Anda di halaman 1dari 8

Kepentingan Sains Dalam Kehidupan Harian Sains adalah satu kajian secara sistematik berkenaan alam semulajadi .

Informasi yang diperolehi melalui kajian secara saintifik dikenali sebagai pengetahuan saintifik.Aplikasi kepada pengetahuan saintifik untuk kegunaan manusia pula dikenali sebagai teknologi. Manusia menggunakan teknologi dalam setiap aspek kehidupannya. Oleh itu, sains merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita. Pelbagai ciptaan berdasarkan sains dan teknologi telah membantu manusia dalam kehidupan seharian. seperti bidang domestik, pengangkutan, pertanian, komunikasi dan perubatan. BIDANG DOMESTIK Dalam bidang ini sains membantu manusia melakukan kerja-kerja seharian dengan lebih mudah dan cepat. Banyak masa dapat dijimatkan dan masa ini boleh digunakan untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan kerjaya. Contohnya ; periuk memasak nasi elektrik, cerek elektrik dan mesin pengisar mampu membantu para ibu semasa memasak. Selain daripada itu, mesin pencuci pakaian dan penyedut hampagas ( vacuum cleaner ) pula dapat membantu para ibu meringankan tugas mereka semasa mengemas rumah.Selain daripada itu sains juga menjadikan kehidupan lebih selesa di mana kipas angin atau penghawa dingin dapat menyejukkan bilik yang panas, pelbagai jenis lampu menerangi malam yang gelap dan tilam yang empuk untuk tidur yang lena.

PENGANGKUTAN

Sains telah menjadikan pengangkutan lebih mudah, cepat dan lebih selesa. Kapal terbang dapat membantu manusia untuk sampai ke destinasi yang jauh dengan cepat. Ini dapat menjimatkan masa dan dapat mengelakkan manusia letih kerana berada lama di dalam perjalanan. Selain daripada itu ruang dan tempat duduknya pula direka untuk keselesaan penumpangnya.

Kereta yang pelbagai jenis dan jenama direka supaya boleh bergerak dengan laju dan licin untuk keselesaan pemandu dan penumpang.Komuter dan monorail merupakan

pengangkutan awam yang dapat membantu manusia mengurangkan kesesakan jalan raya.

Basikal dan motorsikal yang dicipta oleh sains dapat digunakan di lorong-lorong atau jalan yang sempit dan juga dapat membantu manusia mengharungi kesesakan jalanraya.

Sains juga membantu merekabentuk jalanraya dan lebuhraya yang lebih baik dan selesa untuk mengelakkan kemalangan. Jalanraya dan lebuhraya sangat penting untuk menghubungkan antara dua tempat.

PERTANIAN Mesin yang dicipta oleh sains dapat membantu mengangkat dan memindahkan barangbarang berat untuk kerja-kerja pertanian atau memindahkan hasil-hasil pertanian. Selain daripada itu, terdapat juga mesin yang dapat membantu melakukan kerja-kerja yang sukar seperti membajak tanah, menggemburkan tanah dan menuai hasil tanaman. Semua mesinmesin ciptaan sains ini mampu menjimatkan masa para petani dan juga meningkatkan mutu dan hasil pengeluaran tanaman.

Sains juga berjaya menghasilkan biji benih yang bermutu tinggi dan dapat meningkatkan hasil tanaman. Contohnya : padi hibrid iaitu padi yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi percantuman dan kacukan daripada beberapa jenis benih terbaik yang berlainan bagi menghasilkan produk baru lebih berkualiti.Dari segi benih, kaedah biasa tabur terus menggunakan 80 hingga 200 kilogram biji benih sehektar. Manakala padi hibrid hanya memerlukan 20 hingga 25 kilogram biji benih untuk keluasan yang sama. Melihat kepada faktor produktiviti, padi hibrid mampu mengeluarkan sehingga 15 tangkai bagi satu perdu dengan biji padi melebihi 200 biji berbanding padi biasa bagi satu perdu hanya mengeluarkan kira-kira tujuh tangkai dengan purata 100 biji. Hasil padi hibrid juga tinggi iaitu bagi sehektar ia mampu mengeluarkan sehingga tujuh tan berbanding antara empat dan lima tan bagi padi biasa.

Penggunaan racun serangga yang dicipta oleh sains untuk mengelakkan serangan serangga perosak mampu meningkatkan hasil tanaman. Penggunaan racun bergantung

kepada

peringkat

tumbesaran

tanaman.

Contohnya,

racun kulat

pada

peringkat

penyemaian,biji benih untuk mencegah penyakit lecur anak pokok,kemudian racun serangga untuk mencegah penyakit serangga perosak seperti kutu trip dan hamama dan akhirnya racun untuk mencegah serangan perosak di peringkat berbuah.

Penggunaan baja kimia dan baja organik adalah untuk menambahkan kesuburan tanih. Ini adalah untuk memastikan tanah mampu membekalkan nutrisi yang secukupnya kepada tanaman agar dapat meningkatkan pengeluaran dan tanaman yang dihasilkan bermutu tinggi.

Sains juga mencipta teknik penanaman tanpa menggunakan tanah yang dikenali sebagai teknik hidroponik. Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air. Ianya amatlah mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit. Terdapat beberapa sistem penanaman secara hidroponik tetapi hidroponik takung adalah yang disyorkan bagi wargakota kerana mereka mempunyai kawasan untuk bertanam yang terhad KOMUNIKASI

Dalam bidang ini sains membantu manusia berkomunikasi dua hala dengan lebih cepat dan pantas melalui penggunaan telefon, telefon bimbit, mesin faksimili dan

komputer. Komunikasi secara global boleh dilakukan melalui penggunaan satelit, e-mail dan internet. Pelbagai maklumat boleh diperolehi secara cepat dan mudah melalui penggunaan internet.

Televisyen pula adalah merupakan alat untuk berkomunikasi secara sehala. Pelbagai maklumat boleh disampaikan melalui televisyen. Manusia juga boleh mendapatkan maklumat daripada televisyen. Radio juga merupakan alat komunikasi sehala tetapi hanya menggunakan suara sahaja.

. PERUBATAN Dalam bidang perubatan, sains membantu mempertingkatkan taraf kesihatan manusia melalui penciptaan pelbagai kaedah dan peralatan canggih untuk mengesan dan menyembuhkan pelbagai penyakit berbahaya pada masa kini. Penyakit yang dapat dikesan pada peringkat awal, memberikan peluang yang besar untuk sembuh.

Stetoskop. termometer dan mesin pengukur tekanan darah( tensimeter ) adalah antara alatan asas yang dicipta oleh sains untuk menentukan tahap kesihatan manusia secara umum. Stetoskop digunakan untuk mengesan ketidaksempurnaan denyutan jantung atau paru-paru. Pengukur tekanan darah digunakan untuk mengukur tekanan darah dan termometer pula untuk mengukur suhu badan.

Mesin CT Scan merupakan mesin sinar-X yang canggih di mana ia digunakan untuk melihat struktur badan, organ dalaman dan juga sistem peredaran darah. Alat ini digunakan bagi tujuan melihat struktur tidak normal bahagian dalam badan manusia dengan lebih jelas.

Mesin linear accelerator pula digunakan untuk radioterapi. Mesin ini memancarkan radiasi untuk membunuh sel kanser tanpa memengaruhi bahagian badan yang lainnya.

Sains juga memberi manafaat kepada manusia melalui penciptaan dan penemuan ubatubatan, antibiotik, vitamin dan mineral untuk membantu menyembuhkan penyakit ataupun mengurangkan rasa sakit. Kemajuan sains dan teknologi juga membolehkan pakar-pakar perubatan menghasilkan ubat yang lebih berkesan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

PENUTUP Penyelidikan dalam bidang sains menghasilkan banyak penciptaan dan penemuan baru untuk membantu manusia menjalani kehidupan seharian dengan lebih mudah, cepat dan selesa. Manafaat yang diperolehi oleh manusia melalui sains menggalakkan lagi lebih banyak penemuan baru dicipta/diperolehi.

