Anda di halaman 1dari 2

PENYATA SEBELUM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Antara fokus dan tujuan utama saya menjalankan PBS ialah:1) Memerhati

dan memahami pengurusan sekolah serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. 2) Melihat sendiri sejauh mana sekolah telah berjaya menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan perkembangan kanak-kanak. 3) Mengumpul maklumat mengenai sekolah, pentadbiran sekolah, pengajaran dan pembelajaran serta budaya sekolah yang diamalkan. 4) Berinteraksi dengan semua warga sekolah terutamanya; guru, murid dan kakitangan sekolah. 5) Memperoleh pendedahan awal mengenai proses pembelajaran di sekolah. 6) Menghayati kerjaya sebagai seorang guru. 7) Membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru serta

mendokumentasi pengalaman yang dilalui untuk perbincangan semasa refleksi.

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN 1.0 Pengenalan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan adalah untuk memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang alam persekolahan kepada seorang bakal guru. PBS juga memberi peluang bakal guru memahami bahawa sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan, mengetahui peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah. Melalui tugasan ini, pelajar dapat memahami pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. Terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai oleh setiap pelajar dalam Pengalaman Berasaskan Sekolah. Antaranya ialah memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya dan iklim sekolah. Para pelajar juga akan dapat memahami tugas guru dan menghayati kerjaya sebagai seorang guru. Di samping itu, mereka juga akan memperoleh pengetahuan tentang pengurusan sekolah, mendapat pendedahan awal mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, dan mampu membina kemahiran berinteraksi dengan warga sekolah. Disebabkan PBS untuk semester 1 hanya memfokuskan kepada pengurusan sekolah, oleh itu para pelajar telah memperoleh banyak maklumat mengenai pengurusan sekolah dari segi pentadbiran dan organisasi sekolah, aktiviti yang dilaksanakan dan memahami budaya sekolah. Menurut Slavin (1991), pendidikan ialah satu proses perkembangan manusia. Kanak-kanak mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari segi fizikal, kognitif dan bahasa, sosial, emosi dan rohani sepanjang hayat mereka. Manusia mula belajar sejak lahir dan semua pembelajaran ini berkaitan dengan pengalaman yang diperoleh melalui proses perkembangan manusia. Pembelajaran ialah perubahan pada individu hasil daripada pengalaman mereka.

Anda mungkin juga menyukai