Anda di halaman 1dari 5

BAHAGIAN 1 ( KEDATANGAN PEDAGANG) (Hikayat Mula) (Video Pengenalan Ahli Kumpulan) (Video Hikayat Merong Mahawangsa) (Video Kapal

Dagang China) Sekumpulan para pedagang dari China seakan-akan baru turun dari kapal dan pedagang China pun berjalan di bumi Melaka.(kamera focus pada kaki pedagang sehingga pedagang berhenti berjalan). Pedagang pun berhenti seketika dan memandang suasana sekeliling sambil tersenyum. (Video banjaran TItiwangsa.ambil sahaja gunung-gunung yang ada disekeliling Upsi. Kalau boleh hanya Nampak gunung sahaja.) (Apabila pedagang berhenti berjalan, kamera bergerak perlahan-lahan dari kaki naik sampai ke muka. Focus muka para pedagang) Tiba-tiba pedagang seakan-akan terkejut melihat seseorang dan mengangkat tangan lalu pedagang pun bergerak kea rah tersebut. Syahbandar tersenyum melihat para pedagang China yang sedang bergerak kea arahnya. Apabila mereka berdua bersemuka. (Syahbandar hanya berdiri manakala pedagang China berjalan ke arahnya) . Syahbandar menunduk sedikit badannya sebagai tanda hormat manakala ketua pedagang China mengangkat tangan dan mengenggam kedua-dua belah tangannya lalu digoncang-goncang (buat macam Cina ucapkan Gong Xi Fa Chai) (Hikayat Tamat) (Dialog mula) Syahbandar : (sambil tersenyum).Selamat Datang ke negeri Melaka hamba ucapkan Ketua Pedagang : (sambil ketawa mesra) Terima Kasih.Terima Kasih Syahbandar : Silakan tuan hamba untuk mula berdagang. Sesungguhnya sutera dan the dari China sudah ramai yang menunggu untuk membelinya (cakap lalu ketawa dihujung perbualan dan memdepakan tangan sebelah kanan untuk menunjukkan dan memberi lalu supaya para pedagang bergerak) (Dialog Tamat)

Barisan Artis Ketua Pedagang China (Wak Lampir) Anak kapal pedagang 1 (Faizul) Anak Kapal Pedagang 2 (Akmal) Syahbandar (YB)

BAHAGIAN 2 (KEDATANGAN ULAMA) (Hikayat Mula) Para pedagang pun bergerak dan melintasi sekumpulan ulama yang sedang bersolat di tepi pantai. (Mula-mula kamera harus focus pedagang bergerakjalan sehingga melintasi ulama yang sedang solat berhenti dan focus pada ulama). Semakin lama perbuatan ulama tersebut mendapat perhatian daripada penduduk tempatan sehingga mereka dikerumuni. Syahbandar yang memandang pemergian para pedagang China lalu terpandang masyarakat tempatan yang sedang berkumpul. Lalu Syahbandar pun mendekati. Tiba-tiba Syahbandar melihatsekeumpulan ulama yang sedang mengerjakan solat (muka Syahbandar berkerut pelik) Ulama bersolat. (kamera focus pada ulama yang sedang bersolat dan ambil mengeliling ulama tersebut.) Apabila ulama selesai solat. Syahbandar mendekati ulama. (Ulama berdiri dan tangan memegang tasbih) (Hikayat Tamat) (Dialog mula) Syahbandar : (Muka kehairan dan dahi berkerut) Siapa gelaran tuan hamba?? Dan dari mana tuan hamba berdua datang Ulama 1 : (Membaca Basmallah dalam Bahasa Arab). Dengan Nama Allah yang maha pengasih lagi Maha Penyayang. Ana Syeikh.. dan sebelah ini sahabat ana. Ana berdua berasal dari Tanah Arab. Datang kesini untuk berdagang dan mengembangkan syariat. Syahbandar : Sebentar tadi patik melihat tuan hamba melakukan sesuatu yang pelik??? Apakah itu??? Ulama2 : (Sambil tersenyum). Owhhhhh. Sebentar tadi ana dan sahabat ana baru sahaja selesai mengerjakan solat.Ia merupakan kewajipan ana sebagai hambaNya dan penganut agama islam Syahbandar : (muka pelik dan dahi berkerut seperti tidak mengerti sesuatu) apa??? Islam??? (Dialog tamat) (Hikayat mula)

Barisan Artis 2 Syahbandar (YB) Ulama 1 (Firdaus) Ulama 2 (Azwan) Masyarakat Tempatan (Puteri, Marlia, Su, Syafiah dan Amira)

