Anda di halaman 1dari 4

Keperluan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Bidang bimbingan dan kauseling sememangnya merupakan bidang yang mempunyai hala

tuju khidmatnya dan sebab yang munasabah bagi bidang ini diwujudkan. Oleh sebab itu perkhidmatan ini mempunyai keperluannya tersendiri. Ia merangkumi tujuan dan sebab mengapa bimbingan dan kaunseling ini diperlukan. Dalam aspek tujuan, ia diperlukan sebagai pembetulan, nasihat dan pandangan yang membina. Keperluan ini dapat memberikan pandangan dan persepsi yang positif kepada klien dan memastikan kaunseling yang diberikan oleh kaunselor dapat memberikan sesuatu yang baharu dan membina sesuatu yang positif dalam diri klien. Selain itu, ia juga diperlukan untuk membangunkan dan menghasilkan perubahan yang positif dalam diri klien. Segala bimbingan dan kaunseling yang diberikan kepada klien diharapkan dapat mengubah sesuatu yang perlu diubah dalam diri klien sendiri di mana sesuatu itu bermaksud perkara yang dibincangkan antara klien dan kaunselor. Keperluan lain pula ialah menjadikan klien lebih stabil dan produktif dalam membuat apa-apa keputusan berkenaan dengan perkara yang dibincangkan mereka. Di samping itu juga, bimbingan dan kaunseling diperlukan bagi memenuhi potensi dan seterusnya membolehkan klien menjadi seorang yang berjaya. Sekiranya kaunselor berjaya membantu klien, maka klien akan dapat menyedari potensi diri sendiri, yakin dan kemudian secara tidak langsung dapat menjadi seorang yang berjaya akhirnya. Selain itu, kaunselor akan dapat membantu klien dalam membuat penyesuaian kehidupan tanpa mengalami banyak penderitaan. Ini bermaksud bimbingan dan kaunseling yang diberikan oleh kaunselor merupakan satu jalan cepat bagi klien mengatasi masalah yang dihadapi, dengan ini maka kuranglah penderitaan yang dialami oleh klien. Keperluan lain pula ialah mempertingkatkan perkembangan diri klien supaya dapat mencapai tahap kesihatan mental yang maksima. Kesihatan mental klien akan terjejas sekiranya mereka terlalu memikirkan tentang masalah yang dihadapi, tetapi apabila mereka berjumpa dengan kaunselor, mereka akan dibantu dan tekanan yang dialami akan dapat dikurangkan. Ini secara tidak langsung mempertingkatkan perkembangan diri klien yang positif. Dalam aspek sebab bimbingan dan kaunseling diperlukan pula ialah ia dapat memberikan maklumat baru. Klien akan dijelaskan tentang masalah mereka dan ini

memberikan maklumat baru yang penting untuk mereka membuat keputusan terbaik dalam masalah tersebut. Selain itu, ia juga menggalakkan celik akal yang bermaksud klien dapat memahami diri mereka sendiri dan persekitaran yang mungkin merupakan faktor tekanan yang dialami, dengan memahami diri dan persekitaran maka mereka akan dapat membuat keputusan yang betul. Di samping itu juga, mereka juga akan diberikan sokongan seperti emosi dan moral daripada kaunselor kerana dalam proses perbincangan bersama kaunselor, emosi klien akan perlahan-lahan menjadi stabil yang disebabkan oleh tekanan yang dialami. Sebab lain ialah dapat menyelesaikan konflik dan kemudian membuat keputusan yang betul. Klien sememangnya mempunyai konflik dalam diri mereka, setelah berjumpa dengan kaunselor maka mereka akan lebih mudah menyelesaikan konflik tersebut dan kemudian dapat membuat keputusan yang betul.

