar. Mereka perlu menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pengajaran dan pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Guru yang berwawasan mestilah proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsif dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.

Juga dicadangkan sekiranya ada guru yang menghadapi masalah dalam proses pengajaran, mereka perlu dibimbing cara melaksanakan pengajaran yang sesuai dengan keupayaan murid Pendidikan Khas. Terutama sekali bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih. Mereka ini juga memerlukan guru pembimbing bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan proses pengajaran.

Selain daripada itu pihak pengurusan boleh mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah rintis sebagai penanda aras untuk memantapkan lagi profesion keguruan. Di samping itu juga digalakkan menghadiri sebarang kursus, bengkel atau seminar yang dianjurkan oleh badan-badan lain termasuk NGO sebagai pemantapan dalam ilmu pengetahuan.
13

G uru pelatih perlu diperketatkan lagi dengan mengambilkira aspek personalti,minat,latar belakang dan kegiatan luar. Ini memberi ruang kepada institusi perguruan membentuk insan guru yang berkualiti dan boleh melaksanakan dasar-dasar negara. Kementerian pelajaran juga perlu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan guru dapat bertugas dengan dedikasi dan telus. Pemantauan perlu dijalankan secara sitematik dan berterusan supaya guru sentiasa berusaha dengan lebih cemerlang dan berkualiti.

Bagi Guru Sandaran Tidak Terlatih tempoh masa yang ditetapkan untuk mendapatkan ilmu pedagogi tidak mencukupi. Mereka perlu diberi tempoh masa yang lebih lama supaya mereka dapat mempelajari tenik-teknik dan pendekatan dalam pengajaran. Isu Strategi Dan Penempatan Pelajar. Isu ini merupakan antara yang sering dibahaskan di peringkat sekolah antara guru Pendidikan Khas, Guru Pemulihan dan pihak pentadbir serta ibu bapa. Bagi sebahagian ibu bapa masih tidak mahu menerima hakikat bahawa anak mereka perlu dimasukkan ke kelas Pendidikan Khas. Oelh yang demikian kriteria dan instrumen pemilihan perlu sesuai dengan kepelbagaian katogeri murid. Setiap orang murid adalah berbeza dari aspek kognitif, emosi dan afektif. Mereka perlu dinilai dengan cara yang berbeza dan sesuai dengan tahap keupayaan mereka. Meskipun ada instrumen penempatan yang disediakan oleh kementerian tetapi tidak boleh digunakan kepada semua murid. Terutama sekali bagi murid dari katogeri slow learner atau lembam. Cadangan penempatan tersebut perlu dirujuk kepada doktor atau pakar yang berkelayakan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Pada tahun 90an hanya doktor pakar kanak-kanak atau pakar psiktatri sahaja yang layak membuat ujian penempatan. Ianya mengambil masa dari dua minggu hingga ke sebulan sebelum mengesahkan kecacatan yang dialami oleh murid tersebut. Selain daripada beberapa siri pemeriksaan murid tersebut perlu menjalani beberapa sesi terapi dan tahap kematangan pemikirannya akan dikukur. Begitulah sukarnya mendapatkan kelulusan dari pihak doktor. Isunya ialah sangat berbeza pada masa kini kerana dalam masa sehari doktor boleh mengesahkan penempatan untuk murid. Ibu bapa selalu merungut pihak hospital tidak menjalankan rawatan secara terperinci . Lebih

14

malang lagi ada doktor yang tidak ada pengetahuan langsung dalam bidang Pendidikan Khas. Maka tidak hairanlah ada sebahagian murid yang dari katogeri lembam atau slow learner ditandakan sebagai terencat akal. Malahan ada murid down sindrom ditandakan sebagai slow learner. Hal yang sedemikian mendatangkan masalah dalam kalangan guru menentukan kumpulan belajar atau kelas bagi murid tersebut. Sangat meragukan pula ialah kenapa sekarang mana-mana doktor di poliklinik boleh membuat pengesahan tersebut tanpa merujuk kepada pakar-pakar yang berkelayakan. Senario inilah yang menjadikan masalah utama dalam penempatan murid Pendidikan Khas. Kita tidak mempertikaikan kewibaan doktor tersebut tetapi masih kedengaran rugutan dari penjaga bahawa tidak ada sebarang pemeriksaan dan ujian yang dijalankan oleh pihak poliklinik memadai dengan instrument yang dibekalkan oleh pihak guru. Kebimbangannya ialah salah penempatan akan menyebabkan murid tersebut dibafikan hak mereka dalam mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Contohnya isu mengenai murid pemulihan yang ditempatkan ke dalam kelas Pendidikan Khas atau sebaliknya. Kaddangkala keputusan doktor tersebut terpaksa kita abaikan kerana keputusan penempatan yang tidak sesuai. Kebanyakan doktor tidak faham program yang berkaitan dengan perkataan integrasi, inklusif, masalah pembelajaran, kelas biasa, kelas pemulihan dan Pemulihan Dalam Komuniti. Mutakhir ini kebanyakan sekolah mengajar status Sekolah Cemerlang, Berprestasi Tinggi dan sebagainya. Rata-rata guru besar mempunyai target untuk mencapai cita-cita tersebut. Isunya ialah belum tamat bulan Januari sudah ada murid tahun satu dikeluarkan dari sekolah mereka kerana tidak pandai membaca dan menulis dengan baik. Guru Besar kini sudah pandai promosi kelas Pendidikan Khas kepada penjaga yang ada anak sedemikian. Ini semuanya bertujuan untuk mengecilkan data murid tegar pada pertengahan tahun nanti. Hak murid untuk belajar dan dididik dinafikan kerana mereka belum berpeluang pun untuk merasai suasana persekolahan yang sebenar. Ini kerana pada awal Januari biasanya program transisi dijalankan sebelum mereka disaring dalam ujian LINUS saringa 1, 2 dan 3. Sedangkan pihak kementerian telah mengeluarkan pekeliling mengenai penempatan murid tahun 1 ke kelas Pendidikan Khas hanya selepas saringan ke 3. Pihak jabatan pula kurang peka dalam hal ini dan kadangkala urusan penempatan pun tidak sesuai dengan Program Integrasi. Pernah berlaku murid
15

cacat pendengaran di tempatkan di kelas masalah pembelajaran. Alasannya ialah atas permintaan penjaga. Seharusnya pihak jabatan perlu memaklumkan kepada penjaga tersebut penempatan yang sesuai untuk anak mereka. Kesilapan yang beginilah yang menyebabkan guru Pendidikan Khas rasa terbeban dan sukar menjalankan proses pengajaran dengan berkesan. Cadangan mengatasinya: Pihak Jabatan Pelajaran dan Kumpulan Pelbagai Disiplin termasuk pihak hospital perlu berganding bahu dan saling bekerjasama dalam isu ini. Kedua pihak perlu melakukan penyebaran ilmu dan pengetahuan yang mereka ada mengenai murid berkeperluan khas. Kedua pihak perlu berbincang dan menetapkan keperluan-keperluan dan strategi yang lebih sesuai dalam isu penempatan ini. Pembinaan ujian soalan diognostik juga perlu diselaraskan dan dikeluarkan oleh satu badan yang bertauliah supaya tidak berlaku penyelewengan ataupun penindasan terhadap murid. Pelbagai aspek berkaitan murid perlu diambil kire sebelum memulakan proses penempatan murid berkenaan ke kelas kelas pendidikan khas untuk mengelakkan masalah muncul setelah murid ditempatkan. Selain itu panel-panel yang terlibat semasa proses penempatan pelajar seharusnya menjalankan tugas dengan penuh professional untuk memberikan satu perkhidmatan yang terbaik. Ibu bapa sekarang sentiasa peka mengikuti perkembangan anak-anak mereka. Oleh yang demikian mereka yang terlibat perlu telus dan menghormati hak individu untuk mendapatkan keperluan rawatan yang sesuai. Pentadbir sekolah juga perlu amanah dalam mentadbir program integrasi ini. Mengejar kecemerlangan biarlah dengan cara yang professional juga. Hak murid untuk mendapatkan pendidikan dan pelajaran perlu diambil kira. Bagilah mereka peluang menunjukkan kemampuan dan kebolehan mereka terlebih dahulu sebelum dihantar ke kelas Pendidikan Khas. Ibu bapa juga perlu mempertahankan hak untuk anak-anak mereka. Mereka perlu tahu kriteria yang ditentukan untuk masuk ke kelas Pendidikan Khas kerana belum pasti cadangan dan pendapat pihak sekolah adalah benar selagi belum mendapat pengesahan pakar yang berkelayakan. Pihak Jabatan Pelajaran pula perlu lebih peka dan selari dengan dasar dan pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian. Jangan mengharapkan pihak sekolah sahaja yang melaksanakan dasardasar tersebut sedangkan di peringkat jabatan banyak perkara yang terlepas pandang. Sokongan sedemikian sangat penting supaya guru-guru diperingkat sekolah tidak merasa tertekan dan diperlekehkan begitu sahaja.
16

RUMUSANNYA: Isu-isu yang dibincangkan adalah merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Khas. Meskipun segala keperitan yang dilalui tersebut mencabar keprofesionalisma dalam keguruan tetapi guru Pendidikan Khas tetap berdiri teguh bersama anak muridnya. Bilangan mereka saban tahun semakin bertambah cukup membuktikan kepercayaan dan tanggapan positif terhadap keperluan pendidikan kepada semua kanak-kanak. Cabaran tersebut menjadikan guru-guru Pendidikan Khas semakin matang dan sentiasa memperbaiki kelemahan diri supaya opsyen ini tidak lagi menjadi pilihan terakhir dalam bidang keguruan. Cabaran cabaran yang mendatang merupakan satu impak yang besar dalam bidang ini kerana ianya telah membuka ruang yang lebih luas untuk meningkatkan kualiti opsyen Pendidikan Khas. Secara tidak langsung ianya memberikan ruang kepada Kementerian Pelajaran dan Pejabat Pelajaran mengatur program dan dasar yang meningkatkan kualiti Pendidikan Khas. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998). Harapannya semua pihak akan yang terlibat akan memberikan kerjasama yang terbaik dan memberi sumbangan idea dalam meningkatkan mutu Pendidikan Khas. Kecemerlangan tidak berjalan dengan sendiri tanpa sokongan padu semua pihak . Tanggungjawab mendidik murid Pendidikan Khas adalah tugas bersama dalam satu komuniti sekolah. Penerimaan masyarakat sekolah terhadap golongan ini akan memberikan keyakinan untuk berpimpingan tanagan bersama mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Pendidkan Khas juga mempunyai murid yang mempunyai matlamat mencapai kehidupan bermakna dan berketrampilan dengan didikan golongan guru yang inovatif dan kreatif. Berikan ruang kepada mereka untuk menjadi rakyat yang berpendidikan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PELEBELAN, PENGASINGAN dan INTEGRASI PELEBELAN Definisi Pelebelan Pelebelan didefinisikan sebagai mengecap seseorang mempunyai sesuatu sifat yang tidak baik seperti jahat, suka menipu dan sebagainya. Pelebelan juga
17

boleh dianggap sebagai satu tanggapan atau penilaian yang dibuat berdasarkan pandangan individu itu sendiri terhadap esuatu perkara. Kesan Positif Pelebelan Kepada Murid

Masalah murid-murid lebih difahami Mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai OKU dan kemudahan Pnp yang dilaksanakan oleh guru berfokus terus kepada kemahiran asas untuk berdikari Membolehkan perkihdmatan khusus diberi kepada kanak-kanak untuk mengikut keperluannya contohnya seperti rawatan

Kesan Negatif Pelebelan Kepada Murid


Mewujudkan sifat pemalu yang tinggi Murid sering diketepikan dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah Timbulnya pelbagai istilah negatif bukan sahaja menyebabkan murid patah hati untuk belajat tetapi menjurus kepada masalah disiplin Kesan Positif Pelebelan Kepada Guru

Memudahkan guru membuat rancangan pengajaran individu Mengukur tahap murid berdasarkan ujian-ujian yang dilaksanakan Pelebelan dapat membantu dalam mengenal pasti faktor yang membawa kepada kecacatan atau masalah Kesan Negatif Pelebelan Kepada Guru

Guru pendidikan khas disama tarafkan dengan murid Menimbulkan persepsi negatif guru aliran perdana terhadap guru pendidikan khas Dikatakan tidak mahu bercampur gaul dengan guru perdana Dipandang sebagai golongan kelas kedua

18

Kesan Positif Pelebelan Kepada Ibu bapa

Dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak mereka dan mengetahui strategi-strategi berkesan yang boleh digunakan untuk memaksimumkan potensi anak

Mendapat kemudahan bantuan daripada kerajaan dan NGO Kesan Negatif Pelebelan Kepada Ibu bapa

Tekanan psikologi dan rasa rendah diri Tidak dapat menerima persepsi masyarakat terhadap anak-anak mereka Mereka dilihat sebagai liabiliti bukannya sebagai aset PENGASINGAN Definisi Pengasingan

Pengasingan juga dikenali sebagai segregrasi Segregrasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam Kesan Positif Kepada Murid

Mendapat tumpuan yang lebih Kemudahan infrastruktur yang lengkap Kurang masalah disiplin berlaku Kesan pembelajaran lebih baik Kesan Negatif Kepada Murid

19

Peluang interaksi yang kurang dengan pelajar normal Masalah penyesuaian diri dalam masyarakat Kurang mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa Meningkatkan kecenderungan melebel dan menyalah lebel ke ataspelajar berkeperluan khas Sokongan Dan Kerjasama a) Kerajaan

Peruntukan kewangan yang terus dari kerajaan Pengurusan kewangan Sekolah Bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ) Sekolah bertaraf PTJ mendapat pertambahan sumber peruntukan dan kuasa berbelanja yang memudahkan pengetua membuat perancangan tentang pembangunan akademik, kokurikulum dan pengirisan sekolah

b) Kerjasaa pelbagai disiplin


Guru Pegawai Perubatan Ahli terapi Ahli psikologi

Masalah Pembelajaran Sebagai 1 Kontinum a) Kontinum = kelompok b) Lokasi


kedudukan bangunan / kelas yang terasing Masalah ruang yang terhad

c) Sosial

pergaulan yang terhad dengan warga sekolah kurang penglibatan dalam aktiviti sekolah

20

d) Kurangnya sokongan pihak pentadbir


layanan sebagai golongan kelas kedua kurangnya peruntukan kewangan sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengambil peperiksaan awam INTEGRASI Definisi Integrasi

Integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak berkeperluan khas bersamasama dengan kanak-kanak biasa Integrasi juga didefinisikan sebagai menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah-sekolah biasa Masalah Normalisasi

kurang peluang dalam penglibatan kokurikulum memerlukan latihan yang khusus untuk mengurangkan tahap ketidakupayaan kurang penyesuaian terhadap murid-murid biasa Masalah Disiplin

pergaduhan dengan pelajar normal berkeliaran semasa PnP terpengaruh dengan masalah disiplin pelajar normal kurang berminat untuk melakukan tugasan yang diberi guru Pemilihan Kelas

berdasarkan kecacatan berdasarkan IQ

21

ISU & TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS 1.0 Pendahuluan Guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru bertanggungjawab menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai. Guru jugalah yang merancang dan membina instrumen penilaian, mentadbir ujian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan menjalankan tindakan susulan yang perlu seperti aktiviti pengukuhan, pengayaan dan pemulihan. Dengan itu, pentaksiran yang tepat dan berkesan perlu dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah untuk membantu guru sendiri dalam mempertingkatkan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam mengesan kelemahan murid seterusnya memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan strategi pengajaran guru agar sesuai dengan tahap dan kemampuan murid. Manakala, ujian ialah salah satu kaedah, tugas atau prosedur yang digunakan untuk memperoleh pemerhatian yang sistematik tentang sifat, atau trait seseorang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi (Mokhtar Ismail, 1995). Bagi mengupas tugasan ini dengan lebih mendalam lagi, saya telah mengumpulkan sedikit sebanyak maklumat mengenai pentaksiran dalam Pendidikan Khas agar dapat memahami tajuk soalan kerja kursus dengan lebih baik dan bakal menghuraikannya dengan lebih berkesan. 1.0 Konsep Pentaksiran
22

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000; Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Semua maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid seterusnya meningkatkan pencapaian murid tersebut. Pentaksiran juga merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Manakala menurut Mokhtar Ismail, pentaksiran ialah langkah untuk menentukan tahap sejauhmana seseorang memiliki sifat tertentu. Menurut Popham (2000), beliau berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran merupakan proses yang melibatkan pengumpulan data-data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan perlakuan pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Nilai kuantitatif ini melambangkan tahap atau kedudukan pencapaian pelajar dalam sesuatu aspek yang dinilai. Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut tahap kebolehan dan standard perkembangan seseorang murid. Bukti dan data pencapaian murid perlu dikumpulkan dalam satu tempoh tertentu untuk mentaksir pembelajaran dan pemahaman mereka. Bukti dan data ini boleh direkodkan dalam pelbagai bentuk. Contohnya lembaran kerja, portfolio, jurnal, dan ujian seperti ujian diagnostik di mana akan menggambarkan tahap kebolehan, kekurangan dan kelebihan seseorang murid. 1.1 Tujuan Pentaksiran Menurut Peirangelo & Giullian, G (2006), tujuan pentaksiran adalah untuk pemeriksaan dan pengenalpastian. Selain itu, pentaksiran juga bertujuan untuk menentukan kelayakan dan melakukan diagnosis serta dalam pengajaran dan penilaian.

23

Dalam Pendidikan Khas, pentaksiran bertujuan memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Dengan cara itu,guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid, merangka intervensi yang sesuai, memilih strategi pengajaran yang tepat dan menempatkan murid sesuai mengikut tahap kebolehan masing-masing. Manakala tujuan keseluruhan pentaksiran ialah untuk kemajuan murid dalam pembelajaran. Pentaksiran memberikan murid, ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.

1.2

Proses Pentaksiran Pengumpulan Analisis Penilaian Penentuan Cadangan

Proses Pentaksiran Terdapat lima komponen utama yang terlibat dalam proses pentaksiran iaitu pengumpulan, analisis, penilaian, penentuan dan cadangan. Bagi pengumpulan, proses yang terlibat ialah mengesan dan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber latar belakang seperti rekod sekolah, sejarah perubatan dan sebagainya. Proses analisis pula melibatkan pemprosesan dan kefahaman mengenai corak sejarah pendidikan, sosial, perkembangan, persekitaran, perubatan serta emosi murid. Manakala proses penilaian pula
24

meliputi aspek akademik, emosi, persepsi, bahasa, fisiologi, kognitif dan perkembangan perubatan untuk menentukan tahap kekuatan dan kelemahan individu murid. Seterusnya ialah proses penentuan. Tindakan yang perlu diambil ialah menentukan ciri-ciri kebolehan dan ketidakbolehan murid serta pengetahuan tentang kriteria bagi setiap kategori kanak-kanak pendidikan khas. Pada akhirnya, proses cadangan melibatkan penempatan pendidikan dan program yang perlu dijalankan oleh guru sekolah dan guru kepada ibu bapa. 1.1 Jenis-jenis Pentaksiran ~pentaksiran kemahiran pembelajaran asas ~pentaksiran kemahiran bahasa (membaca, menulis dan lisan) ~pentaksiran kemahiran matematik ~pentaksiran kemahiran sosial dan tingkah laku Pentaksiran boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah lain tidak semestinya menggunakan pensel dan kertas. Contohnya ujian kecergasan, pemerhatian, temu bual, projek, portfolio dan sebagainya. Pemilihan kaedah bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan. Umpamanya, kemahiran bermain bola tampar boleh diukur melalui pemerhatian sementara nilai dan sikap boleh diukur melalui temu bual. Dalam mentaksir kemahiran juga, guru boleh membuat rujukan berdasarkan senarai semak, temubual, temuduga, perbincangan bersama dan persembahan kendiri oleh murid tersebut. Jadi, kaedah dan alat ukur yang sesuai perlu digunakan agar pentaksiran yang dibuat benar-benar berkualiti. 1.0 ISU UJIAN PENTAKSIRAN: PENTADBIRAN UJIAN PENILAIAN SUMATIF (PERTENGAHAN PENGGAL DAN UJIAN AKHIR TAHUN) TIDAK DIJALANKAN Penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan. Tujuan penilaian sumatif bukanlah untuk membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian tetapi untuk menentukan sejauh mana objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-murid. Dengan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan melalui pembinaan jadual penentuan ujian, peratusan objektif yang dapat dicapai oleh pelajar dapat diketahui.
25

Kedua, penilaian sumatif bertujuan memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan. Dengan adanya gred yang diberikan, akan memudahkan guru untuk membuat perbandingan antara individu dalam satu-satu bilik darjah atau membuat perbandingan mengikut tingkatan atau kumpulan pelajar. Dengan cara ini guru bolehmembuat kesimpulan peringkat pencapaian pelajar mengikut kumpulan tertentu misalnya kumpulan pelajar lemah, sederhana dan cemerlang. Contoh penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan sebagainya. 1.1 Kesan pentadbiran ujian penilaian sumatif (Pertengahan Penggal dan Ujian Akhir Tahun) tidak dijalankan Kesan utama yang dapat dilihat apabila tiada pelaksanaan ujian am dilakukan ialah penempatan murid-murid yang tidak sekata. Contohnya di dalam kelas A, terdiri daripada dua aras murid yang iaitu murid aras tinggi dan murid aras rendah. Jurang perbezaan pembelajaran sangat berbeza di antara mereka yang mana murid aras tinggi dapat menangkap pengajaran dan pembelajaran dengan baik sekali selayaknya diinklusifkan manakala murid aras lemah masih memerlukan bimbingan daripada guru. Manakala dalam kelas B pula masih berlaku situasi yang sama iaitu terdapat murid yang dapat memahami pengajaran dengan lebih cepat malah menyiapkan aktiviti dengan pantas sekali. Pada pendapat saya, murid aras tinggi di dalam keduadua kelas ini boleh digabungkan agar mereka dapat belajar secara berkesan dan bermakna, seterusnya sesuai dengan tahap dan aras kemampuan mereka. Kesan kedua ialah berlaku pembaziran masa kepada murid aras tinggi kerana perlu menunggu murid lemah pada setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Mungkin alasan pengayaan diberikan tetapi adakah ianya benar-benar dilaksanakan kepada murid? Kesan daripada persekitaran juga tidak dapat dinafikan. Apabila berlaku perbezaan aras yang ketara di antara murid, akan berlaku persaingan yang tinggi untuk murid-murid aras rendah agar mereka dapat menyaingi murid aras tinggi dalam pembelajaran. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memahami ilmu pada hari tersebut seperti kawan-kawan mereka yang lain. Berbeza pula dengan aras tinggi, mereka akan sentiasa diminta untuk menunggu rakan yang lemah dan nilai sabar diterapkan. Benar, tetapi sekiranya ianya terlalu kerap dilakukan akan menyebabkan mereka kurang persaingan dan sentiasa berada dalam kedudukan selesa, releks dan bersenang hati. Malah, ada yang memandang rendah terhadap kemampuan
26

rakan kerana lambat untuk memahami pembelajaran pada hari itu. Apa yang paling menakutkan saya ialah ada murid yang sanggup menolak latihan pengayaan yang diberi dengan alasan kenapa dia perlu membuat kerja lebih sedangkan rakan yang lain belum pun sempat menyiapkan kerja tersebut. Mereka lebih senang untuk memilih keadaan yang tidak membebankan mereka. Akhir sekali, proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku tidak sesuai dengan aras dan tahap kemampuan murid. Guru perlu menyediakan dua tajuk atau dua kemahiran pada satu-satu masa agar murid dapat belajar dengan bermakna. Jika tidak, guru akan mengajar suatu ilmu yang telah diketahui oleh murid aras tinggi dan suatu ilmu yang terlalu tinggi untuk dicapai oleh murid dari aras rendah. Jadi, masa tersebut merupakan satu kerugian kepada murid-murid untuk mendapat ilmu secara bermakna untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka. 1.1 Cadangan Penambahbaikan pentadbiran ujian penilaian sumatif (Pertengahan Penggal dan Ujian Akhir Tahun) tidak dijalankan Salah satu cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah pihak pentadbiran perlu melaksanakan ujian penilaian sumatif seperti ujian pertengahan penggal dan ujian akhir tahun bagi menentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan. Selain itu, penilaian sumatif juga bertujuan untuk mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan. Apabila guru dapat mengenalpasti tahap pencapaian murid, guru dapat membahagikan murid ke dalam kumpulan-kumpulan tertentu yang lebih kurang sama arasnya. Dengan sedemikian, guru-guru kelas dapat menjalankan ujian diagnosis yang lebih berkesan kerana setiap daerah kelemahan individu murid dapat dikesan dengan lebih terperinci dan guru dapat menggunakan strategi yang sesuai untuk membantu murid mencapai potensi yang maksimum. Selain itu juga, guru boleh meluangkan masa untuk murid dengan mengadakan kelas tambahan bagi mereka yang akan diinklusifkan. Ini bertujuan untuk murid mendapat persediaan awal dengan kemahirankemahiran asas untuk mengikuti pembelajaran secara perdana iaitu di dalam kelas yang ramai muridnya dan guru perdana tidak mampu untuk memberikan perhatian kepada semua murid-muridnya. Tambahan juga, kelas tambahan yang diadakan akan dapat membantu murid untuk memahami sesuatu ilmu dengan lebih baik kerana murid pendidikan khas memerlukan masa yang lebih lama untuk memahami suatu perkara. Oleh itu, guru pendidikan khas yang
27

bertanggungjawab dapat menggunakan strategi yang lebih berkesan dan sesuai dalam membantu murid khas memahami ilmu yang dipelajari dalam kelas aliran arus perdana. Akhir sekali, guru-guru perlulah sentiasa menghadiri kursus-kursus untuk meningkatkan keprofesionalisme. Dengan itu, diharap guru terus bersemangat untuk meneruskan tugas dan peranan sebagai pendidik yang lebih berkualiti dan bertindak sebagai pemangkin satu transformasi pendidikan supaya sistem pendidikan kita akan dapat memenuhi keperluan dan permintaan abad ini selaras dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang di dunia.

NOTA RINGKAS PKU 3112 ULANGKAJI PDK 3 CIRI UTAMA MODEL PDK HOME BASED Program pemulihan dijalankan di rumah oku yg tidak dapat hadir karana kecacatan yang dialaminya Program pdk dilaksanakan sekiranya lebih 15 oku yang tidak hadir ke pdk kerana kecacatan atau masalah pengangkutan Pekerja pdk akan ke rumah oku untuk menjalankan latihan dan bertugas 4 jam sehari SEBAGAI SEORANG PETUGAS DI PDK, APAKAH PERANAN YANG PERLU KAMU JALANKAN DLM MELAKSANAKAN PROGRAM HOME BASED Menerangkan tujuan lawatan ke rumah dan tarikh lawatan mengikut jadual yang ditetapkan Menemubual ahli keluaga pelatih pdk dan mengisi borang ppendaftaran oku Mengenalpasti tahap perkembangan para pelatih pdk Mengenalpasti tindakan susulan dan program pemulihan yang sesuai 3 SEBAB PEKERJA SOSIAL PERLU MENGAMALKAN KECEKAPAN Membantu pekerja social bertindak lebih bijak untuk melakukan apa yang diperlukan dalam melaksanakan kerja social Kecekapan dalam melaksanakan praktis membolehkan klien akan dapat menyelesaikan permasalahan yang dihadapai dan berupaya untuk berkembang ke arah positif dengan bantuan pekerja social

28

Membantu pekerja social menghindarkan diri daripada perkara2 yang melanggar perundangan profesion Meningkatkan keyakinan klienterhadap perkhidmatan yg diberikan Meningkatkan imej pekerja social JELASKAN DUA CARA BAGAIMANA PETUGAS PDK DAPAT MENINGKATKAN TAHAP KECEKAPAN DALAM MELAKSANAKAN KERJA SOSIALNYA Menghadiri kursus dan seminar berkaitan program pendidikan dan pemulihan oku Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam profesion dari semasa ke semasa Sentiasa mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam situasi yang sebenar Berbincang dan bertukar pandangan di kalangan petugas2 pdk 2 TINDAKAN AWAL YANG PERLU DIJALANKAN OLEH PIHAK PKMD SETELAH MENERIMA PERMOHONAN PENUBUHAN PUAST PDK DRPD IBU BAPA DAN KOMUNITI SETEMPAT Mengenalpasti kawasan yang mempunyai oku yang ramai iaitu melebihi 10 orang Mengatur perjumpaan dengan komuniti setempat untuk melihat kesesuaian pewujudan pdk Mendapatkan maklum balas drpd komuniti tentang persetujuan untuk menubuhkan pdk 3 ASPEK YANG PERLU DIAMBILKIRA DALAM PEMILIHAN SESEBUAH PREMIS UNTUK DIJADIKAN PUSAT PDK Lokasi yg strategic Harga sewa yg berpatutan Saiz yg sesuai dengan jumlah pelajar dan kelengkapan yg diperlukan Keadaan bangunan yg selamat dan menurut spesifikasi yang ditetapkan 2 TINDAKAN AWAL YANG PERLU DIJALANKAN OLEH PIHAK PKMD SETELAH MENERIMA PERMOHONAN PENUBUHAN PUSAT PDK DARIPADA IBU BAPA DAN KOMUNITI SETEMPAT Memberi khidmat nasihat tentang keperluan oku Membela dan melobi untuk tindakan bagi memastikan bahawa kerajaan dan pembekal perkhidmatan responsive kepada hak2 oku Penyediaan maklumat mengenai perkhidmatan kepada oku Penglibatan secara langsung dalam pengurusan CBR Mendidik oku tetang hak2 mereka

29

3 BENTUK AKTIVITI YANG BOLEH DILAKSANAKAN DI PDK MELALUI KERJASAMA DENGAN PERTUBUHAN OKU Perkhidmatan terapi (terapi cara kerja, terapi pertuturan, dan terapi permainan) Intervensi awal Program transisi Penilaian psikologikal 4 KEPENTINGAN INTERVENSI AWAL TERHADAP PELATIH2 DI PDK Melengkapkan kanak2 oku dengan kemahiran asas Membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak2 oku Mengatasi masalah lain yang disebabkan oleh ketidakupayaan seawal yang mungkin Menawarkan penjimatan wang kepada ibu bapa kanak2 berkeperluan khas Mendidik ibu bapa dalam pengurusan dan pendidikan kanak2 berkeperluan khas

PENDEKATAN YANG BOLEH DIGUNAKAN DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM INTERVENSI AWAL DI PDK Intervensi berpusatkan guru Intervensi berpusatkan pelajar Intervensi berpusatkan keluarga Pendekatan pelbagai disiplin 4 ELEMEN DALAM TQM DALAM MENINGKATKAN KUALITI KERJA Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan Penambahbaikan yang berterusan Kawalan terhadap proses kerja yang dijalankan Pengurusan bertahan Komitmen daripada pihak pengurusan Amalan kerja berpasukan 4 LANGKAH KOLABORATIF YANG MENGGUNAKAN PENDEKATAN MULTISEKTORAL DALAM MEMASTIKAN PROGRAM PEMULIHAN DI PDK MENEPATI KEPERLUAN SEMASA DAN MEMENUHI POTENSI PELATIH Menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan2 NGO di dalam dan luar Negara untuk meningkatkan kemahiran petugas2 PDK terutamanya dalam bidang pemulihan anggota, pemulihan cara kerja, dan kemahiran vokasional

30

Membangunkan Latihan Kurikulum Kebangsaan kepada penyelia dan petugas PDK melalui kerjasama dengan NGO, IPTA dan kolej swasta Menggunakan kepakaran daripada agensi kebangsaan seperti Kementerian Kesihatan, jabatab Tenaga Kerja dan Kementerian Pelajaran kea rah meningkatkan kualiti pemulihan di PDK Melibatkan masyarakat khususnya dalam memberi sumbangan dari segi tenaga, wang ringgit dan menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh oku Menubuhkan panel penilai yang terdiri daripada pakar2 pelbagai bidang untuk menilai keberkesanan program2 latihan di PDK 4 PERANAN KOMUNITI SETEMPAT DALAM MEMBANTU PDK Mengambil bahagian dalam peluang2 latihan untuk meningkatkan pengetahuan tentang ketidakupayaan Menukar persepsi dan sikap yang boleh mengehadkan peluang bg oku dan ahli keluarga mereka Menyumbang sumber2 seperti masa, wang dan peralatan untuk program PDK Melindungi oku dan menangani punca2 yang menyebabkan kecacatan Memberi sokongan dan bantuan jika diperlukan oleh oku 4 JUSTIFIKASI MENGENAI SEJAUH MANA KOMUNITI DI NEGARA KITA TELAH MEMAINKAN PERANAN YANG SEPATUTNYA DALAM MENYOKONG USAHA2 YANG DIMAINKAN OLEH PDK Pihak komuniti melibatkan diri dengan aktif dalam setiap kegiatan yang dianjurkan oleh PDK atau sebaliknya Pihak komuniti peka dengan keperluan oku atau sebaliknya Pihak komuniti banyak menyumbang dana bagi meningkatkan infrastruktur dan perjalanan program di PDK atau sebaliknya Pihak komuniti sentiasa memberi sokongan moral dan prihatin mengenai perkembangan PDK atau sebaliknya 3 JENIS MODEL PDK YANG DILAKSANAKAN OLEH JKM DAN NGO PDK di Pusat (Centre Based) Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4 jam sehari OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan PDK di rumah (Home Based) Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan PDK di Pusat dan di Rumah (Kombinasi) Dijalankan di Pusat PDK selama 4 hari selama 4 jam sehari
31

Dalam seminggu, satu hari selama 4 jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah oku setelah menjalani program pemulihan 4 TUJUAN PELAKSANAAN PROGRAM PDK Meningkatkan kualiti hidup golongan oku ke tahap maksimum Memberi kesedaran kepada masyarakat setempat bahawa golongan masyarakat yang tidak berupaya perlukan bantuan Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada golongan oku, ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk oku diperingkat komuniti Mengurangkan penempatan jangka panjang yang menyebabkan oku disisih atau dijauhkan dari keluarga dan masyarakat 4 PERTUBUHAN ANTARABANGSA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DALAM KERJA SOSIAL YANG BERKAITAN OKU WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) UNESCO (United Nations Education, Scientific and Cultural Organization) YEN (Youth Employment Network) ILO (International Labour Organization) DAR (Disability and Rehabilitation Team) DPO (Disabled Peoples Organization) 4 AKTIVITI PEMULIHAN YANG DIJALANKAN DI PDK Aktiviti harian mengurus diri, makan, menyikat dll Kemahiran motor kasar melibatkan pergerakan otot dll Kemahiran motor halus melibatkan pemikiran, penglibatan serta pergerakan jari2 Aktiviti prasekolah Perkembangan social 3 KEPENTINGAN PDK BAGI MASYARAKAT DI LUAR BANDAR Perkhidmatan disampaikan di mana golongan oku ini tinggal Tidak mengasingkan golongan oku daripada keluarga, kawan dan masyarakat Menguatkan keyakinan komuniti tempatan terhadap kebolehananya dalam masyarakat Perkhidmatan disediakan di kawasan luar Bandar dan Bandar kecil Mengurangkan senarai menunggu golongan oku ke institusi pemulihan yang sesuai untuk mereka Pengubahsuaian boleh dilakukan di rumah2 dan dalam komuniti mengikut tradisi, kesesuaian dan kemampuan golongan oku dan keluarga mereka
32

Kecacatan dapat dikurangkan dengan intervensi awal oleh ahli keluarga yang sudah dilatih Kerjasama dan sokongan antara golongan oku dan ahli keluarga dapat dipupuk lebih kukuh 4 NGO YANG TURUT MEMAINKAN PERANAN DALAM MENGESAN DAN MENJALANKAN AKTIVITI YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHAN OKU Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) TASPUTRA PERKIM NURY Cleft Lip and Palate Assosiation of Malaysia (CLAPAM) Yayasan Sindrom Down Kiwanis Persatuan Orang Buta Malaysia Rumah Orang Cacat Convent Bukit Nanas Persatuan Kanak kanak Cacat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan 3 PERANAN NGO DALAM MENJAYAKAN KHIDMAT MASYARAKAT UNTUK MAMBANTU OKU Berfungsi mengenalpasti masalah oku bagi memastikan keberkesanan program Bertanggungjawab dalam memastikan oku mendapat penempatan yang adil dan sesuai mengikut tahap kecacatan, keperluan, minat dan latar belakang mereka Menguruskan penempatan, saringan, lawatan, latihan dsb Manjalankan intervensi awal bagi membantu ibu bapa mengendalikan kanak2 berkeperluan khas Memberi asuhan kepada kanak2 berkeperluan khas dan kanak2 cacat anggota dan mental Dapat membantu ibu bapa dan guru2 khas dalam mewujudkan p&p yang bermakna,sesuai dan menyeronokkan Membantu kerajaan dalam mengendalikan kanak2 berkeperluan khas dengan sokongan JKM KEPENTINGAN INTERVENSI AWAL BAGI KANAK2 KHAS Peranan panting dalam melengkapkan kanak2 berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan masyarakat. Ia akan memberi impak yang positif kepada persekitaran terhadap kanak2 berkeperluan khas Akan dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak2 Kejadian msalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi dengan perkhidmatan ini
33

Menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Ia juga dapat menjimatkan perbelanjaan Negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan Boleh meningkatkan intelek, meningkatkan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak2 berkeperluan khas Intervensi awal yang sistematik menghalang masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga dan mengurangkan pembinaan institusi khas PENDEKATAN INTERVENSI AWAL YANG BOLEH DICADANGKAN KEPADA IBU BAPA YANG MEMPUNYAI ANAK OKU INTERVENSI BERPUSATKAN GURU Untuk mengajar dan mengawal pelajar khas dari segi tingkah laku Peranan guru semasa p&p di bilik darjah Guru akan tentukan jenis strategi, model dan demonstrasi dan memantau kemajuan kanak2 khas Sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran INTERVENSI BERPUSATKAN PELAJAR Sesuai untuk pelajar yang berkemampuan mengawal tingkah laku sendiri Pelajar boleh berdikari, bergantung pada diri sendiri dan Berjaya mengendalikan proses2 pembelajaran Pelajar memainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru Pelajar akan diajar prosedur2 kawalan diri, menentukan matlamat yang realistic, menangani kekcewaan dan cara mengatasi masalah INTERVENSI BERPUSATKAN KELUARGA Ibu bapa dilibatkan dalam proses intervensi awal Keluarga akan menjadi elemen penting dalam proses pembelajaran Boleh membantu memperbaiki interaksi di antara kanak2 dengan orang dewasa Perlukan komitmen tang tinggi daripada setiap ahli keluarga Boleh menguatkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tehtang keperluan individu berkeperluan khas TUJUAN / FAEDAH YANG AKAN DIPEROLEHI OLEH OKU SEMASA MENJALANI PEMULIHAN DI PDK Perkhidmatan disampaikan di mana oku itu tinggal Tidak mengasingkan oku dengan keluarga, kawan, dan masyarakat sekeliling di mana ia dibesarkan

34

Menguatkan keyakinan komuniti tempatan terhadap kebolehannya masyarakat yang matang dan penyayang Perkhidmatan disediakan di Bandar dan luar Bandar membolehkan perkhidmatan di semua peringkat secara saksama Mengurangkan senarai menunggu bagi oku ke institusi pemulihan yang sesuai untuk oku Dapat dikurangkan dengan intervensi awal oleh ahli keluarga yang telah dilatih Kerjasama dan sokongan oku dan ahli keluarga dapat dipupuk dan dikukuhkan PERANAN DAN PERKHIDMATAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN BAGI MENINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT DALAM PEMBANGUNAN KOMUNITI Pengesanan awal dan intervensi awal Perkhidmatan kesihatan ibu dan anak Pencegahan Rawatan /program2 imunisasi Promosi kesihatan Pemeriksaan kesihatan sekolah disediakan di sekolah termasuk pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan penglihatan, pemeriksaan pendengaran termasuk imunisasi PERANAN IBU BAPA SEBAGAI AHLI DALAM PERKHIDMATAN SOKONGAN DI PUSAT PEMULIHAN Membantu menjayakan program PDK Memberi sumbangan idea dalam membantu program di PDK Membantu sumber kewangan Membantu dalam proses intervensi awal MASALAH YANG SERING DIHADAPI OLEH IBU BAPA SEMASA MENGENDALIKAN ANAK BERKEPERLUAN KHAS Kurang kepakaran mengendalikan anak berkeperluan khas latihan khusus mengendalikan anak istimewa (intervensi awal) Stigma mempunyai anak khas Perasaan malu Emosi terganggu dan dipersalahkan oleh ahli keluarga mempunyai anak cacat DEFINISI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) Pemulihan dalam Komuniti (PDK) merupakan satu kaedah pembangunan
35

komuniti untuk OKU di mana program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang sama rata serta diintegrasikan dalam masyarakat. KONSEP PDK Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan kominiti

Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disishkan daripada keluarga dan komuniti

Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka

Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU Objektif PDK

Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan sikap bertanggungjawabmasyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya.

Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat.

36

Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.

Mengembleng sumber tempatan untuk pemuliahn sumber tempatan untuk pemuliha OKU

Menggunakan insfrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.

Falsafah PDK

Mementingkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh; ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, komuniti tempatan dan tenaga kerja tempatan digunakan secara optimum Ciri-ciri PDK

Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan. Ibu bapa atau ahli keluarga atau komuniti memainkan peranan penting Menggunakan teknologi dan kos yang rendah Kaedah dijalanan secara di pusat dan seliaan di rumah Menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada

Faedah penubuhan PDK


37

Membantu golongan ibu bapa untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih terperinci mengenai cara mendidik kanak-kanak istimewa ini.

Ibu bapa dapat berkongsi masalah yang duhadapi dengan ibu bapa yang mempunyai anak seperti mereka.

Kanak-kanak istimewa ini mendapat pendidikan yang sesuai dengan keadaan mereka dan dapat meminimumkan kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak ini.

Dapat meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa bahawa kanak-kanak juga mempunyai kebolehan sekiranya diberi peluang untuk mendapat bimbingan.

Sejarah penubuhan PDK - Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnya diberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. - Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil insiatif dengan kerjasama Kementeria Kesihatan Malaysia untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU) - Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat
38

sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa. Model PDK Program PDK berteraskan kepada 3model iaitu : a) Home Based (PDK di rumah)

Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan.

Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan bertugas selama 4jam sehari.

Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan. b) Center Based (PDK di pusat)

Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4jam sehari. OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan. c) Center Home Based (PDK di pusat dan di rumah)

Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4jam sehari.

39

Dalam seminggu, satu hari selama 4jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan.

PENGENALAN PDK merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri. Ia merupakan satu lagi pekhidmatan yang diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat selain dari perkhidmatan untuk kanak-kanak, warga tua dan sebagainya. PDK menyediakan tempat dan memberi peluang kepada orang kurang upaya menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri, pra 3M, kreativiti, sukan dan rekreasi. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan

Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa atau penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat

40

bagi Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas).

Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh Pemulihan Dalam Komuniti yang berhampiran. Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa Pemulihan Dalam Komuniti bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pemulihan di Pemulihan Dalam Komuniti melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain. Secara keseluruhannya Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan penting dalam menjaga Pemulihan Dalam Komuniti ini. Jabatan ini yang bertanggungjawab dan berperanan seperti berikut :

Bayaran sewa premis. Saguhati Penyelia PDK- RM1,200.00 sebulan. Saguhati Petugas PDK- RM800 sebulan. Peralatan. Utiliti. Program / aktiviti Elaun Khas RM150 bagi OKU yang mengikuti Program PDK. Latihan kepada Penyelia dan Petugas PDK.
41

Kerjasama dengan JICA (Japan International Cooperation Agency) melalui Sukarelawan JOCV

Kerjasama dengan agensi Kerajaan, Swasta dan Badan Bukan Kerajaan. PDKNet www.pdknet.com.my

CARTA ORGANISASI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI


Penasihat Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Wakil Pejabat Pendidikan Wakil Pejabat Kesihatan Wakil Pasukan Polis Diraja Malaysia Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatan kuasa

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK),

Jabatan Pembangunan Masyarakat,

Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan telah mula dijalankan pada tahun 1988. Tujuan program Pemulihan dalam komuniti ini diadakan adalah untuk membantu orang-orang berkeperluan khas dalam pemulihan yang mana mereka tidak dapat mengikuti latihan atas sebab yang tertentu.

42

Pentadbiran PDK sentiasa berusaha menjadikan PDK 'One Stop Centre'' sebagai 'Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan

pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.

Melalui PDK 'One Stop Centre'', perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian. Peranan PDK 'One Stop Centre'' :

Pusat Intervensi Awal OKU. Pusat Sumber maklumat OKU. Pusat Rujukan OKU. Pusat Pendaftaran OKU. Pusat Advokasi.

Sebagai sebuah pusat pentadbiran pertubuhan sosial semua yang terlibat seharusnya mengetahui dan memahami akta pekerja sosial bagi melicinkan pentadbiran dan pengurusan sesebuah Pusat Pemulihan Komuniti. Akta Pekerja Sosial ialah suatu perundangan yang bertujuan untuk meningkatkan profesion kerja sosial secara menyeluruh, melalui pendaftaran dan pelesenan pekerja sosial yang berkelayakan dan terlatih untuk mengamal kerja sosial. Pekerja sosial yang berlesen adalah ahli profesional yang membantu orang menangani masalah harian mereka yang disebabkan oleh perubahan dalam masyarakat yang memberi kesan terhadap kehidupan dan perhubungan mereka dalam komuniti.
43

Pekerja sosial telah dilatih serta mempunyai kemahiran khusus untuk melaksanakan intervensi dan mengendalikan isu-isu serta cabaran spesifik yang dihadapi oleh golongan yang bermasalah.

Akta

ini

adalah

satu

strategi

penting

dalam

inisiatif

kerajaan

untuk

memperkenalkan era baru dalam profesionalisme kerja sosial. Akta ini juga menetapkan kelayakan yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja sosial, mendefinisikan pelbagai kategori pekerja sosial, serta

menggariskan fungsi dan struktur organisasi untuk pelaksanaan akta. Akta ini akan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa pekerja sosial di Malaysia adalah ahli profesional yang kompeten dan berkelayakan untuk melaksanakan kerja sosial dalam pelbagai bidang yang berkeperluan. Orang ramai juga akan diberi ruang untuk membuat aduan mengenai ketidakpuasan mereka terhadap amalan kerja sosial yang tidak profesional dan tidak beretika kepada Majlis Kerja Sosial Malaysia dan ini, pada keseluruhannya, akan dapat meningkatkan keyakinan mereka terhadap pekerja sosial dan profesion kerja sosial. Syarat penubuhan PDK Untuk membuka atau menubuhkan pdk baru perlu membuat permohonan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal pemohon Proses penubuhan PDK

44

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) menerima permohonan menubuhkan pdk daripada ibubapa oku/komuniti/pemimpin tempatan melalui surat, faks, telefon atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah PKMD akan mengatur perjumpaan dengan komuniti setempat termasuk ibu bapa oku dan pemimpin tempatan. PKMD akan menerangkan mengenai konsep Program PDK dan cara perlaksanaannya. Komuniti diminta berbincang dan memberi maklum balas kepada PKMD dalam tempoh 2 minggu dari tarikh perjumpaan.

PKMD mendapatkan maklum balas daripada komuniti berhubung dengan persetujuan untuk menubuhkan pdk. Sekiranya komuniti bersetuju, ahlijawatankuasa (ajk) pdk perlu dibentuk yang terdiri daripada :

ibu bapa oku komuniti setempat pemimpin tempatan wakil jabatan kesihatan wakil jabatan pendidikan khas wakil pertubuhan sukarela kebajikan/agensi kerajaan atau swasta yang berkaitan

AJK PDK mengenalpasti sebuah bangunan yang sesuai untuk dijadikan premis pdk dan membuka akaun pdk

45

Setiausaha PDK perlu mengisi Borang Permohonan Geran Tahunan Penubuhan PDK Baru (JKMM.PDK 2/2003) yang diperolehi daripada Pejabat PKMD dan diserahkan kembali kepada PKMD untuk tindakan selanjutnya.

-PKMD menyemak pengisian borang tersebut dan sekiranya lengkap, PKMD menghantar permohonan kepada Jbtn Kebajikan Msykat Malaysia (JKMM) melalui Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN). -JKMM akan memproses permohonan daripada JKM Negeri. Kelulusan diberi berdasarkan kedudukan kewangan pada tahun memohon. JKMM akan memaklumkan kepada PKMN mengenai status permohonan (lulus/ditangguhkan kelulusan). PKMN memaklumkan kepada PKMD. -Sekiranya lulus, PKMD mengadakan perbincangan dengan ahli jawatankuasa PDK mengenai :

perlantikan penyelia dan petugas pdk pendaftaran oku yang akan mengikuti kelas pdk akaun jawatankuasa pdk yang perlu dibuka (sekiranya belum ada akaun)

Jawatankuasa pdk membuat iklan jawatan penyelia/petugas pdk (rujuk syarat lantikan dalam garis panduan pengurusan pdk dan garis panduan pemantapan program pdk)

46

Temuduga bagi jawatan penyelia/petugas pdk akan dijalankan oleh Panel Temuduga yang dipengerusikan oleh PKMD dan dianggotai oleh jawatankuasa pdk. Surat lantikan akan disediakan oleh jawatankuasa pdk. Kelas pdk akan dibuka setelah tarikh ditetapkan oleh Jawatankuasa PDK

JENIS & TAHAP KECACATAN / MASALAH

Masalah fizikal- celebral palsi Ceberal bermaksud otak. Manakala palsy membawa erti kurang atau tidak berupaya mengawal pergerakan otak. Definisi palsi selebral adalah kecacatan anggota disebabkan oleh kecacatan hubungan saraf di antara bahagian otak dengan bahagian badan semasa dilahirkan atau pada awal usia. Kanak-kanak palsi selebral sebahagian besarnya mengalami kerosakan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Terdapat 4 kategori palsi selebral iaitu

Palsi selebral athetiod palsi selebral ataxia palsi serebral gabungan Palsi Selebral spastik

Ciri-ciri fizikal

masalah ketegangan pada otot-otot tertentu seperti tangan dan kaki. Ketegangan otot ini akan menyebabkan pergerakan otot tersebut menjadi terhad atau tidak berkodinasi. Contohnya jika ketegangan otot

47

berlaku pada kaki, pergerakan permulaan berjalan seakan tersekat-sekat dan diikuti dengan satu lonjakan tenaga menyebabkan pergerakannya kurang terkawal.

Bagi palsi selebral athetiod pula, mereka mempunyai anggota yang lebih meliuk dan tidak terkawal. Manakala bagi palsi serebral ataxia pula, imbangan badan mereka adalah tidak baik di samping pergerakan badan yang tidak berkodinasi.

Palsi serebral gabungan pula adalah mereka yang mengalami lebih daripada satu jenis palsi selebral pada satu-satu masa. Masalah yang dihadapi olehnya adalah otot-ototnya kejang, tidak berkodinasi dan juga meliuk.

Masalah pembelajaran Masalah emosi-hiperaktif


tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu mempunyai tumpuan yang singkat. Ia dikenali sebagai Attention Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak ini tidak boleh diminta untuk menjalankan aktiviti yang pasif sehingga 20 minit.

Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD

Kanak-kanak ini lebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan,

kerap membuat kesalahan akibat kecuaian

48

gagal menyiapkan kerja sekolah tidak mahu mendengar apabila bercakap dengannya sukar mengatur tugasan tidak suka dan enggan melakukan tugasan.

Ciri-ciri sosial kanak-kanak

tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaan kendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima

mereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.

TERENCAT AKAL Ciri-ciri tingkah laku :


Kanak-kanak ini lambat menguasai kemahiran motor halus. Kanak-kanak ini sering mempamerkan kepayahan untuk member tumpuan atau fokus kepada proses P&P didalam kelas

sukar menyiapkan tugasan dan mudah membuat kesalahan disebabkan kecuaian

sering menunjukkan tingkahlaku yangsering mengganggu rakan. Di dalam hubungan sosial dengan rakan-rakan,mereka kurang diterima oleh rakan kerana tidak pandai menyesuaikan diri
49

kurang matang mempunyai masalah dalam menguasai kiu-kiu sosial yang halus sehingga mereka kerap menyalah tafsir aksi-aksi murid lain.

menarik rambut menggigit kuku tabiat suka mencederakan diri meminta ganjaran apabila diminta untuk melakukan sesuatu contohnya jika enggan melakukan aktiviti P&P,guru akan memberikan sesuatu yang disukai murid untuk memujuknya mengikuti aktiviti

SINDROM DOWN Ciri-ciri tingkah laku :

Daripada segi emosi, kanak-kanak ini dilabelkan sebagai terencat akal sama ada ringan, sederhana,teruk dan sangat teruk.

Kanak-kanak Sindrom Down Ringan masih boleh dididik. Menangis merupakan isyarat utama kanak-kanak ini dan mempunyai masalah pendengaran.

Kanak-kanak Sindron Down merupakan kanak-kanak yang manja memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. hiperaktif dan masalah tumpuan singkat.

AUTISMA

Autism adalah keadaan di mana kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.

50

istilah autisme adalah berasal daripada perkataan autos yang bermaksud diri sendiri dan isme yang bermaksud aliran.

Perkembangan fizikal kanak-kanak autism sama seperti kanak-kanak normal dan kelihatan seperti mempunyai masalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang diperkatakan orang lain.

Daripada segi emosi pula ianya sukar diramal kerana ia sering berubahubah.

Sering ketawa, menangis dan marah tanpa sebab Mengamuk tanpa terkawal jika tidak menuruti kemahuan atau melarang daripada melakukan sesuatu yang mereka ingini

Merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya jika emosi terganggu Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosi terganggu Ada kalanya mencederakan diri sendiri

LEMBAM (SLOW LEARNER)

Kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan pendidikan kelas pemulihan.

Ciri-ciri tingkah laku :

keupayaan intelektual kanak-kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan kecerdasan.

mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau memproses maklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.

mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat kecuaian


51

sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan

Di dalam mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik.

sukar memproses maklumat sukar menyiapkan tugasan dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi.

Tingkah laku kanak-kanak lembam sering mengganggu rakan-rakan

DISLEKSIA

Disleksia didefinasikan ketidakupayaan memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran akibat kesukaran mentafsir kod ayat

Ciri-ciri tingkah laku:

Kanak-kanak disleksia mempunyai masalah dalam bacaan,menulis dan mengeja (Sanders dan Myers.1996).

Kategori disleksia terbahagi kepada tiga iaitu disleksia visual melibatkan deria penglihatan, disleksia melibatkan pendengaran dan disleksia visual auditori yang melibatkan penglihatan dan pendengaran.

Perkembangan fizikal,mereka tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan sebagai pemalas dan bodoh.

Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah butang.

52

mempunyai daya pengamatan, pendengaran dan penglihatan yang lemah.

Kekeliruan di mana mereka sukar untuk membezakan kiri dan kanan. Semasa membaca pula, mereka sering berpua-pura membaca dan menunjukkan teks semasa membaca.

Kekeliruan dalam perkataan juga timbul seperti di bawah;

- Keliru kedudukan perkataan - Pembalikan perkataan - Keliru b.inggeris dengan b.melayu - Penambahan huruf - Kependekan perkataan - Pembalikan huruf dalam perkataan Masalah pendengaran

Menurut Cruickshakn dan Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.

Terdapat dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak. Pekak adalah kanak-kanak yang mempunyai deria dengar yang tidak berfungsi.

Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yang masih boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan mendengar.

Tanda-tanda:

- masalah pendengaran adalah kurang member perhatian di dalam kelas - kelihatan selalu berkhayal
53

- percakapannya tidak jelas - terkejut apabila dihampiri daripada belakang - tidak memahami arahan yang diberikan - pencapaian yang lemah terutamanya berkaitan dengan bahasa. - Bagi perkembangan fizikal, motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti kanak-kanak normal. - Perkembangan kognitif adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembangan bahasa. - Bagi perkembangan sosial, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara layanan yang diterima melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri. Masalah penglihatan Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat Menurut Heward (1996), seseorang yang mempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat dengan pembetulan (kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah Masalah penglihatan terbahagi kepada dua :

rabun atau kurang nampak ialah mereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang kabur (penglihatan </60)

buta adalah bagi mereka yang langsung tidak dapat melihat dan memerlukan bantuan kod Braille untuk membaca

Tanda-tanda fizikal

mempunyai masalah penglihatan adalah bebola mata yang selalu berputar

matanya sensitif terhadap cahaya bahagian tepi mata kelihatan merah

54

kelopak mata bengkak, mata selalu berair dan terdapat bintik-bintik ditengah mata

mengadu tidak dapat melihat dengan jelas sakit kelapa apabila membuat sesuatu kerja pandangan kabur dan kadang kala objek dilihat menjadi dua imej mereka selalu memusingkan kepala pada sebelah arah iaitu semasa melihat objek

selalu mengerut atau mengecilkan mata kerap berkelip

Objektif

Membolehkan OKU hidup berdikari Meningkatkan penglibatan masyarakat luar Dapat berkembang supaya dapat menghadapi cabaran dan keperluan yang baru mengikut keperluan semasa

STRATEGI-STRATEGI a) Meningkatkan pelaksanaan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di negeri dan daerah:

Mewujudkan PDK baru mengikut keperluan di peringkat daerah Meningkatkan latihan dan kualiti perkhidmatan di PDK dengan menganjurkan kursus mengikut zon dengan kerjasama

Jawatankuasa Penyelarasan Pemulihan Dalam Komuniti

55

Kebangsaan untuk pekerja PDK dan Kursus untuk ibubapa dan Ahli Jawatankuasa PDK.

Meningkat dan memperluaskan pelaksnaan Rumah Kelompok. Pendaftaran orang kurang upaya.

b) Meningkatkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kesukarelaan:

Masyarakat digalakkan untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bagi membantu kanak-kanak OKU

c) Meningkatkan penglibatan NGO:

Dapat membantu kerajaan menangani masalah sosial semasa dan memenuhi keperluan sosial khusus bagi masyarakat yang berkeperluan.

Melaksanakan pelbagai aktiviti dengan semangat kesukarelaan untuk meningkatkan perkhidmatan yang disediakan.

Contoh aktiviti adalah seperti berikut:-

- sumbangan kewangan, peralatan, aset untuk kumpulan sasar. - perkongsian bijak antara Jabatan dan korporat dalam melaksanakan program. - Pembangunan Kesukarealaan

56

d) Menyediakan Garis Panduan Pengurusan PDK untuk membantu Pegawai dan Kakitangan JKMM dalam memantau PDK bagi memastikan pelaksanaannya menepati objektif penubuhannya :

Cara menguruskan Pusat PDK serta memberi panduan secara menyeluruh dalam pelaksanaan program PDK.

e) Pertambahan tenaga pekerja selaras dengan kadar nisbah pekerja dan OKU yang baru iaitu 1 pekerja : 5 OKU berbanding 1 pekerja : 10 OKU sebelum ini.

f) Latihan Bagi Pekerja PDK untuk memastikan kualiti pembelajaran dan program pemulihan di PDK:

Menepati keperluan semasa dan berada ditahap yang tinggi Contoh : JKMM telah menjalinkan kerjasama dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) dimana sukarelawan JOCV (Japan Overseas Cooperation Volunteers) ditugaskan di negara ini untuk membantu dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan di PDK khususnya dalam bidang Jurupulih Anggota, Jurupulih Cara Kerja dan Guru Pendidikan Khas

g) Menggunakan PDK Net :

57

Sebagai sumber informasi, saluran komunikasi, pendaftaran OKU, khidmat nasihat dan bimbingan, kaedah pembelajaran dan pemulihan serta promosi dan publisiti bagi PDK

mewujudkan saluran rangkaian yangberkesan yang membolehkan ibubapa, pekerja PDK dan komuniti untuk berkongsi maklumat dalam pemulihan dan pembangunan OKU

h) Menganjurkan pelbagai kursus, latihan dan bengkel untuk pekerja PDK, ibubapa dan masyarakat tempatan.

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan OKU

PIHAK YANG TERLIBAT IBU BAPA Ibu apa dan keluarga OKU memainkan peranan penting dalam PDK Ibu bapa dan keluarga boleh membantu menjayakan dan melancarkan perjalanan PDK Dengan memberikan bantuan kepada tenaga-tenaga pengajar untuk melaksanakan tugas-tugas di PDK. Oleh itu hanya ibu bapa dan ahli keluarga OKU sahaja yang faham dan mengerti bagaimana hendak menguruskan dan mengendalikan anak-anak mereka Dengan melibatkan diri di dalam PDK, ibu bapa boleh belajar kaedah-kaedah membantu mengawal dan mengasuh anak-anak supaya dapat diintegrasikan dalam masyarakat Kehadiran ibu bapa juga adalah untuk sama-sama belajar atau mendapatkan latihan daripada tenaga-tenaga pengajar untuk melaksanakan atau meneruskan sesi pembelajaran dan latihan yang dijalankan di PDK setelah pulang ke rumah
58

KOMUNITI Memberikan motivasi kepada mereka yang mempunyai anak yang kelainan upaya Tidak memandang serong kepada golongan OKU Tidak meminggirkan golongan OKU Memberi khidmat secara sukarela untuk membantu golongan OKU di PDK Membantu untuk memperkembangkan potensi yang ada dalam diri golongan OKU BADAN BUKAN KERAJAAN Menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang keperluan golongan OKU Memberikan perkhidmatan profesional seperti perkhidmatan terapi kepada golongan OKU Membantu dari segi kepakaran tentang proses pemulihan golongan OKU dalam kalangan petugas PDK Memberikan bantuan kewangan Contoh badan bukan kerajaan

Persatuan kanak-kanak spastik Pusat bimbingan sinaran matahari Pusat harian kanak-kanak istemewa Yayasan sindrom down kiwanis KEMENTERIAN KESIHATAN Perkhidmatan : penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, pemulihan cara kerja, pemulihan anggota, pemulihan pertuturan, pemulihan
59

pendengaran, rawatan susulan, penilaian pemakanan dan rawatan psikologi Carta alir perkhidmatan kesihatan : a) Langkah 1 : Penilaian awal

dilakukan oleh doktor pakar untuk mengenal pasti jenis ketidakupayaan kanak-kanak.

b) Langkah 2 : Pengesahan ketidakupayaan

Pengesahan dalam "Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-kanak Dengan Keperluan Khas"

Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya perlu daftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi tujuan mendapat bantuan atau perkhidmatan kebajikan c) Langkah 3 : Penilaian khusus oleh pasukan multidisiplin

Kanak-kanak yang disahkan kurang upaya dirujuk ke unit multidisiplin dan dibuat penilaian bersama untuk rawatan selanjutnya.

Pasukan multidisiplin terdiri daripada pakar fisioterapi, jurupulih carakerja, pegawai pemulihan pertuturan, pegawai pemuligan pendengaran dan pegawai pemakanan d) Langkah 4 : Perancangan rawatan e) Langkah 5 : Perlaksanaan rawatan f) Langkah 6 : Rawatan susulan dan penilaian semula
60

penilaian semula bagi penempatan sebenar prasekolah atau sekolah khas atau sekolah vokasional g) Langkah 7 : Langkah selanjutnya

kanak-kanak yang disyaki layak syarat kemasukan boleh daftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi tujuan memasuki Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia

kanak-kanak yang mempunyai masalah serius atau gagal mengikuti Program Pendidikan Khas KMN akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Pendaftaran dan kad kenal diri

tujuan pendaftaran adalah untuk mengumpul data dan statistik bagi maksud perancangan perkhidmatanatau program pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal

kad kenal diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan Bantuan alat tiruan atau otortik

61

bantuan ini bertujuan membantu OKU membeli peralatan tiruan atau sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU

dengan adanya alat ini dapat membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian Elaun pekerja cacat (EPC)

skim ini bertujuan menggalakkan OKU terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain dan sebagai penyelenggaran pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Bengkel terlindung

jabatan berusaha mendapatkan peluang pekerjaan di sektor awam atau swasta atau menempatkan OKUdi Bengkel Terlindung seperti bengkel daya klang, bengkel daya sungai petani atau di 13 buah bengkel terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela Pemulihan dalam komuniti (PDK)

pdk satu strategi alam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat

aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial, pengurusan diri,
62

sukan dan rekreasi

AGENSI-AGENSI KERAJAAN LAIN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN a) pengecualian cukai jalan b) kemudahan pengangkutan awam

potongan harga sebanyak 25% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua bas ekpress

MAS 50 % penerbangan domestik KTM 50% bagi semua kelas KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

bantuan kewangan pelajar OKU IPT diberikan kepada pelajar OKU yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa(diploma ke atas) di IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti

bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan sepenuh masa meliputi perbelanjaan bagi yuran pengajian dan wang saku yang kedua-duanya diberi pada kadar tidak melebihi rm5000 setahun atau rm20000 bagi sepanjang tempoh pengajian

bantuan kewangan pelajar OKU IPT tempatan separuh masa atau pengajian jarak jauh diberi pada kadar tidak melebihi rm5000 setahun atau rm20000 bagi sepanjang tempoh pengajian meliputi perbelanjaan yuran pengajian sahaja

63

S PRINSIP DAN ETIKA KERJA SOSIAL TEORI SOSIAL

Teori Ekologikal

a) Dipelopor oleh Bronfenbenner 1979 b) Perkembangan organisma dipengaruhi oleh persekitaran c) Interaksi berlaku antara hubungan 2 ekologikal d) Terbahagi kepada lima sistem iaitu :

Mikrosistem Mesosistem Ekosistem Mikrosistem Kronosistem Teori Pembelajaran Sosial Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan Orang diperhatikan sebagai model Proses pembelajaran elalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan Ta iaitu : erdapat 4 unsur utam

perhatian

64

mengingat reproduksi peneguhan Prinsip pelaksanaan

Menentu dan menggunakan model yang sesuai dengan perbezaan individu dalam pembelajaran sosial

Memastikan proses pemerhatian dilakukan mengikut prosedur Memupuk kecekapan meniru dan reproduksi dengan latihan secara sistematik daripada mudah kepada kompleksdan demonstrasi berulangulang

Memupuk konsep kendiri positif supaya pelajar memperoleh kayakinan terhadap tingkah laku yang ditirunya. Ciri-ciri teori

Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model

Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan,peniruan dan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai, diakhiri dengan peneguhan

65

positif Implikasi teori

Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kepada pelajar

Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan cepat

Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model Guru boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan stimulasi

KO M UNI TI (PDK ) KEPELBAGAIAN KOMPOTENSI MURID KOMPOTENSI KENDIRI Teori motivasi intrinsik

Motivasi intrinsik ialah motivasi yang terbatin dan merupakan penggerak kepada perlakuan untuk kepentingan sendiri atau untuk memperolehi ganjaran bagi diri sendiri Teori motivasi ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik merujuk kepada konsep yang berkait dengan peneguhan. Suatu proses apabila rangsangan atau peristiwa luar yang disebabkan oleh tindak balas itu meningkat

66

Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah kepadanya Teori motivasi keperluan maslow Abraham Maslow (1943;1970) mengatakan bahawa pada dasarnya semua manusia memiliki keperluan asas yang dapat dijelaskan dalam bentuk piramid yang bermula daripada petingkat yang paling rendah sehingga yang paling tinggi

Keperluan fisiologi : keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup Keperluan keselamatan : bagi menjamin kesejahteraan hidup Keperluan kasih sayang : hubungan dengan insan yang lain Keperluan penghargaan kendiri : manusia ingin dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup Keperluan kesempurnaan kendiri : usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri KOMPOTENSI SOSIAL Kompotensi sosial bermaksud bagaimana individu itu dapat mengurus hubungannya dengan orang lain Kesedaran sosial a) Membangun individu lain

kesedaran keperluan pembangunan individu lain dan membantu untuk peningkatan b) Kesedaran organisasi

keupayaan membaca perubahan emosi selaras dengan perubahan semasa c) Berorientasi perkhidmatan

boleh menjangka, mengenal pasti dan memenuhi keperluan individu d) Empati


67

sedar akan perasaan dan keperluan orang lain dan mengambil berat e) Melayani kepelbagaian

membina peluang-peluang melalui pelbagai ragam manusia Kemahiran sosial a) Pengaruh

menggunakan pelbagai teknik untuk memujuk b) Pemangkin perubahan

memulakan hala tuju serta mengurus dan memimpin perubahan

c) Komunikasi

menyampaikan maklumat yang jelas dan meyakinkan

d) Kepimpinan berinspirasi

memandu dan mendorong desakan visi

STRATEGI DAN PENEMPATAN PELAJAR ISU INDIVIDU INKLUSIF Lyin Gow (1990) menyatakan bahawa kanak-kanak ketiadakeupayaan belajar bersama-sama rakan sebaya dengan segala kemudahan pembelajaran berkesan yang dapat memenuhi keperluan mereka Stainback & Stainback (1990) menyatakan bahawa inklusif merupakan program menempatkan kanak-kanak ke dalam bilik darjah sebagaimana kawan yang
68

tidak mempunyai kecacatan

Rasional inklusif

Memberi peluang untuk berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain Memberi peluang untuk kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat Berkongsi kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya Ciri-ciri pelajar yang diinklusifkan

Mempunyai kemahiran 3M Tiada masalah tingkah laku Boleh mengikut arahan Boleh berkomunikasi Jenis-jenis inklusif a) Inklusif penuh

mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid-murid biasa senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan guru pendidikan khas sekiranya ada masalah dari segi pembelajaran atau tingkah laku pelajar pendidikan khas tahun 6 boleh mengambil peperiksaan b) Inklusif separuh

mengikuti pembelajaran kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja senarai nama murid pada daftar program pendidikan khas guru pendidikan khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping

69

ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa Kebaikan pendidikan inklusif

Wujud hubungan interaksi yang baik Mengurangkan kecenderungan melebel dan menyalah lebel Mengurangkan stigma terhadap pelajar berkeperluan khas Kelemahan pendidikan inklusif

Berlaku pengasingan daripada kanak-kanak biasa Guru biasa mengalami bebanan dan tanggungjawab yang lebih INTERGRASI -Intergrasi ialah program yang disediakan bagi murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah biasa. -Program pendidikan khas intergrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik atau vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan Objektif pendidikan khas intergrasi

menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas menyediakan pendidikan yang sesuai dan releven kepada setiap murid pendidikan khas menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini PERBEZAAN INDIVIDU DAN PENYESUAIAN

