Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL Bilangan Jurnal : 3/12 Minggu Praktikum : Minggu ketiga Tarikh Peristiwa / Kejadian : 10 - 14 FEBRUARI 2014 Tajuk

Jurnal : Rutin Pengurusan Bilik Darjah

1. Masalah / Peristiwa Pengurusan bilik darjah amat penting dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana bilik darjah merupakan medan perjuanagan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan tanggungjawab. Bilik darjah perlu diurus dalam keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan efektif serta guru akan seronok dalam menyampaikan

pengajarannya. Permasalahan pengurusan bilik darjah yang ketara saya lakukan dalam sesi pengajaran ialah semasa proses p&p berlangsung pada 12 Februari 2014, hari rabu di kelas 2 bestari. Ketika itu, saya diselia oleh pensyarah pembimbing. Apabila kelas bermula, saya telah meminta semua murid berdiri dan bersama-sama menyanyikan sebuah lagu. Setelah tamat, saya mengarahkan semua murid untuk duduk, namun, saya kurang peka terhadap seorang murid yang tidak mempunyai kerusi. Murid itu telah mula berdiri dari awal kelas, sehingga tamat set induksi saya. Apabila saya dimaklumkan oleh murid disebelahnya, baru saya menyedari kesilapan saya. Ini menimbulkan rasa bersalah di dalam diri saya kerana tidak prihatin terhadapnya.

2. Analisis Setelah saya mengenalpasti beberapa faktor yang menyebabkan pengurusan bilik darjah saya kurang berjaya. Saya dapati permasalahan ini mungkin disebabkan : 1. Saya tidak peka terhadap murid tersebut setelah memastikan semua murid duduk. Ini adalah kerana saiz badan murid yang kecil dan kelihatan seperti telah duduk. 2. Saya kurang menumpukan perhatian terhadap rutin pengurusan bilik darjah, seperti memastikan kebersihan kelas, keselamatan dan keselesaan murid dan

PRAKTIKUM FASA KE III, SK SERIAN

sebagainya.

3. Cadangan Tindakan Susulan Setelah menjalani peristiwa hari ini, saya perlu lebih peka dan prihatin terhadap rutin pengurusan bilik darjah. 1. Saya patut memperbanyakkan bahan bacaan berkenaan rutin pengurusan bilik darjah yang berkesan. 2. Saya harus menanamkan sifat prihatin dan peka terhadap anak murid saya agar proses p&p menjadi lebih bermakna buat kedua-dua pihak. 3. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah amat bergantung kepada kualiti pengurusan bilik darjah kerana ia merupakan satu usaha mentadbir murid dan mengurus bilik darjah supaya persekitarannya tersusun dan ceria serta menggalakkan pembelajaran murid. Oleh itu, saya sebagai guru pelatih tidak seharusnya memandang remeh terhadap perkara ini kerana ia akan mempengaruhi mood pembelajaran murid sepanjang proses p&p berlangsung. Dengan ini, saya akan merujuk bahan bacaan berkaitan pengurusan bilik darjah agar saya tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Insya Allah.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Tandatangan : Nama : Tarikh :

PRAKTIKUM FASA KE III, SK SERIAN

Anda mungkin juga menyukai