Jenis-Jenis Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Perkhidmatan bimbingan mempunyai jenis-jenisnya mengikut kesesuaian perkara yang dibincangkan dengan klien. Jenis yang pertama ialah secara individu, ia dilakukan secara bersemuka. Pendekatan yang digunakan ialah seperti bimbingan krisis atau masalah yang dihadapi oleh klien. Pencegahan dan pengawalan tentang sesuatu, perkembangan diri klien dan penyediaan kemudahan. Manakala jenis kedua ialah secara kelompok. Jenis ini juga memerlukan bimbingan secara bersemuka, ia biasanya dilakukan kepada klien yang mempunyai masalah yang sama. Antara langkah yang boleh dilaksanakan ialah pembentukan kumpulan dan teknik sumbang saran dalam kumpulan. Ini membolehkan setiap klien mendapat idea dan cara yang sesuai dalam mengatasi masalah yang dihadapi. Bagi jenis kaunseling pula, ia dibahagikan kepada kaunseling individu dan kaunseling kelompok. Bagi jenis kaunseling individu, ia dilakukan bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik antara kaunselor dengan klien, membantu membina kemahiran dan keyakinan dalam diri klien, membantu klien dalam membuat keputusan yang rasional dan sesuai, menyelesaikan masalah dengan berkesan atau mencegah masalah kritikal daripada timbul dan untuk mengubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku yang positif. Dalam kaunseling individu ini juga terbahagi kepada beberapa lagi jenis iaitu perkembangan, pencegahan, pemulihan dan krisis.

Perkembangan mendorong klien untuk memperkembangkan potensi diri setelah selesai sesi kaunseling. Pencegahan pula membantu klien daripada melakukan sesuatu keputusan yang tidak rasional, pemulihan pula bagi memastikan klien mendapat maklumat baru yang secara perlahan-lahan dapat membantu dalam membuat keputusan yang rasional. Bagi krisis pula, ia dijalankan bagi memastikan individu dapat mengatasi masalah dan krisis yang sedang berlaku tanpa membuat keputusan yang negatif dan di luar jangkaan. Bagi kaunseling kelompok pula, ia bertujuan untuk membantu klien dalam kumpulan membantu memperoleh keyakinan diri daripada perbincangan dan sumbang saran yang dilaksanakan, dapat berfikir secara terbuka dan jujur terhadap pandangan orang lain terutamanya semasa menyumbangkan idea dan pendapat masing-masing, mengelakkan sifat menunjuk-nunjuk kerana orang lain juga mempunyai pendapat dan kelebihan masing-masing dalam aktiviti kumpulan. Ia juga mengajar cara untuk menghargai diri dan orang lain, menuju kepada sesuatu yang asli dan murni, dapat menjauhkan diri dari hasutan luar, dapat menyemai perasaan diterima dan menerima pendapat dan idea orang lain dalam kumpulan sendiri. Ia juga membantu klien membuat keputusan yang rasional dan tepat setelah selesai membuat perbincangan yang padat dengan klien yang lain dan dapat meningkatkan kemahiran sosial, setiap klien perlu memberikan pendapat sendiri dan ini dapat meningkatkan kemahiran sosial di samping membantu klien membuat keputusan yang rasional dan tepat. Jenis-jenis kaunseling kelompok dibahagikan kepada merancang dan menyelaras sesuatu aktiviti. Kedua ialah pemilihan mata pelajaran elektif yang terdapat dalam sesuatu jenis peperiksaan awam seperti UPSR dan ketiga ialah dalam konferensi keluarga dan kem motivasi. Jenis ketiga ialah kaunseling konferensi keluarga. Kaunseling ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dengan ibu bapa atau penjaga demi kemajuan murid. Ia juga untuk mudah menghubungi ibu bapa atau penjaga sekiranya kemajuan murid merosot. Ia juga menjadi penyelaras program orientasi untuk muridmurid dan ibu bapa atau penjaga. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengadakan konsultasi kaunseling keluarga jika permasalahan yang berlaku berpunca daripada dalaman keluarga. Dengan tujuan-tujuan ini, maka pihak kaunselor akan dapat

meningkatkan kesedaran dan kefahaman ibu bapa terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah di samping mendapat sokongan dan penyertaan ibu bapa untuk menjayakan program atau aktiviti yang dirancang untuk anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai