Anda di halaman 1dari 22

PENGHARGAAN Syukur kehadrat ilahi dengan limpah rahmat dan kurniaanNya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus

ini dengan jayanya. Dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini saya telah mendapat pelbagai tunjuk ajar dari rakan-rakan saya sehingga sempurnalah tanggungjawab saya dalam menyudahkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada halangan-halangan yang telah saya tempuhi sepanjang menyiapkan kerja kursus ini. Ternyata tajuk tugasan pada kali ini yang berkaitan dengan falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) dan falsafah pendidikan guru (FPG) telah banyak memberi maklumat yang berguna kepada saya. Setelah Berjaya menyempurnakan tugasan ini saya dapat memahami kandungan di dalam FPK dan FPG dengan lebih mendalam lagi. Hal ini sangat penting kepada saya kerana sebagai seorang bakal guru saya wajib mengambil tahu perkara ini agar ianya dapat dicapai selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu melahirkan para guru yang berkualiti dari pelbagai bidang. Saya juga telah mendapat pelbagai maklumat yang penting semasa menjalankan tugasan ini, kebanyakan maklumat yang saya perolehi telah diperjelaskan oleh guru-guru yang saya temu bual. Tugasan ini juga telah memberikan saya maklumat tentang bagaimana kaedah temu bual itu berfungsi dan ini membuatkan saya berasa lebih yakin apabila berinteraksi dengan orang yang lebih dewasa. Saya juga sangat berharap agar tugasan sebegini rupa dapat diteruskan kesinambungannya terhadap bakal guru selepas ini kerana banyak faedah dan maklumat yang boleh diperolehi melaluinya. Setinggi-tinggi ucapan penghargaan ditujukan kepada Encik komari selaku pensyarah pembimbing yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat dalam menyiapkan tugasan ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Tuan guru besar Sekolah Rendah Kebangsaan Pauh dan sekalian warga sekolah di atas kerjasama yang telah diberikan kepada saya. Terutamanya juga kepada para responden yang sudi meluangkan masa bagi memberi ruang kepada saya untuk menemubual mereka. Akhir kata dari saya terima kasih kepada semua diatas sumbangan yang diberikan kepada saya dan diharap agar kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

1.0 PENGENALAN
1.1 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

1.2 Falsafah Pendidikan Guru (FPG)

Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN), Falsafah Pendidikan Guru yang dinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada matlamat dan pendidikan guru: guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negaraserta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembanganindividu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Matlamat Pendidikan Guru

Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang tersebut di atas, maka matlamat pendidikanguru ialah menghasilkan guru yang berkualiti dari segi peribadi, professional, social dan amalantingkah laku; menguasai ilmu, kemahiran dan amalan nilai-nilai keguruan, serta berupayamencapai kecemerlangan pendidikan untuk pengisian tuntutan Wawasan Pendidikan dalam abadke-21. Model Konseptual Pendidikan Guru Model Konseptual Pendidikan Guru adalah dirangka berlandaskan kepada dasar FalsafahPendidikan Guru dan Matlamat Pendidikan. Model ini merangkumi akauntabiliti guru di bawahtiga dimensi utama, iaitu: 1. Ketuhanan : peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berterasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. 2. Kemasyarakatan : penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimipin dan agen perubahan. 3. Kendiri : penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.

Di bawah tiga dimensi utama tersebut, Model Konseptual Pendidikan Guru ini merangkumi tiga aspek asas, iaitu : 1. Pengetahuan yang berkaitan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan. 2. Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 3. Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang,berpekerti mulia, berdaya tahan, patriotic, inovatif, kreatif dan patuh kepada etikaprofesion keguruan.

Ketiga-tiga aspek ini disepadukan dan merentas semua disiplin dan program perguruan yang dirancangkan.

Disamping itu Model Konseptual Pendidikan Guru juga menekankan matlamat mengembangkan potensi guru secara seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani Unsur-unsur akauntabiliti guru, aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai serta potensi guru adalah digambarkan seperti Rajah di bawah: Ketuhanan Rohani Pengetahuan Nilai Intelek Emosi Kemahiran Jasmani Kendiri Kemasyarakatan

Implikasi Falsafah Pendidikan Guru : Perana Guru sebagai Pendidik 1. Guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajran, khasnya mata pelajaran KBSR, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. 2. Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah

Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. 3. Menyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada

diri dan pelajar selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Guru. 4. Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insane guru yang

sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan. 5. Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan untuk

merangsang perkembangan pelajar

1.3 KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR ) 1. Matlamat Pendidikan Persekolahan Matlamat pendidikan persekolahan adalah untuk memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dan meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

2. Matlamat KBSR Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspekaspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

3. Objektif KBSR Bagi mencapai matlamat tersebut, pendidikan di peringkat rendah bertujuan untuk membolehkan untuk membolehkan murid: i. menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara; ii. menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah; iii. menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian; iv. menguasai kemahiran belajar; v. menguasai kemahiran berfikir; vi. bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; vii. memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya; viii. membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri; ix. mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar;

x. menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal; xi. memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional; xii. menjaga kesihatan dan kecergasan diri; xiii. menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti; xiv. menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam; xv. menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia; xvi. membina semangat patriotisme; xvii. mengembangkan bakat dan kreativiti; dan xviii. mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

4. Prinsip KBSR KBSR digubal berlandaskan prinsip-prinsip berikut yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan:i. Pendekatan Bersepadu; ii. Perkembangan individu secara menyeluruh; iii. Pendidikan yang sama untuk semua murid; dan iv. Pendidikan seumur hidup. v. murid sekolah rendah lazimnya mudah memperolehi ilmu dan kemahiran melalui aktiviti kemahiran dibilik darjah berbanding dengan penglaman hidup mereka, justeru semua aktiviti pembelajaran harus dihubungkaitkan dengan pengalaman hidup mengikut peringkat vi. suasana kondusif sekolah adalah untuk meberi peluang dan galakkan interaksi sosial , bertukar pendapat dan kerjasama di kalangan murid vii. aktiviti dibilik darjah harus membolehkan murid mengembangkan pemikiran kritis dan kreatif serta melibatkan diri mereka secara aktif dalam proses menguasai kemahiran asas

viii. aktiviti organisasi dan pengurusan bilik darjah perlu fleksibel ix. penekanan kepada nilai (merentas kurikulum) x. penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) xi. penilaian perlu di intergrasikan dalam semua aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah

5. Penekanan Fokus Tahap I i. Penguasaan kemahiran asas berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) ii. Penguasaan nombor dan operasi asas mengira iii. Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran; iv. Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

Fokus Tahap II i. Pengukuhan kemahiran asas berbahasa; ii. Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah; iii. Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain iv. Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif; v. Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran Al-Quran; vi. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

6. Struktur KBSR

Struktur KBSR terdiri daripada tiga bidang iaitu:i. Komunikasi; ii. Manusia dan Alam Kelilingnya; dan iii. Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang tersebut dibahagi pula kepada enam komponen yang menjadi teras kepada struktur KBSR. Komponen-komponen tersebut ialah:-

i. Kemahiran Asas; ii. Manusia dengan Persekitaran; iii. Kesenian dan Kesihatan; iv. Kerohanian, nilai dan sikap v. Kemahiran Hidup; dan vi. Kokurikulum

7. Teras KBSR i. Penggabungjalinan; ii. Penyerapan; iii. Penilaian; iv. Pengkayaan; dan v. Pemulihan.

8. Penekanan Dalam KBSR Dalam melaksanakan KBSR, penekanan diberi kepada:i. Kemahiran asas; ii. Kemahiran berfikir; iii. Nilai Merentas Kurikulum; iv. Bahasa merentas kurikulum; v. Patriotisme merentas kurikulum; vi. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid; vii. Penilaian berterusan; viii. Pemulihan dan pengayaan; ix. Prinsip mudah ubah; dan x. Sains dan teknologi merentas kurikulum

9. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada murid, seseorang guru seharusnya;

i. mewujudkan suasana persekitaran yang merangsang pembelajaran; Kemudahan fizikal kelas ruang pembelajaran yang selesa; sudut pembelajaran dilengkapkan dengan bahan yang interaktif; ruang pameran hasil kerja; bahan rujukan untuk penggunaan murid; bahan pembelajaran yang mencabar daya pemikiran. Aspek emosi sosial penggunaan bahasa yang mesra; keupayaan guru memahami muridnya; penggunaan teknik yang pelbagai.

ii. mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melibatkan murid secara aktif; Menjalankan penilaian yang berterusan; Mewujudkan peluang murid menilai kerja mereka; Melatih murid meneroka pelbagai cara dalam menyelesaikan tugasan; Memberi peluang murid mendapatkan pengalaman yang berulang kali dalam situasi yang berlainan; Menyediakan suasana pembelajaran yang menggalakkan murid membuat keputusan secara rasional; Memberikan penghargaan di atas usaha murid supaya dapat membantu dan membina sifat berani, yakin dan daya juang; Melatih murid menguasai kemahiran belajar dalam kemahiran berfikir; Mengambil tindakan segera terhadap masalah pembelajaran murid. iii. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna, berkesan dan menyeronokkan guru hendaklah menggunakan kaedah yang melibatkan murid secara aktif. Guru boleh mengelolakan secara kelas, kumpulan, berpasangan ataupun individu. Pembentukan kumpulan berdasarkan kepada kebolehan murid yang hampir-hampir sama ataupun kepada kebolehan yang pelbagai.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti berikut; Simulasi Lakonan Permainan Tunjuk ajar Lawatan Bercerita Projek Sumbangsaran Main peranan Pidato

10. Penilaian i. Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS) Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

ii. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

11. Pengubahsuaian Dalam Sukatan KBSR

Program KBSR memulakan percubaannya dalam tahun 1982 sementara KBSM dilaksanakan berperingkat-peringkat mulai tahun 1988. Selepas tahun 1988, program KBSR disemak semula untuk melihat kekuatan dan kelemahannya. Akibatnya KBSR, yang dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah untuk mencerminkan matlamat dan objektif Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020, globalisasi dan pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Draf baru sukatan Tahun 1 disediakan pada November 1992 dan kemudian dilaksanakan pada Disember 1994. Antara perubahan besar dalam KBSR ialah i) penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran ii) penguasaan dan aplikasi kemahiran asas dalam aktiviti harian iii) menyusun semula kemahiran belajar daripada yang paling atas kepada yang paling kompleks mengikut topik iv) mengulang kaji sukatan bagi setiap mata pelajaran v) mengintegrasikan penyelesaian masalah dan arithmetik perniagaan ke dalam topik berkaitan seperti wang, ukuran panjang dan berat vi) mata pelajaran Alam dan Manusia dibahagikan kepada dua matapelajaran iaitu Sains dan Kajian Tempatan vii) pengunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik, Sains dan semua matapelajaran teknikal bagi Tahun 1 sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah mulai Januari 2003 serta viii) pengunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains

2.0 HUBUNGKAIT CIRI-CIRI GURU DIDALAM FPG UNTUK MERIALISASIKAN FPK

Seperti yang sudah dinyatakan didalam nota diatas, ciri-ciri guru yang baik adalah sangat diperlukan dalam memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai sesuatu yang utama, FPK adalah perlu sentiasa dirujuk terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Mari kita lihat apa yang diinginkan oleh FPK:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Dalam mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkara yang perlu dilihat terlebih dahulu ialah pendidik yang mahu mengajar insan-insan ini yang dikenali juga sebagai murid. Semahunya pendidik ini perlulah mendukung prinsip-prinsip dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam menjayakan FPK. Mari kita lihat pula apa yang dimaksudkan sebagai FPG:

guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Murid-murid yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebenarnya lahir dari hasil didikan pendidik yang yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik. Mengapa saya menyatakan begitu, hal ini kerana sekiranya seseorang pendidik itu buruk akhlaknya, bagaimana pula murid-murid yang dididiknya mahu seimbang dari segi rohaninya, bukankah sudah dinyatakan dalam peribahasa bagai ketam mengajar anaknya berjalan betul tetapi sendiri berjalan senget murid-murid juga akan mencontohi perangai pendidik tersebut. Pendidik sebagai contoh kepada murid-murid, mereka memandang orang yang mendidik mereka ini sebagai seorang yang sempurna dan perlu dicontoh kerana resam seorang guru mengajar murid-murid sesuatu yang baru dan betul ajarannya. Dari segi intelek dan jasmani pula, perlulah seseorang guru itu berpandangan progresif dan saintifik. Seorang guru perlulah bersikap terbuka dan berpandangan jauh. Sekiranya guru dapat memiliki pemikiran seperti itu tidak mustahil dan sepastinya murid akan lebih terajar inteleknya dan sihat serta baik jasmaninya. Seterusnya seorang guru yang menjunjung aspirasi Negara adalah seorang guru yang bersikap patriotik. Perlulah disemaikan sikap patriotik ini kedalam jiwa setiap anak didik supaya mereka dapat faham apa itu erti kebebasan dan kemerdekaan yang telah mereka diami ini. Seterusnya mereka ini dapat memberi sumbangan kepada tanah air tercinta ini sebagai balasan keharmonian kehidupan mereka. Kenyataan ini amatlah bersesuaian dengan matlamat FPK iaitu memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Selain itu seorang guru juga perlulah mempunyai sifat bercirikan menyanjung warisan kebudayaan Negara kerana pentingnya warisan kebudayaan itu sebagi identiti kepada sesuatu masyarakat dan kaum yang berbilang bangsa di Malaysia. Murid-mrid perlulah faham dan hormat akan kenyataan ini bahawa Malaysia adalah sebuah Negara majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum. Ini akan menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga dan masyarakat.

Dalam mencapai hasrat FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, seorang guru perlulah menjunjung hasrat FPG iaitu menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Tugas seorang guru bukanlah termaktub kepada silabus mata pelajaran sahaja malah dalam mendidik murid-murid menjadi seorang manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan juga Negara. Dalam menjadi seorang manusia, murid-murid perlulah diajar untuk berdisiplin dalam segala hal. Ditekankan betapa perlunya mereka menurut undang-undang dan peraturan yang disediakan. Bersikap terbuka dan demokratik, dalam menjalani hidup bersama bangsa-bangsa lain di Malaysia ini perlulah mereka menjaga sensitiviti diantara semua kaum supaya tidak berulangannya peristiwa 13 mei. Daripada ulasan diatas dapat saya simpulkan bahawa, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna dari segi luaran dan dalaman dan dapat mengecapi keharmonian diri serta masyarakat sekeliling. Manakala Falsafah Pendidikan Guru pula adalah bermatlamat untuk melahirkan seorang guru yang dapat menjana masyarakat dan dirinya sendiri kearah pencapaian Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri. Jadi dapatlah kita lihat bahawa FPK dan FPG itu saling memerlukan antara satu sama lain, dan tidak akan lengkap sekiranya tiada diantara salah satu mereka.

3.0 HALANGAN-HALANGAN KEPADA GURU DALAM MELAKSANAKAN KBSR SERTA CARA-CARA MENGATASINYA

KBSR ataupun Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah bermatlamat untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Penggerak utama KBSR ini sudah tentulah guru yang mengajar disekolah, jadi sudah menjadi kewajipan guru itu dalam memastikan objektif KBSR dapat dicapai oleh murid-murid. Walaubagaimanapun sudah menjadi resam setiap suatu pekerjaan itu mempunyai halangan-halangan yang perlu dihadapi. Dalam kes menjalankan KBSR disekolah guru-guru sering berhadapan dengan masalah para ibu bapa tidak mahu bekerjasama dengan mereka menyebabkan objektif KBSR didalam kelas terbantut. Antara masalah yang diklasifikasikan dalam halangan ini ialah, ibu bapa tidak mahu menghantar anak-anak mereka menyertai sebarang aktiviti di luar kelas dengan alasan tidak selamat bagi anak-anak mereka. Dalam mencapai objektif KBSR dan FPK, ibu bapa seharusnya memberi kerjasama dalam apa jua bentuk program yang diaturkan sekolah supaya tidak berlaku masalah diantara guru-murid-ibu bapa. Ibu bapa seharusnya diberi galakan oleh pihak sekolah dalam mempercayai tentang keselamatan anak mereka di dalam jagaan guru dan pihak sekolah. Selain itu terdapat juga masalah lain yang ditimbulkan oleh ibu bapa kepada anak mereka dan sekali gus guru dan pihak sekolah. Seperti yang kita sedia maklum terdapat sebilangan ibu bapa adalah dari golongan yang agak sederhana. Masalah ini selalunya berlaku di dalam situasi apabila anak mereka terlibat dalam seminar yang perlu dibayar khidmatnya atau pun anak-anak mereka sering tidak hadir ke sekolah sama ada kerana tiada kenderaan atau duit tambang kenderaan ataupun menolong ibu atau ayah bekerja. Pihak sekolah perlulah faham akan masalah ini dan tidak boleh menyalahkan ibu bapa murid kerana keadaan mereka sebegitu, sebaliknya dalam mengatasi masalah ini pihak sekolah perlulah memberi sedikit bantuan kepada mereka

ini. Guru-guru murid tersebut juga perlulah bertindak untuk menolong mereka meminta bantuan dari badan-badan yang sepatutnya bagi menampung kesusahan mereka. Perkara yang masih hangat dibincangkan sehingga sekarang ialah masalah kurikulum itu sendiri. Pembelajaran yang berteraskan peperiksaan menyebabkan muridmurid tidak dapat berkembang dalam sukan dan pembentukan sahsiah diri. Kemungkinan yang besar bahawa murid itu mempunyai keputusan yang baik dalam akademik, tetapi mempunyai masalah sahsiah yang buruk atau keadaan jasmani yang tidak baik dan ini membantutkan objektif KBSR dan FPK itu sendiri iaitu dari segi jasmani, emosi dan rohani sengaja saya tidak sebutkan intelek kerana telah saya nyatakan di atas. Dalam mengatasi masalah ini perlulah guru-guru bijak menyeimbangkan pengajaran dan pembelajaran murid-murid di dalam kelas. Perlulah diselitkan elemen nilai-nilai dan keagamaan dalam kelas di samping pengajaran akademik. Pihak sekolah pula perlulah bijak membahagikan jadual kelas dan mewajibkan setiap murid di dalam sekolah tersebut terlibat dalam setiap acara sukan yang disediakan dan dipertandingkan pada hari sukan. Seterusnya halangan yang sering dibincangkan ialah tentang sikap guru itu sendiri yang menyebabkan objektif KBSR tidak dapat dicapai. Ramai yang membincangkan masalah guru-guru masa kini yang kurangnya kualiti dalam pekerjaan dan diri mereka. Sepatutnya guru-guru menjadi contoh teladan yang baik kepada anak murid, tetapi apa yang sering berlaku sekarang ialah guru-guru yang sepatutnya menyontohi murid. Masalah hadir lewat ke sekolah dan pembawakan imej yang buruk antara punca yang menjadi halangan objektif KBSR dapat dicapai. Guru-guru yang bermasalah ini haruslah sedar akan keadaan diri mereka. Bagi guru-guru yang bermasalah ini pihak sekolah perlulah mengambil tindakan yang sewajarnya atau menghantar guru-guru ini menghadiri kaunseling atau ke Biro Tata Negara supaya dapat disedarkan tentang masalah yang dilakukannya. Halangan yang seterusnya ialah, kurangnya alat bantuan mengajar seperti LCD atau komputer yang disediakan oleh pihak sekolah kepada guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Masalah ini boleh menyebabkan muridmurid cepat bosan dengan apa yang diajarkan oleh guru, tambahan lagi guru yang tidak

kreatif dalam mengajar matapelajaran yang susah seperti sains dan matematik. Apabila murid-murid menjadi bosan akan menyebabkan hilangnya tumpuan mereka dalam pembelajaran. Keadaan ini juga boleh menyebabkan berlakunya masalah dalam kelas seperti murid-murid bermain dalam kelas dan jika tidak dikawal akan menyebabkan kekecohan dalam bilik darjah dan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terbantut. Banyak cara boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini, antaranya pihak sekolah boleh memohon peralatan-peralatan tersebut daripada Jabatan Pendidikan Negeri. Sekiranya tidak layak, guru-guru bolehlah menyumbangkan sedikit wang mereka dalam membantu pihak sekolah membeli peralatan-peralatan ini. Kesimpulanya halangan yang terjadi ini kebanyakan berpunca dari diri kita sendiri yang tiada sikap mengambil berat antara satu sama lain. Tanamkanlah sifat rajin tulang di dalam diri kita ini, kerana nescaya kita akan perolehi kesenangan dimasa hadapan.

REFLEKSI
Semua perkara yang telah dibincangkan diatas iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah setiap satunya adalah agenda kerajaan dalam meningkatkan mutu pendidikan di Negara kita ini setaraf dengan mutu pendidikan Negara maju yang lain. Kerajaan telah mengutamakan konsep modal insan di dalam pendidikan bagi melahirkan masyarakat yang seimbang, harmoni serta masyarakat yang mampu mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan Negara. Bagi seorang bakal guru pula, saya telah menerapkan dan mengingatkan diri saya dalam mengikut landasan yang betul untuk menjadi seorang guru kelak. Saya sedar bahawa perlulah setiap guru itu mendukung Falsafah Pendidikan Guru didalam diri mereka. Dalam merialisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, saya perlulah menerapkan rasa cinta kepada Negara dan generasi yang bakal mengganti kita. Sedar diri ini akan menjadi contoh kepada murid-murid saya perlulah menanamkan sikap berdisiplin dan emosi yang kukuh disamping rohani menjadi bekalan untuk menentukan cara hidup yang baik. Perlulah kiranya saya mengelakkan daripada terjadinya peribahasa guru kencing berdiri anak murid kencing berlari dalam kehidupan kerjaya saya pada masa akan datang. Kesimpulan secara menyeluruh yang dapat saya buat berdasarkan kerja kursus ini ialah, dalam membentuk sesuatu perlulah kita membentuk diri kita dahulu. Seorang guru itu perlulah lengkap serba-serbi dari perwatakannya, imej pembawakannya serta ilmu didadanya kerana beliau akan menjadi contoh kepada murid-muridnya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pula adalah satu tahap dimana akan menjadi kayu pengukur kepada kualiti pendidik di Negara kita ini. Tidak dinafikan setiap individu di Negara ini seharusnya dapat menyahut cabaran FPK ini bagi mewujudkan sebuah Negara yang maju dan masyarakatnya yang lengkap dengan imej dan perwatakan yang cemerlang.

RUJUKAN

http://www.scribd.com/doc/15905601/Falsafah-Pendidikan-Kebangsaan-FalsafahPendidikan-Negara http://www.scribd.com/doc/14055811/Guru-Merealisasikan-FPK-Cabaran-Guru-ModelTaba-Dan-Tyler http://www.scribd.com/doc/3828278/Falsafah-Pendidikan-Guru http://www.scribd.com/doc/11351357/sukatan-kbsr

Ishak Saat (2009),Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, Karisma Publications Sdn. Bhd, Shah Alam. Mok Soon Sang (2004),Pengantar Pendidikan Teras, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Subang Jaya. Choong Lean Keow (2008),Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Yahya Don (2005), Kepimpinan Pendidikan di Malaysia, PTS Profesional publishing Sdn. Bhd.

Isi kandungan

Penghargaan Pengenalan a) Falsafah Pendidikan Negara (FPK) b) Falsafah Pendidikan Guru (FPG) c) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Hubungkait ciri-ciri guru dalam merialisasikan FPK Halangan-halangan yang dihadapi guru-guru dalam melaksanakan KBSR Refleksi Rujukan

Anda mungkin juga menyukai