Anda di halaman 1dari 11

PROSIDING PERKEM VI, JILID 1 (2011) 492 501 ISSN: 2231-962X

Kesan Kitaran Ekonomi Terhadap Peningkatan Kadar Indeks Jenayah di Malaysia


The Effect of Economic Cycle on the Increase of Criminal Rate Index in Malaysia
Ahmad Azam Sulaiman @ Mohamad (Ahmadazams@um.edu.my) Mohammad Fadzli Hashim Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk melihat dan membincangkan beberapa objektif penting di antaranya untuk mengetahui beberapa faktor yang menyebabkan peningkatan indeks jenayah dan juga untuk mengetahui sejauh mana kesan kitaran ekonomi dan pengangguran terhadap peningkatan indeks jenayah serta adakah ia memberi kesan langsung terhadap pembangunan ekonomi sesebuah negara khususnya di Malaysia. Kajian ini menggunakan data tahunan dari 1979-2009. Ia melibatkan pembolehubah bersandar iaitu Indeks Jenayah dan lima pembolehubah tidak bersandar iaitu kadar pengangguran, kadar kemiskinan, inflasi, taburan penduduk dan pendapatan negara. Hasil kajian mendapati kitaran ekonomi dan keadaan inflasi meningkatkan indeks kadar jenayah di Malaysia. Katakunci : Indeks Jenayah, Kitaran Ekonomi

ABSTRACT This study aims to look at and discuss a number of important objectives such as to identify some factors that cause increased indeks jenayah and also to know the impact of the economic cycle and unemployment on the increase of crime and whether they have a direct impact on a country's economic development, especially in Malaysia. This study used annual data from 1979-2009. It involves a dependent variable, Crime Index, and five independent variables, namely unemployment, poverty, inflation, distribution of population and income. The study found the economic cycle and the inflation index increased crime rate in Malaysia. Keywords: Crimes Index, Economic Cycles

PENGENALAN Dewasa kini kadar jenayah di Malaysia semakin membimbangkan disebabkan oleh beberapa faktor dan boleh merencatkan pertumbuhan ekonomi negara. Kadar jenayah di Malaysia meningkat pada setiap tahun dan antara faktornya adalah pertambahan penduduk, kadar kemiskinan dan kadar pengangguran. Begitu juga dengan peningkatan kadar pengangguran yang disebabkan oleh kitaran ekonomi. Situasi ini jika tidak ditangani dengan bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam keselamatan negara kerana faktor-faktor ini boleh menyebabkan sesebuah negara itu mundur dan kurang maju disebabkan oleh kadar pengangguran dan kadar kemiskinan yang meningkat. Di United Kingdom, para penyelidik di Kementerian Dalam Negeri (Home Office) menganggarkan kos jenayah melebihi 60 bilion pounds setahun, iaitu lebih 5% daripada pendapatan negara. Dalam konteks Malaysia, terdapat beberapa jenyah di antaranya jenayah jalanan yang merangkumi tiga jenis jenayah indeks, iaitu ragut, samun tanpa senjatapi dan samun berkawan tanpa senjatapi. Terdapat sebanyak 35,000 jenayah jalanan yang dilaporkan setiap tahun, iaitu lebih kurang 17% daripada jumlah keseluruhan jenayah indeks yang dilaporkan. Jenayah jalanan menjadi masalah yang semakin meruncing di Malaysia, khususnya ragut. Ini telah diberi liputan luas melalui media arus perdana terutama sekali disebabkan kesan trauma yang dilalui oleh mangsa dan keluarga mereka. Manakala pengalaman dari
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VI (PERKEM VI), Ekonomi Berpendapatan Tinggi: Transformasi ke Arah Peningkatan Inovasi, Produktiviti dan Kualiti Hidup , Melaka Bandaraya Bersejarah, 5 7 Jun 2011

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011

493

United Kingdom, Amerika dan negara lain menunjukkan bahawa pengurangan besar dalam kadar jenayah bukannya mustahil. Di United Kingdom kadar jenayah keseluruhan telah menurun sebanyak lebih 30% sejak 1995. Di bandaraya-bandaraya utama di Amerika, seperti Washington, Chicago dan New York, kadar jenayah menurun sehingga 50% sejak awal 1990-an. Pada tahun 2008 kadar jenayah di Malaysia mencecah kepada dua ratus ribu kes berbanding pada tahun 1996, kadar jenayah di Malaysia hanya dalam linkungan puluhan ribu sahaja. Dalam masa sepuluh tahun sahaja peningkatan jenyah di Malaysia begitu tinggi. Oleh itu ia amat membimbangkan kepada semua pihak terutamanya pihak kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Penurunan indeks jenayah di Malaysia amat penting kerana ia mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara. Kadar jenayah yang tinggi dan sentiasa meningkat ini akan memberi banyak kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara terutamanya pandangan negara luar terhadap keselamatan di negara kita. Secara umumnya tren jenayah di Malaysia didapati mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku di negara maju, hanya yang membezakannya adalah jumlah kes dan kadarnya. Terdapat empat jenis kesalahan atau kes utama dalam Indeks Jenayah yang boleh dicegah, iaitu tiga dalam kategori jenayah harta benda dan satu dalam kategori jenayah kekerasan. Kesalahan-kesalahan tersebut ialah rompakan termasuk rompakan bersenjata api, kes mencuri kenderaan bermotor, pecah rumah dan kes mencuri di waktu siang dan malam hari serta kes-kes kecurian yang lain-lain (Mohd Reduan Aslie, 1990). Terdapat juga kategori jenayah lain selain dari Indeks Jenayah. Jenayah ini termasuklah insiden penyalahgunaan dadah, jenayah kolar putih (jenayah komersial), sindeket haram dan perjudian. Pelbagai faktor sosioekonomi telah dikenal pasti mempengaruhi tren dan tren jenayah di Malaysia. Walaubagaimanapun, tiada suatu faktor secara tepatnya dapat dianggap sebagai penyebab utama. Banyak kajian dan pengamatan telah mendapati bahawa jenayah tidak semestinya meningkat seiring dengan perkembangan ekonomi sahaja (Shelley & Katon, 1992).

SOROTAN KAJIAN Kajian oleh Tang (2010) untuk melihat hubungan dinamik di antara kemasukan pelancong, inflasi, kadar pengangguran dan juga kadar jenayah yang terdapat di Malaysia merangkumi data tahunan 1970-2008. Data tersebut diambil dari berbagai sumber seperti Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund), Statistik Kewangan Antarabangsa (IFS), Amerika Jenayah Bangsa dan Maklumat Undang-Undang (UNCJIN), Euromonitor Antarabangsa, Statistik Laporan Tahunan Malaysia. Beliau mengemukakan anggaran kadar jenayah yang berlaku di Malaysia menunjukkan bahawa promosi penawaran ekonomi dan juga peningkatan jumlah tugas polis dan rondaan di kawasan yang berpotensi untuk berlaku jenayah mampu mengurangkan kadar jenayah dan dalam pada masa yang sama menarik lebih banyak pelancong ke Malaysia. Hasil kajian menunjukkan semua pembolehubah berintegrasi iaitu berhubung secara positif dengan kadar jenayah di Malaysia. Manakala dalam jangka masa panjang, kemasukan pelancong, inflasi dan kadar pengangguran menyebabkan meningkatnya kadar jenayah di Malaysia. Walaubagaimanapun, dalam jangka masa pendek, didapati wujudnya kesan dua hala di antara pengangguran jenayah dan kemasukan pelancong. Akhir sekali, penguraian variasi dan analisis yang digunakan mendapati pengangguran, inflasi, dan kemasukan pelancong adalah penting dalam menghuraikan variasi kadar jenayah di Malaysia. M Baharom, A.H. dan Habibullah, M.S (2009) mengkaji tentang analisis kesan ekonomi terhadap pelbagai perbuatan jenayah di Malaysia dari tahun 1973 sehingga tahun 2003. Hasilnya mendapati kegiatan membunuh, merompak, perkosaan dan penganiayaan merupakan hubungan jangka panjang terhadap keadaan ekonomi yang mana mempunyai kesan negatif. Hao N, Yong J, Hao T.M (2009) telah membuat kajian untuk mengumpul dan menganalisis kes-kes jenayah komputer di Singapura selama tempoh 6 tahun dari 2003 hingga 2008, dan untuk memahami trend dalam jenayah komputer. Hasil kajian menunjukkan bahawa jumlah kes jenayah komputer adalah dalam aliran selama enam tahun. Penjenayah kebanyakkannya adalah daripada golongan lelaki dalam lingkungan usia antara 18 hingga 40 tahun. Mereka juga mempunyai pendidikan yang tinggi dan profesional. Hashim et. al (2008) telah membuat kajian untuk melihat isu-isu keruntuhan akhlak dan gejala sosial yang terdiri daripada pengaruh budaya barat iaitu budaya skinhead, budaya punk dan budaya blackmetal yang berlaku dalam keluarga di Malaysia. Kajian ini mendapati bahawa keruntuhan akhlak dalam kalangan rakyat Malaysia begitu membimbangkan dan boleh merencatkan kecemerlangan negara. Malahan jika ini tidak ditangani dengan bijaksana serta perancangan yang teliti pastinya akan mengancam

