Bagaimana cara untuk mencegah denggi? Bagaimana cara untuk mencegah denggi? Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
Perlindungan dari gigitan nyamuk. Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari. Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk. Hapuskan nyamuk Aedes dewasa. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk
Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari
memasuki rumah. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.