Anda di halaman 1dari 18

Transkripsi Fonetik Rakaman Audio

28 Apr
Dapatan Kajian
Bab 4
4.1 PENDAHULUAN
Bab 4 akan membincangkan tentang hasil dapatan yang diperolehi setelah kajian dilaksanakan ke
atas responden. Ini kerana dalam setiap kajian yang dilakukan, bahagian dapatan kajian
memainkan peranan penting kerana segala dapatan kajian yang diperolehi akan dapat
membuktikan kesahihan sesuatu kajian. Pengkaji akan membincangkan tentang dapatan kajian
bagi menjawab soalan dan objektif kajian.
4.2 PERBINCANGAN
4.2.1 PENYEBUTAN KATA
Dalam dialek Kota Bharu, Kelantan terdapat bunyi-bunyi sebutan yang berbeza dengan Bahasa
Melayu standard. Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan
ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Haji
Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat
ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan
pita suara.


Berdasarkan dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam senarai di atas, penutur dialek Kota
Bharu, Kelantan cenderung:
1.Berlaku pengguguran fonem [k] diakhir suku kata diganti dengan fonem hentian glotis [].
Contoh : tak kepada /t/
2. Menggantikan fonem [r] dengan fonem gamma [].
Contoh : merah kepada /meh/
3. Menukarkan fonem /c/ kepada fonem []
Contoh : cerah kepada /eh/
4. Menggantikan fonem [j] kepada fonem []
Contoh : Jantan kepada /at/
5. Pengguguran fonem [ng] dalam perkataan orang menjadi [e] dalam dialek
6. Pengguguran fonem [o] diganti dengan fonem [o] separuh bulat []
Contoh : ambo kepada /amb/
7. Pengguguran fonem [a] dan [n] dalam perkataan makan dan menjadi /mak/ dalam dialek.
Hal ini kerana
dalam dialek tidak boleh berlaku fonem [a] di akhir kata.

Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
1
Bab 3
LAMBANG BUNYI BAHASA DAN CARA TRANSKRIPSI
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat
a. mengenal pasti jenis bunyi bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu
b. mengenal lambang-lambang fonetik bagi konsonan dan vokal
c. memahami maksud transkripsi fonetik dan prinsip asas membuat transkripsi fonetik
d. membuat latihan transkripsi fonetik yang mudah
RINGKASAN BAB
3.1. Pengenalan
3.2. Lambang Bunyi
3.3. Transkripsi Fonetik
3.4. Kegunaan Transkripsi Fonetik
3.5. Latihan Transkripsi Fonetik
Istilah penting
Ringkasan
Rujukan
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
2
Apabila bunyi bahasa dikaji, ada beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan. Antaranya, apakah
yang dimaksudkan dengan perkataan bunyi, dan bagaimanakah bunyi dalam bahasa Melayu dapat
ditentukan? Bagaimanakah ujaran seperti cap dibahagikan kepada beberapa bunyi yang tertentu? Ada
beberapa bunyi dalam kata cap bahasa Melayu?
Apabila kita bercakap, sebenarnya kita menghasilkan satu aliran suara yang berterusan. Aliran suara ini
hanya diberhentikan untuk bernafas ataupun untuk menyusun buah fikiran untuk terus bercakap.
Aliran suara ini dapat dibahagikan kepada unit-unit bunyi kecil yang disebut sebagai segmen, iaitu bunyi
vokal atau konsonan. Misalnya, kata cap dilafazkan bermula dengan segmen c, a, dan p. Oleh hal yang
demikian, kata cap terbentuk oleh tiga segmen, iaitu c, a dan p. Kata cap terdiri daripada dua
konsonan dan satu vokal, iaitu c dan p sebagai konsonan dan a sebagai vokal. Demikian juga kata adik
terdiri daripada empat segmen a, d, i, dan k, iaitu dua konsonan (a dan i) dan dua vokal (d dan k). Setiap
segmen ini tidak dapat berfungsi secara bersendirian, tetapi perlulah bergabung untuk membentuk
perkataan. Dalam kata adik, segmen a, d, i dan k tidak mempunyai makna yang tersendiri dan hanya
menjadi bermakna apabila digabungkan untuk membentuk perkataan adik.
Dalam bahasa Melayu, bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vokal, konsonan, dan
diftong. Terdapat enam bunyi vokal dan 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan
dalam bahasa Melayu. Selain itu, ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh tiga pasang huruf
vokal. Setiap bunyi vokal, konsonan dan diftong dilambangkan oleh satu simbol atau lambang yang
tertentu. Lihat contoh lambang bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu seperti dalam Jadual 3.1.
(nyatakan sumber)
3.1 . Pengenalan
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
3
Ada cara tertentu supaya bunyi tersebut dapat dinyatakan dalam bentuk yang lebih nyata. Salah satu
cara ujaran bahasa dapat diwakili disebut sebagai transkripsi fonetik, iaitu penggunaan lambang (abjad)
untuk mewakili bunyi bahasa. Cara ini lazim digunakan dalam kamus untuk mewakili sebutan perkataan.
Misalnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2011), perkataan pelat dituliskan dalam lambang fonetik
seperti *plat+. Dalam Oxford Advanced Learners Dictionary (2000) pula, kata Inggeris prison
ditranskripsikan seperti [przn].
Sebelum mengetahui cara membuat transkripsi fonetik, simbol atau lambang fonetik hendaklah
diketahui dan dipelajari cara menulisnya. Seperti yang dijelaskan dalam pada awal, terdapat tiga jenis
bunyi dalam bahasa Melayu, iaitu konsonan, vokal dan diftong. Berikutnya diturunkan lambang bunyi
bagi setiap konsonan, vokal dan diftong yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Jadual 3.1 Lambang fonem konsonan dan vokal dalam bahasa Melayu.
Konsonan
[b] seperti dalam baca
*+ seperti dalam cari
[d]seperti dalam dada
[f] seperti dalam fikir
[g] seperti dalam gigi
[h] seperti dalam hari
*+ seperti dalam janji
[k] seperti dalam kamus
[l] seperti dalam lari
[m] seperti dalam mata
[n] seperti dalam nama
[p] seperti dalam pada
[r] seperti dalam rata
[s] seperti dalam singa
Vokal
/a/ seperti dalam ada
// dalam emas
[t] seperti dalam tolak
[v] seperti dalam van
[w] seperti dalam wap
[y] seperti dalam yuran
[z] seperti dalam zoo
*+ seperti dalam ngaum
[] seperti dalam nyata
[] seperti dalam ghaib
*+ seperti dalam zaman
[dz] seperti dalam hadzir
[x] seperti dalam khabar
*+ seperti dalam syabas
[d] seperti dalam darurat
*+ seperti dalam sabit
Diftong
/ai/ seperti dalam petai
3.2 . Lambang Bunyi
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
4
// seperti dalam enak
/i/ seperti dalam itik
/o/ seperti dalam olah
/u/ dalam ura
/au/ seperti dalam pulau
/oi/ seperti dalam sekoi
Kelihatan ketiga-tiga fonem konsonan, vokal dan diftong ini boleh wujud pada awal, tengah
dan akhir perkataan seperti yang dipaparkan dalam contoh dalam Jadual 3.1
Transkripsi adalah penurunan perkataan kepada bentuk tulisan yang bersistematik dan
konsisten. Transkrip juga dikenali sebagai satu system symbol/lambing atau khat (script).
Menurut Daniel Jones (1992), transkrip fonetik didefinisikan sebagai penulisan mengikut
abjad iaitu setiap huruf mewakili satu bunyi (satu bunyi satu simbol). Sebagai contoh, apabila
kita mendengar seorang penutur dialek Kelantan menyebut perkataan [makE] iaitu /makan/,
maka sebagai seorang yang tahu tentang fonetik maka dia akan menulis bunyi-bunyi dalam
perkataan yang disebut oleh penutur itu dengan menggunakan abjad fonetik.
a. Tiga bunyi dalam bahasa Melayu ialah ......................., ........................ dan
..........................
b. Berikan dua contoh penggunaan bagi vokal [a] dan [u].
c. Apakah dua lambang fonetik bagi huruf e?
d. Adakah perkataan yang berikut ini berdiftong?
damai, semai, auta, lauk, saur.
3.3 . Transkripsi fonetik
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
5
Dengan adanya transkripsi fonetik, kita dapat membantu orang luar atau orang asing menyebut sesuatu
perkataan dengan betul. Transkripsi fonetik boleh dilakukan dengan dua keadaan yang berbeza iaitu
transkripsi yang berdasarkan tanggapan/ impressionistic dan transkripsi yang berasaskan sistematik.
a) Transkripsi Tanggapan
Transkripsi tanggapan dihasilkan berdasarkan kategori bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia secara
umum. Ia seolah-olah sukar dilakukan. Transkripsi ini diperlukan dalam dua keadaan iatu:
- Apabila bahasa yang hendak ditankripsikan itu tidak diketahui asal usulnya. Bahasa itu tidak
mempunyai pola dan struktur yang sistematik. Katakan anda dikehendaki membuat kajian terhadap
bahasa X yang tidak pernah dikaji sebelum ini. Anda terpaksa mentrankripsi apa sahaja bunyi yang
dihasilkan oleh informan (sumber maklumat) anda. Dari data yang anda perolehi barulah boleh dicipta
transkripsi yang lebih sistematik.
- Seseorang yang terpaksa mentranskripsi bahasa kanak-kanak atau pesakit yang tidak pernah dilihat
sebelum ini atau seseorang yang tidak tahu apakah rumus yang harus
Transkripsi Fonetik
Transkripsi tanggapan
Transkripsi sistematik
Transkripsi fonetik luas
Transkripsi fonetik sempit
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
6
diaplikasikannya. Dalam keadaan sebegini symbol-simbol yang digunakan hanya menunjukkan nilai
fonetik bunyi-bunyi itu. Kesemua ujaran dari golongan ini terpaksa ditranskripsikan berdasarkan
transkripsi tanggapan.
b) Transkripsi sistematik
Transkripsi sistematik digunakan dengan meluas dibandingkan dengan transkripsi tanggapan. Transkripsi
sistematik mempunyai peranan yang penting terutama dalam mengajar penyebutan kepada penutur
asing atau mempelajari bahasa asing. Transkripsi sistematik digunakan dengan meluas dalam pengkajian
nahu secara deskriprif dan juga diperlukan dalam kamus. Dalam transkripsi yang berasaskan sistematik
inilah lahirnya dua jenis transkripsi iaitu transkripsi luas dan transkripsi sempit.
i. Transkripsi fonetik sempit
Transkripsi fonetik sempit menggunakan simbol-simbol yang lebih lengkap bagi tiap-tiap segmen dan
cirri bunyi. Transkripsi fonetik sempit boleh digunakan bagi siri bunyi-bunyi ujaran yang sengaja
dibentuk bagi latihan pendengaran fonetik. Penyebutan serta pengenalan simbol bunyi termasuk
simbol-simbol diakritik. Simbol diakritik merujuk kepada penggunaan tanda kecil yang ditambah kepada
simbol untuk mengubah nilai bunyi simbol itu. Dengan kata lain, simbol diakritik digunakan untuk
menambah ketepatan bunyi. salah satu simbol diakritik yang paling lazim digunakan untuk menjelaskan
bahasa Melayu ialah tanda nasalisasi [ ) ]. Simbol ini menunjukkan bunyi ini dinasalkan, contohnya
apabila sesuatu bunyi khususnya bunyi vokal hadir selepas bunyi nasal, bunyi vokal itu akan menjadi
nasal seperti dalam kata nyanyi yang diberi transkripsi sebagai *.)o.)i], tetapi dalam pengucapan
sebenar, jika anda perhatikan, dalam kata nyanyi selalunya bunyi vokal *a+ dan *i+ akan dinasalkan
kerana terpengaruh dengan bunyi nasal disebelahnya. Jadi, jika terdapat tanda [ ) ] di atas sesuatu
sesuatu simbol itu biasanya ia melambangkan bunyi itu disengaukan.
Apabila simbol-simbol digunakan untuk menggambarkan nilai fonetik yang tepat maka kita
menggunakan kurungan [ ] di setiap permulaan dan pengakhiran kurungan. Kurungan siku bermaksud
bunyi itu ditranskripsi sebagaimana yang disebut oleh
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
7
penutur sesuatu bahasa atau dialek itu. Manakala untuk simbol fonem, kita menggunakan simbol / / .
ii. Transkripsi fonetik luas
Transkripsi fonetik luas biasanya menggunakan lambang dan tanda diakritik yang sedikit dan mudah.