BAHAGIAN 3 (ISTANA) Beralih di istana) , (sedang ketawa mesra Raja Parameswara sedang melihat suasana persekitaran disekeliling istana melalui tingkap bersama-sama dengan Permaisurinya. Tiba-tiba dayang istana mengadap raja. (Dialog mula) Dayang 1 : Ampun tuanku beribu-ribu ampun sembah patik harap diampun. Raja : Ye dayang istana. Dayang 1 : Ampun tuanku. Dato Syahbandar ingin mengadap tuanku sekarang. Katanya penting tuanku. Ampun tuanku. Raja : Baiklah (Dialog tamat) Lalu Raja pun memberi arahan kepada permaisuri supaya meninggalkan beliau (hanya menggunakan isyarat kepala digerakkan sedikit). Lalu permaisuri mengangkat tangan sebagai tanda hormat dan mohon pergi. (Hikayat mula) Lalu Syahbandar pun mengadap Raja. (lakonan seakan sedang berbincang dan memberitahu sesuatu. Disini banyak menggunakan riaksi muka). Syahbandar pulang. Kemudian Syahbandar datang semula dengan membawa para ulama tersebut.Raja telah menunggu kedatangan mereka semua dengan lebih awal. (maksudnya raja sudah berada di tempat tersebut manakala syahbandar dan ulama datang mengadap) (Hikayat Tamat) (Dialog mula) Syahbandar : Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. Sembah patik harap diampun. Tuanku, disini patik membawa dua orang ulama mengadap tuanku. Mereka boleh memperjelaskan tentang agama baru yang patik maksudkan tuanku. Ampun tuanku. Raja : Silakansilakan beta tidak sabar untuk mengetahui akan agama baru tersebut. (Dialog tamat) (Hikayat mula) Maka diterangkan para ulama kepada Raja. Muka raja seakan teruja mendengar agama baru tersebut. (banyak lgi reaksi muka). Dan ulama telah menghulurkan senaskah Al-quran kepada Raja. Raja memeluknya dan pergi arah tingkap. Raja memandang tumbuh-tumbuhan diluar dan mata beralih memandang langit lalu memejamkan matanya. (Hikayat tamat_

(Dialog Mula) Raja yang memandang luar terus memusingkan badan kebelakang dan memandang kearah para ulama serta Syahbandar Raja : Dengan ini beta akan memeluk agama islam. (lagu Opick : Laillahaillallah) Ketika lagu opick dimainkan tidak perlu baca hikayat,Raja dalam keadaan duduk dihadapannya ulama dan dibahagian tengah-tengah diletakkan meja rendah diatas meja tersebut ada Al-quran. Raja mengangkat tangan dan jari terlunjuk dikeluarkan (seperti orang mengucap syahadah) dan diikuti permaisuri, Syahbandar, anakanak pembesar serta para dayang. Para ulama mengajar membaca al-quran kepada anak-anak pembesar perempuan dan lelaki (lagu tamat) (Dialog mula) Raja dihadapan pembesar serta rakyat jelata Raja: Wahai rakyatku sekalian dengan ini beta mengisytiharkan pengislaman beta dan sekarang nama beta sesudah islam ialah Sultan Rakyat pun bersorak Allahuakbar. Raja tersenyum gembira setelah pengisytihar pengislaman kepada rakyat dan para ulama serta pembesar hanya tersenyum sahaja.

Barisan artis 3 Raja (Syafiq) Permaisuri (Kartini) Syahbandar(YB) Ulama 1( Firdaus) Ulama 2 (Azwan) Dayang, anak pembesar dan rakyat (semua terlibat kecuali yang sudah ada watak diatas hanya dalam barisan artis 3 sahaja

BAHAGIAN 4 (PEDAGANG DAN MASYARAKAT TEMPATAN) (Hikayat Mula) Sepasang suami isteri dan bersama-sama mereka anak perempuan sedang memegang barang kerana baru pulang dari pasar. Ketika dalam perjalanan pulang mereka melalui jalan denai.(persekitaran dalam hutan atau kebun). Ketika sedang berjalan keluarga tadi berselisih jalan dengan seorang pedagang yang beragama islam. Pedagang tersebut telah berkenan dengan gadis terbabit. Beliau meminang dan gadis tersebut serta bersamasama keluarganya memeluk islam Beberapa abad kemudian. Pada zaman sultan Melaka yang berkahwin dengan puteri-puteri daripada empayar besar iaitu Sultan. Baginda telah meminang Puteri Majapahit. (hanya ambil sultan tersebut ditempat lain dan puteri majapahit ditempat lain mengikut kesesuaian tempat tidak perlu lakonan upacara perkahwinan) (video akhir cerita merong mahawangsa) (Hikayat Tamat_

Barisan Artis 4 Bapa (Jerry) Ibu (Jah) Anak Perempuan (Zustira) Pedagang (Akmal) Sultan abad baru (Michu) Puteri Majapahit (Erient)

SEBARANG PENAMBAHAN IDEA, CROP DAN SEBAGAINYA BOLEH NYATAKAN KOMEN ANDAHARAP ANDA SEMUA BACA DAN FAHAMI DENGAN TELITI. MAINKAN PERANAN MASING-MASINGTERIMA KASIH KERANA BAGI KERJASAMA !!!!!!!

Anda mungkin juga menyukai