Anda di halaman 1dari 2

Konsep Kejadian manusia Manusia ialah mahluk yang mempunyai akal budi.

Manusia juga dinamakan insane atau orang. Apa yang membezakan antara manusia dengan haiwan ialah akal. Jika manusia diklasifikasikan sebagai haiwan, manusia masih merupakan haiwan pada tahap yang tertinggi. Inilah perbezaan antara makhluk yang dinamakan manusia dan haiwan. Pengkaji Barat mengemukakan teori evolusi tentang asl-usul kejadian manusia. Teori ini dikemukakan oleh Van Baptiste Come de Lamarck (1749-1829) dan Charles Darwin (1802-1889). Mengikut teori ini, manusia berasal dari sejenis primat iaitu spesies monyet yang hidup di atas pokok. Melalui proses evolusi, primat di atas pokok tadi akan turun menjadi haiwan yang tinggal di atas tanah dan berjalan menggunakan kaki dan tangannya. Seterusnya primat tersebut akan berubah secara evolusi menjadi haiwan yang berjalan menggunakan dua kaki, mampu berdiri tegak dan akhirnya menjadi manusia. Manusia disebut dalam al-Quran sebagai al-ins, al-insan, al-nas dan al-basyar. Nama-nama inin merujuk manusia sebagai makhluk yang telah diamanahkan oelh Allah untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi. Manusia menurut Islam adalah tuan, pemilik, pengguna dan pemerintah dunia sama ada di darat, laut dan udara. Manusia dicipta untuk mengabdikan diri kepada Tuhan. Al-Quran menerangkan bahawa manusia di dunia ini berasal dari Nabi Adam a.s. Al-Quran menceritakan bahawa Nabi Adam a.s. dicipta bersama-sama isterinya bernama Hawa dan daripada pasangan inilah lahirnya keturunan manusia yang lain. Menurut Al-Quran juga, Adam a.s dijadikan daripada tanah. Kenapakah Nabi Adam a.s dibentuk daripada pelbagai unsur yang terdapat dalam tanah liat? Ini bertujuan untuk membolehkan manusia menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran di dunia kelak. Unsur-unsur biologi tubuh badan manusia membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan alam air, udara, tumbuhan dan daratan. Daripada konsepnya pula manusia perlulah menyedari bahawa walaupun mereka terdiri dari pelbagai puak yang berbeza, namun mereka sebenarnya adalah berasal daripada sumber yang sama iaitu tanah. Kesedaran terhadap hakikat ini boleh mendidik manusia supaya tidak berlaku sombong, angkuh atau takbur. Ini kerana semua manusia sebenarnya berasal daripada tanah yang dipijak oleh manusia. Pepatah orang-orang tua Melayu ada mengatakan dari tanah kita datang, ke tanah juga kita pulang. Ini menggambarkan tentang kesedaran hakikat kewujudan manusia yang berasal daripada unsure-unsur tanah. Apabila manusia mati, manusia akan ditanam. Mayatnya akan hancur dan mengalami proses pereputan lalu kembali menjadi bahan organik yang akan meresap ke dalam tanah. Ini membuktikan bahawa segala zat atau unsure tanah yang ada dalam tubuh badan manusia akan kembali semula ke tempat asalnya iaitu tanah. Zakaria Abdullah, 2011. Tamadun Islam, (Kuala Lumpur: Marshall Cavendish Sdn Bhd) hlm. 1. Manusia ialah perkataan bahasa Melayu yang berasal daripada perkataan bahasa Aran iaitu al-ins, al-insan dan an-nas. Manusia merupakan punca penciptaan alam ini oleh Allah S.W.T sama ada dalam alam nyata atau alam ghaib. Dalam erti kata lain, Allah S.W.T hendak menjadikan manusia dan melantiknya sebagai khalifah-Nya di atas muka bumi ini, maka ala mini dijadikan. Mustafa Haji Daud, 2001. Tamadun dunia, (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd) hlm. 28. Manusia dianugerahi akal bagi membolehkan mereka berupaya untuk menguasai, menunduk dan mempergunakan dalam segala kejadian yang lain sama ada di lautan, di daratan, di dalam perut bumi, di udara atau di angkasa lepas. Manusia juga dianugerah wahyu iaitu al-Quran dan as-Sunnah untuk membimbing manusia merealisasikan fungsi sebagai khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi ini. Manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi ini juga berkewajipan untuk melaksanakan syarak atau ibadat. Mereka yang berjaya merealisasikan fungsinya sebagai khalifah Allah S.W.T ialah yang beriman, beribadat dan berakhlak mulia dan sebaliknya. Manusia ialah nama yang diberikan oleh bahasa Melayu yang menyamai nama yang diberikan oleh Allah S.W.T sebagai al-insan, an-nas dan al-basyar dalam al-Quran. Ia merupakan sejenis haiwan yang dapat berfikir dan bertutur. Sebab itulah kita dapati tabiat semula jadi manusia adalah lebih kurang sama dengan haiwan seperti berkahwin, beranak, memakan sayur-sayuran dan daging haiwan.

