Anda di halaman 1dari 24

BENGKEL PEREALISASIAN ITEM SAINS SEKOLAH RENDAH DAERAH KUALA SELANGOR

TARIKH: 3 APRIL 2014 TEMPAT:SMK BUKIT KUCHING TENGAH

OLEH: HJ. NASARUDDIN B. SHAARANI GURU CEMERLANG (SAINS)

FORMAT PENULISAN
Jenis font: Times New Roman Saiz : 12 Boldkan no STYLE PENULISAN

Jenis-Jenis Soalan
1. Fakta : Ciri, sifat, atau fenomena. 2. Istilah : Definasi, maksud, atau simbol 3. Urutan: Proses, aliran / tertib, kesinambungan dan perkembangan. 4. Kaedah: Cara, pendekatan, teknik mendapat jawapan. 5. Pengelasan: Jenis, kumpulan, set atau bidang.

Jenis-Jenis Soalan
6. Prinsip: Konsep, hukum sains 7. Terjemahan: Menyatakan maksud @ memindah data ke bentuk lain. 8. Tafsiran: Membuat rumusan @ kesimpulan daripada data. 9. Ekstrapolasi : Membuat ramalan 10. Aplikasi: Menghubungkait dengan situasi baru @ kehidupan seharian.

Fakta :2002/02
Antara penyataan berikut yang manakah menerangkan mengapa belalang tidak mati walaupun kepalanya dibenamkan ke dalam air selama dua minit? A Belalang mempunyai insang B Belalang boleh hidup dalam air C Belalang bernafas melalui kulit D Belalang mempunyai liang pernafasan di abdomen

Fakta : 1998/15
Seorang murid menemui sekeping papan di suatu padang rumput. Dia mengangkat papan tersebut dan mendapati rumput di bawah papan itu berwarna kuning. Mengapakah rumput itu berwarna kuning? A Tidak cukup air B Kurang bertumbuh C Tidak menerima cahaya D Kurang menerima udara

Istilah : 2001/04
Apakah yang dimaksudkan dengan bahan lutcahaya? A Bahan yang tidak dapat ditembusi oleh cahaya B Bahan yang dapat ditembusi oleh sebahagian cahaya C Bahan yang dapat ditembusi oleh cahaya sepenuhnya D Bahan yang dapat ditembusi oleh cahaya yang sangat terang

Istilah : 2009/07
Apakah maksud bahan buangan organik? A Bahan buangan yang tidak boleh mereput B Bahan buangan yang dihasilkan oleh tumbuhan C Bahan buangan yang dihasilkan dari rumah D Bahan buangan yang mencemar alam sekitar

Urutan : 2001/08

Rajah di atas menunjukkan fasa-fasa bulan P, Q, R, S dan T. Antara berikut yang manakah fasa-fasa bulan yang betul? A B C D P, Q, T, S, R P, R, S, T, Q P, S, T, Q, R P, T, R, S, Q

Urutan : 2007/28
Rajah 16 menunjukkan empat jenis pengangkutan air.

Pilih urutan yang betul menunjukkan sejarah perkembangan teknologi dalam pengangkutan, bermula daripada yang terdahulu. A S, P, R, Q C S, Q, R, P B R, Q, P, S D R, P, Q, S

Kaedah : 2000/11
Sekumpulan murid ingin menyiasat tentang proses pertumbuhan sejenis tumbuhan. Antara langkah berikut yang manakah perlu dilakukan? I Mengukur ketinggian pokok ll Mengira bilangan daun lll Mengira bilangan bunga lV Mengukur lilitan batang A l dan lll sahaja B l, ll dan lV sahaja C ll, lll dan lV sahaja D l, ll, lll dan lV

Kaedah : 2008/12
Rajah 5 menunjukkan pelan sebuah rumah. Semua bilik adalah berbentuk segiempat tepat. Antara yang berikut, bilik-bilik yang manakah mempunyai luas yang sama? A R dan T B R dan S C U dan T D S dan U

Pengelasan : 2002/15
R S T U Buku, Kotak tisu, Kerusi kayu Pasu tanah liat, Periuk tanah liat, Batu bata Beg kulit, Kasut kulit, Baju bulu Belon, Getah pemadam, Tayar kereta

A B C D

Antara kumpulan objek berikut yang manakah dalam kumpulan yang sama? R dan S R dan U S dan T T dan U

Pengelasan : 2007/08

Antara tumbuhan berikut, yang manakah membiak dengan cara yang sama seperti tumbuhan pada rajah di atas?

