Anda di halaman 1dari 7

ZAKAT PENDAPATAN Zakat pendapatan gaji telah dilaksanakan sebagai suatu yang penting pada zaman Muawiyah dan

Umar bin Abdul Aziz. Ia telah dikenali dengan nama Al-Ata dan di zaman moden ini dikenali sebagai Kasbul Amal. Tetapi akibat penjajahan dan pengaruh kuasa Barat, sistem percukaian moden telah mengenepikan sistem zakat ke atas gaji. Negeri Kelantan telah mewartakan fatwa bahawa zakat pendapatan atau zakat gaji adalah diwajibkan zakat pada 16hb. Mac 1999.

Dalil Wajib Zakat Pendapatan Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Berzakatlah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu." (Surah Al-Baqarah : 267) Di dalam ayat di atas, Allah menjelaskan segala hasil usaha yang baik-baik wajib dizakatkan, dan bagi mereka yang menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion maka ianya juga termasuk sebagai hasil usaha. Begitu juga Imam Ar-Razi menegaskan dalam konsep menyeluruhnya yang dihasilkan oleh kegiatan manusia. Syarat-Syarat Wajib Zakat Pendapatan 1. Islam 2. Merdeka 3. Sempurna Milik 4. Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat (Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan elaun tetap (tidak berubah). 5. Cukup Nisab Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk matawang yang kadar nisabnya disandarkan kepada kadar nisab emas. 6. Cukup Haul Mengikut kaedah umum pengiraan harta-harta zakat maka dalam konteks zakat pendapatan, jangkamasa setahun adalah merupakan jarak masa bagi mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya persoalan harta wang simpanan. Ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.

ZAKAT PERNIAGAAN Perniagaan adalah satu hasil usaha yang dikenakan zakat apabila telah cukup syarat-syarat: Dalil Wajib Zakat Perniagaan Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari menyebut tentang mengingati Allah dan mendirikan solat serta membayar zakat; mereka takutkan kepada suatu hari yang hati penglihatan menjadi goncang (berbalik-balik). (Mereka mengerjakan semua itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan dari apa yang mereka kerjakan dan supaya Allah menambahkan kurniaNya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa batas." (Surah An-Nur:37-38) Syarat-Syarat Wajib Zakat Perniagaan 1. Islam Zakat perniagaan hanya dikenakan ke atas orang yang Islam. Bagi perniagaan yang terdapat orang Islam dan bukan Islam, hanya sebahagian atau kepentingan orang Islam sahaja dikenakan zakat. 2. Sempurna milik Bermaksud bahawa saham syarikat atau modal perkongsian tersebut adalah milikan pemilik yang telah ditolak hutang membeli saham itu. 3. Niat untuk berniaga Pemilik perniagaan tersebut mempunyai niat untuk berniaga iaitu untuk mendapatkan keuntungan. 4. Cukup nisab Jumlah aset yang menjadi asas pengiraan zakat mestilah menyamai atau melebihi paras nisab. Nisab zakat perniagaan ialah bersamaan dengan nilai 85 gram emas harga semasa. 5. Cukup haul Tempoh perniagaan berlaku selama genap setahun.

1. ZAKAT WANG SIMPANAN Kebanyakan urusniaga yang dijalankan pada hari ini adalah melibatkan matawang sebagai alat pertukaran. Setiap negara mempunyai nilai matawangnya sendiri dan penentuan nisab zakat matawang adalah bergantung kepada harga nisab emas iaitu 85 gram emas.

Dalil Wajib Zakat Wang Simpanan Saidina Ali telah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. Dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negeri Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah, dan tidak diwajibkan zakat dalam sesuatu harta kecuali genap setahun." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Syarat Wajib Zakat Wang Simpanan

Islam Sempurna Milik Cukup Nisab Merdeka Cukup Haul

2. ZAKAT ATAS WANG SIMPANAN DI KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) KWSP adalah caruman wang pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.KWSP tidak dikenakan zakat kerana tidak cukup syarat wajib zakat iaitu milik sempurna. Ia hanya dikenakan zakat apabila pencarumnya mengeluarkan wang tersebut dari tabung KWSP.

Dalil Dan Syarat Wajib Zakat Atas Wang Simpanan Di KWSP Dalil-dalil dan syarat-syarat wajib mengeluarkan zakat ke atas simpanan wang KWSP adalah sama seperti yang dikenakan ke atas zakat wang simpanan

3. ZAKAT EMAS DAN PERAK Sejarah awal membuktikan emas dan perak sebagai logam yang sangat berguna berdasarkan penggunaannya sebagai matawang serta sebagai nilai harga barangan. Justeru itu, syara' telah pun menganggap kedua-duanya sebagai kekayaan yang menyuburkan dan telah disyaratkan sebagai wajib zakat sama ada dalam bentuk mangkuk barangan seni, patung dan sebagainya. Dalil Wajib Mengeluarkan Zakat Emas Dan Perak Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak dibelanjakan pada jalan Allah (tidak mengeluarkan Zakat), maka khabarkan kepada mereka dengan balasan azab seksa yang tidak terperi sakitnya (iaitu) pada hari dibakar emas dan perak (dan harta benda itu dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi, rusuk serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka), inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu, oleh itu rasakan (azab dari) apa yang kamu simpan itu."

