Anda di halaman 1dari 3

9.

REFLEKSI KENDIRI

Nama

: Cheng Swee Kean

No. Kad Pengenalan

: 890124 07 5168

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih ke atas


bimbingan pensyarah bagi Sains, Teknologi dan Masyarakat, iaitu En. Sairi Bin
Jasman dan Dr. Yazid Abd Manap. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang turut memberikan bantuan baik secara
langsung atau tidak langsung dari segi ilmu pengetahuan mahupun dorongan.
Sebelum memulakan PBL ini, saya berasa agak tertekan kerana PBL
merupakan

satu

projek

dan

memerlukan

banyak

masa

untuk

membuat

perancangan. Lebih-lebih lagi, terdapat kerja yang berbagai-bagai bagi semester ini
dan semuanya agak berat. Justeru, perasaan saya pada ketika itu adalah dalam
keadaan yang agak tidak seimbang. Namun, dengan bimbingan daripada pensyarah
dan juga galakan daripada rakan-rakan sekelas, saya telah dapat menyiapkan PBL
ini dalam masa yang ditetapkan.
Sepanjang proses menyiapkan PBL ini, saya telah menghadapi dengan
pelbagai masalah. Pertama, saya berasa keliru tentang topik saya. Topik saya ialah
tentang Pemapanan Sumber Tenaga yang Tidak Boleh Diperbaharui: Petroleum.
Saya mendapati saya kurang memahami tentang topik saya terutamanya maksud
bagi perkataan pemapanan. Oleh itu, saya merujuk kamus dan mendapati
penjelasan dari kamus masih tidak cukup jelas. Kemudian, saya pun meminta

pandangan daripada kawan yang berbangsa Melayu. Dengan penjelasan mereka


yang terperinci, saya telah memahami topik saya dengan lebih menyeluruh.
Kedua, saya berasa bimbang hati kerana saya tidak mampu memikirkan
penghasilan model tentang Sumber Tenaga: Petroleum ini. Jadi, sebagai jalan
penyelesaian, saya menujukan persoalan saya pada pensyarah. Pensyarah
mencadangkan saya mengantikan model dengan penghasilan buku skrap. Selain
itu, saya juga berbincang dengan rakan sekelas saya. Mereka telah mencadangkan
saya menghasilkan model yang boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar.
Oleh itu, saya telah menghasilkan Model Turus Pemeringkat yang boleh dijadikan
BBM semasa saya membuat persembahan PowerPoint.
Saya telah banyak menimba ilmu dan pengalaman melalui perancangan PBL
ini. Yang paling umum ialah saya telah dapat menguruskan masa dengan baik. Saya
perlu membahagikan masa saya agar saya dapat membuat PBL di samping
menyiapkan tugasan subjek lain. Saya juga belajar untuk scan reading kerana
saya perlu menapis semua maklumat yang dapat saya cari dari Internet mahupun
dari buku rujukan. Dengan kemahiran ini, saya dapat menjimatkan masa saya untuk
tugasan lain. Dari segi ilmu pengetahuan pula, saya telah berjaya memupukan naluri
ingin tahu dalam diri sendiri. Pada awalnya, saya tidak berminat tentang Sumber
Tenaga: Petroleum. Hal ini demikian kerana saya bertanggapan bahawa topik ini
sangat bosan berbanding dengan topik yang lain. Namun, sepanjang proses
mencari maklumat yang berbagai-bagai tentang Sumber Tenaga: Petroleum, saya
menjadi amat suka terhadap topik ini.
Saya amat gembira kerana telah menyiapkan PBL ini dan amat bersyukur
kerana mendapat topik yang menarik ini. Pengetahuan yang baru telah saya peroleh

akan saya jadikan iktibar dalam hidup masa kelak. Saya terfikir tentang everything
starts from a question and there is nothing is impossible. Sebagai ahli sains, naluri
ingin tahu telah menyemai dalam sanubari mereka manakala sebagai guru Sains,
saya juga perlu bersemangat seperti ahli Sains, dan barulah saya dapat menarik
minat murid terhadap keseronokkan dalam pembelajaran subjek Sains.

Anda mungkin juga menyukai