Matematik ialah suatu ilmu yang berkaitan dengan nombor. Nombor yang memberi nilai. Matematik menjadi asas kepada banyak bidang ilmu di dunia ini. Matematik juga boleh menerangkan fenomena semulajadi alam ini. Sebagai contoh, kejadian malam dan siang. Dalam memahami kejadian ini, para saintis menggunakan ilmu astronomi yang mana ilmu ini memerlukan matematik sebagai asas yang utama. Begitu juga kejadian pasang surut air, gerhana matahari, ribut taufan , banjir, semuanya menggunakan matematik untuk menerangkannya. Cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. Kita tidak tahu apa itu matematik.Tidak tahu nombor, sukatan, dan berbagai-bagai lagi istilah matematik yang lain. Kita juga tidak tahu apa itu tolak, tambah, bahagi dan darab. Hidup kita seumpama manusia zaman purba yang tidak tahu menilai sesuatu benda. Alangkah huru-haranya kita kalau tidak tahu matematik. Banyak perkara di dunia ini kita tidak dapat lakukan. Aktiviti rutin kita juga akan terganggu. Perkembangan ilmu seperti ilmu jurutera, senibina, perubatan, ekonomi dan sebagainya juga akan menghadapi jalan buntu. Menyedari betapa pentingnya ilmu matematik maka perlulah kita menanamkan minat yang sewajarnya kepada matematik. Selain untuk diaplikasikan dalam kehidupan matematik juga merupakan satu senanam untuk minda kita supaya kita tidak jumud dan beku untuk berfikir. Syukur kerana Allah telah mengkurniakan kita akal fikiran yang amat sesuai sekali untuk kita

gunakan bagi mempelajari ilmu matematik. Ilmu matematik adalah berkaitan dengan minda manusia. Kebanyakan tokoh-tokoh yang banyak menyumbangkan kemodenan dan penemuan baru dan berguna kepada dunia adalah mereka yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam matematik seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, dan Isaac Newton. Oleh sebab itulah, matematik seringkali dikaitkan dengan konsepsi pemikiran manusia iaitu matematik mempunyai hubungan yang rapat dengan minda manusia. Orang yang mudah menguasai matematik biasanya seorang yang kreatif. Mereka berupaya menyelesaikan matematik yang susah dan mengelirukan berdasarkan pengetahuan dan kreativiti mereka. Boleh dikatakan matematik ialah satu seni yang diterbitkan daripada kreativiti, imaginasi seseorang hinggalah ia berkembang menjadi satu ilmu yang sangat berguna kepada manusia hingga ke zaman moden ini. Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita. Dalam kehidupan seharian, kita tidak akan terlepas daripada membuat sukatan. Sukatan merupakan salah satu daripada cabang matematik. Terma-terma seperti meter, liter, persegi, kaki dan padu perlu dikuasai dengan berkesan. Barulah kita dapat melakukan sukatan dengan betul. Kita juga menggunakan sukatan untuk menyukat makanan, melaksanakan jual-beli dan menentukan isipadu barangan di kilang-kilang. Kejuruteraan merupakan satu bidang ilmu yang sangat penting dewasa ini. Ia merupakan tunjak utama bidang perindustrian. Ia menjadi asas penghasilan teknologi baru dalam kehidupan kita. Jurutaralah yang mencipta alatan keperluan di rumah kita seperti mesin basuh, televisyen, radio, komputer, dan sebagainya. Untuk mencipta alatan seperti peti sejuk yang kita gunakan sekarang bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang kejuruteraan. Manakala bidang kejuruteraan pula memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam ilmu fizik iaitu salah satu sub bidang ilmu sains yang sangat penting dalam kejuruteraan. Sebagaimana yang kita tahu ilmu fizik merupakan satu ilmu yang sangat memerlukan asas matematik yang kukuh. Perkembangan ilmu fizik adalah selari dengan ilmu matematik. Matematikyang menjadi tunjak utama dalam fizik. Ilmu fizik mengaplikasikan matematik peringkat tinggi yang memerlukan penguasaan yang kukuh dan jitu. Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. Begitu untuk mengukur amaun elektrik yang diperlukan untuk menjanakan sesustu alatan elektrik. Bidang kedoktoran juga memerlukan matemetik. Sukatan dos ubat untuk sesuatu penyakit dikira dengan teliti mengunakan formula matematik. Sewaktu pembedahan ukuran untuk

lakukan bedahan adalah dikira dengan teliti dengan menngunakan matematik. Dalam bidang sains seperti kimia dan biologi juga memerlukan matematik. Dalam kimia matematik digunakan untuk mengira bilangan molekul dan unsur dalam sesuatu sebatian. Untuk mengira nombor jisim dan isotop juga memerlukan formula matematik. Statistik juga memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Statistik digunakan untuk menyajikan data yang dikumpul daripada manusia supaya manusia dapat faham dan guna untuk buat keputusan dalam beberapa perkara yang penting dalam kehidupan kita. Statistik adalah sebahagian daripada matematik. Bidang ini menumpukan kepada pengiraan nilai-nilai unik dalam matematik seperti min, median dan mod untuk menggambarkan ciri-ciri sesuatu sampel atau populasi. Matematik juga penting dalam perniagaan dan ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.