Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL Bilangan Jurnal : 2/12 Minggu Praktikum : Minggu kedua Tarikh Peristiwa / Kejadian : 03 - 07 FEBRUARI 2014 Tajuk

Jurnal : Masalah Pengawalan Kelas

1. Masalah / Peristiwa Beberapa masalah pengawalan kelas yang sering timbul ialah beberapa orang murid yang tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran dan membuat hal sendiri seperti mengganggu rakan, bercakap-cakap, berkhayal dan menyendiri serta bermainmain. Perkara ini amat membimbangkan saya kerana tanpa kawalan kelas yang baik, objektif pembelajaran dan pengajaran tidak dapat dicapai. Masalah ini saya hadapi di dalam kelas 3 Bijak, apabila terdapat beberapa orang murid telah keluar dari kelas tanpa pengetahuan saya. Pengajaran yang berlangsung pada ketika itu adalah bidang jawi dan kelas saya berlangsung sebelum waktu rehat.

2. Analisis Setelah saya mengenalpasti beberapa faktor yang menyebabkan beberapa orang murid keluar dari kelas tanpa pengetahuan saya, saya dapati permasalahan ini mungkin disebabkan : 1. Kecuaian saya akibat kurang memberikan perhatian kepada murid apabila murid-murid kelas pendidikan moral mula masuk ke dalam kelas. 2. Murid beranggapan bahawa kelas telah tamat kerana murid pendidikan moral telah mula masuk ke dalam kelas.

3. Cadangan Tindakan Susulan Setelah menjalani peristiwa hari ini, saya perlu lebih berhati-hati dalam merancang. Di samping itu 1. Saya patut memperbanyakkan bahan bacaan berkenaan cara atau teknik mengawal kelas yang betul.

PRAKTIKUM FASA KE III, SK SERIAN

2. Saya harus membaca buku-buku berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih baik. 3. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Kawalan kelas yang baik amat diperlukan dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Sekiranya masalah kawalan kelas ini tidak dapat saya atasi, sudah tentu objektif pengajaran yang dirancang tidak tercapai sepenuhnya. Oleh itu, saya hendaklah berusaha dengan lebih gigih dalam menjadi seorang guru pelatih yang lebih bijak menyusun strategi pengajaran dan tegas dalam mendisiplinkan murid.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Tandatangan : Nama : Tarikh :

PRAKTIKUM FASA KE III, SK SERIAN