Anda di halaman 1dari 7

1.

Menyatakan pengertian, keistimewaan dan sejarah penurunah al-Quran kepada Nabi


Muhammad SAW .

Al quran
al-Quran ditakrifkan sebagai kalam Allah yang mujiz yang telah diturukan kepada nabi
Muhammad, ditulis pada mashaf, yang disampaikan secara mutawatirdan membacanya suatu
ibadat.
1
Al quran adalah mukjizat terbesar dan teragung kepada Nabi Muhammad saw dan satu
warisan kepada seluruh umat islam di seluruh dunia.
}E g1@ONC +.- p +O4Cg;_4C
uE4O;EC +4O;= Uce"g W
}4`4 u1@ONC p N--_NC E^_
+4O;= jO= ~w}4OEO E^^
EO4C O) g7.EOO- _
CgEO NE^_ +.- ";_jO-
O>4N -g~-.- ]ONLg`uNC ^g)
2

125. maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia
melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki
untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia
sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada
orang-orang Yang tidak beriman.
Surah al anam ; 125
Kalau kita baca di dalam wikipedia mereka hanya mengkelaskan al quran sebagai kata dikatakan sebagai
salah satu kitab yang datang daripada Allah. Di dalamnya terkandung segala bukti kukuh mengenai
penerangan al quran namun begitu, segala pembentangan dan penerangan itu tadi sangatlah mencungkil
mata kita sebagai muslim dek hanya perkataan dikatakan itu tadi.
Inilah yang harus benterasi sebenarnya.
Perkataan quran itu berasal daripada perkataan qaraa yang bermaksud baca
3
. Di dalam al quran
perkataan quran itu sendiri diulang baca sebanyak 70 kali yang meliputi pelbagai jenis maksud yang tidak
jauh daripada maksud baca dan segala perbuatan yang berkaitan dengan membaca itu.
4

-O)4 Os@O~ Np-47O^-
W-ONg4-c +O W-O+^4
7+UE 4pO+EOO> ^gj
204. dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan Dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat
ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
Surah al araaf ; 204

1
http://marsah2u.blogspot.com/ulum quran
2
Al quran al karim
3
http://en.wikipedia.org/wiki/Quran
4
ibid
Daripada ayat di atas dinyatakan apabila dibacakan ayat suci al quran hendaklah kita mendengarnya dan
diam.
Kisah penurunan al quran
Wahyu pertama
Bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Gua Hira' dan beribadat di tempat itu selama beberapa malam.
Kemudian, baginda pulang ke rumah isterinya, Khadijah r.ha dan baginda dibekalkan dengan bekalan yang
cukup sehinggalah ke saat Baginda diturunkan wahyu.
5

Ketika Baginda berada di dalam Gua Hira' itu, Malaikat Jibril a.s datang lalu berkata kepada baginda:
"Bacalah!" Baginda menjawab: "Aku tidak tahu membaca".
Lalu Jibril memegang baginda dan memeluknya erat-erat sehingga baginda berasa kepayahan. Kemudian,
Jibril melepaskan baginda seraya berkata: "Bacalah!" Jawab baginda lagi: "Aku tidak tahu membaca".
Kemudian, Jibril a.s memegangnya lagi dan memeluknya hingga baginda berasa kesukaran untuk bernafas.
Jibril a.s membaca lima ayat daripada surah ini.
Para perawi hadis menambah: "Baginda segera kembali ke rumah dalam keadaan gementar dan ketakutan
sambil menyeru kepada Khadijah r.ha: "Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku!" Lalu baginda diselimutkan
sehingga hilang rasa gementarnya.
Baginda menceritakan kisah yang dialami kepada isterinya itu seraya bersabda: "Aku rasa bimbang akan
diri sendiri". Lalu Khadijah r.ha menghiburkan hati baginda dengan berkata: "Janganlah bersusah hati.
Demi Allah! Allah SWT tidak akan mengabaikan dirimu selamanya kerana dirimu selalu menjalinkan
hubungan silaturrahim, tutur katamu jujur, suka membantu orang lain, menjamu tetamu dan sentiasa
menegakkan kebenaran".
Kemudian Khadijah r.ha membawa baginda ke rumah Waraqah Ibn Nawfal Ibn Asad bin Abdul Uzza,
sepupu Khadijah. Waraqah telah memeluk agama Nasrani sejak zaman jahiliah lagi dan beliau banyak
menulis dalam bahasa Arab dan telah menyalin Injil ke dalam bahasa Ibrani. Beliau menderita penyakit
buta setelah usia semakin meningkat.
Khadijah r.ha berkata kepadanya: "Wahai sepupuku, dengarlah apa yang diceritakan oleh anak saudaramu
ini!" Waraqah menjawab: "Apakah yang berlaku wahai anak saudaraku?" Lalu, Rasulullah SAW terus
menceritakan tentang apa yang dialaminya.
Waraqah berkata: "Itu adalah namus yang turun kepada Nabi Isa a.s. Alangkah baiknya jika aku masih
muda dan masih hidup sewaktu kamu diusir oleh kaummu".
Rasulullah SAW bertanya: "Apakah kaumku akan mengusirku?" Waraqah menjawab: "Ya! Tidak seorang
pun yang membawa apa yang kamu bawa ini tidak dimusuhi. Jika aku masih hidup pada ketika itu, pasti
aku akan menolongmu dengan sekuat tenagaku". Tidak lama kemudian, Waraqah meninggal dunia.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalil daripada hadith sahih
Dari Aisyah r.ha : Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw ialah berupa mimpi-mimpi baik
waktu beliau tidur. Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu
hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira.
Di situ beliau saw beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu beliau saw
membawa perbekalan secukupnya. Setelah perbekalan itu habis, beliau kembali kepada Khadijah
(Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw yang pertama), untuk mengambil perbekalan secukupnya.

5
http://zulkiflialbakri.blogspot.com/2011/06/turunnya-wahyu-pertama.html
Kemudian beliau kembali ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau
wahyu), iaitu sewaktu beliau saw berada di Gua Hira itu.

Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, Bacalah! Jawab Nabi saw, Aku tidak pandai membaca. Kata
Nabi saw selanjutnya menceritakan, Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku
dilepaskannya dan disuruh pula membaca. Bacalah! katanya. Jawabku, Aku tidak pandai
membaca. ........ (dan seterusnya)

Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata :


Bacalah dengan nama tuhanmu yang menjadikan


Yang menjadikan manusia dari segumpal darah



Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia
(Al-'Alaq : 1-3)

Setelah itu Nabi saw pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, Selimuti aku! Selimuti aku!
Lantas oleh Khadijah hingga hilang rasa takutnya. Kata Nabi saw kepada Khadijah (setelah diceritakan
semua kejadian yang baru dialaminya itu), Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan binasa).

Kata Khadijah, Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan anda (Nabi saw).
Anda selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan
(mengadakan) barang yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana
menegakkan kebenaran.

Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi saw menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, iaitu
anak pakcik Khadijah yang memeluk agama nasrani (kristian) pada masa jahiliyyah itu. Dia pandai menulis
buku dalam bahasa Ibrani (Hebrew / Bahasa Yahudi). Maka disalinnya kitab Injil dari bahasa Ibrani
seberapa dikehendaki Allah dapat disalinnya (tidak pasti berapa banyak yang telah disalinnya. Usianya
telah lanjut dan matanya telah buta.

Kata Khadijah kepada Waraqah, Hai anak pakcikku! Dengarkanlah khabar dari anak saudara anda (Nabi
Muhammad saw) ini. Kata Waraqah kepada Nabi saw, Wahai anak saudaraku! Apakah yang telah terjadi
atas diri anda? Lalu Rasulullah saw menceritakan kepadanya semua peristiwa yang telah dialamiya.

Berkata Waraqah, Inilah Namus (Malaikat) yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa. Wahai, semoga
saya masih hidup ketika itu, iaitu ketika anda diusir oleh kaum anda. Maka bertanya Rasulullah saw,
Apakah mereka akan mengusirku? Jawab Waraqah, Ya, betul! Belum pernah seorang jua pun yang
diberi wahyu seperti anda, yang tidak dimusuhi orang.Apabila saya masih mendapati hari itu, niscaya saya
akan menolong anda sekuat-kuatnya.

Tidak berapa lama kemudian, Waraqah meninggal dunia dan wahyu pun terputus untuk sementara waktu.

Kata Ibnu Syihab, Abu Salamah bin Abdurrahman mngkhabarkan kepadanya bahawa Jabir bin Abdullah Al-
Anshari menceritakan tentang terputusnya wahyu, katanya Rasulullah saw berkata dalam hadisnya : Pada
suatu waktu, ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran olehku suatu suara dari langit.

Maka kuangkat pandanganku ke arah datangnya suara itu. Kelihatan olehku malaikat yang pernah datang
kepadaku di Gua Hira dahulu. Dia duduk di kerusi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan
terus pulang. Aku berkata kepada Khadijah, selimuti aku! Lalu Allah SWT menurunkan ayat :


Wahai orang yang berselimut!


Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)


Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!


Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan


Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi
(Al-Muddaththir : 1-5)

Maka semenjak itu, wahyu selalu turun berturut-turut. (Hadis 0003)
6


Al quran diturunkan beransur-ansur
Para ulama telah berselisih pendapat mengenai penurunan al-Quran. Namun demikian kita akan
menerima dan membincangkan bahawa al-Quran diturunkan melalui tiga peringkat iaitu:
7



6
http://koleksihadisnabi.blogspot.com/p/sahih-bukhari.html
7
http://weunite4islam.blogspot.com/ - Muhammad syakirin b md azmi
Peringkat pertama : Penurunan al-Quran dari Allah swt ke Luh Mahfuz iaitu satu-satunya tempat yang
termulia yang terkumpul di dalamnya segala ketentuan Allah untuk semua makhluk-Nya. Ini terbukti
dengan firman Allah swt:
4 4O- p-47O~ /O_O` ^g
21. (Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-
Quran Yang tertinggi kemuliaannya;
Hikmah Penurunan al-Quran peringkat pertama : merupakan kemuliaan bagi al-Quran itu sendiri kerana
tempat tersebut nerupakan semulia-mulia tempat di sisi Allah. Peringkat ini juga perlu kerana peringkat
itu menyempurnakan kewujudan Luh Mahfuz iaitu tempat bagi segala perangcangan yang wujud di ala
mini dan al-Quran adalah termasuk di dalam perancangan Allah ke dunia ini. Penurunan peringkat ini
adalah secara sekaligus.


Peringkat kedua : Penurunan peringkat ini ialah penurunan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di
langit dunia. Bukti adanya peringkat penurunan ini ialah firman Allah swt:
.^^) +OE4^4O^ O) g-^O
jO;^- ^
1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
Surah al qadr; 1
.^^) +OE4^4O^ O) l-^O
OE4O4:G` _ ^^) EL7
=}CjOOLN` ^@
3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam Yang berkat; (Kami berbuat demikian)
kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa
azab).
Surah ad dukhan ; 3
NOgE+ 4p_4`4O -Og~-.- 4@O^q
gO1g Np-47O^- O1-
+EE4Ug eE4)O44 =}g)`
OE_^- p~O^-4 _ }E
EjgE+ N74g` 4OgO-
+O;O41U W }4`4 4p _CjO
u _O>4N OEEc EOg ;}g)`
`+C 4OE=q C@ONC +.- N:)
4OON1^- 4 C@ONC N:)
4O;ON^- W-OUg-:+-g4
EOg^- W-+O)E:+-g4 -.-
_>4N 4` 7.EE- :^UE4
]NO7;= ^g)
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran,
menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk
dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu
Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu;
dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa)
sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah
menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan
juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah
kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Surah al baqarah ; 185
Namun begitu ini semua adalah dalil bagi membuktikan al quran itu proses penurunannya adalah
sekaligus dalam tempoh satu malam dan kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada nabi
Muhammad saw selama 23 tahun jumhur .
Walaupun begitu terdapat juga beberapa pendapat ulama yang tidak berapa kuat mengatakan bahawa
penurunan tersebut adalah berperingkat-peringkat.
Antaranya :

1.) Diturunkan al-Quran pada peringkat ini selama 23, 24 atau 25 malam Lailatul Qadar.

2.)Diturunkan al-Quran buat kali pertama pada malam lailatul Qadar dan seterusnya secara berperingkat-
peringkat.

3.)Diturunkan oleh Malaikat Hafazah kepada Malaikat Jibril a.s dalam jangka masa 24 malam.
Peringkat ketiga : Iaitu peringkat penurunan dari Baitul Izzah ke dada Rasulullah s.a.w secara beransur-
ansur selama 22,23,24 atau 25 tahun mengikut perselisihan pendapat para ulama. Dalil bagi peringkat ini
adalah firman Allah dalam ayat yang berikut :
L^-47O~4 +OE4^~4O
+4O^4-g O>4N +EEL- _O>4N
+'N` +OE4^EO4^4 1ECjO6> ^g
106. dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya Engkau membacakannya kepada manusia Dengan
lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
Surah al isra ; 106
Firman Allah taala lagi di dalam al quran al karim;
_O>4N El)lU~ 4pO74-g =}g`
4jOOL^- ^_j
194. ke Dalam hatimu, supaya Engkau (Wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran
dan amaran (kepada umat manusia).
Surah as syuara ;194
Al quran diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun dan 11 tahun di Mekah dan 12 tahun di
Madinah.
4~4 4g~-.- W-NOEE O
4@O+^ gO^OU4N Np-47O^-
6-u7- LEEg4 _ ElgEO
=e)OlwNLg gO) EE1-E W
+OE4UE>4O4 1EOg>O> ^@g
32. dan orang-orang Yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad
semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan Dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami
hendak menetapkan hatimu (Wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu
Dengan teratur satu persatu.
Surah al furqan; 32
Al quran tidak sama seperti al kitab yang lainnya ; taurat, zabur dan injil diturunkan sekali gus.
8









8
Ibid wan mohd ali Imran b Othman

Anda mungkin juga menyukai