Prinsip : 2001/04
Apakah faktor yang menghasilkan keadaan pada rajah di sebelah? l Cahaya dipantulkan ll Cahaya dibiaskan lll Bahagian belakang cermin legap IV Bahagian belakang cermin lutsinar l dan lll sahaja l dan lV sahaja ll dan lll sahaja ll dan lV sahaja

Cermin

A B C D

Prinsip : 2007/13

Rajah di atas menunjukkan satu persembahan wayang kulit. Bayang-bayang terbentuk di atas skrin. Bagaimana saiz bayang-bayang itu boleh dibesarkan? A Besarkan saiz skrin B Tambah kecerahan mentol C Dekatkan patung pada skrin D Dekatkan patung ke arah mentol

Terjemahan : 2009/23
Rajah menunjukkan fenomena gerhana penuh matahari. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kedudukan matahari, bulan dan Bumi semasa berlakunya fenomena ini?
A C

Terjemahan : 2001/11
Antara bentuk struktur berikut, yang manakah mempunyai kestabilan struktur yang sama seperti rajah di sebelah?

Tafsiran : 2003/19
Beberapa batang paku bersih dimasukkan ke dalam bikar berisi air dan diletakkan di tepi sebuah tingkap yang terbuka. Selepas beberapa hari, air bertukar menjadi keperang-perangan. Apakah kesimpulannya? Air bertindakbalas dengan cahaya matahari Air bercampur dengan debu dan kotoran Air dan udara bertindakbalas dengan paku Air yang dipanaskan cahaya matahari bertindakbalas dengan paku

A B C D

Tafsiran : 2004/04
Tahun Bilangan Haiwan

1999 270

2000 230

2001 200

2002 170

2003 90

Jadual menunjukkan bilangan haiwan bagi satu spesies yang hidup di sebuah hutan dari tahun 1999 hingga tahun 2003. Apakah rumusan yang dapat dibuat berdasarkan jadual itu? A Haiwan itu kurang makanan

B
C D

Haiwan itu diancam kepupusan


Haiwan itu tidak membiak Bilangan haiwan itu semakin berkurang

Ekstrapolasi : 2001/16
W X Y Z

Maklumat di atas menunjukkan empat jenis hidupan, W, X, Y dan Z yang terdapat dalam satu rantai makanan. Apakah yang kamu jangka akan berlaku jika bilangan Y ditambah dengan banyaknya dalam rantai makanan itu? W A B C D Bertambah Berkurang Berkurang Bertambah X Berkurang Bertambah Bertambah Berkurang Z Sama Sama Bertambah Bertambah

Ekstrapolasi : 2009/29

Rajah menunjukkan gear pada basikal Eddy. Apakah yang akan berlaku apabila rantai dipindahkan dari gear X ke gear Y?
A Kelajuan bertambah

B
C D

Daya kayuhan berkurang


Jarak perjalanan lebih singkat Arah pergerakan berubah

Aplikasi : 2001/25
Seorang murid ingin menggantikan getah pemegang basikal dengan yang baru. Didapatinya getah pemegang itu tidak dapat dimasukkan kepada pemegang basikal itu. Antara berikut yang manakah perlu dilakukannya? A Pemegang basikal dipanaskan dahulu. B Getah pemegang dipanaskan di atas api. C Getah pemegang dicelup ke dalam air panas dahulu. D Getah pemegang dicelup ke dalam air sejuk dahulu

Aplikasi : 2002/23
Ketika sesat di hutan, Hanis menemui sebiji botol kaca. Bagaimanakah Hanis boleh menggunakan botol itu untuk menghantar isyarat kepada kumpulan penyelamat? A Meniup mulut botol untuk menghasilkan bunyi yang kuat B Menggunakan kaca botol untuk membuat tanda pada pokok C Mengetuk botol pada batang-batang pokok untuk menghasilkan bunyi D Menggunakan botol untuk menumpukan cahaya matahari pada daun-daun kering bagi menyalakannya

Anda mungkin juga menyukai