Anda di halaman 1dari 15

AKIDAH ISLAM

Tuhan, agama dan manusia

Dr. Ahmad Munawar Ismail

Pendahuluan
Akidah adalah fitrah yang dimartabatkan. Satu Perbuatan keagamaan sebagai satu cara untuk manusia menghilangkan rasa terhutang budi kepada penciptanya. Keperluan penting dalam mengisi manusia dan kemanusiaan. Memerlukan petunjuk yang benar yang tidak boleh dipertikaikan.

Dr. Ahmad Munawar Ismail

TUHAN
Dalam tamadun awal manusia, Tuhan dimanisfestasikan dengan berbagai bentuk hasil daripada lambang dan imiginasi manusia terhadap sesuatu yang disembah. Ada empat bentuk penyembahan ketika ini;
Menyembah banyak Tuhan (politeisme). Pemujaan dan pengorbanan binatang. Kepercayaan kehidupan selepas mati. Pemujaan roh nenek moyang.

Dr. Ahmad Munawar Ismail

TUHAN & ISLAM


Tuhan adalah konseptualisasi keesaan, tunggal dan zat yang Maha Tinggi. Kewujudan dibuktikan melalui kesempurnaan kekuasaan mencipta dan menguasai alam semesta. Nama tuhan disebut oleh Tuhan sendiri dengan nama Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 20 yang bermaksud; Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati daku Dalam konteks Malaysia, kalimah Allah dikekalkan terjemahannya sebagai kalimah Allah, iaitu merujuk terus kepada maksud yang terkandung dalam al-Quran.

Dr. Ahmad Munawar Ismail

Kedatangan Islam
Mengiktiraf bahawa tiada tamadun yang tiada kepercayaan kpd tuhan. Islam datang tidak mengubah kepercayaan kpd tuhan. Islam membetulkan kepercayaan yang salah supaya menepati yang sebenarnya. Tuhan adalah Tuhan dan bukan mahkluk yang diciptakan. Tuhan yang menciptakan manusia dan tidak diciptakan.

Dr. Ahmad Munawar Ismail

Utusan Tuhan (Rasul) diutus untuk memberi tahu kepada manusia tentang tugas dan tanggungjawab manusia di dunia Tiada alasan untuk manusia lari daripada melaksanakan tanggungjawabnya. Tanpa utusan manusia teraba-raba dalam kesesatan akal mencari jalan bagaimana menyembah Tuhan.

Manusia sesat dalam menyembah tuhan kerana tidak merujuk kpd utusan Tuhan dan mengikut amalan-amalan manusia berdasarkan akal falsafah yang terbatas.

Dr. Ahmad Munawar Ismail

Islam mengiktiraf peranan akal dan menganggap bahawa agama itu sendiri adalah akal dan tiada agama jika tidak berakal. Dalam banyak keadaan, akal banyak memberi pertimbangan kepada perlakuan manusia. Akal mempunyai keupayaan yang terbatas Pentaakulan akal hanya tertumpu kepada perkara-perkara yang bersifat fizik. Akal tidak dapat menilai dan menerokai secara bersendirian perkara-perkara berkaitan metafizik. Dalam hal ini, akal perlu bimbingan wahyu yang datang melalui rasul-rasul yang telah dipilih.

Dr. Ahmad Munawar Ismail

AGAMA
Berasal daripada bahasa sanskrit iaitu A bermaksud tidak dan gama bermaksud kacau. Agama Tidak kacau; atau, Peraturan yang menghindarkan manusia daripada kekacauan dengan membentuk kehidupan manusia berasaskan peraturan. Dalam Bahasa Arab disebut Ad-Din. Sebagimana firman Allah SWT dalam surah al-Fath ayat 48 yang bermaksud;
(Allah yang menyatakan kebenaran itu) Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (Muhammad SAW) dengan membawa hidayah petunjuk dan agama yang benar, supaya Dia memenangkannya dan meninggalkannya atas segala bawaan agama lain. Dan cukuplah Allah menjadikan saksi (tentang kebenaran apa yang dibawa Rasul-Nya itu)

Dr. Ahmad Munawar Ismail

KARAKTER AGAMA
Kepercayaan kepada kuasa yang ghaib Kepercayaan bahawa kebahagiaan dan kesjahteraan hidup bergantung hubungan yang baik dengan kekuatan ghaib Memiliki respon yang bersifat emosional daripada manusia seperti rasa takut, rasa cinta dsbnya. Kepercayaan bahawa adanya kudus dan suci dalam bentuk kekuatan ghaib seperti kitab suci yang mengandungi ajaran-ajaran agama.

Dr. Ahmad Munawar Ismail

MANUSIA
Satu bahagian daripada alam semesta. Disebut dengan pelbagai istilah antaranya, insan, nas, basyar, bani Adam, dan dzuriyyat Adam. Ciri2;
Akal Hidup bersosial Pelbagai bangsa, agama dan keturunan

Dr. Ahmad Munawar Ismail

MANUSIA & FITRAH MANUSIA


Islam agama fitrah. Selari dengan naluri dan keinginan manusia yang memerlukan agama yang benar . Dalam ertikata lain Allah s.w.t. telah mencipta manusia secara semula jadinya bersedia untuk menerima Islam sebagai Agama yang benar. Agama yang memberi paksi dan panduan untuk manusia menjalani hidup di muka bumi dan penyelamat manusia daripada kesesatan dan kekeliruan. Paksi dan panduan itulah disebut Akidah Islam

Dr. Ahmad Munawar Ismail

Aspek paling utama dalam kehidupan seseorang Islam. Ia berfungsi sebagai dasar dan nadi terpenting bagi pembinaan Islam secara keseluruhan. Yusuf al-Qardhawi (1996) dalam membahaskan masalah Fiqh al-Aulawiyat (fahaman terhadap pekerjaan yang perlu diutamakan) meletakkan agama dan aqidah sebagai perkara utama dalam perkara-perkara al-dharuriyyat (sesuatu yang kita tidak berupaya untuk hidup kecuali dengan kewujudannya) dan perlu didahulukan berbanding dengan perkara-perkara al-hajjiyyat (kehidupan yang boleh berlaku tanpa perkara tersebut walaupun menghadapi kesukaran) apatah lagi kepada perkara-perkara yang bersifat al-tahsinat (pelengkap kehidupan).

Dr. Ahmad Munawar Ismail

TUHAN, AGAMA & MANUSIA


Islam adalah agama yang mengisi fitrah manusia. Tuhan & agama adalah keperluan yang selari dengan naluri dan keinginan manusia yang memerlukan petunjuk yang benar untuk survival hidup. Dalam ertikata lain Allah s.w.t. telah mencipta manusia secara semula jadinya bersedia untuk menerima Islam sebagai Agama yang benar. Agama yang memberi paksi dan panduan untuk manusia menjalani hidup di muka bumi dan penyelamat manusia daripada kesesatan dan kekeliruan. Paksi dan panduan itulah disebut Akidah Islam

Dr. Ahmad Munawar Ismail

HUBUNGAN TUHAN, AGAMA & MANUSIA


TUHAN

MANUSIA

AGAMA

Dr. Ahmad Munawar Ismail

Kesimpulan
Kecenderungan beragama adalah sifat dan keperluan semulajadi manusia. Allah menganugerahkan Islam untuk mengisi keperluan tersebut bagi membolehkan manusia membina tamadun kemanusiaan. Menafikan kewujudan Allah dan segala sifatsifat yang berkaitan dengannya, sama seperti menafikan keperluan fitrah.

Anda mungkin juga menyukai