Anda di halaman 1dari 1

Berkelah di Pantai Pada hujung minggu yang lalu, Sheila dan keluarganya telah pergi berkelah di Pantai Batu

Buruk. Banyak bekalan yang dibawa oleh mereka. Antaranya ialah mi goreng, keropok, nasi dan kuih-muih. Selepas makan, Sheila pergi mandi-manda bersama bapa, ibu dan adiknya. Sheila berasa sungguh gembira.

Banjir Hujan turun tidak berhenti-henti selama seminggu di Kampung Bercham. Air sungai sudah melimpah. Kawasan rendah telah dinaiki air. Ramai penduduk telah berpindah ke tempat yang lebih selamat. Ada yang berpindah ke balai raya dan sekolah. Banyak rumah dan tanaman musnah dalam kejadian tersebut. Haiwan peliharaan juga banyak yang mati.

Mastura Ini Mastura. Mastura murid Tahun Satu Biru. Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Damansara Jaya. Mastura seorang murid yang pintar dan baik. Mastura juga menghormati guru-gurunya. Oleh itu, semua guru sayang akan Mastura. Pada waktu lapang, dia suka membaca buku.

Anda mungkin juga menyukai