Anda di halaman 1dari 1

Drama dan kehidupan? Apa bezanya?

Bukankah drama itu lahir daripada kisah-kisah kehidupan insan yang hidup dia atas muka bumi ini? Ada apa pula dengan kehidupan? Hidup itu ada dengan adanya manusia dan hidupan Dalam kehidupan manusia, manusia itu sendiri hanya mampu merancang tetapi yang menentukan semua itu adalah empunya dunia ini, siapa lagi kalau bukan Tuhan yang mencipta segalanya. Penulis ni mengarut pasal apa pula ni? Haih Tak faham..Tak faham, Leonett mengeluh. Menandakan dia tak memahami satu pun apa yang cuba disampaikan oleh penulis rencana ruangan Kongsi Bersama akhbar Utusan Borneo yang berada di atas ribanya. Nasib kaulah Nett. Gara-gara si Anne, kau terpaksa menunggu. Duit pula tak cukup untuk beli komik.Alamatnya, surat khabar je la yang mampu dibeli. Keluhnya dalam hati. Dia kemudian memalingkan kepalanya ke kiri dan kanan, mencari kelibat sahabat karibnya yang sudah hampir sejam lambat dari waktu yang telah dijanjikan. Sesekali dia melihat jam di telefon bimbitnya. Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. Aduina.. Mahu kena budak sorang niPunya lah lambat, katanya lagi. Sedang dia membelek akhbar yang dipegangnya, seseorang menerjahnya dari arah belakang tempat duduknya. Baaahh!!! Terjah gadis yang kini memegang kedua-dua belah bahu Leonett. Oh Mamaku!! , latah Leonett. Akhbar yang sebentar tadi berada di ribanya kini berselerak di atas tanah di hadapan tempat duduk. Lantas dia memalingkan kepalanya ke belakang dan dia melihat gadis yang memegang bahunya itu tersenyum kambing. Oooo.Sudahlah lambat. Ada hati mahu kenakan orang lagi? Kau ni mahu dicubit ni kan?? katanya dengan nada geram. Pantas tangannya meraih pipi gebu milik gadis Rungus itu dan dicubitnya. AduiiiiSakitAmpun rayu Anne, pipinya hampir merah dicubit. Naa..Tau pun sakit kan? Lain kali buat lagi Dia memberi amaran. Anne yang sedang memegang pipinya hanya mempamerkan muka sepuluh sennya dan mengangguk. YalahYalah Lain kali aku tak buat lagi. Sorry la arr..Lambat sikit, kereta mati tengah jalan bah tadi. Jelas Anne sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Leonett. Lain kali telefon, bagitau ada masalah. Ini diam ja..Nasib baik lah aku tak balik tadi kata Leonett dengan nada sedikit merajuk. Bah.. maaflah bah..Telefon aku tiada kredit. Jawab Anne dengan ringkas.

Anda mungkin juga menyukai