Anda di halaman 1dari 3

Pembuka bicara: Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.

Protokol : Yang berusaha, Tuan Pengetua SMK Kg Kastam Pn. S.Koshaleeyah Davi Yang dihormati, PK Pentadbiran En. Lui Ah Kan PK HEM Pn. Zarina Zainal PK KoKu Pn. Rohimah Baharudin Barisan guru-guru kanan Rakan-rakan guru Dan seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Bacaan Doa: Haidirin yang dihormati sekalian, sebelum kita meneruskan majlis, adalah lebih elok sekiranya kita memulakan majlis kita ini dengan bacaan doa agar ianya lebih diberkati. Dengan ini, pihak majlis berbesar hati menjemput Ustaz Mohd. Fadhli b. Othman untuk menyempurnakan bacaan doa. Dipersilakan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada al-fadhil ustaz di atas bacaan doa itu tadi. Baiklah, semua pelajar dipersilakan duduk. Ucapan Pengerusi Majlis : Warga SMK Kg. Kastam yang dikasihi sekalian, kita semua telah berkumpul di sini pada hari ini bersempena dengan Majlis Penutupan Perkhemahan Perdana SMK Kg. Kastam bagi tahun 2014. Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Kem Perdana anjuran pihak sekolah ini adalah yang julung kalinya di adakan di SMK Kg Kastam atau dengan erti kata lain, kem perdana yang pertama di jalankan dalam sejarah SMK Kg. Kastam. Perkhamahan ini telah dijalankan selama 2 hari iaitu bermula dari hari semalam, 21 Februari dan berakhir pada hari ini, 22 Februari. Tahniah kepada para guru dan pelajar yang komited dan dapat menghadirkan diri ke Kem Perdana ini. Untuk makluman, Perkhemahan ini melibatkan kesemua 9 unit beruniform yang terdapat di sekolah ini.

Antara matlamat/objektif utama perkhemahan ini dijalankan ialah: - menyemai semangat perpaduan kaum, disiplin yang tinggi serta kerjasama yang erat antara pelajar. - Membina keyakinan diri pelajar - Menanam sikap sukakan aktiviti luar yang berfaedah - Melahirkan pelajar yang mempunyai nilai kepimpinan terpuji dlam meningkatkan prestasi sekolah dari segi disiplin mahupun akademik.

Ucapan wakil pelajar: Baiklah, tanpa melengahkan masa ..majlis diteruskan dengan menjemput Ketua Pelajar SMK Kg. Kastam, Tan Hong Wei dari Ting. 5 Sains untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili para pelajar. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. .. Terima kasih diucapkan kepada Tan Hong Wei. Ucapan penutupan : Seterusnya, dengan ini pihak majlis dengan berbesar hati ingin menjemput . untuk menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya menyempurnakan perasmian majlis penutupan Perkhemahan Perdana ini. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Majlis merakamkan setinggi penghargaan di atas ucapan perasmian penutupan sebentar tadi. Hadirin sekalian, sebelum kita semua bersurai pihak majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua di atas kerjasama yang telah diberikan. Segala kelemahan/kekurangan semasa majlis, saya mewakili pihak pengelola memohon maaf. Akhir kata, Bunga dedap di atas para Anak dusun pasang pelita Kalau tersilap tutur bicara Jemari disusun maaf dipinta. Sekian, wabillahitaufik wal hidayah. Wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai