Anda di halaman 1dari 11

Konsep Panjang

Kumpulan 4
Chai Chiew Mei Choon Fang Xin Chong Shelly Emily Yeo Ping Chieh Lim Li Li Lim Chin Han

Topik: Pengukuran dengan unit panjang sentimeter (cm) dan meter (m). Konsep: Unit sentimeter (cm) dan meter (m) adalah unit standard yang digunakan untuk mengukur panjang antara dua titik. Panjang 1m adalah bersamaan dengan 100cm.

Objektif pembelajaran:
Selepas pengajaran topik ini, murid-murid boleh: Membuat perbandingan di antara dua titik dengan menggunakan istilah panjang, lebih panjang, paling panjang, pendek, lebih pendek dan paling pendek.

Alat Bantu Mengajar: Pensel, pembaris, tali, meja, papan putih.

Aktiviti Pengajaran
Set Induksi:
Guru memegang 3 batang pensel yang berlainan panjang. Guru menutup bahagian pensel yang ditunjukkan supaya muridmurid tidak tahu panjang sebenar pensel yang ditunjukkan itu. Guru memotivasikan murid-murid untuk meneka pensel yang mana satu paling panjang dan paling pendek.

Perkembangan Aktiviti 1
Untuk memasteri konsep panjang dan pendek
Guru memandu murid untuk mengenali konsep panjang dan pendek dengan menggunakan kaedah perbandingan. Guru memberi murid-murid satu set pembaris yang berlainan panjang. Murid dikehendaki untuk menyatakan pembaris mana yang paling panjang.

Kemudian, murid juga diberikan dua utas tali yang berwarna merah tetapi panjangnya adalah berlainan.

Sekali lagi, murid diminta untuk membuat perbandingan antara dua tali yang berlainan panjang itu. Murid dikehendaki untuk menyatakan tali yang mana satu adalah lebih pendek.

Aktiviti 2
Guru meminta 2 orang murid perempuan untuk tampil ke hadapan supaya mereka boleh membuat perbandingan mengenai panjang rambut mereka. Murid diminta untuk menyatakan murid mana yang mempunyai rambut yang lebih panjang dan mana yang lebih pendek.

Selepas murid memahami konsep panjang dan perbandingan antara dua item, mereka akan diajar untuk membuat perbandingan antara 3 atau lebih item pula.

Aktiviti 3
Guru memilih dua orang murid untuk mengukur panjang item yang diberi.

Setiap kumpulan diberi jalur kertas yang berwarna merah untuk mengukur panjang papan putih dan meja murid.
Murid dikehendaki untuk mencatat bilangan jalur kertas yang digunakan untuk mengukur panjang papan putih dan meja murid. Selepas itu, guru akan meminta seorang murid untuk membuat kesimpulan mengenai aktiviti yang dilakukan.

Penutup

Guru membuat ulasan mengenai pengajaran yang disampaikan di dalam kelas.

Penambahbaikan / Cadangan
Aktiviti dan bahan yang digunakan sangat sesuai. Saiz portable for pupils. Cara menanya soalan. Jangan memanggil nama murid dahulu selepas menanya soalan. Harus cakap soalan dahulu. Eg. Cuba fikirkan objek 1 dan objek 2, yang mana lebih panjang? Siew Ling cuba jawab soalan ini. memandu membantu, membimbing Cikgu sangat mengenali student compulsory for a teacher nowadays. So that pupils felt that they are belong to the class. Kind of appreciation.

Sentiasa menggunakan perkataan yang manis bagus, terima kasih dan menunjukkan keprihatinan kepada murid jangan buat kerja lain responsible for every student. Bila menggunakan paper strip, perlu buktikan jalur merah ini semuanya sama panjang. Instrumen mesti konsisten dari segi saiz. Cikgu kena paste or write the conclusion made by the student on the white board. Eg: Jalur A lebih panjang daripada Jalur B. Jalur A paling _________ dan Jalur B paling __________.

Anda mungkin juga menyukai