Anda di halaman 1dari 6

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


PJM3106
ANATOMI DAN FISIOLOGI
SISTEM ENDOKRINA
Nama:THENNARASI A/P SABAPATHY
810901-75-5086

Opsyen:PRASEKOLAH

Arahan:
Pelajar dikehendaki menyelesaikan soalan yang diberikan dengan
memberikan contoh-contoh yang sesuai dan nyatakan sumber-sumbernya.
1. Jelaskan apakah Kelenjar Agung atau Master Glands dan fungsinya.

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?
e=SPM&s=BIO&b=APR&m=2&r=m&i=NOTA

Kelenjar Agung atau Master Glands disebut juga kelenjar pituitary yang
dirangsang oleh hipotalamus dan mengawal semua fungsi hormon. Ia terletak
di dasar otak tepat di bawah hipotalamus. Kelenjar ini mengatur banyak
pengeluaran hormon

besar

di

seluruh

tubuh

termasuk

gonad,

kelenjar adrenal , dan kelenjar tiroid .


Kelenjar ini terdiri daripada dua bahagian yang menghasilkan hormon-hormon
yang berbeza:

di bahagian anterior dihasilkan hormon pertumbuhan (GH), hormon


adrenokortikotropik (ACTH), hormon

pemacu

tiroid (TSH), luteinizing

hormone(LH), hormon pemacu folikel (FSH), dan prolaktin (PRL)

di

bahagian

posterior,

dihasilkan

hormon oksitosin dan hormon

antidiuresis (ADH).

Fungsi-fungsi kelenjar pituitari adalah seperti berikut:


mengawal proses tumbesaran
mengawal tekanan osmosis darah
merangsangkan kelenjar tiroid untuk merembeskan horman tiroksina
merangsangkan gonad iaitu ovari dan testis untuk menghasilkan
hormon-hormonnya.
2. Lukiskan peta minda dan senaraikan bahagian-bahagian kelenjarkelenjar dan hormon-hormon yang dirembeskan.
Kelenjar Endokrin
Pituitari (Pituitary)

Hormon Yang
Fungsi
Dirembeskan
Hormon tumbesaran
Mengawal proses
(Growth Hormone-GH) tumbesaran.
Hormon ADH
Mengawal tekanan osmosis
(Antidiuresis Hormone) darah.
Hormon perangsang
tiroid
(Tyroid Stimulating
Hormone-TSH)

Merangsangkan kelenjar tiroid


untuk merembeskan hormon
tiroksina.

Hormon perangsang

Merangsangkan gonad iaitu

Ovari dan testis.


(Follicle Stimulating
Hormone-FSH)

ovari dan testis untuk


menghasilkan hormonhormonnya.

Tiroid (Tyroid)

Tiroksina
(Thyroxine))

Mengawal kadar
metabolisme,pertumbuhan
fizikal dan perkembangan
mental.

Adrenal
Medulla(Adrenal
Medulla)

Adrenalin
(Adrenaline)

Meningkatkan kadar
pernafasan dan kadar
denyutan jantung bagi
membantu badan menghadapi
situasi kecemasan.

Adrenal korteks
(Adrenal Cortex)

Aldosteron
(Aldosterone)

Membantu dalam pengawalan


tekanan osmosis darah.

Cortisol
(Cortisol)

Meninggikan kandungan gula


dalam darah untuk
membekalkan tenaga yang
mencukupi bagi menghadapi
situasi kecemasan.

Pankreas (Pancreas)

Merendahkan kandungan gula


dalam darah dengan
merangsangkan pertukaran
glukosa kepada glikogen
dalam hati.

Insulin
(Insulin)

Meninggikan kandungan gula


dalam darah dengan
merangsangkan pertukaran
glikogen kepada glukosa.

Ovari (Ovary)

Testis (Testes)

Glukagon
(Glucagon)

Mengawal ciri-ciri seksual


sekunder perempuan seperti
perkembangan kelenjar susu
dan pengumpulan lemak pada
bahagian-bahagian tertentu
badan.

Estrogen (Estrogen)

Mengawal kitar haid.

Testosteron
(Testosterone)

Mengawal ciri-ciri seksual


sekunder lelaki seperti
pertumbuhan misai dan
perubahan suara.

3. Nyatakan kesan kelebihan dan kekurangannya.


Kekurangan

hormon

tiroksina,akan

berlakunya

kretinisme

iaitu

kekurangan rembesan pada waktu bayi yang seterusnya akan mengakibatkan


pertumbuhan mental dan fizikal terencat. Bagi golongan dewasa, keadaan ini
menyebabkan miksedema di mana proses metabolik sangat perlahan dan
cenderung untuk menjadi gemuk, pergerakan lembap, kulit menjadi tebal dan
kering, rambut gugur dan menjadi jarang, suhu badan di bawah normal dan
denyut nadi perlahan. Sekiranya berlebihan hormon tiroksina, kadar
metabolisme menjadi tinggi dan suhu badan menjadi lebih tinggi daripada
normal. Pada keadaan ini, pesakit kehilangan berat badan, gelisah dan
mudah marah, kadar denyutan nadi naik, output jantung bertambah, dan
mengalami simptom kardiovaskular seperti fibrilasi atrium dan kegagalan
jantung. Seseorang itu juga akan menghadapi penyakit goiter,terlalu aktif dari
segi mental dan juga menghadapi kesukaran untuk tidur.
Kekurangan hormon di dalam kelenjar paratiroid menyebabkan
kekurangan kalsium di dalam kandungan darah. Keadaan ini menyebabkan
keadaan seperti tetanus iaitu gejala kekejangan otot dan konvulsi

terutamanya pada tangan dan kaki yang dikenali sebagai karpopedal spasma.
Gejala ini dapat diredakan dengan memberikan kalsium dalam kadar segera.
Aktiviti kelenjar yang berlebihan berkaitan dengan pembesaran (tumor)
kelenjar. Pengagihan kalsium terganggu di mana kalsium dikeluarkan semula
dari tulang dan dimasukkan kembali ke serum darah. Ini akan menyebabkan
penyakit tulang di mana bahagian tulang menjadi nipis. Kegagalan ginjal juga
boleh berlaku jika kalsium terbina di dalam ginjal.
Kekurangan insulin akan menyebabkan aras glukosa meningkat dan
berpenyakit

diabetes

melitus.

Akibat

berlebihan

insulin

pula

akan

menyebabkan aras glukosa menurun. Sekiranya glukagon kurang di dalam


badan, seseorang itu akan menjadi kurang aktif dari segi mental dan fizikal
dan jika berlebihan, seseorang itu akan menjadi terlalu aktif dari segi mental
dan fizikal.
Kekurangan hormon aldestron, badan akan kehilangan air dan garam
mineral secara berlebihan dan otot-otot juga menjadi lemah. Manakala kesan
daripada berlebihan hormon ini, menyebabkan perkembangan otot yang kuat.
Akibat kekurangan hormon estrogen dan progestron dalam ovari, ciri seks
sekunder dan organ seks tidak akan berkembang dengan sempurna dan
akan menyebabkan keguguran fetus. Jika berlebihan hormon ini, kanakkanak akan mempunyai ciri perempuan dan mencapai kematangan terlalu
awal pada peringkat kanak-kanak. Jika berlebihan hormon progestron pula
akan membuat kegagalan untuk melahirkan anak pada masa yang betul dan
kegagalan pengecutan uterus semasa kelahiran anak. Kekurangan hormon
testosteron akan menjejaskan perkembangan ciri seks sekunder dan
berlebihan hormon, kanak-kanak akan bersifat kelelakian dan mencapai
kematangan pada peringkat awal.
4. Kaitkan keseimbangan (homeostasis) dalam tubuh manusia dengan
sistem endokrina.
Homeostasis merupakan suatu mekanisme pemeliharaan ciri-ciri kimia dan
fizikal persekitaran dalaman iaitu bendalir luar sel tubuh organisma hidup
secara fisiologi supaya berada dalam keadaan yang seimbang. Proses
homeostasis adalah proses suap balik negatif dan positif. Persekitaran
dalaman atau bendalir luar sel suatu organisma berfungsi secara konsisten

melalui kawalan suatu sistem hemeostasis. Terdapat beberapa faktor yang


dikawalatur oleh bendalir luar sel iaitu kepekatan glukosa, urea, garam, pH,
suhu dan kandungan air. Setiap faktor ini mempunyai julat normal masingmasing. Sebarang pesongan dari julat normal akan dikesan oleh reseptoe
tertentu dalam badan yang seterusnya akan menghantar maklumat ke suatu
pusat kawalan, biasanya otak. Di pusat kawalan, langkah yang sesuai akan
diambil untuk mengembalikan keadaan ke aras normal.

Anda mungkin juga menyukai