Tujuannya adalah untuk menghasilkan persembahan yang tidak taksa dalam bentuk penyebutan.
Transkripsi fonetik luas boleh digunakan sebagai asas bagi semua bahasa. Dengan kata lain, transkripsi
fonetik luas bersamaan dengan transkripsi fonemik dan ada kalangan ahli fonetik menggunakan istilah
luas sebagai rujukan kepada fonemik. Walaubagaimanapun secara prinsipnya adalah penting untuk
membezakan transkripsi fonetik luas dan transkripsi fonemik. Kedua-dua transkripsi ini merupakan entiti
yang berbeza . [pen] merupakan transkripsi fonetik luas yang menggambarkan artikulasi fizikal dan
rangkaian bunyi yang nyata. Manakala /pen/ merupakan transkripsi fonemik yang menggambarkan
rangkaian bunyi yang abstrak.
C) Abjad fonetik antarabangsa
Dalam sebarang transkripsi, setiap bunyi yang berbeza dinyatakan dengan penggunaan simbolnya yang
tersendiri. Keseluruhan simbol fonetik dikenali sebagai abjad fonetik. Penggunaan abjad yang paling
luas adalah IPA. Akronim IPA ada kalanya merujuk kepada International Phonetic Alphabet atau
International Phonetic Association atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai Abjad Fonetik
Antarabangsa. Simbol-simbol fonetik selalunya sama sebagaimana huruf dalam sistem ejaan, contohnya
[b] dalam kata selalunya sama sebagaimana huruf dalam sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata [baru],
[k] dalam kata [kira] tetapi banyak simbol-simbol baru telah dicipta untuk menampung sejumlah bunyi-
bunyi yang didengar dalam pertuturan yang tidak menunjukkan kesamaan bentuk sebagaimana sistem
ejaan rumi. Misalnya [ E + mewakili ejaan sh atau sy seperti dalam kata bahasa Inggeris ship * Eip] atau
kata dalam bahasa Melayu syarat *Earat], [ u ] pula untuk bunyi *gh+ seperti dalam kata ghaib
[uaeb] dan [+ untuk bunyi *kh+ seperti dalam kata khabar yang disebut sebagai * abar].
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
8
Dengan menggunakan lambang-lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan lambanglambang
fonetik, seseorang itu boleh merakamkan apa sahaja bunyi bahasa yang terdapat di
dalam apa jua bahasa.
Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) merupakan nama bagi satu set simbol-simbol yang
bersifat arbitrari atau wewenang. Simbol-simbol ini dibentuk bagi menggambarkan bunyibunyi
yang digunakan dalam semua bahasa dunia yang berasaskan kepada titik dan cara
artikulasi. Ahli fonetik mula merasakan perlu adanya suatu sistem transkripsi fonetik yang
standard dan dapat diterima pada peringkat antarabangsa semenjak berkembangnya kajian
fonetik artikulasi pada akhir abad ke-19 pada tahun 1988. Abjad Fonetik Antarabangsa
dibentuk dan disebarkan oleh Pertubuhan Fonetik antarabangsa. Tujuan pembentukan IPA ini
adalah untuk memudahkan ahli-ahli fonetik membuat kajian ke atas bunyi-bunyi yang tidak
biasa bagi mereka dengan penggunaan sistem yang seragam bagi seluruh bunyi-bunyi
pertuturan. Dengan kata lain, akibat daripada perbezaan antara bentuk sistem tulisan
(ortografi) dan bentuk pertuturan maka tidaklah perlu bagi kita mencipta atau membentuk
IPA.
