Anda di halaman 1dari 12

Kecerdasan-Kecerdasan Menurut Howard Gardner, berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya.

Kecerdasan Linguistik kecerdasan membaca, menggunakan perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita. Kecerdasan Logikal-matematikal kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta mengamati dunia visual. Kecerdasan Visual-spatial kecerdasan menepati ruang, melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual Kecerdasan Muzik kecerdasan mengenal pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik. Kecerdasan Tubuh Kinestetik kecerdasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari. Kecerdasan Interpersonal kecerdasan interaksi sosial termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan. Kecerdasan Intrapersonal kecerdasan berinteraksi secara dalaman untuk merangsang diri sendiri. kecerdasan Spritual ilmu pengetahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama.

KAEDAH KONTEKSTUAL Definisi dan Konsep Matlamat Membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstualdalam pengajaran dan pembelajaran. Objektif Guru berupaya: Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalambilik darjah dengan yakin dan berkesan. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual. Definisi Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakanpembelajaran secara konkrit dengan melibatkan aktiviti minds-on dan hands-on. Kaedah-Kaedah Pembelajaran Kontekstual Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut , ia dapat diringkaskan menjadi REACT a) Relating (Menghubungkait): Pembelajaran dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup merupakan suatu bentuk pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan harian. Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan harian itu dipautkan dengan maklumat baru untuk penyelesaian sesuatu masalah.

b) Contoh murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari. Experiencing (Mengalami): Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan dan reka cipta merupakan nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran seperti video,naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya pelajar-pelajar dapat memanipulasikan

alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan yang aktif. Contoh murid dibawa ke padang untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali menggelecek bola. Pengalaman ini boleh digunakan semasa bermain hoki bersama kawan-kawan di rumah.

c) Applying (Mengaplikasi): Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks untuk digunakan dalam situasi yang lain. Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja. Contoh murid mempelajari teori dan konsep tuas. Pengetahuan ini dapat diaplikasikan apabila bertemu sebuah kereta yang tayarnya pancit dan tidak mempunyai jek. Murid itu boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar.

d) Cooperating (Bekerjasama): Pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan pelajar lain - merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman bekerjasama bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majikan mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat dan bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih kemahiran bekerjasama di sekolah.

Contoh murid bekerja dengan ahli kumpulan untuk melakukan amali di padang. Penyelesaian amali Pendidikan Jasmani memerlukan delegasi, pemerhatian, cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.

e) Transferring (Memindahkan): Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai RELATING iaitu ia berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya, kebanyakan pelajar menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia adanya. Guru boleh membantu meningkatkan keyakinan pelajar dengan menyediakan panduan yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang telah diketahui pelajar. Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permaianan. Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Konteksual Terdiri dari kumpulan yang sederhana, cenderung kepada aplikasi konsep, terdorong melakukan aktiviti hands-on dan tidak yakin mempelajari Matematik dan Sains secara abstrak. Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Konteksual Perlaksanaan ini memerlukan: Motivasi Bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Contoh mata pelajaran Sejarah, tajuk darurat guru boleh memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak beserta jeritan sebagai motivasi.

Pemahaman Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap

sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan. Ini boleh dilakukan dengan bacaan, perbincangan kumpulan dan membuat kajian.

Kemahiran Pengetahuan baru yang diperolehi murid dapat diaplikasikan bagi mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan masalah harian. Contoh selepas muris mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru menanyakan soalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.

Penilaian Boleh dilakukan dengan cara lisan, pemerhatian, perubahan sikap dan bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara kuiz, perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio Kesimpulan Pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dalam persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran

pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Pendekatan konteksual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid. KAEDAH KONSTRUKTIVISME

Definisi dan Konsep

Menurut pendapat John Dewey (1910), Pendidik yang cekap harus melaksanakan P&P sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Murid juga harus mengambil bahagian secara aktif di dalam setiap aktiviti P&P. Jean Piaget telah memperkenalkan empat fasa dalam perkembangan pemikiran kanakkanak yang menjadi asas kepada kefahaman konstuktivisme iaitu : Fasa Pertama Kanak-kanak menaakul tidak bercirikan struktur yang logik. Fasa Kedua Definisi ciri-ciri struktur matematik logikal. Fasa Ketiga Pembinaan pengetahuan melalui struktur mata pelajaran. Fasa Keempat Mekanisme perkembangan mengaitkan perhubungan antara asimilasi dan akomodasi. Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru Ciri-Ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru menyokong pembelajaran secara koperatif Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oelh murid Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi usaha Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan

memahaminyamelalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea. Cabaran Guru Dalam Pembelajaran Konstruktivisme

Guru merasa mereka tidak mengajar. Kawalan kelas agak merosot. Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik.

Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan konstruktivisme memerlukan sokongan profesional.

Implikasi Konstruktivisme 1) Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. 2) Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid. 3) Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. 4) Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru. KAEDAH DEMONSTRASI Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani : 1) Pendahuluan

Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri

Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

2) Demonstrasi

Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar Ikut cara dan prosedur yang piawai Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

3) Demonstrasi dan pengajaran


Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan

Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.

Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya. Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

4) Ulang demonstarsi dan butiran yang penting


Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan Beri butiran penting

5) Penutup

Ulang butiran penting Menggalakkan perbincangan Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

KAEDAH GAYA ARAHAN

Dalam gaya ini, guru mengawal semua yang akan dipelajari, cara ia dilakukan serta mula dan akhir aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue (1995). Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut : Guru perlu 1. Mengawal penuh pengajaran. 2. Memilih aktiviti. 3. Menentukan bagaimana dan bila Mengawal tingkah laku. 4. Menilai dan membuat keputusan. 5. Menjimatkan masa untuk membuat percubaa Individu mendapat kurang perhatian. Ciri-ciri Gaya Arahan
1.

Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahiran yang akan dipelajari oleh pelajar.

2.

Pelajar berlatih dan guru memberi komen am tentang prestasi kelas. Jika perlu, guru memberi penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut. Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yang memerlukan bantuan secara individu atau atau berkumpulan. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai perlakuan. Penemuan Terbimbing. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi (Bilbrough & Jones, 1968). Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan, mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru. Sebagai contoh, Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik

3.

4.

5. 6.

KAEDAH KOPERATIF Konsep dan Model Kaedah Koperatif Menurut Effandi Zakaria (1998), Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran dan pembelajaran di mana pelajar-pelajar saling bantu membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama. Dalam kaedah koperatif, guru perlu menentukan pengetahuan dan kemahiran tertentu yang perlu dipelajari oleh pelajar-pelajar. Guru juga perlu memberitahu mereka tentang cara bekerjasama dalam kumpulan kecil dan melakukan aktiviti secara berstruktur. Selain itu, mereka hendaklah bertanggungjawab keatas pencapaian sama ada secara individu atau secara berkumpulan, iaitu mereka perlu menolong antara satu sama lain. Kaedah koperatif mengambil kira aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan sosial pelajar. Dengan itu, guru mestilah menerangkan prosedur tertentu untuk mengendalikan kumpulan masing-masing. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif : a) Saling bergantung di antara satu sama lain secara positif b) Saling berinteraksi secara bersemuka c) Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri d) Kemahiran koperatif

e) Pemprosesan kumpulan

Jenis Pembelajaran Koperatif Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh digunakan dalam pembelajaran koperatif. Di antaranya ialah :

1.

Penyiasatan Berkelompok (Group Investigation) Setiap ahli kumpulan akan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah untuk mendapatkan maklumat. Ini memerlukan pelajar mengenalpasti suatu topik yang disiasat, merancang serta menjalankan penyiasatan. Semua maklumat yang telah diperolehi akan dianalisis dengan cara terperinci untuk dipersembahkan dalam bentuk yang kreatif dan menarik. Strategi pembelajaran ini mengintegrasikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah melalui proses inkuiri akademik.

2.

Student Team Achievement Division' (STAD) Pelajar-pelajar berada dalam kumpulan kecil dan menggunakan lembaran kerja untuk menguasai suatu cabang pengetahuan. Mereka saling membantu di antara satu sama lain melalui tutorial, kuiz atau perbincangan kumpulan.

3.

Jigsaw Setiap kumpulan akan menghantar ahli untuk membentuk kumpulan pakar. Ahli-ahli dalam kumpulan pakar akan membincangkan sebahagian bahan akademik (yang telah disediakan oleh guru). Selepas itu, semua ahli kumpulan pakar tadi akan kembali ke kumpulan asal masing-masing untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan sekumpulan. Motif utama dalam Jigsaw ialah setiap pelajar dalam satu kumpulan akan menjadi pakar dalam topik tertentu dan bertanggungjawab memberi tunjuk ajar kepada rakan sekumpulan tentang apa yang telah mereka pelajari.

4.

Team-Accelerated Instruction' (TAI)

Merupakan pendekatan secara menyeluruh di mana pelajar mempunyai kebebasan bertindak dan guru boleh membentuk kelas heterogeni. Pelajar yang mempunyai latar belakang yang berbeza ditentukan kepada kumpulan yang heterogenus. Ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang rendah pencapaian supaya dapat meningkatkan tahap pencapaiannya seiring dengan pelajar lain yang mempunyai pencapaian tinggi. Bahan-bahan TAI direka khas untuk program ini yang menggantikan buku teks sepenuhnya.

5.

Team Games Tournament (TGT) Model TGT memfokuskan kepada guru perlu memberitahu pelajaran yang berkaitan sama ada dalam bentuk syarahan, demonstrasi atau pertunjukan visual. Pelajar berbincang mengenai bahan yang disampaikan oleh guru. Kemudian pelajar akan bekerja mengikut lembaran kerja yang disampaikan oleh guru untuk menguasai konsep. Pelajar akan bermain suatu permainan berbentuk pertandingan di dalam bilik darjah. Bagi setiap pertandingan, meja pertandingan akan diwakili oleh 2 hingga 4 orang ahli dari setiap pasukan yang sama kebolehan akademik.

Menurut Shahabuddin Hashim et.al. (2007) lagi, bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan.

Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru. Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan.
Pembaca kami juga menyukai

Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku Program Khidmat Dalam Komuniti Bina Insan Guru, Siri 7/2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Recommended by

0 ulasan: Catat Ulasan