(Surah At-Taubah : 34-35) Firman Allah S.W.T yang bermaksud : "Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari Kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka, setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau neraka." (Hadis Riwayat Abu hurairah)

Syarat Wajib Zakat Emas Dan Perak

Islam Merdeka Sempurna Milik Cukup Haul Cukup Nisab

(Nisab emas ialah 20 misqal atau 85 gram emas. Nisab perak ialah 200 dirham atau 595 gram perak)

Zakat terbahagi 2 iaitu zakat fitrah dan zakat harta :

zakat fitrah ialah zakat yang diwajibkan ke atas orang-orang Islam setiap tahun.Tempoh mengeluarkan zakat fitrah ialah pada 1 Ramadhan sehingga hari pertama bulan Syawal sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri. Kadar zakat fitrah ialah sebanyak segantang daripada makanan yang mengenyangkan atau makanan asasi penduduk. Zakat harta ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta tertentu dengan kadar yang telah ditetapkan oleh syarak. Harta-harta yang berwajib dikeluarkan zakat adalah harta-harta yang penting dalam ekonomi seperti; Hasil tanaman dan buah-buahan :

Jika menggunakan siraman air hujan- zakatnya 1/10 Jika diusahakan sendiri 1/20 Binatang ternakan seperti kambing, unta dan lembu :

Syarat zakat binatang ternakan ialah cukup hisab, tidak digunakan sebagai barangan modal dan membiak sendiri.

Emas dan perak (bukan perhiasan) Kadar zakat yang dikenakan 2.5% Wang simpanan (bentuk akaun simpanan, simpanan tetap atau simpanan semasa) kadar 2.5% Barang-barang perniagaan-2.5% Kepentingan Zakat : 1. Membentuk masyarakat adil dan penyayang. Penggunaan wang zakat bagi mereka yang berhak dan tidak mampu boleh mengatasi masalah ekonomi dan sosial serta mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan kaya dengan miskin. 2. Mengeratkan persaudaraan dan tali silaturrahim antara golongan kaya dan miskin. 3. Menjadi negara dan umat Islam kaya dan makmur. Zakat yang dikeluarkan mendapat ganjaran besar dan melahirkan umat yang kuat dari segi ekonomi dan negara kaya kerana Baitulmal yang mengumpul zakat menggunakan untuk pembangunan negara dan agama serta kebajikan rakyat. 4. Memberi kekuatan rohani dan jasmani fakir miskin. Dari segi rohani menebalkan iman kerana pemberian diperoleh tanda-tanda kekuasaan Allah. Dari segi jasmani pendapatan zakat dapat menaikan taraf hidupnya. 5. Digunakan untuk menyediakan kemudahan asas (infrastruktur), melabur dalam industri yang banyak memberi faedah kepada masyarakat seperti industri makanan, pakaian dan perumahan dan lain-lain. 6. Menguji keimanan dan ketakwaan. Hanya manusia yang benar-benar beriman dan bertakwa mengeluarkan zakat dengan ikhlas. 7. Menghampiri diri dengan Allah kerana harta dibelanjakan mengikut cara diredhai Allah dan kesyukuran dan pengagungan kekuasaan Allah dan tanda kesyukuran itu ialah tindakan kerelaan mengambil sebahagian harta bendanya untuk mencari keredhaan-Nya.

. Asnaf Fakir Seorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya. 2. Asnaf Miskin o Seorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha atau pendapatan dari sumber-sumber lain yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang dibawah tanggungannya.

3. Asnaf Amil Mereka yang terlibat secara langsung dengan Institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya. 4. Asnaf Muallaf Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kencenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada empat:1. 2.

Baru memeluk agama Islam Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang baik hubungannya dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya. Ketua-ketua kaum yang memeluk Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orangorang dibawah pimpinannya. Orang-orang yang memeluk Islam yang tinggal diperbatasan yang berhampiran dengan negara musuh

3.

4.

5. Asnaf Al-Riqab (Hamba) Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penakhlukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu dibawah kawalan orang-orang tertentu. 6. Asnaf Al-Gharimin (Orang yang Berhutang) Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syara'. 7. Asnaf Fisabilillah (Berjuang Pada Jalan Allah) Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwah Agama Islam serta kebajikannya. 8. Asnaf Ibnussabil (Musafir Terkandas) Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh hukum syara' dari mana-mana jua negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

8.

Anda mungkin juga menyukai