Anda di halaman 1dari 14

AKIDAH ISLAM

asas-asas akidah islam

Dr. Ahmad Munawar Ismail

PENDAHULUAN

Islam adalah agama fitrah, selari dengan naluri dan keinginan manusia yang memerlukan agama yang benar, dalam ertikata lain Allah s.w.t. telah mencipta manusia secara semula jadinya bersedia untuk menerima Islam sebagai Agama yang benar, panduan untuk manusia hidup di muka bumi dan penyelamat manusia daripada kesesatan dan kekeliruan.
Akidah pula adalah Ilmu yang termasuk di dalamnya aspek memberi ilmu, mendidik dan mempastikan kepercayaaan seseorang individu tenatang perkaraperkara yang berkaitan dengan aspek-aspekketuhanan, kerasulan, samiiyat dan lain-lain yang berkaitan. Asasnya adalah TAWHID. Buktinya dan hujah-hujahnya didokong oleh bukti2 naqli dan penghujahan akal yang sistematik.
Dr. Ahmad Munawar Ismail

Konsep Akidah Islam

Bahasa; Akidah berasal daripada kata dasar bahasa arab iaitu caqada bermaksud simpulan atau materi yang merujuk kepada sesuatu yang teguh dan mantap (Ibrahim 1972), atau perlakuan yang berasaskan persetujuan dan keyakinan diikuti dengan qasad, azam dan niat (Ibrahim 1982) atau iman yang kuat dan mendalam terhadap Allah dan segala yang terkandung dan bersabit dengan rukun iman (Johari Mat 1998).

Dr. Ahmad Munawar Ismail

Istilah..,

Akidah bermaksud kepercayaan atau keimanan yang teguh dan kukuh dalam jiwa kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap, yang kekal, yang pasti dan yang suci (Sulaiman Yasin 1985); atau, akidah atau iman disebut sebagai keyakinan yang bersungguh-sungguh bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. adalah Tuhan bagi segala sesuatu, Maha Berkuasa dan Maha Pencipta (Muhammad Nucaim (1991) . Akidah adalah keyakinan kepada kewujudan dan keesaan Allah s.w.t dan keyakinan kepada sifat-sifat serta perbuatanperbuatan yang sabit denganNya kerana sesungguhnya Allah adalah tempat kembali dan matlamat akhir segala makhluk di cakerawala ini (Muhammad cAbduh 1994) .
Dr. Ahmad Munawar Ismail

Istilah

Akidah bermaksud kepercayaan atau keimanan yang teguh dan kukuh dalam jiwa kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak, yang tetap, yang kekal, yang pasti dan yang suci, atau kepercayaan dan keyakinan yang pasti dan tidak berbelah bagi serta tanpa keraguan dan syak wasangka kepada Allah dan segala sifat-sifatNya (al-Sabiq 2000; Mahmud Syaltut 1966; Sulaiman Yasin 1985).

Dr. Ahmad Munawar Ismail

Tujuan

Maksud & tujuan akidah dalam Islam adalah untuk membuktikan keunggulan dan ketulinan Islam sebagai satusatu agama yang dicipta untuk memenuhi keperluan dan kehendak fitrah manusia. Akidah dalam Islam adalah berbeza dan tidak langsung boleh disamakan dengan amalan dalam agama-agama dan ismeisme lain yang diasaskan oleh pemikiran dan logik manusia. Konsep dan ajaran-ajaran yang terkandung dalam akidah Islam merangkumi seluruh corak dan cara hidup manusia sejak dilahirkan hingga ke akhir kehidupan manusia.

Dr. Ahmad Munawar Ismail

Tujuan..,

Tujuan mempelajari, mengetahui, memahami dan menghayati ilmu akidah dalam agama adalah untuk mengseimbangkan unsur rohani dan unsur jasmani dalam diri, sekaligus dapat melatih emosi dan pemikiran intelektual manusia agar menghubungkan segala keterampilan dan kemahiran yang dimiliki dengan pemerhatian dan penghayatan kepada kebesaran dan kebijaksanaan Maha Penciptanya (Al-Ghazali 1997) . Pemerhatian dan penghayatan tersebut akan meletakkan manusia insaf kembali kepada iman dan amal dalam menyedari hakikat dan matlamat hidupnya. Hal ini sekaligus dapat mengelakkan manusia daripada kerosakkan berfikir, kekeliruan arah dan kebingungan dalam menentukan tujuan dan arah hidup.
Dr. Ahmad Munawar Ismail

Terminologi Akidah Menurut Ahli Sunnah Wa Al-jamacah

Terdiri dari tiga tahap perkembangan makna. Pertama akidah yang memberi maksud al-cazm al-muakad (kebulatan tekad), al-jamcu (mengumpulkan), al-niyah (niat) al-tauthiq li al-cuqud (menguatkan perjanjian) dan ma yadinu bihi al-insn sawaun kana haqqan au btilan (sesuatu yang diyakini dan dianut oleh manusia sama ada benar atau salah);

Kedua, akidah yang membawa maksud lebih khusus iaitu, perbuatan hati atau keimanan mutlak, yang suci dari sifatsifatnya yang seperti keraguan, waham, ketidaktahuan, kesalahan, lupa dan yang seumpama dengannya,

Dr. Ahmad Munawar Ismail

Samb

Ketiga, disebut sebagai tahap pengertian akidah yang matang yang merangkumi akidah sebagai satu disiplin ilmu yang lengkap iaitu suatu ilmu tentang hukum-hukum syariat dalam bidang akidah yang diambil daripada dalil-dalil yaqiniyyah (mutlak) dan menolak syubhat dan dalil-dalil khilafiyyah yang cacat.

Dr. Ahmad Munawar Ismail

Fokus Perbahasan

Perbahasan ilmu akidah adalah mengenai iman. Tujuannya adalah untuk menetapkan keimanan di dalam hati seseorang terhadap kewujudan dan ketauhidan kepada Allah (Said Ibrahim 1996). Iman bermaksud al-tasdiq iaitu membenarkan secara mutlak (al-Munjid 1992) dan tempatnya adalah di hati serta ditacbirkan melalui lisan (Mahmud 1999).
Ahli Sunah wa al-Jamacah merujuk iman sebagai al-tasdiq manakala al-ikrar dan al-camal itu adalah penyempurnakan keimanan. Al-Ikrar adalah syarat sah iman terutama bagi melancarkan urusan-urusan keduniaan manakala al-camal adalah syarat sah bagi memiliki iman yang sempurna atau dalam erti kata lain, sesungguhnya manusia yang memiliki iman yang sempurna ialah manusia yang beramal dengan Dr. Ahmad Munawar Ismail apa-apa yang diimaninya (Husayn 1982).

Ciri-ciri Akidah Islam

Tauhid, beriktikad secara mutlak kepada keEsaan Allah dan sifatNya. Berasaskan dalil-dalil al-Quran dan al-Sunah @ ahli Sunah wa al-Jemaah. Merangkumi kepercayaan kepada seluruh rukun iman. Menjuhkan diri dari mensyirikkan Allah. Pegesahan kepada penerimaan dan penolakan segala amalan manusia.
Dr. Ahmad Munawar Ismail

Fungsi Akidah

Mengukuhkan keyakinan beragama Menghubungkan manusia dengan Allah, manusia dan makhluk di persekitaran manusia. Membentuk jati diri manusia yang dinamik.

Dr. Ahmad Munawar Ismail

Kesimpulan

Dr. Ahmad Munawar Ismail

Anda mungkin juga menyukai