Anda di halaman 1dari 1

Al Allamah Al Arif Billah Al Hafidz Habib Umar bin Hafidz di Masjid Bandar Baru Uda, telah menceritakan bahawa

Al Imam Hasan Assadzili salah satu Ulama Tabi'in pernah bermimpi bertemu Rasulullah SAW. Di dalam mimpinya beliau melihat Rasulullah SAW duduk di tempat yang lebih tinggi dikelilingi oleh para Nabi dan Rasul, para sahabat Nabi, para siddiqin, para salihin, para syuhada dan imam-imam besar. Di dalam majlis itu, Nabi Musa AS telah bertanya kepada Rasulullah SAW Ya Ra sulullah SAW, Apakah maksud Hadis mu: Ulama-ulama di kalangan umatku seperti nabi-nabi Bani Israel?. Maka Rasulullah SAW pun memanggil Imam Ghazali dan memperkenalkannya kepada Nabi Musa AS Ini adalah salah satu ulama di masa kami yang bagaikan para nabi di masa kamu. Nabi Musa AS telah bertanya kepada Imam Al-Ghazali, Siapakah nama mu. Maka Imam Ghazali pun menjawab, Namaku ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al Hamid Al Ghazzali. Atau yang lebih dikenal Imam Ghazali At Thu'usi Nabi Musa A.S berkata Aku bertanya nama mu sahaja, kenapa kau menyebut nama ayah dan datuk mu. Imam Al-Ghazali meminta izin dari Rasullullah SAW untuk menjawab persoalan dari Nabi Musa Kalimullah. Selepas mendapat keizinan maka Imam Al-Ghazali pun menjawab, Bukankah Allah telah bertanya kepadamu : Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa? (Surah Thaahaa:17), dan Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu." (Surah Thaahaa:18) Nabi Musa lantas berkata Allah itu adalah kekasih kita, maka aku mengambil peluang itu untuk bercakap panjang lebar dengannya lantaran rasa kerana senang, nikmat dan lazat dapat bercakap dengan Tuhan. Maka Imam Ghazali pula mengatakan Begitulah aku, kamu juga adalah kekasih aku, maka aku juga mengambil kesempatan untuk bercakap panjang lebar denganmu. Rasulullah SAW berkata: Wahai Musa, apakah ada ulama di masa kamu bagaikan nabi di masa kami? Nabi Musa AS menjawab Tidak ada Ya Rasulullah.