Anda di halaman 1dari 4

Kanak-kanak sejak dilahirkan suka bergerak bebas.

Ingin melahirkan perasaan dan idea serta ingin tahu tentang sesuatu demi mempelajari dan memahami konsep, isu dan masalah persekitaran mereka. Mereka gemar mencipta dan tidak keberatan untuk memberi penghargaan atau berasa bangga terhadap hasil ciptaan sendiri atau kelompok sebaya. Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti yang semulajadi. Kanak-kanak dikenali sebagai individu yang suka bermain. Naluri suka bermain ini boleh disalurkan kepada bentuk pengalaman yang kreatif yang dapat membina situasi dan persekitaran yang sesuai untuk pertumbuhan fizikal, mental dan sosial yang sihat. Oleh itu aktiviti pergerakan kreatif hendaklah disusun berdasarkan ciri-ciri suka bermain, kreatif, ritma dan kebebasan mencurahkan perasaan dan idea untuk memberikan keseronokan dan kepuasan. Mengikut pendapat Dauer dan Prangrazi (1983), kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan. Keinginan-keinginan pada peringkat awal ini harus ditumpukan kepada pergerakanpergerakan kreatif yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan mental serta rohani dan sosial. Howton (2010), menjelaskan melalui asas latihan pergerakan yang betul, proses pembelajaran kemahiran pelajar akan menjadi lebih cepat dan berkesan. Ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan pergerakan memainkan peranan penting dalam membentuk perkembangan potensi diri pelajar dalam melakukan pelbagai corak pergerakan fizikal sesebuah kemahiran dalam aktiviti harian dan sukan. Sehubungan dengan itu, latihan asas pergerakan dalam kalangan pelajar akan membantu meningkatkan proses penguasaan kemahiran sesebuah kemahiran dalam sukan. Asas pergerakan adalah terdiri daripada pergerakan asas seperti berlari, berjalan, melompat dan mengawal badan. Pergerakan yang lebih kompleks adalah hasil daripada gabungan beberapa pergerakan asas ini. Sesebuah pergerakan yang efisen akan dapat membantu menjimatkan pengguna tenaga seseorang individu. Secara umumnya pergerakan terbahagi kepada beberapa

jenis pergerakan iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukan lokomotor dan manipulatif alat (Gallahue & Cleland, 2003). 1.3 Mengapa Kemahiran Pergerakan Asas Penting? Satu kemahiran motor asas adalah melibatkan beberapa elemen pergerakan asas. Ia tidak menekankan penggabungan pelbagai kemahiran motor1 asas kepada kemahiran yang kompleks seperti menggelecek dalam bola keranjang atau rutin gimnastik dalam acara senaman lantai. Setiap kemahiran motor asas dianggap secara berasingan relatif dari yang lain. Kemahiran motor asas ini adalah sebahagian daripada kontinum pergerakan yang bermula sebelum kelahiran dan berterusan sepanjang kehidupan. Dengan pendedahan kepada pengalaman pergerakan, kanak-kanak mula mempelajari kemahiran motor asas yang akan ditapis melalui amalan, arahan dan pemodelan. Kanak-kanak yang menguasai kemahiran motor asas dari peringkat awal akan lebih cenderung untuk menjadi aktif dan menikmati pelbagai aktiviti rekreasi dan sukan. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa apabila kanak-kanak kurang kemahiran pergerakan asas maka pencapaian kemahiran khusus dalam sesuatu sukan juga akan terjejas (Gallahue & Cleland, 2003) Pengkaji berpendapat, fenomena ini disebut sebagai 'halangan kecekapan' di mana seseorang individu kanak-kanak itu tidak mempunyai sama ada rangkaian atau tidak cukup matang dalam kemahiran pergerakan asas yang perlu untuk memajukan atau memperbaiki dan membangunkan kemahiran sukan tertentu pada masa akan datang (Butcher & Eaton, 1989; Gallahue & Cleland, 2003) Ritma pula dikatakan terhasil daripada pergerakan, bermula daripada dorongan semulajadi dalam diri manusia untuk bergerak dengan gaya rentakan dan daripada geraktari sebagai sumbernya telah melahirkan bentuk-bentuk ritma dan struktur muzik. Perkataan ritma sebenarnya adalah berasal dari Yunani iaitu rhythmos. Ianya bermaksud "apa-apa usul yang berulang-ulang yang kerap, simetri". Secara amnya ritma ditakrifkan sebagai "pengulangan sesuatu pergerakan atau irama yang dicirikan oleh kuantiti dan keadaan yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa ritma dan pergerakan mempunyai perkaitan dan perhubungan yang amat rapat dan saling memerlukan

Penggunaan muzik, alat-alat paluan dan bunyi-bunyian suara untuk mengiringi pergerakan dapat dijadikan sebagai sebahagian persekitaran untuk pengajaran. Kanakkanak boleh menggunakan muzik untuk mengiringi pergerakan dapat dijadikan sebagai sebahagian persekitaran untuk pengajaran. Kanak-kanak boleh menggunakan muzik untuk mengiringi pergerakan mereka secara sendirian atau mengiringi pergerakan mereka secara sendirian atau mengiringi pergerakan orang lain. Mencipta alat-alat paluan muzik boleh dijadikan suatu projek kraf tangan. Alatan-alatan tersebut yang mengeluarkan bunyi yang pelbagai dapat diguna dan dimainkan oleh kanak-kanak Rasa sensasi yang terbit daripada perubahan-perubahan dari segi intensiti, tekanan, kederasan, kecerdasan dan kebebasan bergerak dalam melakukan pergerakan dan tekanan-tekanan fizikal lazimnya akan menimbulkan rasa riang dan kepuasan kepada deria irama. Ritma merupakan hanya satu aspek dalam paduan ritma dan pergerakan yang menjadi sebahagian daripada konsepsi pergerakan gerak tari yang luas. Ini termasuk aspek-aspek corak yang berbentuk urutan, iringan yang dapat didengar serta daya ekspresi yang menggambarkan persepsi-persepsi dalaman yang khususnya dimanifestasikan dalam pergerakan-pergerakan gerak tari.

Corak gerakan badan yang mengikut rentak ritma dikenali sebagai kesedaran ritma. Rentak ritma boleh dilakukan sama ada dakam bentuk rendah, tinggi, mendatar dan terputus-putus. Gabungan pergerakan badan akan menghasilkan pergerakan yang kreatif dan artistik mengikut rentak ritma. Corak ritma adalah hasil gabungan pelbagai rentak seperti mendatar, tinggi, rendah atau terputus-putus. Corak ritma boleh dilakukan secara berulang-ulang. Sementara rentak ritma akan dilakukan secara lembut, pelahan, kuat, cepat, sederhana dan sebagainya. Di peringkat awal latihan kesederan ritma atlet dilakukan pelbagai corak pergerakan badan melalui ritma yang berbeza-beza. Berbagai rentak ritma boleh dihasilkan dengan cara menghentak kaki ke lantai, tepuk tangan dan lain-lain Ritma dan pergerakan mempunyai perkaitan dan perhubungan yang amat rapat dan saling memerlukan. Setiap pergerakan mempunyai ritmanya tersendiri. Ritma yang

berlainan diperolehi dengan melakukan pelbagai pergerakan. Kita boleh menghasilkan ritma dengan acara yang amat mudah seperti bertepuk tangan,memetik jari,hentakkan kaki,siulan dan mengetuk meja misalnya. Oleh itu pergerakan asas yang baik pastinya dapat membantu dalam memperkembangkan kemahiran asas murid-murid agar

mereka lebih cemerlang dalam bidang sukan ,seni dan kehidupan seharian mereka. Dengan menguasai kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan juga manipulasi ayat membolehkan kanak-kanak tersebut menguasai kemahiran yang lebih kompleks.Hal ini kerana pergerakan memainkan peranan penting dalam memperkembangkan aspek sosiolisasi atau kerjasama interpersonal. Gabungan pergerakan dan ritma akan mendorong kanak-kanak menjadi lebih kreatif serta akan meningkatkan lagi koordinasi kearah pembinaan pergerakan-pergerakan baru. Kesimpulannya hubungan antara pergerakan dan ritma akan mendorong kanakkanak menjadi lebih kreatif. Mewujudkan sikap ingin perubahan, selain akan menghilangkan tekanan, mewujudkan kecerdasan dan kebebasan bergerak semasa melakukan pergerakan dan berupaya menghadapi tekanan-tekanan fizikal mudah . dengan