Anda di halaman 1dari 23

ISLAMIC THEOLOGICAL THOUGHT ( EDI 4001 )

i PENSYARAH : DR. ISMAIL BIN MAMAT AHLI KUMPULAN : Syahidah bt. Sarpan ( 1024864 ) Surayya Hani bt. Sulaiman ( 1021190 ) Wan Suriani bt. Wan Zaaba ( 1020322 ) Siti Zuraidah bt. Ab Rahman ( 1022380 ) Siti Zarina bt. Mohammed Sharkoy ( 1022432 )

MATURIDIYYAH
PENGENALAN:
Nama Al-Maturidi ialah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Mahmud. Dikenali dengan nama Abu Manshur AlMaturidi. Dilahirkan pada sekitar pertengahan abad ke3Hijrah di Maturid ( daerah Samarkand ) termasuk kawasan Ma Waraal-Nahr. Wafat pada tahun 333 Hijrah.

Mencari ilmu pada pertiga terakhir abad ke-3 Hijrah, iaitu pada masa Mutazilah mendapat kemarahan masyarakat sebagai balasan perlakuan mereka terhadap para fuqaha dan muhadditsin. Menuntut ilmu fiqh Mazhab Hanafi dan ilmu kalam dari Nasr Ibn Yahya Al-Balkhi. Menghasilkan karya di bidang Fiqh dan Usul AlDin.

Cenderung kepada pendapat Imam Abu Hanafiah dalam perkara akidah. Perselisihan antara Abu Manshur Al-Maturidi dengan Abu Hassan Al-Asyari dalam isu Makrifatullah ( mengenal Allah swt ).
Abu Hassan Al-Asyari Abu Manshur Al-Maturidi

wajib mengetahuinya bersumberkan agama.

wajib juga berpandukan akal.

Menyusun banyak kitab, antaranya :

Kitab Tawil Al-Quran, Kitab Al-Tauhid ,Kitab Makhuz AlSyarai dan Kitab Raad Awail al-Adillah li al-Khabi.
Peninggalan ilmunya adalah murid-muridnya yang ramai.Antaranya : Abu Ahmad Iyad Abu Qasim Hakim Samarkandi Abu Hussin Wastaqfani

Karya:
Usul Fiqah : Jadal Maakhiz Syarai

Ilmu ketuhanan : Tauhid Muqalaat Radu Ala Qawashat

Abu Manshur Al-Maturidi membangunkan pemikirannya di bidang aqidah. Memasukkan hujah logik akal semasa menghadapi perkembangan fahaman baru yang muncul. Abu Manshur Al-Maturidi dan Abu Hassan Asyari hidup dalam satu zaman. Al-Asyari berada berdekatan musuh di Bashrah iaitu tempat perkembangan Mutazilah. Al-Maturidi berada di tempat jauh dari pusat perselisihan.

Namun, perselisihan itu sampai juga di tempat ia berada dan al-Maturidi menghadapi perkembangan pemikiran kaum Mutazilah Irak. Persamaan musuh yang dihadapi oleh al-Maturidi dan al-Asyari, maka perbezaan pendapat mereka tidak besar. Syaikh Imam Muhammad Abduh mengemukakan di dalam kitab al-Aqid al-Adhudiyyah bahawa perbezaan pendapat antara Asyariyyah dan Maturidiyyah tidak lebih dari sepuluh masalah. Mereka berusaha keras memantapkan aqidah yang terkandung dalam al-Quran dengan berpandukan akal dan dalil.

METODE PEMIKIRAN AL-MATURIDI


Berpandukan akal dan petunjuk syara. Bersandarkan dalil naqli dan dalil aqli sebagai sumber ilmu. Kesimpulan :

Berpandukan akal dalam hal-hal yang tidak bertentangan syara. Akal harus tunduk kepada syaradalam hal-hal yang bertentangan. Menentukan baik dan buruk berdasarkan akal.

Pentafsiran Al-Quran
Membawa ayat-ayat yang mutasyabih (samar maknanya) pada makna yang muhkam (jelas pengertiannya). Contoh firman Allah swt:

Dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat leher (Qaaf: 50)

....

Menurut penafsirannya, ia merupakan isyarat terhadap kekuasaan dan kesempurnaan Allah swt. Mentakwilkan yang tasybih pengertian yang muhkam. berdasarkan

PEMIKIRAN-PEMIKIRAN AL-MATURIDI

Makrifah Allah (mengenal Allah swt) mungkin dapat diketahui berdasarkan akal. Akal tidak dapat mengetahui dengan sendiri berbagai hukum al-taklif. Kewajipan mengetahui Allah tidak mungkin terjangkau oleh akal melainkan Allah yang mewajibkannya.

Sesuatu dapat dinilai baik atau buruk berdasarkan yang membentuknya. Dikategorikan kepada 3 hal :i. Sesuatu kebaikan dapat dijangkau oleh akal. ii. Sesuatu keburukan dapat dijangkau oleh akal. iii. Sesuatu kebaikan / keburukan tidak dapat diketahui kecuali syara. Berpendapat bahawa segala perbuatan Allah sentiasa sesuai dengan kebijaksanaan-Nya. Tidak ada sesuatu yang wujud melainkan diciptakan Allah. Kebijaksanaan dan keadilan Allah memberikan pahala dan dosa adalah usaha hamba untuk memperolehnya.

1. Sifat-sifat Allah swt


AL-MATURIDI Sifat sifat Allah swt bukan sesuatu yang berlainan dengan DzatNya. MUTAZILAH Menafikan sifat-sifat Allah swt. Tidak ada sesuatu di luar Dzat-Nya ASYARIYYAH Sifat-sifat Allah swt berada di luar Dzat.

Perbezaan Pendapat berkaitan sifat kalam dan kewujudan al-Quran:

AL-MATURIDI Al-quran sebagai sesuatu yang baru, tetapi tidak mensifatinya sebagi makhluq.

MUTAZILAH Al-quran adalah sebagi makhluq.

ASYARIYYAH Al-quran bukan makhluq tetapi adalah firman Allah swt dan firman tersebut tidak diciptakan.

Al-Maturidi menetapkan sifat-sifat itu bagi Allah. Tetapi sifat-sifat itu bukanlah sesuatu di luar dzat-Nya (dzat dan sifat-sifat Allah tidak terpisah. Allah maha suci dari menyerupai bentuk manusia. Dalam ayat-ayat yang mengandungi makna sifat-sifat seperti Allah mempunyai wajah, tangan dan mata, AlMaturidi membawa ayat-ayat yang mutasyabih kepada yang muhkam.

2. Melihat Allah swt


Beberapa nas al-Quran yang menegaskan bahawa Allh swt dapat dilihat. Contoh firman Allah swt:

Wajah-wajah (orang mumin) pada hari kiamat berseri-seri. Kepada tuhannya mereka melihat. (al-Qiyamah,75:22-23)

Al-Maturidi menetapkan bahawa Allah dapat dilihat pada hari akhirat, sebagai penegasannya bahawa hal itu merupakan salah satu keadaan khusus hari kiamat.

Namun, keadaan itu hanya Alllah yang mengetahui bagaimana bentuk dan sifat-Nya.

3. Pelaku Dosa Besar

Ulamak sepakat bahawa orang mukmin tidak akan kekal di neraka. Tetapi mereka berbeza pendapat mengenai orang yang akan kekal di dalam neraka.

Perbezaan Pendapat:
KHAWARIJ
Orang yang melakukan dosa besar dan dosa kecil sebagai orang kafir. Tidak diakui sebagai seorang Muslim atau Mumin.

MUTAZILAH Orang yang melakukan


dosa besar tidak diakui sebagai seorang Mumin, sekalipun ia masih diakui sebagai seorang Muslim. Akan kekal di dalam neraka selama ia belum bertaubat. Seksaannya lebih ringan dibandingkan dengan seksa orang yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

ASYARIYYAH & MATURIDIYYAH Orang yang melakukan dosa


besar tidak keluar dari iman. Amalnya tetap dihisab dan akan mendapat seksa. Tidak kekal di dalam neraka, sekalipun meninggal dunia tanpa bertaubat.

Al-Maturidi berpendapat bahawa pelaku dosa besar tidak akan kekal dalam neraka, walaupun ia meninggal dunia tanpa bertaubat. Al-Maturidi mengatakan bahawa orang mukmin yang berdosa menyerahkan persoalan mereka kepada Allah. Jika Allah menghendaki, maka Dia mengampuni dan jika Allah menghendaki, maka Dia menyeksa mereka sesuai dengan dosanya.

KESIMPULAN

Perbezaan pendapat mereka tidak sampai kepada saling mengkafirkan terhadap sesama Muslim. Perbezaan itu adalah pada pendapat manakah yang paling dekat kepada metode sahabat dan tabiin, yang paling selamat dan jauh dari syubhat. Pandangan al-Maturidi lebih dekat pada golongan Mutazilah dan pandangan itu merupakan huraian pemikiran Imam Abu Hanifah.

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai