Anda di halaman 1dari 20

SOALAN ISL 6

Cari maklumat yang relevan dengan tajuk terutama terapi dalam menangani masalah kanak-kanak.

KONSEP BERMAIN
Aktiviti yang utama dalam perkembangan kanak-kanak dari aspek : Fizikal Intelek Sosial Emosi

Aktiviti yang membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan Dipilih secara bebas mengikut kehendak kanak-kanak dan tidak dipaksa.

JENIS-JENIS MAIN
MAIN DIRI-SENDIRI (SOLITARY PLAY) Aktiviti fizikal / psikologi Dilaksanakan secara bersendirian Berimaginasi

MAIN SELARI (PARALLEL PLAY)

2 atau lebih kanak-kanak Main bersendirian di tempat, masa dan aktiviti yang sama. 2 orang atau sekumpulan kanak-kanak. Pola main yang sama tapi berasingan Melibatkan kerjasama dan komunikasi Bergilir-gilir bermain jalankan aktiviti main

MAIN ASOSIATIF (ASSOCIATIVE PLAY)

MAIN KOPERATIF (COOPERATIF PLAY)

2 atau lebih kanak-kanak libatkan diri. bekerjasama

DEFINISI TERAPI BERMAIN


Terapi bermain menggunakan kuasa teraputik bermain, untuk menolong klien mencegah atau menyelesaikan masalah psikososial dan mencapai pertumbuhan dan perkembangan optimum.

TUJUAN TERAPI BERMAIN


Mengendalikan masalah yang mengganggu perkembangan normal kanak-kanak Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kefahaman di antara ibu bapa dengan anak-anak

Meningkatkan tahap tumpuan

Kurangkan masalah tingkah laku dan emosi

Meningkatkan tahap keyakinan diri

Meningkatkan keupayaan untuk mempercayai dan berhubung dengan orang lain

JENIS-JENIS TERAPI BERMAIN


Non-directive
Di mana kanak-kanak itu memutuskan apa yang perlu dilakukan dalam sesi tersebut, dalam lingkungan kawasan yang selamat.

Directive
Di mana ahli terapi memimpin perjalanan terapi. Terapi bermain ini amat berkesan dengan kanak-kanak yang tidak boleh atau tidak mahu bercakap tentang masalah mereka.

KELEBIHAN TERAPI BERMAIN


Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan

Cara pengendalian pelaksanaan Terapi Bermain

PEMILIHAN TEMPAT / PERSEKITARAN YANG KONDUSIF


Mulakan dengan dekorasi yang kondisif seperti meletakkan tikar getah sebagai penanda itu kawasan bermain, meminimakan gangguan bunyi dan visual seperti TV dan radio. Berikan mereka rasa selesa untuk bermain. Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan lain-lain

PEMILIHAN MASA YANG SESUAI UNTUK BERMAIN


Pilih masa selepas tidur atau masa segar mereka.Semasa bermain, apabila kanak-kanak ini kelihatan bosan dan letih, usah paksa mereka untuk meneruskannya. Berikan masa kepada mereka untuk menyegarkan dirinya. Cara ini bukan sahaja dapat menimbulkan minat bermain mereka namun juga berupaya memanjangkan tumpuan mereka dalam menyiapkan aktiviti bermain ini.

GANTIKAN ALAT PERMAINAN BARU


Mulakan dengan alat permainan mudah dan yang menarik minat mereka dan secara beransur-ansur tambahkan alat permainan tersebut sesuai dengan perkembangan kognitif mereka.

Mainan bercirikan kehidupan sebenar


Kategori mainan Mainan bercirikan luahan perasaan kreatif

Set permainan pekerjaan seperti polis, doktor, dan tukang masak


Set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon Crayon

Kad

Boneka

FLEKSIBEL
Aktiviti bermain bukan sahaja pada masa dan tempat tertentu atau yang telah ditetapkan sahaja. Aktiviti bermain boleh dilaksanakan ketika shopping, membuat kek, ketika membasuh rumah atau menyidai kain dan sebagainya.

LEPASKAN MEREKA
Setelah kita memberikan sokongan dan peranan ketika bermain bersama, beri mereka peluang bebas untuk melakukan aktiviti yang mereka mahu lakukan sehinggalah mereka mahu melibatkan kita ( ibu bapa atau guru)

Secara ringkasnya, cara pengendalian pelaksanaan Terapi Bermain yang lengkap dapat dilihat pada grafik berikut : -

KENALPASTI KANAKKANAK YG BOLEH DAPAT MANFAAT DARIPADA TERAPI BERMAIN

BUAT KEPUTUSAN UNTUK SESI BERASINGAN ATAU DUDUK BERSAMA DENGAN KANAKKANAK

DAPATKAN BAHANBAHAN UNTUK SESI TERSEBUT.

LETAKKAN BAHAN DI TEMPAT YG MUDAH DI AMBIL DAN SELAMAT

GUNAKAN TEKNIK REFLEKSI SEBAGAI RESPON KEPADA KOMEN MURID.

BENARKAN KANAK-KANAK PILIH BAHAN SENDIRI.

BERITAHU TENTANG TEMPOH SESI (30-60MIN)

BERJUMPA DENGAN MURID DAN PERKENALKAN KEPADA KAWASAN PERMAINAN.

BERITAHU MURID TEMPOH MASA YANG TINGGAL.

BERITAHU MASA TELAH TAMAT DAN SIMPAN BAHAN KE TEMPAT ASALNYA.

BERITAHU MURID BILA SESI SETERUSNYA AKAN DIJALANKAN.

Contoh Bahan-bahan Terapi Bermain

BAHAN MANIPULASI ( TANAH LIAT, KRAYON, BAHAN MEWARNA ) BEKAS AKTIVITI AIR DAN PASIR ALATAN MAINAN DAPUR, PERKAKASAN MEMASAK

ALATAN BAYI ( BOTOL SUSU ) ANAK PATUNG SET BLOK ( LEGO )


KERETA ,BOT, ASKAR, BINATANG MAINAN

SECARA KESIMPULAN
Terapi Bermain berguna untuk :
Kanak-kanak yang berhadapan dengan konflik, perpisahan atau perceraian ibu bapa Kanak-kanak yang telah mengalami trauma (seksual, penderaan fizikal atau emosi) Kanak-kanak yang berhadapan dengan isu-isu seperti sakit atau kematian orang yang dikasihi Kanak-kanak yang telah menyaksikan keganasan rumah tangga. Kanak-kanak yang didiagnos dengan Masalah Kurang Tumpuan (ADD / ADHD) Kanak-kanak yang telah mengalami kemalangan atau bencana yang serius.