70

Definisi Perbezaan individu didefinisikan sebagai ketidaksamaan individu dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial Murid pk vs murid normal

Fizikal dan kesihatan Emosi dan sosial Kesediaan belajar Pengamatan Aspek perbezaan

Jantina Fizikal Personaliti Kesihatan Gaya belajar STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN KUMPULAN Konsep

Berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru kepada berpusatkan pelajar Tujuan

Murid dapat menguasai kemahiran tertentu mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka Prinsip pengajaran kumpulan

Pelajar bergerak bebas dan berbincang Alat dan bahan disediakan

71

Perhatian guru penting Ahli kumpulan tidak semestinya tetap Melantik ketua kumpulan Arahan guru mestilah jelas Kaedah pengajaran kumpulan

Persembahan Rumusan Sumbang saran Main peranan Simulasi Teknik jigsaw Kebaikan pengajaran kumpulan

Meningkatkan komitmen individu terhadap pembelajaran Pelajar yang lemah akan dibimbing dan pelajar cerdas akan terus maju Memperkembangkan kemahiran komunikasi Memupuk semangat positif seperti tolak ansur dan kerjasama Kelemahan pengajaran kumpulan

Menimbulkan perasaan rendah diri Memerlukan penglibatan aktif murid Guru yang tidak cekap akan mengalami masalah kekangan masa PENGAJARAN INDIVIDU Definisi

Turut dikenali sebagai self-direct, independent atau autonomous learning (Fry, 2003) Menekankan sistem pembelajaran yang fleksibel yang mengambil kira perbezaan individu dan gaya pembelajaran individu Murid banyak bertanggungjawab terhadap pelbagai aspek pembelajaran mereka dan mempunyai motivasi yang tinggi Kaedah pembelajaran individu

72

Pengajaran kendiri melalui bahan media Pembelajaran berasaskan komputer dan multimedia Tugasan atau projek individu Kekuatan pengajaran individu

Mempunyai penyataan objektif pembelajaran yang jelas untuk dicapai Melibatkan penglibatan aktif murid dalam memberi respon kepada bahan pembelajaran Memberi peluang kepada pelajar lemah untuk mendapat perhatian yang diperlukan Hubungan guru dan murid erat kerana berlakunya maklum balas Kelemahan pengajaran individu

Memerlukan komitmen dan motivasi yang tinggi daripada murid Masalah logistik kerana perlu mendapat sokongan daripada pihak pentadbiran

TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA PDK TAJUK 1 PENGENALAN KEPADA PDK Definifi, konsep dan falsafah PDK DEFINISI PDK Pendekatan baru yang menekankan penglibatan lebih aktif Ibubapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha mencegah dan memulihkan Kanak- kanak Kelainan Upaya, khususnya di peringkat tempatan dalam konteks struktur perkhidmatan dan rancangan pembangunan yang sedia ada.

KONSEP PDK Mendekatkan perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat komuniti tempatan Memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam keluarga dan kominiti Mengurangkan penempatan jangka panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan daripada keluarga dan komuniti

73

Menyediakan peluang untuk OKU membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka Membantu dalam mewujudkan masyarakat penyayang yang peka kepada keperluan OKU

OBJEKTIF PDK Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan sikap bertanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keadaan setempat. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan. FALSAFAH PDK

Mementingkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh; ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, komuniti tempatan dan tenaga kerja tempatan digunakan secara optimum CIRI CIRI PDK

Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan. Ibu bapa atau ahli keluarga atau komuniti memainkan peranan penting Menggunakan teknologi dan kos yang rendah Kaedah dijalankan secara di pusat dan seliaan di rumah Menggunakan sumber-sumber komuniti yang sedia ada FAEDAH PDK

Membantu ibu bapa mengetahui lebih terperinci mengenai cara mendidik kanak-kanak istimewa ini. Ibu bapa dapat berkongsi masalah yang dihadapi dengan ibu bapa lain. Mendapat pendidikan yang sesuai dengan keadaan mereka dan dapat meminimumkan kecacatan. Meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa bahawa anak mereka mempunyai kebolehan sekiranya mendapat bimbingan. Sejarah penubuhan PDK di dalam dan luar negara

SEJARAH PDK DALAM NEGARA Salah satu kaedah pemulihan yang diterima pakai oleh WHO dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia ialah kaedah Pemulihan Dalam

74

Komuniti (PDK) berasaskan terjemahan asalnya Community Based Rehabilitation System (CBR). Kaedah PDK ini telah dipelopori oleh tiga pakar perubatan dan juga physiotherapist WHO yang terdiri daripada E. Helandar, P. Mendis dan G. Nelson yang telah menghasilkan sebuah manual yang pada peringkat drafnya setebal hampir 300 muka. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual tersebut ini apabila pada tahun 1983 Malaysia telah diwakili oleh seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat dan seorang Pegawai Perubatan untuk meneliti draf manual berkenaan dan seterusnya memberikan peluang menilai dan mengubahsuaikan pelaksanaan kaedah ini di suatu Mesyuarat Kumpulan Pakar (Expert Group Meeting) anjuran WHO di Manila. Hasilnya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu khususnya, menjalankan satu projek perintis PDK di Batu Rakit berasaskan hasil kajian ke atas profil orang kurang upaya yang terdapat di Mukim Batu Rakit. Kajian itu dijalankan dengan kerjasama semua peringkat penduduk dan Jabatan Kerajaan di mukim tersebut dan melibatkan penduduk daripada sembilan (9) buah kampung sejumlah 17,149 orang. Hasil kajian menunjukkan sejumlah 275 orang kurang upaya dikenalpasti dan merupakan 1.65% daripada penduduk mukim berkenaan. Hasil daripada kajian tersebut telah meyakinkan Jabatan untuk dengan ramainya melancarkan program PDK pada tahun 1984 oleh YB. Menteri Kebajikan Masyarakat ketika itu. Pada peringkat awal pelancaran, Batu Rakit telah dikenalpasti memandangkan mukim tersebut mempunyai faktor-faktor yang sesuai untuk kajian dan juga disebabkan insiden kurang upayaan yang ramai di Daerah Kuala Terengganu ketika itu. PDK ketika di peringkat pelaksanaan awalnya hanya melibatkan seramai 55 kes orang kurang upaya kini telah meningkat perkembangannya dengan berlipat kali ganda dan melambangkan satu kaedah pemulihan orang kurang upaya di negara ini. SEJARAH PDK DI LUAR NEGARA Pemulihan dalam komuniti atau PDK lebih dikenali sebagai Community Base Rehabilitation atau singkatannya CBR. CBR adalah strategi dalam pembangunan masyarakat umum untuk pemulihan, kesamaan peluang dan inklusi sosial untuk semua kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya. CBR dilaksanakan melalui usaha bersama orang kurang upaya, keluarga dan masyarakat, dan perkhidmatan kesihatan pendidikan, vokasional dan perkhidmatan sosial.
75

CBR ini diwujudkan selepas perang dunia kedua dimana ramai askar-askar yang terlibat dalam peperangan tersebut yang mengalami kecacatan anggota badan ditempatkan untuk menjalani pemulihan terhadap anggota fizikal mereka.

Ianya bertujuan untuk membantu mereka suapaya dapat menjalani kehidupan mereka bersama masyarakat seperti biasa. Pada tahun 1951 sebuah Unit Pemulihan Bangsa Bersatu telah ditubuhkan dengan berpandukan kepada dengan berpandukan kepada kemahiran dan menggunakan kemudahan yang sama seperti CBR.

Pada tahun 1960, CBR cuba disebarkan kepada negara-negara membangun untuk membantu mangsa perang yang mengalami kecacatan. Namun ia tidak cukup untuk membantu keseluruhan mangsa di negara tersebut kerana ia hanya diwujudkan di ibu negeri sahaja di mana mangsa perang yang berada di kawasan kampung dan pedalaman tidak dapat merasai perkhidmatan ini. Pada tahun 1969 dan 1970 beberapa pertemuan telah diadakan oleh International Rehabilitation ,Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ), Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan kumpulan berkaitan yang lain untuk membincangkan tentang cara untuk memastikan CBR dapat disebarkan kesemua negara termasuk negara miskin.

Pada lewat 1970s dan sepanjang 1980s dan 1990s projek-projek perintis banyak telah dilancarkan di negara membangun di Afrika, Asia dan untuk satu takat lebih berkurangan di Amerika Latin, di bawah naungan CBR, sebilangannya mengikuti buku panduan yang dibangunkan oleh WHO, Training in the community for people with disabilities, lainnya disokong oleh ILO, UNESCO atau UNICEF, dengan selebihnya yang dimulakan oleh NGOs telah pun bekerja dengan orang kurang upaya dalam projek-projek bantuan teknikal. Satu sejarah terperinci dan penjelasan evolusi CBR, Prejudice and Dignity: An Introduction to Community Based Rehabilitation, adalah ditulis oleh penulis utama manual WHO CBR iaitu Einar Helander. Dua puluh tahun selepas pengenalannya, satu perundingan global bagi semakan semula negeri CBR telah dipanggil oleh WHO dalam kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan PBB, NGOs, Organizations Disabled People, dihoskan oleh Kerajaan Finland. Diadakan pada Mei 25-28, 2003 di Helsinki, ia telah dihadiri oleh kira-kira 100 dijemput pengamal-pengamal CBR dan penyelidik-penyelidik dari seluruh dunia. Kertas kerja pertemuan itu menyatakan :

76

Oleh kerana semua masyarakat adalah berbeza dari segi sosioekonomi, tanah, budaya dan sistem politik, maka tidak mungkin ada satu model CBR untuk dunia; umpuan CBR telah berkembang dari pemulihan perubatan ke arah sektor pelbagai yang lebih komprehensif pendekatan-pendekatan seperti akses untuk penjagaan kesihatan, pendidikan, latihan vokasional, program penjanaan pendapatan dan penyertaan masyarakat dan inklusi dan; CBR sekarang ialah dilihat sebagai satu komponen penting pembangunan masyarakat

Model PDK Model PDK terbahagi kepada 3 iaitu :


Home Based. Centre Based. Centre-Home Based. HOME BASED

Program pemulihan dijalankan di rumah OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan yang dialaminya ataupun masalah pengangkutan. Pekerja PDK akan ke rumah OKU untuk menjalankan latihan pemulihan dan bertugas selama 4jam sehari. Pelaksanaan PDK di rumah dapat dilaksanakan sekiranya lebih 15 OKU yang tidak dapat hadir ke PDK kerana kecacatan atau masalah pengangkutan. CENTER BASED

Program pemulihan OKU dijalankan di pusat PDK selama 4jam sehari. OKU akan datang ke pusat PDK untuk menjalani program pemulihan. CENTER-HOME BASED

Dijalankan di pusat PDK selama 4 hari selama 4jam sehari. Dalam seminggu, satu hari selama 4jam akan dikhaskan untuk sesi ke rumah OKU untuk melihat perkembangan OKU setelah menjalani program pemulihan.

77

Bidang Aktiviti Tajuk Masa Tahun Objektif

: Membentuk dan Membuat Binaan : Topeng : Haiwan : 10.15-11.15 pagi : 4 Bestari : Pada akhir pelajaran murid akan dapat :

1.Melakukan aktiviti melakar, meggunting dan menampal hasil kerja mereka dengan betul. 2. Menghargai hasil kerja tangan mereka sendiri

Strategi pengajaran dan Pembelajaran : Pedagogi : Kecerdasan Pelbagai Verbal Linguistik, muzik

Sumber P&P : Topeng Haiwan, Video lagu Binatang, ladtop Alatan : Gunting,,kertas warna,krayon,gunting,

78

Teknik penghasilan : Lakaran/Guntingan Pengetahuan sedia ada murid : Murid sudah biasa melihat binatang sama ada secara langsung atau melalui media massa atau media elektronik. Nilai murni : Sikap bekerjasama, menyayangi binatang. menjaga kebersihan, berdisiplin dan

Langkah/ Masa

Isi kandungan

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran

dan Catatan

Set Induksi (5 minit)

Teka bunyi binatang (rakaman bunyi binatangharimau, anjing, ayam, lembu, serigala dan lain-lain lagi )

1. Guru Ladtop memperdengarkan Rakaman rakaman bunyi bunyi binatang. binatang 2. Guru meminta murid topeng meneka bunyi binatang tersebut. 3. Murid mendengar dan meneka bunyi binatang 4. Guru mengaitkan teka bunyi tersebut dengan pelajaran hari ini. 5. Guru menunjukkan beberapa jenis topeng yang berbentuk
79

haiwan kepada murid.

Langkah 1 (10 minit)

Bahan diagihkan :

yang

,kertas warna, krayon, gunting, gam dan gelang getah.

1. Guru memberi penerangan tentang cara-cara menghasilkan topeng dan menyatakan bahan-bahan yang diperlukan.

Teknik Penghasilan: Lakaran

Bahan kertas 2. Guru mengagihkan warna bahan-bahan kepada murid di samping menekankan aspek kebersihan, disisplin, kerjasama dan keselamatan semasa melakukan aktiviti. 3. Murid melakar gambar muka haiwan mengikut kreativiti masingmasing. 4. Guru membimbing murid yang lemah melakar gambar muka haiwan.

Cara lakaran :

membuat

1. Lakaran yang dibuat pada kertas mengikut saiz muka murid.

80

2. Melukis bentuk muka haiwan (harimau) pada kertas seperti lakaran mata, mulut, dan lainlain

Langkah 2 (15 minit)

Cara menggunting : 1. Guru mengingatkan murid menggunting mengikut lakaran muka haiwan.

1. Guru menunjukkan cara-cara menggunting mengikut lakaran yang telah dibuat tadi. 2. Murid melakukan aktiviti menggunting dengan bimbingan dan pengawasan guru. 3. Guru menunjukkan cara menebuk lubang pada bahagian mata dan membentuk sepasang mata haiwan yang mereka buat.

Teknik Penghasilan Guntingan

Bahan: gunting

81

82

Langkah 3 (15 minit)

1.Guru membimbing murid : membuat kekemasan secara kreatif pada topeng muka haiwan. Kaedah :Tunjuk cara 2. Murid diminta untuk mewarna bentuk muka haiwan yang telah dilukis dengan padanan warna yang sesuai.

4.Guru membantu yang lemah.

murid

Langkah 4

Aktiviti topeng

memakai

1. Guru meminta semua murid memakai Nilai topeng. Sayang pada 2. Murid melakukan aksi pergerakan haiwan.

83

binatang 3. Murid bercerita tentang hasil karya masing-masing. 1. Guru menayangkan slaid lagu Kenal Nilai : Binatang. 2. Murid dan guru menyanyi bersama Kebersihan

Penutup (5 minit)

Menyanyikan lagu Kenal Binatang Bermacam-macam binatang Ada didalam taman Riang dan jinak seronok sekali Mari kita kenali Cip. cip. cip. Burung berkicau Berterbangan di dahan pokok Cip.. cip.. cip.. Burung berkicau Berzikir menghibur hati Ngau ngau ngau. Ia mengaung Harimau berlari didalam kandang Bukannya marah bukannya lapar Cuma bertasbih pada Ilahi Embek.. embek.. embek..

3. Guru dan murid membersihkan kelas Muzik selepas selesai menyanyi.

Kecerdasan pelbagai :

84

Suara Si kambing Mulut mengunyah rumput hijau Embek.. embek.. embek.. Bersuara lagi Hanya berzikir pada Ilahi Kokk.. kokk.. kokk.. Si ayam jantan Kokokok Ayam betina Mengais-ngais mencari makan Berzikir kepada tuhan Ngiau ngiau ngiau. Ia mengiau Bermata biru berbulu putih Ngiau ngiau ngiau. Minum susu Sambil berzikir pada Ilahi

85

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 1 KSSR Tahun 1 Modul : bidang Menggambar Aktiviti : Kolaj
86

Tema : Alam semulajadi Tajuk : Bunga Masa : 60 minit Media : Alat : gunting, pensel Bahan : kertas warna, gam,, manik Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh kolaj EMK : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, kepelbagaian dan kontra yang terdapat pada alam semula jadi , objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan gambar dengan teknik kolaj. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan gambar teknik kolaj. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan gambar teknik kolaj. 4. Apreseasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual , sejarah seni dan budaya. STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal , memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada kolaj. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Rupa-organik atau geometri atau gabungan rupa 1.1.1.2 Jalinan- sentuh dan tampak 1.1.1.3 Warna- primer atau sekunder atau kedua-dua warna

1.1.2 Prinsip Rekaan 1.1.2.1 Kepelbagaian-bahan


87

1.1.2.2 Kontra-warna 1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik penghasilan kolaj. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. 1.2.1.1 Alat- gunting 1.2.1.2 Bahan kertas warna, gam,manik 1.2.2 mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik kolaj 1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual,media serta proses dalam penghasilan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif. 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya. 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya. 1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

88

STANDARD PEMBELAJARAN

ILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi Estetik Guru mempamerkan gambar bunga Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang terdapat pada contoh kolaj. Guru menyatakan definisi kolaj

Aplikasi seni

Guru memperkenalkan media yang digunakan. Guru menunjukcara melakar bunga Guru menunjukcara membuat kolaj bunga daripada kertas warna.

89

90

91

Ekspresi Kreatif

Murid menghasilkan kolaj dengan bimbingan guru. Murid menghasilkan kolaj mengikut kreativiti.
92

Apresiasi Seni

Murid mempamerkan karya masing-masing Murid menceritakan pengalaman semasa menghasilkan karya. Murid memberikan pendapat tentang karya rakan.

REFLEKSI

93

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izi-Nya jua dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing bagi kursus PSV 3107 Pedagogi Pendidikan Seni Visual semester 5 2013 pada kali ini. Tugasan kali ini memerlukan saya menghasilkan dua rancangan pengajaran harian pendidikan seni visual mengukut format kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR) dan kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) yang mengandungi sesi pengajaran selama 60 minit. Saya juga dikehendaki menghasilkan tiga bahan bantu mengajar bagi setiap rancangan pengajaran harian yang dihasilkan. Sebaik sahaja menerima tugasan daripada pensyarah , saya terus melayari internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan tugasan yang diberi. Input yang saya perolehi didalam internet , dan membuat rujukan melalui buku rujukan memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan pada kali ini. Bagi memudahkan saya membuat rancangan pengajaran harian, saya mendapatkan rancangan pelajaran tahunan pendidikan seni visual dan dunia seni visual daripada rakan-rakan.Bagi pendapat saya, seseorang guru tidak boleh mengajar tanpa membuat persediaan mengajar.Seseorang guru yang tidak bersedia untuk mengajar ibarat seorang nakhoda yang mengemudi kapalnya tanpa arah tujuan tertentu. Sebagai seorang guru, kita perlu membuat persediaan mengajar yang tersusun dan sistematik dengan hasil pembelajarannya yang jelas dan mudah difahami.Persediaan mengajar adalah kesinambungan daripada rancangan semester yang disediakan terlebih dahulu oleh setiap guru. Saya tertarik dengan kenyataan Kamarudin Hj Husin (1989) bahawa persediaan mengajar bukan sahaja menyenaraikan unsur-unsur butiran am,tajuk pelajaran , objektif , set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup tetapi bertindak sebagai perauran-peraturan yang tidak boleh tidak dipatuhi dan diikuti oleh guru-guru. Sebagai seorang guru, persediaan mengajar begitu penting. Kepentingan persediaan mengajar kepada guru adalah untuk mencatat semua perancangan mengajar dari awal hinggalah akhir pengajaran yang melibatkan aktiviti pengajaran dan penggunaan bahan bantu mengajar Guru juga akan lebih yakin untuk mengajar dan berhadapan dengan murid di dalam kelas. Persediaan mengajar membantu saya membuat jangkaan tentang
94

masalah, kekuatan dan kelemahan pengajaran dan membuat persediaan untuk mengatasi sekiranya terdapat masalah yang timbul. Ketika menghasilkan rancangan pengajaran harian KBSR , saya telah memilih bidang membentuk dan membuat binaan iaitu membuat topeng haiwan. Saya telah memilih teka bunyi binatang sebagai set induksi. Rakaman teka bunyi haiwan pasti menarik perhatian murid terhadap pelajaran yang hendak dimulakan.Bermula dari sini, aliran pemikiran murid yang menjurus kepada pelajaran dapat dibina dengan cara menimbulkan minat dan perasaan ingin tahu mereka. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Antaranya dari segi aspek keselamatan. Memandangkan alatan yang biasa digunakan adalah seperti gunting, pisau dan sebagainya., Murid-murid sentiasa diawasi dan memastikan setiap arahan guru dipatuhi. Kawalan kelas amat penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Semasa aktiviti yang dijalankan , tidak semua murid berbakat dalam melukis atau melakukan aktiviti seni visual. Di sinilah guru memainkan tugas yang penting iaitu membimbing mereka dalam melaksanakan tugasan yang diberi.Bimbingan yang diberi,memberi suntikan semangat kepada murid untuk mengikuti pelajaran seni visual. Ketika menghasilkan rancangan pengajaran harian KBSR dan KSSR, ternyata ada perbezaan.Antaranya dari segi format dan kandungan yang terdapat rancangan pengajaran harian. Rancangan pengajaran harian KBSR, terdapat unsur-unsur seperti butiran am, tajuk pelajaran, objektif, set induksi, perkembangan , penilaian dan penutup. Ada empat ruangan semasa menulis rancangan pengajaran harian iaitu ruangan langkah pengajaran dan masa,isi kandungan , aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta ruang catatan. Manakala dalam menyediakan rancangan pengajaran harian KSSR, yang baru diperkenalkan pada tahun 2011,terdapat dua ruangan sahaja iaitu ruangan standard pembelajaran dan aktiviti.Istilah-istilah baru yang saya temui seperti modul, EMK, standard kandungan , standard pembelajaran dan lain-lain lagi. Dalam standard kandungan pula terdapat persepsi estetik., aplikasi seni, ekspresi kreatif, apresiasi visual. Standard kandungan tersebut perlu ditulis semasa membuat rancangan pengajaran harian.

95

Perbezaan lain yang saya dapat kesan ialah dari segi perubahan nama.Semasa pelaksanaan kurikulum KBSR , mata pelajaran pendidikan seni visual tetapi sekarang ditukar kepada dunia seni visual. Selain menghasilkan rancangan pengajaran harian, saya juga telah dikehemdaki membuat bahan bantu mengajar.Walaupun saya tidak berbakat dalam bidang seni lukis, tetapi ini semua tidak mematahkan semangat saya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut. Saya telah membuat 3 jenis topeng, dan 3 kolaj yang bertemakan alam semula jadi. Menghasilkan bahan bantu mengajar tersebut memberi pengalaman yang cukup berharga kepada saya. Pengalaman mengajar saya erti ketekunan, kesabaran dan bersyukur di atas anugerah yang diberikan. Sesungguhnya ilmu yang saya peroleh sepanjang penghasilan tugasan ini akan saya manfaatkan sepenuhnya dalam pengajaran saya kelak. Semoga saya akan menjadi seorang guru yang berdedikasi, bertanggungjawab dan berwibawa berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. dalam kehidupan serta berupaya menyumbang ke arah

pembangunan masyarakat dan negara Malaysia. Akhir kata terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing dan rakan-rakan yang menyumbangkan idea untuk menyiapkan tugasan ini.

96

Rujukan. 1. Kurikulum Standard Sekolah rendah, 2012 ,Panduan Pengajaran Guru Dunia Seni Vsual Tahun 3, Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Kurikulum Standard Sekolah Rendah ,2011, Panduan pengajaran Guru Dunia Seni Visual Tahun 2, Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah,2000, Pendidikan Seni Visual, Kementerian Pendidikan Malaysia.

97

LAMPIRAN
98