Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Tajuk Jurnal

: Kesepuluh : Kesepuluh : 7 April 2014 11 April 2014 : Minggu kesepuluh di Sekolah Kebangsaan Desa Putra

1. Kronologi Minggu Kesepuluh Pada minggu ketujuh (7 April 2014 11 April 2014), rutin mingguan tidak berjalan seperti biasa. Pada hari Rabu sebaik sahaja tamat waktu persekolahan, saya dan Muhammad Usaid melawat ke SK Kota Warisan untuk melihat pasukan ragbi sekolah dalam Pertandingan Ragbi Sentuh Daerah Sepang. Pasukan sekolah kami telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.

Pada keesokkan harinya pula, saya dan Muhammad Usaid telah dikunjungi oleh pensyarah pembimbing elektif untuk penyeliaan bersama guru pembimbing kami. Alhamdulillah, saya berpuas hati dengan pelaksanaan pdp saya pada hari tersebut dan saya yakin akan memperoleh markah yang sangat baik. Pada hari tersebut saya telah menjalankan simulasi pilihan raya di dalam kelas. Pada hari Jumaat dan Sabtu pula, sekolah kami menjalankan Perkhemahan Unit Beruniform.

2. Perkhemahan Unit Beruniform SKDP Pada hari Jumaat dan Sabtu, sekolah ini telah menjalankan Perkhemahan Unit Beruniform tahun 2014 bertempat di kawasan sekolah. Pada jam 2.30 petang pesertpeserta mula mendaftarkan diri dan guru-guru membahagikan murid-murid kepada 10 kumpulan yang terdiri daripada 14 hingga 15 orang bagi setiap kumpulan. Saya telah bertugas sebagai Pegawai Bertugas pada jam 12 malam hingga 7 pagi pada hari pertama dan bertugas sebagai jurulatih stesen ikatan pada hari yang kedua. Sekitar jam 6 petang (hari Sabtu) perkhemahan ini telah ditamatkan secara rasmi oleh Guru Besar SKDP iaitu Encik Azami bin Ismail. Pengalaman terlibat secara langsung dalam perkhemahan ini merupakan pengalaman yang sangat berguna untuk saya aplikasikan pada masa-masa akan datang. Kami juga diduga apabila hujan turun dengan sangat lebat pada jam 12 malam dan kami terpaksa memindahkan peserta-peserta ke dalam

kelas dalam hujan lebat. Begitu juga pada hari kedua semasa menjalankan aktiviti jungle trekking, hujan turun dengan sangat lebat. Namun segala kejadian tidak diingini tidak berlaku sepanjang perkhemahan ini dijalankan.

Disemak oleh guru pembimbing, Tandatangan : Nama Tarikh : :

Disahkan oleh pensyarah pembimbing, Tandatangan : Nama : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai