Anda di halaman 1dari 4

JURNAL 1 (30/3/2014 - 3/4/2014) TAJUK JURNAL : SIKAP MURID MASALAH Sekarang sudah 1 minggu saya berada di Sekolah Kebangsaan

Seberang Jerteh. Terdapat pelbagai halangan yang timbul dalam usaha saya melaksanakan proses penyampaian pengajaran yang sempurna di dalam kelas. Pengajaran dan

pembelajaran yang sempurna melibatkan 2 pihak iaitu pihak pengajar atau guru dan juga pihak klien atau murid. Dalam hal yang sedemikian, tanpa adanya perhubungan atau (rapport) di antara kedua-dua belah pihak, pengajaran yang sempurna tidak akan dapat direalisasikan, malahan juga ianya akan mengundang kepada pelbagai masalah. Antara masalah yang timbul sepanjang minggu ini adalah berkaitan dengan masalah sikap: a) Penglibatan murid semasa P&P dijalankan di dalam kelas. Beberapa orang murid telah menampakkan kurang minat dan konsisten mereka terhadap pelajaran. b) Sikap sambil lewa di kalangan murid terhadap tugasan atau arahan guru. Keadaan seumpama ini jelas menyukarkan saya sebagai seorang guru praktikum untuk mencapai objektif utama saya, iaitu memahamkan mereka dengan topik-topik yang diajar. Atas sebab itu, timbul beberapa permasalahan yang akan berlarutan jika masalah yang sedikit ini tidak dibendung dari awal lagi.

ANALISIS MASALAH Adalah wajar bagi saya sebagai seorang guru praktikum bagi menganalisis masalah ini sebelum mengambil langkah efektif untuk membendung masalah ini daripada terus menerus berlarutan dan menjadi barah yang akan sukar dirawat. Sikap-sikap murid adalah perkara yang memang sudah dijangkakan seperti apa yang telah saya belajar di dalam kelas semasa di IPGM lagi. Masalah yang timbul berkaitan murid ini adalah kebiasaannya melibatkan hal self-esteem yang rendah dan kurang mendapat perhatian sama ada dari pihak guru, rakan sebaya bahkan keluarga sendiri. Teori Bandura menyatakan, bahawa murid yang bermasalah sebenarnya inginkan perhatian yang lebih daripada orang yang berhubung di sekeliling mereka seperti rakan sebaya serta guru. Seandainya mereka gagal mendapatkan keinginan tersebut, maka pelbagai kesan sosial timbul serta menjadi gangguan dalam pengajaran serta pembelajaran di dalam kelas. . Terdapat sekurang-kurangnya 60 peratus daripada bilangan pelajar di dalam sesebuah kelas tersebut yang menghadapi permasalahan ini. Kebanyakan di antara mereka tidak menjadi gangguan kepada rakan yang lain, sebaliknya mereka berhalusinasi dalam dunia mereka masing-masing. Murid yang mempunyai masalah sikap ini, perlu satu langkah penyelesaian yang konkrit iaitu dengan melakukan perubahan tingkah laku terhadap baseline atau garis sasaran yang ingin dicapai terhadap perlu bahan tersebut. Antara langkah yang boleh di lakukan oleh guru adalah seperti di dalam buku Behavioral Modification yang telah saya belajar semasa di IPGM sebelum praktikum lagi.

CADANGAN

Beberapa cadangan telah saya usahakan bagi melakukan perubahan sikap murid dalam mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran yang sempurna dan berkesan. Antara cadangan tersebut adalah: a) Mewujudkan kumpulan murid yang kecil bilangannya. Kumpulan ini lebih dibezakan mengikut tahap pencapaian akademiknya. Saya akan mengasingkan mereka mengikuti ujian diagnostik kemahiran yang lepas. b) Sikap seorang guru amat penting dan berperanan tinggi dalam membawa tarikan serta perhatian kepada semua murid di dalam kelas tersebut. Seandainya murid sambil lewa diabaikan, maka hancurlah masa depan mereka. Maka, saya akan memperkenalkan sistem ekonomi token. Sistem ini menghendakkan dua tindakan iaitu dendaan dan ganjaran. Sebagai contoh : Saya akan menjanjikan kepada murid tersebut dengan memberi token kepada mereka yang rajin, membantu rakan, menyiapkan kerja sekolah, mengikut kata guru, aktif dan membawa alat tulis sendiri. Dalam hal yang lain pula mereka yang melakukan perkara-perkara tersebut tidak akan diberikan token dan token mereka akan ditarik semula. Murid akan bersaing dalam mendapatkan token yang ingin dikumpulkan untuk ditukarkan kepada hadiah-hadiah. TEMPOH PENYELESAIAN 6/4/2014 hingga 10/4/2014 (1 minggu)

TINDAKAN SUSULAN Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul di atas dengan mengemas kini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.. KESIMPULAN Secara kesimpulannya, masalahini adalah isu besar yang mesti diatasi segera. Muridmurid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang melibatkan murid (khususnya akademik) harus dipantau dari semasa ke semasa.