Anda di halaman 1dari 2

PSV3101-PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

RUMUSAN Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran June King McFee mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru atau mampu mengolah idea baru yang lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika. Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya. Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat. Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkan sebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12). Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan bahawa seni adalah penciptaan bentukbentuk yang menyenangkan. Seni adalah penjelmaan rasa estetika (1959: 16).
Dalam kehidupan seharian, pendidikan seni visual memainkan peranan yang amat penting. Ia merupakan alat penyataan diri untuk meluahkan perasaan kita, dapat menajamkan kepekaan

dan pengamatan, memupuk perasaan sayang pada seni dan warisan dalam masyarakat. Dan sebagainya. Justeru, untuk mencapat matlamat dan objektif pendidikan seni visual dalam KBSR dan KSSR, kita haruslah mementingkan pendidikan seni dan mempraktikkannya dan kehidupan seharian kita. Sumbangan-sumbangan tokoh sentiasalah dihargai dan dijadi sebagai insan kita untuk menghala ke depan.

PSV3101-PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


RUJUKAN Sumber Buku: Kathleen Chee(2011). Siri Rujukan Pendidikan Seni Visual Tingkatan 3. Selangor: Penerbit an Pelangi Romeli Abd. Rane(2010), Lukisan intergratif : pendidikan seni visual KBSR tahun 5 / Romeli Abd. Rane, Abdul Rashid Othman..-Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sumber internet: Asmawi(2010), Pandangan tokoh barat, diakses pada 23 Mac 2014 dari

http://karkoonz2000.blogspot.com/2010/10/pandangan-tokoh-barat.html Nana(2011), Pandangan Tokoh-Tokoh Seni Visual mengenai Kreativiti, diakses pada 23 Mac 2014 visual.html Rmyy(2012), Peranan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mengekalkan budaya negara,diakses pada 24 Mac 2014 dari http://rmyy-group.blogspot.com/ shafizasabudin (2013), Pendidikan Seni Visual KSSR, diakses pada 28 Mac 2014 dari http://www.slideshare.net/shafizasabudin/pendidikan-seni-visual-kssr Shantene Naidu(2011), Matlamat & Objektif Pendidikan Seni Visual dalam KBSR dan KSSR, diakses pada 24 Mac 2014 dari http://www.scribd.com/doc/50249106/Matlamat-ObjektifPendidikan-Seni-Visual-dalam dari http://nanachong.blogspot.com/2011/11/pandangan-tokoh-tokoh-seni-

Anda mungkin juga menyukai