Mengikut prinsip asas yang membentuk IPA adalah untuk memiliki sesuatu huruf yang
berbeza untuk setiap bunyi bahasa yang dapat dibezakan. Oleh kerana jumlah bunyi bahasa
yang dihasilkan oleh manusia tidak terbatas jumlahnya maka, IPA turut mencadangkan
penggunaan satu set tanda tambahan atau disebut sebagai penanda diakritik yang pelbagai
jenis yang dapat ditambah kepada simbol huruf. Tujuan penggunaan simbol tambahan ini
adalah untuk membolehkan perbezaan yang lebih halus daripada perbezaan yang berdasarkan
huruf-huruf sahaja.
a. Terangkan yang berikut:
- Transkripsi yang berdasarkan tanggapan/ impressionistic
- Transkripsi yang berasaskan sistematik.
b. Huraikan tentang Abjad Fonetik antarabangsa.
c. Berikan perbezaan antara transkripsi fonetik sempit dan transkripsi fonetik luas
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
9
Kemahiran menulis perkataan dalam bentuk transkripsi fonetik merupakan kemahiran yang penting
dalam membuat analisis fonetik (Abdullah Hassan, 2006). Dalam pada itu, terdapat beberapa kegunaan
transkripsi fonetik dalam bahasa, khususnya dalam bidang fonetik dan fonologi. Transkripsi fonetik
digunakan untuk merakamkan bunyi setepat mungkin dalam bahasa. Dengan demikian, sebutan
perkataan atau ayat dapat dilakukan tanpa ketaksaan. Perkataan yang ditulis dalam transkripsi fonetik
ialah sebutan yang sebenar, bukannya seperti ditunjukkan dalam bentuk otografi.
Kamus membekalkan sebutan perkataan yang betul dan juga memberikan panduan kepada guru untuk
mengajarkan sebutannya dengan betul (Sethi dan Dhamija, 2007). Misalnya, perkataan semak dalam
bahasa Melayu dapat ditunjukkan perbezaan bunyi dan makna dengan menggunakan lambang fonetik,
seperti [sma] dan [sema]. Yang pertama ialah perkataan semak yang membawa maksud tumbuhan
dan yang kedua pula bermaksud periksa. Dengan adanya transkripsi fonetik ini, perbezaan sebutan dan
makna perkataan dapat ditentukan dan dijelaskan kepada pelajar atau pengguna bahasa melayu.
Transkripsi fonetik juga berguna kepada pelajar bahasa yang ingin menguasai kemahiran lisan. Dengan
mengetahui lambang-lambang fonetik, pelajar mudah dapat menyebut sesuatu perkataan dengan tepat
walaupun belum pernah menemui atau mendengar perkataan tersebut. Misalnya, perkataan calet dan
bufet merupakan dua kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Kedua-dua perkataan tersebut dapat
dibunyikan dengan betul berdasarkan lambang fonetiknya, seperti *alet+ dan *buft+.
Selain itu, transkripsi fonetik juga sering digunakan untuk membandingkan sistem bunyi yang terdapat
dalam dua bahasa yang berbeza. Pengkaji bahasa semasa meneliti perkembangan, perubahan dan
perbezaan antara bunyi-bunyi dalam satu-satu bahasa sering memanfaatkan transkripsi fonetik dalam
kajian mereka. Contohnya, untuk membandingkan perbezaan bunyi antara perkataan setem (bm) dan
stamp (b inggeris), keadah transkripsi fonetik dapat digunakan untuk melihat perubahan bunyi, iaitu
[setm] dan [stmp]. Demikian juga perbezaan antara variasi bahasa dalam satu-satu bahasa dapat
ditunjukkan dengan
3.4 Kegunaan Transkripsi fonetik
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
10
menggunakan transkripsi fonetik. Contohnya, kata makan disebut [mak] dalam dialek Kelantan dan
*maka+ dalam dialek Terengganu.
Dalam transkripsi fonetik, ada kalanya tanda diakratik digunakan bagi fonem-fonem tertentu untuk
menunjukkan perbezaan bunyi fonem tersebut. Misalnya, dalam bahasa Melayu fonem /e/ yang
dibezakan bunyi fonem /e/ antara perkataan *prang+ dan *prang+ dapat ditunjukkan dengan
penggunaan tanda diakratik //, seperti /prang/ yang membawa maksud warna kemerah-merahan.
Dengan adanya tanda diakratik //, perbezaan sebutan antara kedua-dua perkataan dapat ditentukan.
Selain itu, makna kedua-dua perkataan juga dapat ditentukan. Dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain
penggunaan tanda diakratik amat luas digunakan berbanding dengan bahasa Melayu. Antara tanda
diakratik digunakan dalam bahasa Inggeris termasuk tanda dalam perkataan expos re, , pt, dan
rsum.Kebanyakan perkataan ini merupakan kata pinjaman dalam bahasa Inggeris.
Penggunaan transkripsi fonetik dalam kamus dan buku-buku bahasa untuk mewakili bunyi perkataan
amat membantu pengguna bahasa termasuk pelajar. Ada kalanya ortografi dalam bahasa seperti bahasa
Inggeris amat mengelirukan. Misalnya, perkataan bus dalam bahasa Inggeris dilambangkan oleh huruf
yang berbeza dengan fonem yang dibunyikan. Kata bus dibunyikan sebagai [bas] dan bukannya [bus].
Huruf u dibunyikan sebagai a dalam bahasa Inggeris. Jadi dengan menggunakan transkripsi fonetik ini,
kekeliruan untuk membunyikan huruf dalam perkataan seperti yang dihuraikan dapat diatasi. Dengan
demikian, sebutan yang betul dapat dikenal pasti dan dipelajari dengan baik.
Seperti yang dijelaskan pada awal, dalam transkripsi fonetik lambang khusus, iaitu abjad fonetik
antarabangsa (IPA) digunakan. Abjad tersebut berbeza daripada abjad yang biasa digunakan dalam
tulisan. Dengan demikian, IPA digunakan apabila membuat latihan transkripsi fonetik.
3.5 Latihan Transkripsi Fonetik
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
11
3.5.1. Transkripsi bunyi konsonan
Apabila fonem konsonan wujud sebelum vokal atau pada permulaan perkataan, ia dirujuk sebagai
konsonan awalan, apabila konsonan wujud ditengah kata, ia dirujuk sebagai konsonan tengah dan
apabila konsonan wujud di akhir kata, ia dirujuk sebagai konsonan akhir.
Jadual 3.1. Simbol fonetik untuk bunyi konsonan
Simbol
Contoh p *pasu+ pasu *api+ api *atap+ atap
b
[buda?+ budak
[abaN+ abang
*adab+ adab t *tali+ tali *mata+ mata *sakit+ sakit
d
*dagu+ dagu
*cadar+ cadar
*abad+ abad k *kasut+ kasut *pakat+ pakat *kritik+ kritik
g
*gali+ gali
*pega+ pegang
*beg+ beg ? [kota+ kotak
m
*mau+ maju
*lama+ lama
*siram+ siram n *nasi+ nasi *kena+ kena *tahan+ tahan
. (ny)
[aris+ nyaris
[sui+ sunyi
- N (ng) *antu+ ngantuk *suai+ sungai *tua+ tuang
s
*sabun+ sabun
*bsar+ besar
*as+ cas h *haus+ haus
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
12
*mahal+ mahal *tanah+ tanah
f
*faham+ faham
*wafat+ wafat
*wakaf+ wakaf v *van+ van *novel+ novel -
T (th)
*alaa+ thalatha E (sy) *arat+ syarat *maarakat+ masyarakat -
(kh)
[abar+ khabar
[as+ khas u (gh) [uaeb+ ghaib *baleu+ baligh
*bunyi [k] hanya wujud di akhir kata untuk perkataan pinjaman sahaja. Bagi kata bahasa Melayu asli.
Fonem /k/ di akhir kata dibunyikan sebagai [?].
Rajah 3.1. Simbol Fonetik Antarabangsa bagi Konsonan
3.5.2. Transkripsi bunyi vokal
Bunyi vokal berbeza daripada bunyi konsonan dari segi cara ia dihasilkan. Setiap kali bunyi vokal muncul
dalam bahasa, ia akan membentuk sukukata.
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
13
a) Simbol fonetik untuk bunyi vokal primer
Simbol
Contoh i *ikan+ ikan *piza+ piza *uit+ cuit *sui+ suci
c
*emak+ emak
*petak+ petak
*etek+ cetak o *ada+ ada *pada+ pada *kuda+ kuda
o
*otak+ otak
*bota+ bota
*endol+ cendol u *ura+ ura *sup+ sup *pasu+ pasu

[nak+ anak
[pnat+ penat
[smak+ semak
b) Simbol fonetik bunyi diftong
Simbol
Contoh au *aurat+ aurat *daulat+ daulat *kalau+ kalau
oi
*boikot+ boikot
*sekoi+ sekoi ai *aising+ aising *paip+ paip *pai+ pai
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
14
Rajah 3.2. Vokal primer dan sekunder
Perhatian: Apabila simbol-simbol wujud berpasangan, salah satu sumber iaitu di bahagian kanan
menunjukkan vokal yang dibundarkan. Contohnya [u] dan [y] merupakan bunyi vokal bundar.
3.5.3. Tanda diakritik
Dalam bahagian ko-artikulasi, kita telah diperkenalkan dengan artikulasi sekunder penyengauan yang
mana simbol [ ) ] ini digunakan diatas bunyi vokal untuk menunjukkan proses penyengauan
berlaku.begitu juga dalam bahagian penanda suprasegmental, beberapa simbol seperti [ : ] selepas
bunyi untuk menunjukkan kepanjangan, simbol tekanan dan tona telah ditunjukkan untuk menunjukkan
perbezaan-perbezaan bunyi bahasa. Simbol-simbol inilah yang dikatakan sebagai lambang diakritik iaitu
penanda-penanda yang boleh digunakan untuk mengubahsuai simbol fonetik asas. Beberapa tanda
diakritik yang boleh digunakan untuk memberi ketepatan bagi bunyi bahasa sebenar yang dihasilkan
adalah seperti berikut.
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
15
[ 8~ ] tanda bersuara
[ ~~ ] tanda pergigian seperti dalam kata bahasa Inggeris [ eit~~T ]
[ ) ] tanda penyengauan seperti dalam bahasa Melayu [ma)kan]
[ ] tanda tekanan seperti dalam bahasa Inggeris
[k~ntrakt]
[ ] geluncuran diftong seperti dalam kata bahasa Melayu
[pulau]
[ # ] jeda menandakan ujaran yang disempadani kesenyapana
Untuk memahami lebih lanjut tentang transkripsi fonetik, lihat beberapa contoh transkripsi fonetik lain
bagi perkataan, ayat dan petikan ringkas seperti yang berikut:
a. adik /adi/ buluh /buluh/ camca /ama/
b. Mereka datang pagi tadi.
[mrka data pagi tadi+
c. Logan tinggal di Melaka. Dia bertugas sebagai seorang jaga di sebuah kilang perabot. Sudah lama, dia
bekerja di kilang tersebut. Dia sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak perempuan.
*logan tigal di mlaka dia brtugas sbagai sora aga di sbuah kila prabot sudah lama dia bekerja
di kila ini dia sudah brumahtaga dan mmpuai dua orang ana prmpuan]
Seperti yang ditunjukkan dalam contoh a, b dan c, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi
apabila membuat transkripsi fonetik. Pertama, semua perkataan atau ayat hendaklah ditulis dalam
lingkungan kurungan [ ], iaitu kurungan segi empat, seperti [bsar] atau [mulut]. Tidak ada huruf besar
yang digunakan walaupun terdapat kata nama khas. Selain itu, tanda bacaan seperti titik, koma, koma
bertitik, dan lain-lain tidak digunakan semasa memindahkan perkataan atau ayat menjadi transkripsi
fonetik. Demikian juga perkataan, ayat dan petikan yang dipindahkan menjadi transkripsi fonetik
hendaklah bermula dari kurungan dan berakhir dengan kurungan, seperti dalam contoh di atas.
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
16
Dengan adanya transkripsi fonetik, pengguna bahasa
dapat melafazkan perkataan dengan betul. Demikianlah
pentingnya transkripsi fonetik dalam ilmu linguistik,
khususnya dalam bidang fonetik.
a. Apakah maksud transkripsi fonetik?
b. Apakah kegunaan transkripsi fonetik?
c. Tuliskan transkripsi fonetik bagi perkataan yang berikut:
abang, cuci, dodol, fakir, garam, setuju, warung, hari jadi
d. Pindahkan ayat yang berikut menjadi transkripsi fonetik:
i. Semua pelajar diwajibkan hadir.
ii. Mereka belum menyiapkan kerja rumah itu.
iii. Saya sudah berpindah ke Kuala Lumpur, kata Shameena kepada
adiknya Naveen.
e. Cuba tukarkan petikan berita di bawah menjadi sebuah transkripsi fonetik yang
lengkap.
Transformasi ekonomi besar-besaran yang dinikmati Johor terutama di
kawasan Iskandar Malaysia sejak enam tahun lalu seharusnya menjadi
contoh kepada negara-negara kecil untuk membangunkan ekonomi mereka.
Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), Tun Musa Hitam berkata,
kemajuan ke arah yang betul itu mewujudkan prospek ekonomi yang baik
dan memperlihatkan kemasukan pelabur dalam dan luar negara ke wilayah
pembangunan tersebut.
(dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121205/ek_02/Iskandar-
Malaysia-perlu-jadi-contoh#ixzz2E9ct1rFW
Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi
17
- Ujaran merupakan aliran suara secara berterusan dan terdiri daripada segmen-segmen
bunyi konsonan dan vokal.
- Bunyi bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada fonem vokal, konsonan dan diftong.
- Bentuk ujaran dapat dinyatakan dalam bentuk transkripsi fonetik, iaitu penggunaan
lambang untuk mewakili bunyi bahasa.
- Set lambang yang terbaik ialah abjad yang digunakan oleh International Phonetic
Alphabet (IPA).
- Ada cara tertentu untuk menukarkan ejaan perkataan, ayat atau petikan ke dalam
transkripsi fonetik.
Collins, Beverley dan Mees, Inger. M. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A resource
book for students. New York: Routedge
Indrawati Zahid dan Mardian. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Publishers
Ladefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics.Thomson Boston: Wadsworth
Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nor Hashimah Jalaluddin. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Roach, Peter. 1995. English Phonetics and Phonology. Cambridge University Press.
Small, Larry H. 1999. Phonetics : A Practical Guide for Students Boston: Allyn & Bacon
Posted by Bahasa VS Geografi at 7:45 PM











Transliterasi

Transliterasi menurut Kamus Linguistik (1997, p. 218) ialah proses atau hasil
mengalihkan tanda grafik daripada satu sistem tulisan kepada sistem yang lain.
Contohnya, mengalih huruf daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi.
Transliterasi membantu pelajar-pelajar bahasa asing menyebut sesuatu perkataan
yang pada awalnya mustahil untuk disebut disebabkan tulisan yang asing.
Kaedah transliterasi telah digunakan dalam pembelajaran bahasa asing di UiTM
termasuk bahasa Arab sejak tahun 2003. Dalam konteks pengajaran bahasa Arab,
tujuan kaedah ini diperkenalkan ialah untuk menarik minat mempelajari bahasa
Arab serta membantu pembelajaran supaya menjadi lebih menarik dan mudah.
UiTM merupakan institusi perintis yang menggunakan kaedah transliterasi ini
sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi di
peringkat Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia, IPTA dan IPTS (UiTM, 2004, p. vii)

Transliterasi B. Arab yang paling baik ialah mengikut piawaian antarabangsa berdasarkan format Arabic-
Roman/English (ala orientalis). Paling selamat sebab setiap satu huruf Arab ada khusus hurufnya dalam
Roman. Diterima oleh seluruh universiti di dunia.

Kalau pengajian lepasan ijazah Islamic & Middle Eastern Studies, diwajibkan ambil subjek khas-Research
Method untuk belajar kemahiran transliterasi, kalau mau buat tesis dalam Roman alphabet-English,
Melayu, Indon, dsb.

Yang jadi macam2 versi translasi tu sebab masing2 tak ikut versi standard antarabangsa bagi penulisan
akademik universiti.




Transliterasi Arab-Rumi ialah perbuatan menukar perkataan yang ditulis dalam tulisan Arab ke dalam
tulisan Rumi. Ia membolehkan pembaca yang tidak boleh membaca tulisan Arab mengetahui
sebutannya. Lazimnya, transliterasi dilakukan terhadap istilah Arab/Islam yang khusus dalam bidang
ilmu tertentu, petikan lafaz, dan kata nama khas seperti nama tokoh, tajuk buku dan sebagainya.
Wikipedia