Nama-nama yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia membawa erti sebagai makhluk yang menjadi khalifah Allah S.W.T di atas muka bumi ini yang sekali gus menjadi pemerintah, pemilik dan pengguna segala yang dijadikan oleh Allah di atas muka bumi ini. Mustafa Haji Daud, 2004. Tamadun Islam, (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd) hlm. 27-31. Tujuan manusia diciptakan oleh Allah S.W.T ialah untuk beriman dan beramal soleh atau bertakwa. Justeru, dengan beriman dan beramal soleh itulah manusia akan dapat mencapai matlamat penciptaannya. Mohd. Nakhaie Ahmad. Masyarakat Islam Hadari, (Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) hlm. 4. Fungsi manusia Menurut Islam, fungsi utama manusia di dunia ini ialah untuk mengabdikan diri mereka kepada Allah. Pengabdian diri ini adalah secara menyeluruh. Masyarakat Islam tidak hanya mengabdikan diri kepada Allah dalam soal-soal keagamaan atau ibadat semata-mata. Sebaliknya, umat Islam perlu mengabdikan diri mereka kepada Allah dalam semua hal termasuk ibadat, politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Zakaria Abdullah, 2011. Tamadun Islam, (Kuala Lumpur: Marshall Cavendish Sdn Bhd) hlm. 5. Fungsi manusia di atas muka bumi ini terangkum dalam tiga jawapan daripada tiga persoalan iaitu dari mana manusia itu datang, kenapa dia dijadikan, dank e mana dia akan dikembalikan. Manusia itu datang daripada Allah S.W.T dijadikan untuk beribadat kepada-Nya dan kepada-Nya jugalah dia akan dikembalikan. Mustafa Haji Daud, 2001. Tamadun dunia, (Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd) hlm. 28. Manusia dijadikan oleh Allah S.W.T di permukaan bumi ini dalam bentuk segala kesempurnaan. Fungsi manusia di muka bumi adalah semata-mata untuk mentauhidkan, menyembah, patuh dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Menyedari hakikat inilah manusia berfungsi mengimani Allah S.W.T dalam segala kegiatan hidup sejak lahir hingga mati. Walau di mana juga seseorang itu berada, mereka tidak akan terlepas daripada fungsi untuk mengabdikan dirinya kepada Allah S.W.T. Dengan keagungan fungsi manusia di permukaan bumi ini, maka Allah S.W.T telah melantik manusia sebagai khalifah-Nya di permukaan bumi sebagai ganjaran yang tidak terhingga nilainya. Allah S.W.T telah menganugerahkan manusia akal untuk manusia melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah S.W.T. Apabila manusia mati, jasad manusia akan dikebumikan dan akan menjadi tanah, roh manusia akan segera disoal oleh malaikat Munkar dan Nakir. Syurga adalah ganjaran baik kepada manusia yang berjaya mentauhidkan, beribadat, dan patuh kepada Allah S.W.T. Sementara nereka pula disediakan kepada manusia yang kufur kepada Allah S.W.T.

Anda mungkin juga menyukai