494

Ahmad Azam Sulaiman, Mohammad Fadzli Hashim

keselamatan negara kerana elemen-elemen keruntuhan akhlak ini boleh menjerumuskanseseorang itu ke arah kehancuran. Jamaludin Mustaffa (2007) telah mengkaji aspek keselamatan awam dalam pembentukan bandar selamat di Malaysia yang mana kajian dilakukan di Alor Star, Kedah. Pelbagai pendekatan telah diperkenalkan dan diamalkan dalam mempertingkatkan aspek keselamatan awam di bandar. Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat samada konsep ini sudah difahami dan telah dilaksanakan khususnya di bandaraya Alor Star. Persoalan utama dalam kajian ini adalah untuk melihat tahap keselamatan melalui konsep Bandar Selamat yang merupakan pendekatan baru bagi negara ini dalam memperkukuhkan peraturan dan penguatkuasaan undang-undang bagi tujuan pencegahan jenayah di seluruh Malaysia. Hasil kajian adalah ketiadaan keseragaman peranan agensi dalam menjayakan konsep Bandar Selamat yang mana konsep Bandar Selamat lebih tertumpu kepada keselamatan umum dan keselamatan harta benda. Di samping itu penemuan turut menunjukkan ketiadaan suatu dasar atau polisi khusus sebagai panduan tetap dan lengkap untuk dipraktikkan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia. Nor Ina, K dan Norizan, M. N (2007) telah membincangkan isu jenayah dan perbandaran secara terperinci dalam konteks gaya hidup masa kini dan persepsi penduduk bandar ke atas pelakuan jenayah dan kaitannya dengan kepesatan perbandaran khususnya di Daerah Timur Laut iaitu di negeri Pulau Pinang. Mereka telah menggunakan kaedah analisis data statistik indek jenayah di daerah Pulau Pinang dari tahun 1990 sehingga tahun 2003 untuk membuat perbandingan serta peningkatannya di setiap daerah. Hasilnya daripada kajian, didapati bahawa pelakuan jenayah harta benda mempunyai hubungkait dengan kepesatan perbandaran dan faktor-faktor lain seperti kemiskinan dan peningkatan kos sara hidup juga tidak kurang pentingnya menyumbang ke atas peningkatan pelakuan jenayah. Yahya (2006) telah membuat kajian tentang pendapat wanita tentang peranan media massa dalam mendedahkan kegiatan jenayah yang berlaku di Kuala Lumpur. Selain itu, ia juga untuk melihat sama ada peranan yang dimainkan oleh media massa dapat membantu pihak Polis Diraja Malaysia mengurangkan jenayah ragut. Seramai 390 orang responden wanita telah dipilih bagi mewakili populasi di kawasan kajian. Kajian ini hanya terhad kepada golongan wanita di Kuala Lumpur terutama kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah, syarikat komersial dan perdagangan, serta institusiinstitusi pengajian tinggi. Soal selidik ini dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu latar belakang responden, sikap responden terhadap media. Hasil kajian menunjukkan bahawa media massa menjadi sumber berita utama kepada mereka. Selain menjadi sumber hiburan, media massa turut memaparkan isuisu yang memberi kesedaran dan manfaat kepada masyarakat seperti jenayah ragut. Majoriti responden bersetuju bahawa media massa di negara ini menyalurkan maklumat berita yang benar kepada mereka. Selain itu, responden berpendapat media massa telah berjaya membantu mengurangkan kadar jenayah ragut. Kejadian ragut yang sering disiarkan oleh media massa membuatkan masyarakat lebih berhati-hati dan seterusnya dapat mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa ragut. Pendedahan media massa terhadap jenayah ragut tidak sahaja membantu masyarakat malah turut membantu kerja-kerja pihak berkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia. Sidhu, A.S. (2005) telah mengkaji tentang peningkatan jenayah di Malaysia di mana terdapat faktor yang mempengaruhinya serta diterangkan juga cara untuk mengatasinya. Beliau menganalisis data indeks jenayah daripada tahun 1990 sehingga 2002. Hasilnya kadar jenayah di Malaysia adalah pada tahap yang membimbangkan di mana terdapat peningkatan pada setiap tahun dan antara faktor yang mempengaruhi jenayah adalah pertambahan penduduk dan kadar pengangguran. Usman dan Tarmiji (2005) telah membincangkan isu-isu penting yang berkaitan dengan perkembangan dan pertumbuhan penduduk di Malaysia sejak tahun 1950 hingga tahun 2000. Di antara isuisu penting adalah yang berkaitan dengan perubahan struktur umur, pertumbuhan penduduk, kesuburan, kematian dan migrasi yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Kajian ini juga telah mengusulkan beberapa langkah yang proaktif bagi menangani isu-isu kependudukan dan migrasi yang semakin penting dalam kontek perkembangan sosio-ekonomi dan politik Malaysia dalam rantau ASEAN dan global. Hasil kajian menunjukkan bahawa di Malaysia kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi sejak lebih 30 tahun yang lalu telah memberikan impak yang besar terhadap negara dan masyarakat. Ikoya P. O (2004) telah membuat kajian untuk menilai sejauh mana kegiatan antisosial meresap ke dalam sekolah di Afrika. Metodologi yang digunakan oleh kajian ini ialah dengan menggunakan instrumen Academic Culture Attitude Scale dan Teachers Reactionto Behavioral Pollutant Scale (TREBOPS) untuk mengambil maklumat daripada 2000 responden merangkumi guru besar dan guru sekolah menengah awam. Hasil kajian menunjukkan bahawa sampel bersetuju akan adanya pengaruh luar yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah dan masalah disiplin dalam sistem persekolahan dan mendapati bahawa

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011

495

guru besar berbeza pendapat dengan guru-guru terhadap cara yang paling baik untuk menguatkuasakan peraturan sekolah. Selain itu juga kajian ini juga mencadangkan beberapa cara untuk menghalang kemasukan pengaruh luar yang boleh mengancam ketenteraman murid. Raphael S dan Rodolf W.E (1998) telah membincangkan kesan penggangguran terhadap peningkatan jenayah serta perkaitannya dari segi kaedah empirikal. Mereka telah menggunakan kaedah deskriptif dan korelasi bagi menunjukkan hubungan yang lebih jelas antara jenayah dan penggangguran. Mereka juga menggunakan kaedah pengganggaran di mana satu model telah dibentuk dan menguji setiap pembolehubah di dalam model tersebut seperti kadar jenayah dan pengangguran. Hasilnya penggangguran memberikan pengaruh yang besar terhadap peningkatan atau penurunan kadar jenayah di mana korelasi atau hubungan antara keduanya adalah besar.

PEMILIHAN MODEL Sebelum melihat kepada bagaimana indeks jenayah ini memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara, analisis terhadap indeks jenayah telah dilakukan terlebih dahulu bagi melihat beberapa faktor atau pembolehubah yang mempengaruhi kenaikan jenayah di Malaysia. Raphael S dan Rodolf W.E (1998) telah menggunakan kaedah deskriptif dan korelasi bagi menunjukkan hubungan yang lebih jelas antara jenayah dan penggangguran. Daripada hasil kajiannya menunjukkan bahawa penggangguran memberikan pengaruh yang besar terhadap peningkatan atau penurunan kadar jenayah. Selain itu juga peningkatan jenayah di Malaysia juga dipengaruhi oleh beberapa faktor lain, maka dalam kajian ini penulis ingin melihat beberapa faktor lain yang turut mempengaruhi peningkatan jenayah di Malaysia. Sebagaimana yang telah dikaji oleh Amar Singh Sidhu tentang peningkatan jenayah di Malaysia disebabkan beberapa faktor. Hasil kajian menunjukkan bahawa pertambahan penduduk juga menjadi faktor kenaikan jenayah. Oleh itu kajian ini akan mengenalpasti beberapa faktor terhadap peningkatan jenayah di Malaysia dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Selain itu, Ikoya P. O (2004) telah membuat kajian untuk menilai sejauh mana kegiatan antisosial meresap ke dalam sekolah di Afrika. Dengan menggunakan instrumen skala akademik sikap budaya (Academic Culture Attitude Scale) dan Skala kelakuan guru (Teachers Reactionto Behavioral Pollutant Scale) untuk mengambil maklumat daripada 2000 responden merangkumi guru besar dan guru sekolah menengah awam. Kajian menunjukkan bahawa sampel bersetuju akan adanya pengaruh luar yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah dan masalah disiplin dalam sistem persekolahan. Ini menunjukkan bahawa terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi kadar jenayah.

SPESIFIKASI MODEL Model yang digunakan untuk menganalisis kajian ini adalah berdasarkan model yang digunakan oleh Muzafar Shah (2009) dengan memasukkan beberapa pembolehubah yang sesuai berkaitan dengan indeks jenayah dan pertumbuhan ekonomi berasaskan kepada teori ekonomi. Berikut adalah kerangka model yang telah diubahsuai oleh penulis:

IJ t 1 2 gdpt 3uemt 4 inf t 5 poort 6 popt t

IJ t gdpt uemt Inf t poort

Indeks Jenayah Perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar perkapita (KDNK) Kadar Pengangguran Kadar Inflasi Kadar kemiskinan Taburan Penduduk

popt

496

Ahmad Azam Sulaiman, Mohammad Fadzli Hashim

PENERANGAN PEMBOLEHUBAH Perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar perkapita (KDNK) Ekonomi Malaysia mengalami pertumbuhan yang pesat sejak merdeka lagi. Berdasarkan laporan tahunan daripada bank negara Malaysia, didapati kadar pertumbuhan purata selepas merdeka di antara tahun 1956 hingga 1960 adalah 4.1% dan kadar ini telah meningkat kepada 5.0% pada tahun 1961 hingga 1965. Kadar pertumbuhan purata terus meningkat dari tahun ke tahun sehingga yang tertinggi ialah 8.6% pada tahun 1976 hingga 1980. Walaubagaimanapun kadar pertumbuhan purata KDNK ini menurun pada awal tahun 1980 disebabkan berlakunya kemelesetan ekonomi yang dialami oleh dunia menyebabkan kejatuhan dalam output sektor perindustrian dan perombongan. Pada tahun 1981 kadar tersebut ialah 6.9% dan selepas itu turun kepada 5.9% dan 6.3% pada tahun 1982 dan 1983. Pada tahun 1984 kadar tersebut meningkat kepada 7.8% tetapi pada tahun 1985 ia turun kepada negatif 1.0% setahun. Ekonomi Malaysia kemudiannya mengalami pertumbuhan pesat selepas kemelesetan yang bermula tahun 1988 hingga 1995 apabila kadar pertumbuhan mencatatkan melebihi 8% selama tujuh tahun kecuali 1992. Era 1990-an menunjukkan pertumbuhan ekonomi terus pulih dengan mengalami pertumbuhan sebenar 8.5% manakala pada tahun 1993 hingga tahun 1995 pula mengalami pertumbuhan semakin pesat pada kadar 8.5% setahun. Prestasi yang baik ini didorong oleh permintaan dari luar negara yang kukuh terutama untuk barang-barang kilang di samping kenaikan permintaan agregat dalam negara. Berasaskan jangkaan pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan berterusan pada kadar 7% sehingga tahun 2020, dijangkakan KDNK negara bertambah daripada RM115 000 juta pada tahun 1990 kepada RM920 000 juta pada tahun 2020. Pembolehubah Perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar perkapita (KDNK) dimasukkan dalam kajian untuk melihat kesan kitaran ekonomi terhadap kadar indeks jenayah. Data kajian dari tahun 1979 hingga 2009 yang digunakan melibatkan turun naik ekonomi Malaysia. Mohd Sabri (2002) telah menunjukkan kesan pengangguran terhadap jenayah harta benda dapat dilihat dalam peningkatan jenayah harta benda semasa musim kemunduran ekonomi pada tahun 1997. Dia juga telah menunjukkan 75% yang melakukan jenayah disebabkan ketiadaan pekerjaan dan kesukaran untuk mencari pekerjaan yang bergaji besar. Kadar pengangguran Pengangguran dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan ekonomi dan sosial iaitu terhadap sektor ekonomi ialah berlakunya pengurangan keluaran negara. Taraf hidup rakyat juga menurun memandangkan ia diukur dengan menggunakan pendapatan perkapita. Apabila pendapatan perkapita rendah, taraf hidup penduduk juga rendah. Berdasarkan laporan perangkaan penting Malaysia pada tahun 2000 hingga 2009 menunjukkan naik turun iaitu pada tahun 2000 kadar pengangguran ialah 3%, manakala pada tahun 2001, 2002 dan 2003 ianya meningkat kepada 3.6% dan mengalami penurunan kepada 3.3% dan 3.2% pada tahun 2006 dan 2007. Kemudiannya ia mengalami kenaikan pada tahun 2009 iaitu 3.7%. Masalah pengangguran amat membimbangkan kerana kadar pengangguran tinggi boleh mengurangkan pendapatan negara dan memberi kesan langsung kepada jumlah pungutan cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat. Kerajaan akan kekurangan dana dan sumber pendapatan. Penganggur sanggup merompak, culik, bunuh dan sebagainya untuk mendapatkan wang serta meningkatkan masalah tekanan jiwa dan tiada keyakinan diri seseorang. Pembolehubah pengangguran berdasarkan kajian lepas yang melihat pengangguran merupakan faktor yang penting dalam peningkatan kadar jenayah (Gary S. B (1968), David C and Kenneth C. L (1985),Theodore G. C (1987), Thomas M. A and Robert H. D (2006)) Kadar inflasi Inflasi secara amnya didefinisikan sebagai suatu fenomena kenaikan tingkat harga umum yang berterusan dan tidak terbatas. Kenaikan harga yang berterusan merujuk kepada kenaikan harga secara terus-menerus untuk satu tempoh masa yang panjang. Ia juga merujuk kepada satu keadaan di mana terlalu banyak wang mengejar barang yang sedikit. Berdasarkan laporan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2000 hingga 2009 kadar inflasi di Malaysia menunjukkan naik turun iaitu pada tahun 2000 kadar inflasi di Malaysia ialah 1.54% dan mengalami peningkatan kepada 3.02% pada tahun 2005. Kemudiannya ia

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011

497

mengalami penurunan pada tahun 2007 iaitu 2.03% dan meningkat semula pada tahun berikutnya kepada 5.44%. Pembolehubah Kadar Inflasi dimasukkan bagi melihat kesan inflasi terhadap Kadar jenayah. Dengan kenaikan kadar inflasi, ia memberikan banyak kesan terhadap masyarakat di antaranya kos hidup penduduk di sesebuah negara akan meningkat disebabkan oleh kenaikan harga barang. Kadar jenayah dijangka meningkat berikutan kos sara hidup dan perbelanjaan yang tinggi memaksa individu cenderung melakukan jenayah seperti ragut, mencuri, menculik serta pelbagai lagi bagi memenuhi kehendak dan keperluan diri. Kajian yang dilakukan oleh Lee (1993), Machin dan Meghir (1998), Hansen dan Machin (2000), Gould et al (2002) (Hansen, 2003), yang mana dapatan kajian mendapati ketidakseimbangan dan tahap pendapatan yang rendah mempunyai kaitan dengan pelakuan jenayah. Kadar kemiskinan Fenomena kemiskinan berlaku seiring dengan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Sebahagian besar negara yang sedang membangun mengalami pertumbuhan ekonomi yang agak tinggi, namun faedah daripada pertumbuhan dan pembangunan tersebut sangat sedikit yang menitis ke bawah untuk sampai kepada glongan miskin. Taraf hidup mereka kemungkinan meningkat sedikit atau kekal di takuk lama, malah merosot dalam keadaan sebenar. Kadar kemiskinan di Malaysia mengalami penurunan dari tahun 2000 hingga tahun 2007. Pada tahun 2000 dan 2001 kadar kemiskinan di Malaysia mencatat 8.5%. Manakala pada tahun 2004, 2005 dan 2006 kadar kemiskinan mengalami penurunan sebanyak 2.8%. Kemudiannya pada tahun 2007 kadar kemiskinan ini turun kepada 3.6% dan mengalami sedikit kenaikan pada tahun 2008 dan 2009 iaitu 3.8%. Desakan hidup serta ketidakmampuan memenuhi matlamat keperluan hidup mendorong golongan miskin dan menganggur terlibat dalam kegiatan jenayah (Katiman, 1988). Oleh itu pembolehubah kadar kemisikinan dimasukkan dalam kajian ini untuk melihat hubungannya dengan kadar jenayah. Pertumbuhan penduduk Sejak lebih daripada lima dekad yang lalu, komposisi penduduk Malaysia telah berubah baik daripada segi kadar kelahiran, struktur umur dan jantina, kadar kematian dan penghijrahan. Berdasarkan laporan kiraan permulaan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2000, kadar pertumbuhan penduduk tahunan purata adalah tinggi iaitu 2.3 peratus pada tahun 1970 hingga tahun 1980, 2.6 peratus pada tahun 1989 hingga tahun 1991 dan 2.6 peratus pada tahun 1991 hingga 2000. Manakala jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2009 mencecah kepada 27 juta. Ini merupakan suatu petunjuk yang jelas kepada sesiapa jua bahawa kadar pertumbuhan penduduk adalah tinggi dan berdasarkan kadar ini jumlah penduduk Malaysia akan berganda dalam tempoh setiap 23 tahun. Pertumbuhan pesat penduduk tidak seiringan dengan pertumbuhan ekonomi akan menimbulkan persaingan dalam merebut peluang pekerjaan. Kegagalan mewujudkan modal insan yang berkualiti dan berkemahiran akan menimbulkan pelbagai masalah sosial yang berpunca daripada keciciran murid sekolah, prestasi pelajaran yang lemah, ibubapa yang kurang berpendidikan, kemiskinan, buta huruf dan sebagainya. Oleh itu pembolehubah ini dimasukkan untuk melihat kesannya terhadap kadar jenayah seperti kajian yang dilakukan oleh Nor Ina .K dan Norizan M.N (2007).

ANALISIS DESKRIPTIF Tujuan analisis deskriptif adalah bagi melihat ciri statistik data yang digunakan sebagai pembolehubah kajian seperti min, median, sisihan piawai dan lain-lain lagi. Min merujuk kepada nilai purata setiap pembolehubah bagi keseluruhan sampel kajian manakala standard deviation (sisihan piawai) menunjukkan variasi (serakan) data dari nilai min. Jadual di bawah menunjukkan ringkasan statistik deskriptif bagi setiap pembolehubah yang terpilih dalam model yang dibentuk dalam kajian ini. Berdasarkan jadual 1 di atas, didapati bahawa pembolehubah pertumbuhan penduduk mencatatkan nilai purata taburan data yang tertinggi iaitu dengan nilai min sebanyak 16.799 manakala pembolehubah inflasi pula mencatatkkan nilai purata yang paling rendah iaitu dengan nilai min sebanyak 2.767. Nilai sisihan piawai pula dilihat bagi melihat variasi sesuatu data yang digunakan. Daripada rajah di atas, didapati pembolehubah kadar kemiskinan mencatat nilai sisihan piawai yang paling tinggi iaitu

498

Ahmad Azam Sulaiman, Mohammad Fadzli Hashim

9.924. Manakala pembolehubah pertumbuhan penduduk adalah yang paling rendah nilai sisihan piawai iaitu sebanyak 0.211. Bagi keputusan ukuran kepencongan pula semua pembolehubah menunjukkan kepencongan positif kecuali pertumbuhan penduduk dan inflasi sahaja yang negatif. Ukuran kurtosis (kepuncakan) dilakukan bagi tujuan melihat kepuncakan taburan data. Daripada jadual di atas didapati bahawa kesemua pembolehubah iaitu indeks jenayah, taburan penduduk, pendapatan negara, pengangguran, kadar kemiskinan dan inflasi menunjukkan kepuncakannya adalah positif. Analisis korelasi Kolerasi diukur untuk mengetahui hubungan antara dua pembolehubah sama ada mempunyai hubungan positif yang kuat atau hubungan positif yang lemah atau hubungan negatif yang kuat atau hubungan negatif yang lemah. . Nilai korelasi yang agak tinggi di antara dua pembolehubah bebas menunjukkan kewujudan kolineariti berbilang. Berdasarkan jadual 2, didapati bahawa pembolehubah bersandar indeks jenayah mempunyai nilai korelasi sebanyak 0.906 dengan pembolehubah bebas pendapatan negara, ini menunjukkan bahawa pembolehubah indeks jenayah mempunyai hubungan positif yang kuat dengan pendapatan negara, kerana mempunyai nilai korelasi yang menghampiri nilai 1 dan ianya signifikan. Manakala hubungan antara pembolehubah bersandar indeks jenayah dengan pembolehubah pertumbuhan penduduk pula menunjukkan nilai korelasi sebanyak 0.88. Ini bermakna hubungan antara indeks jenayah dengan pertumbuhan penduduk adalah positif kuat dan ianya signifikan. Bagi hubungan antara pembolehubah bersandar indeks jenayah dengan pembolehubah bebas pengangguran dan inflasi pula menunjukkan nilai korelasi negatif lemah. Manakala nilai korelasi antara indeks jenayah dengan kadar kemiskinan ialah -0.743 yang menunjukkan hubungan yang kuat dan negatif dan ianya signifikan.

KEPUTUSAN PENGANGGARAN Keputusan penganggaran dalam kajian dianalisis berdasarkan kepada tanda hubungan antara pembolehubah dan nilai statistik iaitu ujian-t, F dan R2. Keputusan kajian akan dihuraikan berdasarkan jadual di 3. Hasil penganggaran menerangkan bahawa 90.3% jumlah variasi dalam indeks jenayah dapat diterangkan oleh pembolehubah bebas seperti pendapatan negara, pertumbuhan penduduk, pengangguran, kadar kemiskinan dan inflasi. Sementara itu, bakinya iaitu sebanyak 9.7% ditentukan oleh faktor lain. Manakala ujian ketepatan model pula menunjukkan nilai 42.72 dan signifikan. .Ini menunjukkan model penganggaran boleh diterima. Berdasarkan kepada persamaan di atas, peningkatan sebanyak 1 peratus Perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar perkapita (KDNK) akan meningkatkan sebanyak 1.282 peratus dalam indeks jenayah. Ini kerana sepanjang tempoh kajian dilakukan berlaku turun naik dalam ekonomi Malaysia atau diistilah berlakunya kitaran ekonomi. Sepanjang tempoh kajian terdapat 3 krisis ekonomi iaiti tahun 1984 krisis hartanah, 1997 krisis kewangan dan 2008 krisis subprime. Kesan dari krisis tersebut terdapat golongan pekerja terutama yang kurang mahir diberhentikan. Ini turut menyumbang kepada kenaikan dalam jenayah. Kesan peningkatan jenayah ini, ia secara tidak langsung akan memberi kesan kepada ekonomi negara walaupun tidak besar kerana pelbagai sumber pendapatan negara seperti pelaburan, pelancongan dan sebagainya akan turut terjejas. Seterusnya, peningkatan 1 peratus dalam pertumbuhan penduduk akan berlaku penurunan sebanyak 2.428 peratus dalam indeks jenayah. Ini disebabkan oleh pertumbuhan penduduk tidak seiringan dengan pertumbuhan ekonomi. Ini diburukkan lagi dengan kemasukkan pekerja asing yang mengambil tempat peluang pekerjaaan bagi penduduk tempatan. Dan pekerja asing turut menyumbang dalam peningkatan jenayah. Bilangan pekerja asing di seluruh negara pada 2010 ialah 1.87 juta orang berbanding dengan siling 1.80 juta yang telah ditetapkan. Laporan Kertas Putih Persoalan Dasar dan Sistem Penyampaian dan Pengawasan Pekerja Asing yang melebihi daripada dua juta orang di negara ini yang telah merampas peluang pekerjaan 240,000 pelajar lepasan PMR,SPM, STPM. Selain itu, peningkatan sebanyak 1 peratus dalam pengangguran menyebabkan peningkatan sebanyak 0.094 peratus dalam indeks jenayah. Berlakunya peningkatan dalam indeks jenayah disebabkan oleh peluang pekerjaan yang tidak mencukupi dan kadar pengangguran yang meningkat. Secara tidak langsung ia akan memaksa seseorang itu melakukan jenayah untuk memenuhi keperluan hidup masing-masing tanpa memikirkan kesan yang akan dihadapi. Dapatan kajian ini menyamai kajian yang didapati pengkaji terdahulu seperti Lee dan Holoviak

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011

499

(2006) yang menyatakan terdapat hubungan positif dan hubungan jangka panjang antara jenayah dan pengangguran di tiga buah negara asia pasifik. Walau bagaimanapun, peningkatan 1 peratus dalam kadar kemisikinan menyebabkan kenaikan sebanyak 0.009 peratus dalam indeks jenayah. Hal ini disebabkan oleh golongan miskin cenderung mencari pendapatan untuk memenuhi keperluan hidup mereka serta harga barang yang semakin meningkat menyebabkan mereka cuba mencari inisiatif lain untuk mendapatkan wang. Menurut Orfield (1997), kadar jenayah kekerasan dan jenayah harta benda yang tinggi di kawasan bandar mempunyai perkaitan dengan peningkatan kadar kemiskinan dan kadar penagihan dadah. Selain itu taraf pendidikan dan kurangnya ilmu dikalangan golongan miskin juga menjadi punca kepada peningkatan kadar jenayah di kalangan orang miskin. Peningkatan 1 peratus dalam inflasi menyebabkan penurunan sebanyak 0.01 peratus dalam indeks jenayah.Ini kerana apabila berlaku inflasi permintaan terhadap sesuatu barangan meningkat berbanding daripada pengeluaran yang sedikit. Oleh itu dengan kenaikan kadar inflasi ia akan meningkatkan kadar jenayah di Malaysia dan ia berbeza dengan output yang menjelaskan bahawa dengan kenaikan inflasi, ia akan mengurangkan kadar jenayah. Peningkatan kos sara hidup turut memberi kesan kepada kemerosotan taraf sosial keluarga. Hal ini memaksa kedua ibubapa bekerja bagi menampung kos perbelanjaan yang semakin meningkat di bandar sehingga kurangnya perhatian kepada anak yang akhirnya memudahkan anak-anak terdedah kepada gejala sosial. Situasi ini akan meningkatkan pelakuan jenayah di kalangan generasi muda.

RUMUSAN Secara teori, jenayah memberi kesan yang buruk terhadap setiap individu dan masyarakat. Di samping itu, ia memberikan impak yang besar terhadap ekonomi negara terutamanya dari segi pendapatan negara. Seperti yang diketahui umum, ekonomi negara saling berkait rapat dengan sektor perkhidmatan dan 58 peratus daripadanya menyumbang kepada pendapatan negara. Bidang tersebut mempunyai rantaian nilai tambah tinggi dan menjana pulangan besar merangkumi bidang pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kewangan dan perbankan Islam serta industri halal. Selain itu, penglibatan sektor swasta secara meluas juga mampu menyokong ekonomi negara di mana ia menyumbangkan 30 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Apabila berlaku peningkatan jenayah di negara ini seperti jenayah rasuah, pencurian dan pembunuhan, ia secara tidak langsung memberikan kesan penurunan kepada sektor-sektor atau bidang-bidang lain yang mana memberikan pulangan pendapatan negara yang lumayan. Ini adalah kerana pendapatan negara berdasarkan kepada jumlah pelabur atau pelancong yang datang ke negara ini untuk melibatkan diri dalam bidang pelaburan khususnya. Sekiranya berlaku kegiatan jenayah seperti rasuah dalam kegiatan pelaburan, ia akan mengurangkan jumlah pelabur asing yang melabur di negara ini kerana mereka tidak sanggup untuk menanggung kerugian pada masa akan datang. Dari aspek yang lain pula contohnya dalam bidang pelancongan yang mana ia adalah antara penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi dan sumber pendapatan pertukaran wang asing negara. Didapati pada tahun lalu, negara telah mencatatkan ketibaan seramai dua puluh dua juta lima puluh ribu orang pelancong dan menyumbang sebanyak lebih kurang empat puluh lapan bilion ringgit kepada pendapatan negara. Sekiranya kegiatan jenayah berlarutan dan bertambah buruk, ia akan memberikan imej yang buruk kepada negara khususnya kerana ia akan menggambarkan tiada jaminan terhadap pelancong yang datang ke negara ini dari segi ketenteraman dan keselamatan. Secara ringkasnya didapati bahawa apabila berlaku peningkatan jenayah, maka tahap ekonomi negara akan menurun.

RUJUKAN Amar Singh Sidhu. (2005, Mac 23). The rise of crime in Malaysia: An academic and statistical analysis.Journal of the Kuala Lumpur Malaysia Police College, (4), 1-28. Aminah Md Yusof dan Ismail Omar (2007), Analisis Kitaran Ekonomi Dan Industri Pembinaan Di Malaysia , Tesis Phd, Research Vote No:71629. Chamhuri Siwar dan Surtahman Kastin Hasan(2000), Ekonomi Malaysia, Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd, hlm. 377.

500

Ahmad Azam Sulaiman, Mohammad Fadzli Hashim

Choo Foon Tang (2010), An Exploration Of dynamic relationship Between Tourist Arrivals, Inflation, Unemployment and Crime Rates In Malaysia, International Journal Of social Economic : Vol. 38 No. 1, 2011, pp. 50-69. Daniel Y. Lee & Stephen J. Holoviak, 2006. Unemployment and crime: an empirical investigation, Applied Economics Letters, Taylor and Francis Journals, vol. 13(12), pages 805-810, October. David Cantor and Kenneth C. Land, Unemployment and Crime Rates in the Post -World War II United States: A Theoretical and Empirical Analysis, American Sociological Review, vol. 50 (June 1985), pp. 317 -332. Gary S. Becker, Crime and Punishment: An Economic Approach, The Journal of Political Economy, vol. 76, no. 2 (March-April 1968), pp. 169-217. Richard B. Freeman, Why do so Many Young American Men Commit Crimes and What Might We do About it?, The Journal of Economic Perspectives, vol. 10, no. 1 (Winter 1996), pp. 25-42. Hashim bin Haji Bedu, Khairulhelmi bin Katip, Mohd Fahmi bin Mohd Sahid dan Syed Mohamed Syafeq Syed Mansor (2008), Keruntuhan Akhlak Dan Gejala Sosialdalam Keluarga;Isu Dan Cabaran, Seminar Kaunseling Keluarga, 2008, Hh.51-62. Hansen, K. (2003). Education and The Crime -Age Profile. British Journal Criminology.Vol 43, 141 -168. Jamaludin Mustaffa (2007), Aspek Keselamatan Awam Dalam Pembentukan Bandar Selamat Di Malaysia:Kajian Kes Alor Star, Kedah, Tesis Phd, 2007, Hh. 1-24. Knox, P. L. (1994). Urbanization An Introduction to Urban Geography. New Jersey:Prentice Hall Katiman, R. (1988). Pengantar Geografi Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia. Mohd Yahya Mohamed Ariffin (2006), Jenayah Ragut: Pendapat Wanita Tentang Peranan Media Massa?, Seminar Kebangsaan Komunikasi Ketiga, 16 18 Jun 2006, The Gurney Hotel & Residences, Pulau Pinang. Mohd Reduan Aslie. (1990). Jenayah di Malaysia: Aliran, punca dan penyelesaian . Kuala Lumpur: AMK Interaksi. Mohd Sabri (2002) Perubahan paradigma nilai: Ke arah transformasi sosial dan pembentukan Malaysia baru: Utusan Publication and Distributors. Muzafar Shah Habibullah & A. H. Baharom. (2009). Crime and economic conditions in Malaysia. International journal of social economics,11, (36), 1071-1081. Na Jin-Cheon, Wu Hao, Ji Yong dan Tay Mia Hao (2009), Analysis of Computer Crime in Singapore using Local English Newspapers, Singapore Journal of Library & Information Management, Vol. 38, 2009. Nor Ina Kanyo & Norizan Md Nor. (2007). Jenayah dan perbandaran: Satu kajian di Daerah Timur Laut Pulau Pinang. Kertaskerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Geografi 2007 Dunia Tanpa Sempadan, Tanjung Malim, Perak. Orfield, Myron. (1997). Metropolitics: A regional agenda for community and stability. Washington DC: The Brookings Institution Press. P. O. Ikoya (2004), Managing The Impact Of Societal Crime And Violence On School Systems: Implications For Safer Schools, Jurnal Pendidikan,Vol. 19, 2004. Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan, Mengurangkan jenayah, Vol.6, hlm.122. Steven Rapheal & Rudolf Winter Ebmer. (1998, August). Identifying the effect of umemployment on crime. Paper presented at the University of California, San Diego. Thomas M. Arvanites and Robert H. Defina, Business Cycles and Street Crime, Criminolo gy, vol. 44, no. 1 (2006), pp. 139-164. Theodore G. Chiricos, Rates of Crime and Unemployment: An Analysis of Aggregate Research Evidence, Social Problems, vol. 34, no. 2 (April 1987), pp. 187-212. Usman Yaakob & Tarmiji Masron (2005). Isu-Isu Kependudukan dan Migrasi di Malaysia. JADUAL 1: Statistik Deskriptif Pendapatan Indeks Jenayahnegara Min 11.609 12.113 Sisihan Piawai 0.4319 0.815 Kepencongan 0.182 0.034 Kepuncakan 1.446 1.701 Sumber : Hasil Keputusan Penganggaran Pertumbuhan Kadar penduduk pengangguran Kemiskinan 16.799 4.095 13.507 0.211 1.340 9.924 -0.178 1.399 1.335 1.755 4.002 3.969

Inflasi 2.767 2.475 -0.292 6.299

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VI 2011

501

JADUAL 2: Korelasi Pendapatan Indeks Jenayah negara 1 1 Pertumbuhan Kadar penduduk Pengangguran Kemiskinan Inflasi

Indeks Jenayah

Pendapatan Negara 0.906* Pertumbuhan penduduk Pengangguran

0.881* -0.401**

0.992* -0.609*

1 -0.579* 1

Kadar Kemiskinan -0.743*

-0.875*

-0.905*

0.414**

Inflasi -0.443** -0.378** Nilai signifikan pada *1%, **5%, ***10%

-0.401** -0.122 0.442** 1 Sumber :Hasil keputusan penganggaran

JADUAL 3: Penganggaran Pembolehubah Spesifikasi Constant Parameter penganggaran 36.398 (1.959)*** Pendapatan Negara 1.282 (4.204)* Pertumbuhan Penduduk -2.428 (-1.853)*** Pengangguran 0.094 (3.048)* Kadar kemiskinan 0.009 (1.189) Inflasi -0.010 (-0.731) R-squared Adjusted R-squared SSE F-statistic Durbin-Watson 0.903 0.882 0.149 42.728 1.745

502

Ahmad Azam Sulaiman, Mohammad Fadzli Hashim

VIF

10.204 Sumber :Hasil keputusan penganggaran

Nilai signifikan pada *1%, **5%, ***10% Nilai dalam kurungan merujuk kepada nilai t-statistik

Anda mungkin juga menyukai