Anda di halaman 1dari 44

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

1.0 2.0 2.1 2.2 2.3

PENDAHULUAN ...................................................................................................................... 2 Tatabahasa ............................................................................................................................... 3 Aliran dan tokoh dalam tatabahasa Melayu ..................................................................... 3 Tatabahasa Aliran Tradisional ............................................................................................ 3 Tokoh Tatabahasa Melayu Tradisional - Zaba (Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin ............. 3

Ahmad ) ............................................................................................................................................. 3 2.31 2.32 2.33 2.34 2.35 2.36 2.37 2.38 2.4 2.41 2.42 2.43 2.44 2.46 2.47 2.5 2.51 Latar Belakang ................................................................................................................ 5 Sumbangan Zaba ............................................................................................................ 6 Nahu dan tatabahasa Melayu ...................................................................................... 6 Diftong dan vokal rangkap .............................................................................................. 7 Sistem Ejaan ..................................................................................................................... 8 Mengarang ........................................................................................................................ 9 Contoh Tatabahasa Tradisional ................................................................................... 10 Karya Zaba..................................................................................................................... 13 Aliran Tatabahasa Struktural ............................................................................................ 14 Tokoh tatabahasa struktural - Asmah Haji Omar .......................................................... 16 Latar Belakang .................................................................................................................... 16 Sumbangan Asmah Hj Omar............................................................................................ 17 Contoh Tatabahasa Struktural ......................................................................................... 18 Karya Asmah Hj. Omar.................................................................................................. 20 Kesimpulan ...................................................................................................................... 20 Aliran Tatabahasa Transformasi Generatif .................................................................... 20 Tokoh Tatabahasa Generatif Nik Safiah Karim .......................................................... 21

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

1.0 PENDAHULUAN BAHASA MELAYU merupakan satu daripada sejumlah besar bahasa yang tergolong dalam rumpun Austronesia. Bahasa-bahasa yang berada dalam rumpun Austronesia ini tersebar dalam kawasan yang meliputi hampir separuh muka bumi, yang sebahagian besarnya ialah lautan yang terkandung kepulauan. Kawasan ini terentang dari kawasan pergunungan di Taiwan, turun ke selatan hingga New Zealand, dan dari Madagaskar di luar pantai timur Afrika hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik. Dalam rumpun Austronesia yang besar ini, bahasa Melayu selain mempunyai perkaitan dengan bahasa-bahasa dalam wilayah geografi yang dekat juga mempunyai perkaitan dengan bahasa-bahasa di Lautan Pasifik seperti bahasa Hawaii, Samoa, Fiji, Maori; tidak terkecuali bahasa Malagasi di Madagaskar dan bahasa-bahasa di kawasan pergunungan Taiwan. Jumlah bahasa yang terkandung sebagai keluarga bahasa Austronesia ini dianggarkan antara 1500 hingga 2000 bahasa. Dari segi usianya pula, bahasa Austronesia ini dipercayai telah wujud sejak 5000 tahun yang lalu, digelar sebagai bahasa proto. Kata Austronesia ini berasal daripada bahasa Yunani kuno yang bermakna pulau-pulau selatan, iaitu pulau-pulau benua Asia. Nama Austronesia ini mula dipopularkan pada akhir abad ke19. Sebelum ini rumpun ini dikenali sebagai Melayu-Polinesia atau Malayo-Polynesia. Kebesaran wilayah kekeluargaan dan kewujudan bahasa Melayu sebagai bahasa tua serta mewakili bahasa daripada peradaban awal membuatkan bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa penting dunia. Justeru itu, bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang pesat. Antara proses perkembangan yang berlaku ialah lahirnya aliran dan tokoh-tokoh tatabahasa Melayu, perkembangan ejaan jawi, dan pengembangan dari aspek

penterjemahan. Atas usaha para pejuang dan tokoh bahasa yang telah bermatian-matian memartabatkan bahasa Melayu, Kini, ia telah menjadi antara bahasa utama di mata dunia. Kematangan bahasa Melayu telah menjadikan bahasa pendidikan di sekolah dan universiti. Malah, matapelajaran bahasa Melayu diajar di universiti-universiti luar negara. Tahap kematangan bahasa Melayu walaupun sudah mencapai kematangan, namun ia akan tetap berkembang dam semakin maju setaraf dengan bahasa-bahasa yang lain. Secara amnya tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunannya. Oleh itu, bahasa dapat dieksplotasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, dan mudah ifahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Dari sini lahirlah aliran dan beberapa tokoh tatabahasa Melayu. 2

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

2.0 Tatabahasa Tatabahasa merupakan susunan perkataan yang kemudiannya menjadi ayat. Penyusunan perkataan dan kemudian ayat ini akan mempunyai makna yang tertentu.Terdapat peraturanperaturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayag dan peraturan inilah yang menentukan ketepatan sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penutur sesuatu baik, baik secara lisan mahupun tulisan.

2.1 Aliran dan tokoh dalam tatabahasa Melayu Terdapat beberapa aliran tatabahasa bahasa Melayu yang dikategorikan mengikut tokohtokoh yang memperjuangkannya. Antara aliran tersebut ialah tradisional, structural dan

transformasi generative serta Tatabahasa Dewan.

2.2 Tatabahasa Aliran Tradisional Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Dalam erti kata lain, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa Teori Tatabahasa Tradisional mengutamakan bahasa tulisan. Kemahiran menulis lebih penting daripada kemahiran lisan yang merangkumi latihan terjemahan daripada bahasa sasaran kepada bahasa pertama atau bahasa ibunda. Ini kerana bahasa adalah bersifat sejagat. Pengajaran tatabahasa ini lebih berkonsepkan secara deduktif dan diaplikasikan ke dalam penulisan . Terdapat juga kekecualian daripada hukum-hukum biasa kerana setiap hukum tidak dapat dielak daripada kekecualian. Kesilapan ini menjadikan masalah kepada murid dan ianya perlu diberikan perhatian. 2.3 Tokoh Tatabahasa Melayu Tradisional - Zaba (Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad )

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Za`ba ( Tan Sri Dr. Zainal Abidin bin Ahmad ) diiktiraf oleh masyarakat dan negara Malaysia, khususnya dan Alam Melayu, umumnya sebagai tokoh cendekiawan yang cukup berwibawa. Beliau pemikir dan pencetus beberapa gagasan besar dalam pelbagai bidang iaitu agama, ekonomi, bahasa, sastera, politik, pendidikan, dan kebudayaan sebagai suatu keseluruhan yang menandai tamadun Melayu. Dalam bidang agama, beliau dapat digolongkan sebagai cendekiawan yang mendukung gerakan islah. Dalam bidang politik barangkali ada yang tidak tahu bahawa beliau penggerak aktif dalam menyatukan orang Melayu untuk menolak gagasan Malayan Union kerajaan Inggeris. Daripada sekian banyak bidang yang diceburinya, bidang bahasalah yang tampaknya paling banyak dipertalikan orang dengan ketokohan dan sumbangannya. Sehingga kini, nama Za`ba seakan-akan bersinonim dengan perkembangan bahasa Melayu pada zaman baharu. Hal ini tidak menghairankan kerana memang Za`balah yang meletakkan asas sistem bahasa Melayu baharu, baik dalam bidang ejaan, tatabahasa Melayu mahupun retorik. Za`balah yang menandai awal babak perkembangan ilmu bahasa atau linguistik Melayu baharu sejak tahun 1920-an, kira-kira satu dekad lebih awal daripada tokoh linguistik Amerika yang cukup berpengaruh dalam dunia linguistik Barat pada satu waktu dahulu, iaitu Leonard Bloomfield Zaba telah diiktiraf oleh masyarakat dan Negara sebagai tokoh cendekiawan yang berwibawa. Beliau juga menjadi landasan kepada permulaan babak perkembangan ilmu bahasa atau linguistik Melayu sejak tahun 1920-an. Namun begitu, beliau tidak pernah terdidik secara formal dalam bidang linguistik. Zaba juga telah disebut sebagai Bapa Tatabahasa Tradisional Melayu. Zaba dilahirkan pada tahun 1895 dan telah meninggal dunia pada tahun 1974. Kitab Pelita Bahasa Melayu yang sejumlah tiga penggal telah dihasilkan oleh Zaba dan merupakan antara kitab terpenting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Kitab ini juga merupakan khazanah yang amat penting bagi bangsa Melayu. Pelita bahasa atau karya tatabahasanya yang berjumlah tiga jilid ini membantu menerangi jalan bahasa Melayu sehingga kini. Walaupun terdapat banyak kelemahan dalam hasil karyanya, namun, sedikit sebanyak dapat membantu para pengkaji membaiki dan meneruskan kajiannya menjadi lebih baik. Kitab Pelita Bahasa Melayu yang dihasilkannya sebanyak tiga penggal ini merangkumi bidang tatabahasa bagi penggal pertama, diikuti oleh latihan-latihan lanjutan bagi penggal kedua dan ketiga.

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

2.31 Latar Belakang Zaba atau nama penuhnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus. Mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam tahun 1907. Kemudian ke St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge. Beliau pernah bekerja sebagai Guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru, sebagai penterjemah pengarang Berita Radio, penulis Setiausaha Agung UMNO, pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London dan terakhir sekali sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura. Di antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi/Rumi yang menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu. Di antara rencana beliau yang terkenal ialah Modern Developments of Malay Literature dan Malay Journalism in Malaya. Di samping buku bahasa Melayu, beliau turut bergiat menterjemahkan buku-buku asing ke Bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan buku-buku pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Di antara nama pena yang digunakan oleh beliau ialah Anak Melayu Jati, Patriot; yang bermaksud, orang yang kasihkan bangsa dan tanah airnya, Zaba, Z Penjelmaan, Z Penjelmaan c/o Patriot, Melayu yang beragama Islam, Z dan Melayu, Yang Hina Patriot. Jasa-jasa beliau sangat besar dan telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Doktor Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1962, beliau telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Di Pertuan Agong. Gelaran Pendeta dikurniakan ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun 1956. Zaba telah kembali ke rahmatullah pada 23 Oktober 1973.

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

2.32

Sumbangan Zaba

2.33 Nahu dan tatabahasa Melayu Zaba dengan jelas membezakan pengetahuan nahu dengan kemahiran bahasa. Pandai menggunakan bahasa tidak semestinya pandai menjelaskan hal-hal yang berhubung dengan nahu. Untuk belajar bahasa, orang tidak perlu terlebih dahulu belajar tentang selok belok nahu. Zaba melihat penggunaan bahasa sebagai satu kemahiran, dan kemahiran memerlukan latihan. Kemahiran dalam penggunaan bahasa setiap hari itu dilanjutkan kepada kemahiran mengarang. Fikiran Zaba tentang kemahiran bahasa seperti itu tidaklah bermakna beliau tidak menitikberatkan nahu. Beliau melihat peranan nahu pada dua peringkat pembelajaran, iaitu pada peringkat bahasa pertama dan pada peringkat bahasa kedua. Pada peringkat bahasa pertama, nahu berguna untuk mengukuhkan pengetahuan pengguna bahasa tentang susunan ayat dan fungsi-fungsi perkataan, dan dengan itu nahu boleh menjadi pedoman dalam penyelidikan mereka. Oleh itu, sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid) telah membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik Melayu. Analisis Zaba tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah tersebut. Selaras dengan pengaruh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi disiplin linguistik, analisis Zaba ternyata banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut. Oleh sebab itu, istilahistilah tatabahasa yang digunakannya dan cara beliau menjelaskan sesuatu konsep tatabahasa seluruhnya berdasar pada makna, iaitu ciri utama linguistik tradisional. Pelita Bahasa Melayu penggal 1 yang dihasilkan oleh Zaba menjurus kepada sistem nahu bahasa Melayu. Dalam jilid ini mengandungi bidang fonologi dan tatabahasa. Namun begitu, istilah fonologi ini tidak disebut oleh Zaba, serta ilmu atau konsep fonologi masih belum dikenal oleh Zaba ketika beliau menulis buku ini. Zaba juga membincangkan tentang bunyi suara yang digambarkan dengan huruf, huruf benar dan huruf saksi dan sebagainya. Walaupun Zaba ada mengkaji tentang fonetik, namun kajiannya bersifat umum.

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Zaba hanya memperlihatkan pengetahuan beliau tentang jenis-jenis bunyi, ciri-ciri suprasegmental pada bunyi dan bunyi rangkap. Zaba telah meletakkan peraturan-peraturan dalam mengeja bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Rumi dan jawi. Dari segi jenis bunyi, Zaba telah membahagikan kepada dua golongan iaitu huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi sebenarnya adalah vokal dan huruf benar adalah konsonan. Zaba juga telah membahagikan golongan kata kepada lima bahagian iaitu kata nama, kata perbuatan, kata sifat, kata sendi dan kata seruan. a. b. c. d. Kata Nama : menyebut benda atau orang Kata Perbuatan : menyebut perbuatan atau keadaan yang diadakan Kata Sifat : menerangkan sifat sesuatu nama atau perbuatan atau lainnya Kata sendi : menyambungkan antara perkataan dengan perkataan atau antara bahagian percakapan e. Kata seruan : mengeluarkan perasaan hati

2.34 Diftong dan vokal rangkap Dari segi ciri-ciri suprasegmental yang dibincangkan oleh Zaba disebabkan oleh kesedaran beliau tentang kepanjangan bunyi atau tekanan dalam bunyi bahasa Melayu. Selain itu, Zaba juga ada membincangkan tentang diftong dan vokal rangkap. Menurut Zaba, diftong dan rangkap vokal mempunyai persamaan dan perbezaan. Persamaannya dari segi urutan huruf vokal yang berjumlah dua atau lebih, manakala perbezaannya pula dari segi kelantangan, nada, kepanjangan dan tekanan. Zaba telah menggunakan istilah-istilah yang khusus terhadap diftong dan rangkap vokal. Diftong ialah bunyi berkait rapat, manakala vokal rangkap ialah bunyi berkait renggang.

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

2.35 Sistem Ejaan Dalam kitab Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 yang dihasilkan oleh Zaba juga ada membicarakan tentang ejaan. Pengaruhnya tentang ejaan ini amat berkesan kerana sistem ejaan beliau yang digunakan sebagai sistem ejaan rasmi di sekolah-sekolah sehingga 16 Ogos 1972, iaitu tarikh permulaan Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia, yang dipersetujui bersama dengan pihak Indonesia. Melalui perbincangan beliau mengenai sistem ejaan ini, beliau mempunyai pegangan iaitu ejaan rumi ialah ejaan berdasarkan ucapan. Dalam ejaan, aspek-aspek nahu memainkan peranan penting dalam menentukan pengejaan unit-unit nahu. Contohnya, penambah, bentuk klisis, partikel dan kata. Perbincangan tentang penambah dalam sesuatu bahasa atau dikenali sebagai morfem terikat. Morfem terikat ini tidak boleh berdiri sendiri dan harus digunakan sebagai awalan dan akhiran perkataan. Bagi awalan di- dan sa-, Zaba telah memisahkan kedua-duanya itu daripada bahagian lain dalam kata yang mengandungi dengan menggunakan tanda sempang. Sebagai contoh, di-rumah dan di-sekolah. Zaba tidak menerangkan persoalan tentang di- sebagai awalan kata kerja pasif harus dipisahkan daripada kata dasar yang mengikutinya dengan sempang. Zaba juga menjelaskan tentang adanya dua jenis di, iaitu di- sebagai awalan kata kerja pasif dan di sebagai kata sendi nama. Bentuk klisis pula yang digunakan dalam bahasa Melayu seperti ku, kau, mu dan nya. Za ba menyempangkan bentuk ini sebagai penambah atau setaraf dengan penambah. Fonologi seperti yang tersirat dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 ini bukanlah jelas membincangkan sistem bunyi Melayu, tetapi lebih ke arah sistem ejaan.

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

2.36 Mengarang Pelita Bahasa Melayu Penggal 2 pula merupakan sambungan pengkajian bagi kitab Pelita Bahasa Melayu Penggal 1. Kitab ini ada membincangkan tentang permulaan mengarang, mengarang ayat menjadi cerita, cakap ajuk dan cakap pindah serta lain-lain. Kitab ini telah dijadikan untuk memadankan bagi darjah-darjah rendah dan darjah-darjah tinggi di sekolah Melayu. Hasil karya buku ini dalam tiap-tiap satu bab ada diberi beberapa soalan latihan untuk melatih murid-murid kepada perkara yang diterangkan dalam bab itu. Isi dalam buku ini kebanyakan perkaranya layak untuk darjah dua, tiga dan empat sahaja di sekolahsekolah Melayu. Namun begitu, terdapat juga beberapa bab yang layak bagi darjah-darjah yang ke atas. Beberapa daripada bab-bab ini telah dipetik isinya daripada buku-buku pelajaran bahasa Inggeris. Namun begitu, ia telah dipinda, dipadan, dan diaturkan mengikut cara yang lebih baik bagi bahasa Melayu dan pelajar sekolah Melayu. Terciptanya buku ini dapat membantu murid-murid sekolah mengarang dengan betul dalam bahasa Melayu dan sebagai panduan kepada guru untuk mengajar. Sebagai contoh bagi bab permulaan mengarang, menurut Zaba, permulaan ayat haruslah bermula dengan ayat yang senang. Antara ayatnya seperti ayat selapis, iaitu ayat yang satu bendanya dan satu cerita. Apabila seseorang bercakap atau mengatakan sesuatu hal yang cukup maksudnya, maka, barang yang disebut itu benda dan perkara yang dibicarakan itu ialah cerita. Setelah ada benda dan cerita ini, barulah boleh menjadi ayat. Kitab Pelita Bahasa Melayu Penggal dua ini mempunyai 12 bab. Dalam kitab ini juga banyak membincangkan tentang cara menulis karangan dengan baik. Sebagai contoh, lebih kepada permulaan membuat karangan, dan penutup. Dalam kitab ini juga ada memuatkan tentang cakap ajuk dan cakap pindah. Zaba ada menerangkan tentang perbezaan antara kedua-duanya. Menurut beliau, cakap ajuk ialah perkataan yang dituturkan oleh seseorang itu sendiri. Contohnya, Katanya kepada saya Bapa engkau itu terlalu garang, benci aku memandangnya. Sebaliknya, cakap pindah pula, ialah perkataan yang dituturkan itu dipindahkan kepada menceritakan. Contohnya, Katanya kepada saya bapa saya itu terlampau garang, benci dia memandangnya.

Akhir sekali, Pelita bahasa Melayu hasil karya Zaba telah dikeluarkan untuk penggal ketiga. Kitab ini juga merupakan sambungan bagi Pelita Bahasa Melayu penggal satu dan dua. 9

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Kegunaan kitab ini ialah bagi penggunaan murid-murid berlatih mengarang bagi darjah yang lebih tinggi di sekolah-sekolah Melayu serta tahun satu di kolej guru-guru Melayu. Sebagaimana kitab Penggal dua, kitab ini juga dalam beberapa bab ada memetik isi-isi daripada buku-buku pelajaran mengarang bahasa Inggeris. Namun begitu, ia telah dipinda, dipadan dan diaturkan semula mengikut cara yang dirasa lebih munasabah bagi bahasa Melayu dan pelajar sekolah Melayu. Dalam kitab Pelita Bahasa Melayu Penggal tiga ini mengandungi beberapa bab dan antaranya, terdapat bab yang membincangkan cara hendak mengarang dengan betul. Walaupun ditulis 10 tahun sebelum Tanah Melayu bebas daripada cengkaman penjajah Inggeris, Zaba telah menzahirkan harapan agar bahasa Melayu dimajukan sebagai bahasa rasmi pemerintahan yang dihormati dan dipelihara martabatnya. Zaba juga menyeru ahli bahasa supaya bersikap lapang dada dan realistik demi kemajuannya. Sama seperti saranan sosiolinguistik, Zaba berpendapat bahawa perubahan tatabahasa tidak dapat ditahan. Misalnya, lambat-laun penggunaan di untuk masa (di hari, di zaman) akhirnya terpaksa diterima sebagai betul jua. Zaba telah menulis tiga bab khusus untuk menerangkan kesalahan dan kecacatan dalam karangan. Beliau memberi teguran tentang pemilihan kata (diksi), kecenderungan menulis ayat yang panjang-panjang dan penggunaan perkataan yang pelik-pelik. Pada Zaba, sesebuah karangan yang baik itu ialah karangan yang mudah difahami dan fokus (dihadkan). Zaba turut membuat analisis beberapa prosa klasik dan contoh karangan yang ditulis oleh murid beliau sendiri. Selain itu, beberapa contoh karangan yang lengkap turut dimuatkan. Sebagai panduan kepada guru, Zaba menyediakan sejumlah 76 rangka karangan rencana dan sembilan kumpulan tajuk karangan yang lain. Dalam Pelita Bahasa Melayu Penggal tiga ini juga Zaba memuatkan tentang cara menggunakan sesetengah perkataan sendi nama. Zaba juga telah membincangkan cara untuk menghiasi karangan. Dalam pelita Bahasa Ini juga ada memuatkan tentang cara mengarang syair, sajak, gurindam, dan seloka.

2.37 Contoh Tatabahasa Tradisional Zainal Abidin Ahmad (Zaba) (2000) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-3, Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka. 10

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Daftar Isi Penggal 1 Bab 1 Bunyi Suara Dengan Huruf Bab 2 Huruf Benar & Huruf Saksi Bab 3 Ejaan & Tulisan Jawi Bab 4 Ejaan Jawi Pada Perkataan Memakai Penambah Bab 5 Petua-Petua Ejaan Rumi Bab 9 Perkataan Perbuatan Bab 10 Perkataan Sifat Bab 11 Perkataan Sendi dan Seruan Bab 12 Perkataan Huruf-Huruf

Penambah Bab 13 Perkataan Huruf-Huruf

Penambah (sambungan) Bab 6 Petua-Petua Ejaan Rumi Bab 14 Kaedah Rangkai Kata

(sambungan) Bab 7 Jenis-Jenis Kerja-Kerjanya Bab 8 Perkataan Nama dan Perkataan dan Bab 15 Ayat-Ayat Melayu: Kejadian dan Ikatannya Bab 16 jenis-Jenis Ayat dan

Gantinya Rajah 1 :

Uraiannya Daftar Isi Penggal 1

Daftar Isi Penggal 2 Bab 1 Permulaan Mengarang Bab 7 Cakap Ajuk dan Cakap Pindah 11

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Bab 2 Lain-Lain Latihan Membuat Ayat Bab 3 Mengarang Ayat-Ayat Tunggal Jadi Cerita: Menyambung- Menyambungkannya Bab 4 Cara-Cara Persambungan Ayat Bab 5 Memakai Tanda-Tanda Berhenti Dalam Tulisan Jawi Bab 6 Memakai Tanda-Tanda Berhenti Dalam Tulisan Melayu Jawi (sambungan) Rajah 2 :

Bab

Permulaan

Berlatih

Mengarang Bab 9 Lagi Latihan Mula-mula Mengarang Bab 10 Perenggan-Perenggan Karangan Bab11 Perkataan-Perkataan Pembatas Karangan Bab 12 Perkataan-Perkataan Penghabis Karangan

Daftar Isi Penggal 2

Daftar Isi Penggal 3 Bab 1 Bagaimana Hendak Mengarang Bab 2 Sedikit Lagi Petua-Petua Mengarang Bab 3 Kesalahan Dalam Ayat Bab 4 Cara-Cara Memakai Setengah-Setengah Perkataan Bab 5 Cara-Cara Memakai SetengahSetengah Perkataan Sendi Nama Bab 6 Cara-Cara Memakai Setengah-Setengah Perkataan Sendi Nama (sambungan) Bab 7 Kecatatan karangan Bab 14 Memahamkan Karangan: Mengarangkan Semula Bab 15 Beberapa Teladan Karangan Rajah 3 : Daftar Isi Penggal 2 Bab 10 Mengarang Pantun & Syair Bab 11 Mengarang Sajak, Gurindam & Seloka Bab12 Mengarang Surat Kiriman Yang Senang-Senang Bab 13 Lain-Lain Jenis Surat Kiriman Bab 8 Kecatatan karangan (sambungan) Bab 9 Menghiasi Karangan

Pelita Bahasa Penggal 1 sebenarnya merupakan tatabahasa yang menekankan aspek fonetik &fonologi, morfologi dan sintaksis. Penggaal 2 & 3 menjurus kepada aspek penulisan iaitu mengarang karanagan. Nahu ini sebenarnya nahu tradisional kerana acuannya adalah 12

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

berdasarkan bahasa Inggeris dan sedikit-sedikit bahasa Arab. Hal ini dinyatakan oleh Zaba dalam prakata Pelita Bahasa Penggal 1-3. Nahu ini boleh dirumuskan sebagai nahu yang lengkap dan sempurna pada suatu ketika dulu sebelum aliran linguistik struktual menguasai tatabahasa Melayu pada pertengahan tahun 1960.

2.38 Karya Zaba Zaba melihat karangan sebagai satu wacana yakni wacana bertulis yang berbeza dengan wacana lisan. Karya-karya Zaba dikatakan penting kerana telah meletakkan asas pengetahuan Bahasa Melayu dari berbagai-bagai segi. Berikut merupakan antara karangankarangan Zaba :i) ii) iii) iv) Pelita Bahasa Melayu II (Rumi) - Memberi latihan mengarang bagi darjah rendah. Pelita Bahasa Melayu III (Rumi) - Bicara mengarang bagi darjah tinggi. Ilmu mengarang Melayu (Jawi) - Bicara mengarang bagi penuntut-penuntut di kolej. Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) - Daftar perkataan-perkataan Melayu dengan ejaan jawi dan rumi serta undang-undang ejaannya. v) Kata-kata yang Tidak Tetap dalam Tulisan Melayu Rumi dan Kitab Rahsia Ejaan Jawi (1930) vi) vii) viii) ix) Kaedah Karangan Bahasa Melayu terangkum dalam Kitab Pelita Mengarang (1931) Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia (1958) Bahasa Melayu Kelebihan dan Kekurangan (1954) Bahasa Melayu dengan Tulisannya (1958)

Kesimpulannya, taraf pemikiran linguistik Zaba merupakan sesuatu yang patut dikagumi. Walaupun terdapat beberapa daripada konsep dan perlakuannya menyimpang daripada konsep dan perlakuan linguistik moden, kita dapat lihat bahawa kesejajarannya besar dan cukup untuk memperkuatkan karyanya sebagai karya linguistik agung. Khusus tentang buku 13

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Pelita Bahasa Melayu ini, Zaba telah meletakkan asas tatabahasa Melayu yang utuh sehingga diangkat sebagai Bapa Tatabahasa Tradisional Melayu Malaysia oleh Prof. Dr. Harimurti Kridalaksana.Prof. Syed Muhammad Naquid al-Attas juga ada mengungkapkan kepada Zaba bahawa karangannya yang diberi nama Pelita Bahasa Melayu itu sungguh benar pelita yang menerangi suasana kelam dan keliru dan menunjukkan jalan kea rah kesedaran orang Melayu akan nilai bahasanya yang merupakan jiwa bahasa itu.

2.4 Aliran Tatabahasa Struktural Tatabahasa Struktural mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh itu, aliran Tatabahasa Struktural menekankan bahawa tatabahasa: .. is concerned with the 14

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

observable forms, structural functions and inter- relations of the components of sentences of stretches of utterance (Robins, 1971). Dalam Bahasa Melayu ianya bermaksud . merangkumi bentuk bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan. Fokus pengkajianTatabahasa Struktural ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit bahasa. Secara asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Antara ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah: Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan Bahasa ialah satu sistem Sistem bahasa ialah arbitari Bahasa adalah untuk perhubungan

Aliran Struktural menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktul memberi tumpuan kepada

perkembangan elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis).(Fries, 1957). Secara khususnya cirri-ciri Tatabahasa Struktural ialah Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur tatabahasa Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul

15

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

2.41 Tokoh tatabahasa struktural - Asmah Haji Omar Sementara itu tokoh Tatabahasa Struktural Melayu Era Tahun 1960-an ialah Asmah Hj. Omar (1968) -Morfologi- Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola. Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) - An Introduction to Malay Grammar. Asmah Hj. Omar (1970) - Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktural (Buku 1-V) dan asraf (1971) - Mari Belajar Bahasa Kita. Hasilan Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka dilihat berunsurkan aliran struktural. Hal ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau terhadap nahu secara secara bersistem. Maksudnya kajian Bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat yang paling atas iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah Hj Omar juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.

2.42 Latar Belakang Asmah Haji Omar dilahirkan pada 5 Mac 1940 di Jitra dari sebuah keluarga berpendidikan tinggi. Salah seorang saudara beliau ialah Datuk Affifuddin Omar mantan menteri kabinet 16

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Malaysia, semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Asmah Haji Omar mendapat pendidikan awal dan menengahnya di Kedah. Beliau melanjutkan pengajian di Universitas Indonesia dan memperolehi Sarjana Muda dan Sarjana Sastera. Beliau menyambung pengajiannya sehingga mendapat Ijazah Kedoktoran daripada University of London dalam bidang General Linguistic pada tahun 1969. Atas jasa beliau yang sangat besar dalam perkembangan bahasa Melayu, khususnya bidang kesarjanaan ilmu lingusitik di Malaysia beliau dianugerahkan gelaran Doktor Persuratan (D. Litt) dalam Linguistik Melayu dari Universiti Malaya pada tahun 1998. Pada tahun 2000 beliau menerima gelaran Profesor Emeritus daripada Universiti Malaya. Beliau turut dianugerahi Doktor Persuratan Kehormat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2006. Selain kerjayanya sebagai ahli akademik, beliau juga terkenal sebagai penulis yang prolifik dalam bidang tatabahasa Melayu dan perancangan bahasa Melayu yang melibatkan kepakaran sosiolinguistik, etnolinguistik dan linguistik sejarah dunia Melayu.

2.43 Sumbangan Asmah Hj Omar Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional. Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya. Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam sesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa. Bukti yang nyata 17

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis. Antara ciri-ciri nahu ini ialah bahasa dianggap sebagai struktur Unsur yang membentuk struktur itu mempunyai hubungan dan sifat tertentu Unsur ini juga digunakan untuk menjanakan ayat dan menentukan struktur konstituennya. Bagi membincangkan aliran

struktural yang dibawa oleh Asmah Haji Omar, kita boleh merujuk kepada hasil penulisan beliau iaitu An Introduction to Malay Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008). Penggolongan kata mengikut aliran tersebut dapat dilihat menerusi rajah di bawah.

Rajah 4:

Penggolongan Kata Mengikut Aliran Struktural

2.44 Contoh Tatabahasa Struktural Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Isi 18

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Pendekatan Morfem dan Penambah Kata Kata Nama Pembentukan Kata Nama Berlapis Pembentukan Kata Nama Berlapis dengan Penambah Pinjaman.

Kata Adverba Partikel dan Penghubung Kata Majmuk Penggadaan Frasa Frasa Nama

Kata Ganti Nama Kata Bilangan Kata Kerja dan Kata Kerja Leksikal Kata Kerja Bantu Pembentukan Kata Kerja Berlapis Kata sifat Pembentukan Kata Sifat Berlapis Pembentukan Kata Sifat Berlapis dengan Penambah Pinjaman

Frasa Bilangan Frasa Kerja Frasa Sifat Frasa Preposisi Frasa Adverba Klausa Ayat Ayat dan Sistem

Kata Nafi Kata Supraayat : pun, juga, jua, pula sahaja Rajah 5:

Ayat dan Modus

Daftar isi Nahu Mutakhir

Hasilan Nahu Asmah omar dilihat berunsurkan aliran struktural. Ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistematik-fungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau terhadap nahu secara bersistem. Maksudnya kajian bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat 19

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

bawah iaitu morfem kepada tingkat paling atas iaitu ayat dari skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian nahu beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala baahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah juga banyak menerangkan morfologi dan sintaksis secara mendalam.

2.46 Karya Asmah Hj. Omar


Dalam bidang bahasa Melayu beliau telah menghasilkan lebih daripada 60 buah buku. Pencapaian yang luar biasa ini menempatkan nama Asmah Hj. Omar sebagai pendeta bahasa yang menjadi rujukan ahli-ahli bahasa serta golongan akademik. Antara karya besar beliau ialah Essays on Malaysian Linguistics (DBP 1975), Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu (DBP 1977), An Introduction to Malay Grammar [Asmah Haji Omar, Rama Subiah (DBP 1985)], Bahasa dan alam pemikiran Melayu (DBP 1986), Bahasa Melayu abad ke-16: Satu Analisis Berdasarkan Teks Melayu `Aqaid al-Nasafi (DBP 1991), Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik Menjadi Pulau (DBP 2006), Susur Galur Bahasa Melayu (DBP 2007), dan Ensiklopedia Bahasa Melayu (DBP 2008).

2.47 Kesimpulan
Asmah Haji Omar merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Melayu. Ilmu beliau yang luas disertai dengan kepakaran yang pelbagai menyangkuti hampir semua bidang kajian bahasa Melayu menjadikan beliau pusat rujukan kepada pengkaji-pengkaji bahasa Melayu. Selain sumbangan beliau dalam dunia akademik dan kesarjanaan, beliau turut terlibat menganggotai agensi dan jawatankuasa penting yang membina bahasa Melayu sebagai bahasa moden pada hari ini. Jasa beliau dalam membentuk bahasa Melayu moden yang berkembang sebagai bahasa ilmu dan bahasa saintifik hari ini sangatlah besar. Beliau melalui tulisan-tulisan beliau baik dalam puluhan buku yang diterbitkan mahupun ratusan makalah yang diterbit atau dibentangkan. Sumbangan keilmuan Asmah Haji Omar dalam bidang bahasa Melayu sememangnya melayakkan beliau untuk digelar pendeta bahasa Melayu selepas Zaba. 2.5 Aliran Tatabahasa Transformasi Generatif Tatabahasa Transformasi Generatif (TG) merupakan satu aliran mazhab pengkajian bahasa. TG memberi tumpuan terhadap bidang sintaksis serta mengutamakan bidang 20

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

semantik. Dasar utama teori ini ialah dengan menganggap bahawa setiap ayat yang dihasilkan sebenarnya mengandungi dua peringkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah struktur dalaman dan struktur permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi. Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada set rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan himpunan-himpunan tulisan dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarinya. TG juga dinyatakan bahawa nahu dibahagikan kepada tiga komponen iaitu sintaksis, semantik dan fonologi. Menurut Hashim Haji Musa (1993), komponen nahu mengikut aliran TG mengandungi lima komponen iaitu komponen leksikon, komponen kategori atau struktur frasa, komponen transformasi, komponen fonologi dan komponen semantik. Komponen leksikon dan komponen struktur frasa sekaligus membentuk komponen dasar dan bergabung dengan komponen transformasi untuk membentuk komponen sintaksis.

2.51 2.52

Tokoh Tatabahasa Generatif Nik Safiah Karim Pengenalan

Menurut Nik Safiah Karim (1993), teori Tranformasi Genaratif mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. 21

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa

dan Rumus Transformasi. Rumus

Struktur Frasa akan membentuk ayat pada struktur dalaman manakala Rumus Transformasi akan menerbitkan ayat pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada keduadua bentuk tersebut biasanya tidak mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Sumbangan nik safiah Karim.

2.53

Latar belakang

Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Dalam bidang akademik, beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bahru (sekarang Sekolah Rendah Zainab). Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur (kini dikenali Kolej Tunku Kurshiah, Seremban). Setelah itu beliau telah belajar di St. Francis Institution, Melaka sehingga lulus Higher School Certificate pada tahun 1959. Pada 1965 beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik daripada Universiti Malaya. Seterusnya pada tahun 1975, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA. Kerjaya akademik pula telah bermula dengan perlantikan beliau tutor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1963. Sepanjang kerja beliau telah berjawatan pensyarah, professor madya dan dilantik Professor Pengajian Melayu. Antara sumbangan beliau dapat dilihat dari jawatan yang beliau sandang, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali iaitu di antara 1982 sehingga1983 dan 1992 sehingga 1994 , Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 984 sehingga 1986 dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu dari tahun 1990 sehingga 1992.

Sementara di antara tahun 1989 hingga 1990, beliau telah dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Di sini beliau terus menabur berbakti dalam perjuangan mengutuhkan bahasa Melayu bukan sahaja di tanahair tetapi juga di seluruh 22

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

dunia. Ini dilihat dari perlantikan beliau selama 14 tahun dalam Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM). Selain itu beliau merupakan ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). Kepakaran beliau telah menjadikan beliau pakar rujuk bahasa yang sering dijemput. Beliau ada memberi khidmat kepada Kementerian Pelajaran Singapura dan Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam. Memandangkan kegigihan beliau ini maka tidaklah beliau adalah salah seorang pengasas Persatuan Linguistik Malaysia dan pernah menjadi Presiden selama 18 tahun. Kini beliau menjadi penasihat persatuan tersebut.

2.54

Aspek Tatabahasa Transformasi Genaratif Oleh Nik Safiah Karim

Menurut Nik Safiah Karim (1993), adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Struktur dalaman ialah struktur yang mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau membentuk semantik ayat. Struktur permukaan ialah struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya. Ia juga merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa atau komponen fonologi. Contohnya:

Ayat Dasar (struktur dalaman)

Ayat Transformasi (struktur permukaan)

Encik Ali bukan guru. Encik Ali guru. Encik Alikah guru? Siapakah Encik Ali? Encik Ali ialah guru di Sekolah Menengah Ismail Petra.

Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. Rumus-rumus tersebut ialah Rumus Struktur Frasa (RSF) dan Rumus Transformasi (RT). RSF akan membentuk ayat dalaman manakala Rumus Tranformasi akan menerbitkan ayat 23

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

pada peringkat permukaan. Ayat-ayat yang terhasil daripada kedua-dua bentuk biasanya mempunyai persamaan. Ayat yang terhasil daripada struktur dalaman akan menjadi input kepada pembentukan ayat pada peringkat permukaan. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu.

2.55

Contoh Tatabahasa Transformasi Generatif

Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Isi Bahagian l - Sejarah dan Variasi Bahasa Bab 1 - Sejarah Ringkas Bahasa Melayu Bab 3 - Morfologi Satu Pengenalan 24 Bab 11 - Sintaksis: Satu Pengenalan Bahagian ll - Morfologi Bahagian lll - sintaksis

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Bab 2 - Variasi Bahasa Melayu

Bab 4 - Pembentukan Kata Bab 5 - Golongan Kata Bab 6 - Kata Nama Bab 7 - Kata Kerja Bab 8 - Kata Adjektif Bab 9 - Kata Tugas Bab 10 - Pembentukan Perkataan Baharu

Bab 12 - Frasa Nama Bab 13 - Frasa Kerja Bab 14 - Frasa Adjetif Bab 15 - Frasa Sendi Nama Bab 16 - Ayat Bab 17 - Ayat Tunggal Bab 18 - Ayat Majmuk Bab 19 - Proses Penerbitan ayat

Rajah 6:

Daftar Isi : Tatabahasa Dewan Edisi ketiga

Berdasarkan tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan penting terhadap pasarana pendidikan di Malaysia khususnya merangkumi sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Tatabahasa ini dilihat bersifat alran transformasi genaratif. Ini terbukti Nik Safiah Karim mendapat Ijazah Kedoktoran Di Universiti Ohio, Amerika pada tahun 1975. Berdasarkan aliran linguistik tranformasi genaratif yang bermula di Amerika, bukti penerimaan penuh terhadap aliran ini justeru golongan ini secara terang-terangan menolak cara atau kaedah pengaliran aliran lain. Misalnya kata adverba hanya dimasukkan atas pelabelan Kamus Dewan sahaja. Di samping itu, nahu ini dikatakan bersifat preskriptif terhadap struktur pasif dan pengimbuhan perkataan pinjaman. Antara lain penggunaan bahasa pada tahap struktur permukaan dan struktur dalaman. Rumusannya, nahu ini melibatkan dua aspek morfologi dan sistaksis.

2.56

Karya Nik Safiah Karim Panaroma Bahasa Melayu Sepanjang Zaman :Universiti Malaya Publication, 2010. Kamus bergambar generasi baru KBSR: bahasa Malaysia . Jawi . bahasa Arab . bahasa Inggeris / Othman Puteh, Talib Abdullah, L. Shirley, disemak oleh Nik Safiah Karim, Abd. Rauf Dato' Haji Hassan.: Oxford Fajar, 2009.

3.Tatabahasa dewan / Nik Safiah Karim ... [et al.]. ; DBP , 2008. 4.Teks Bahasa Melayu STPM : Nik Safiah Karim, Wan Malini Ahmad.:Fajar Bakti, 2006. 25

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Kamus komprehensif bahasa Melayu / Arbak Othman & disemak Nik Safiah Karim. :Fajar Bakti, 2005. Tan Sri Fatimah : potret seorang pemimpin / Nik Safiah Karim, Rokiah Talib Nik Safiah binti Haji Abdul Karim, Datuk, 1939- : Subang Jaya, Selangor : Pelanduk Publications, 2003. Ekplorasi : Bahasa Malaysia KBSM Tingkatan 4 / Shamsudin Othman dan Noraini Jamaluddin ;penasihat projek Nik Safiah Karim dan Othman Puteh : Fajar Bakti. : 2003.

. 2.57

Bimbingan pelajar bahasa kita Jilid 1 : 'K' Publishing, 2003. Bimbingan bahasa kita Jild 2 : 'K' Publishing, 2003. Bahasa Melayu Kertas 2 / Muhamad Khairul Syafiq ,Penasihat Projek Nik Safiah Karim : Fajar Bakti, 2001. 5.Malay grammar for academics and professionals ; DBP, 1995. BAHASA dan undang-undang / penyusun Nik Safiah Karim dan Faiza Tamby Chik ; DBP, 1994 Wanita Malaysia : harapan dan cabaran :'K' Publishing & Distributors, 1990. Sosiolinguistik bahasa Melayu dan pengajaran : Fajar Bakti, 1988. Bahasa Malaysia progresif dewan tingkatan 1 / Nik Safiah Karim, Awang Sariyan & Ahmad Haji Tahir.:Kementerian Pendidikan Malaysia, 1987. Sosiolinguistik : satu pengenalan / Peter Trudgill ; terjemahan, Nik Safiah Karim. ; DBP, 1984. Women in Malaysia / (editor), Hing Ai Yun, Nik Safiah Karim, Rokiah Talib.: Pelanduk Publications, 1984. Isu-isu Bahasa Malaysia / Awang Sariyan ; dengan kata pengantar oleh Nik Safiah Karim. : Fajar Bakti, 1984. Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa Melayu ; DBP, 1981.

Kesimpulan

Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky dan diteruskan oleh Nik Safiah Karim memberi impak kepada arus perkembangan tatabahasa sejagat. Aliran tersebut telah memberi satu dimensi baru dalam suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini telah mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa 26

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

sebelumnya. Pendekatan tatabahasa transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu di Malaysia. Penerapan ini dilakukan dengan beberapa pengubahsuaian dengan kehendak dan kriteria bahasa Melayu.

3.0

Sejarah Perkembangan Ejaan Jawi

Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan manusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan oleh satu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205). Tulisan pula lahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam bentuk yang bukan hanya dimengerti sendiri tetapi oleh orang lain juga.

27

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama. Sebelum Bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna. Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno (tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa. Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain. Hingga abad ke-14, Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa, iaitu Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab. Pengaruh pertama terhadap Bahasa Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India. Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam budaya Melayu. Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14, iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu.

Bahasa Sanskrit dianggap asas kepada Bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini. Tulisan Bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya. Namun begitu, muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah Bahasa Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekiawan Melayu mengenal pasti bunyi Bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam Bahasa Arab. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang sedia ada. Pengaruh Bahasa Arab ( Batu Bersurat Terengganu) Gambar batu bersurat

28

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Batu bersurat (Rajah 1.2) memperlihatkan pengaruh Bahasa Arab mula menjalar masuk ke dalam Bahasa Melayu. Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkan satu perubahan radikal terhadap Bahasa Melayu. Tulisan pada batu bersurat tersebut memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi. Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad Bahasa Melayu dengan agak lengkap. Misalnya, abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurat tersebut. Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lainlain. Didapati juga bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu bersurat Kuala Berang itu hanya huruf q,v,x, dan z sahaja yang tidak ditemui. Namun demikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa huruf q dan z tidak ada pada zaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya wujud dalam huruf Arab, iaitu Qaf dan Zai. Pada masa tersebut juga, penulisan kitab agama mahupun kesusasteraan berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaan yang diberikan oleh kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dan kesusasteraan bercorak Islam. Para pujangga telah diberikan layanan istimewa. Oleh itu, kita dapati perkembangan tulisan Jawi, sedikit demi sedikit, mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu.

Zaman Kegemilangan Islam di Alam Melayu

29

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu. Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah Bahasa Arab yang mulai mendapat tempat dalam kalangan penganut agama Islam di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India bertukar menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi. Perkataan Jawi ini bermaksud orang Jawa atau berasal dari tanah Jawa. Penulis-penulis Arab pada zaman klasik termasuk Ibn Batutah dalam bukunya al-Rehlah menggelarkan pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab memanggil orang Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu yang menggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini dicampuradukkan dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf dengan lima huruf tambahan bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. Lima huruf bukan Arab yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca ( ) , Nga ( ) , Pa () , Ga () , dan Nya ( ) . Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi yang lazim disebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru daripada huruf Arab yang seakan-akan sama bentuknya. Zaman Kerajaan Islam Pasai Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak di Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi (Wikipedia, 2008).

30

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Sistem Ejaan Jawi Sistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh Bahasa Arab dan Melayu. Unsur Arab dan Melayu mengalami dua tahap perkembangan. Pada tahap pertama, ejaannya menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mashaf suci al-Quran. Penggunaan baris ini bertujuan mendapatkan bunyi yang betul tetapi mengambil masa yang lama untuk menulisnya kerana terlalu banyak tanda diakritik yang digunakan. Pada tahap kedua tanda baris tersebut dihilangkan. Walau bagaimanapun, bentuk ini sukar dibaca oleh mereka yang baharu belajar Jawi kerana memerlukan masa untuk menguasai dan menggunakannya. Oleh itu, tidak lama kemudian lahirlah huruf Jawi versi Melayu yang merupakan ejaan yang menggunakan huruf saksi atau huruf vokal, iaitu Alif, Wau dan Ya. Dalam buku William Marsden, A Dictionary of the Malayan language (1812) dan buku R.J. Wilkinson (1903), didapati bahawa terdapat ejaan yang bercampur dari segi pemilihan huruf. Oleh itu, pada tahun 1930-an, muncul ahli-ahli bahasa yang cuba menyusun ejaan Jawi secara berasingan. Antaranya ialah Mejar Dato Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman daripada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm. P.B. DiRaja Johor) dan Zainal Abidin Wahid atau lebih dikenali dengan panggilan Zaba daripada Maktab perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm. P.B. DiRaja Johor) Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P. Bm. P. B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937, dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin Bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939.

31

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor disusun dalam bentuk risalah yang berjudul Risalah Bagi Helaian P.Bm. P.B. DiRaja Johor yang mengandungi 25 halaman dan diterbitkan pada tahun 1937 dengan menggunakan huruf Jawi. Sistem ejaan ini agak ringkas dan kata dieja mengikut bagaimana satu-satu suku kata dibunyikan. Kaedah ini juga mewujudkan huruf Alif ke belakang apabila wujud imbuhan pada kata dasar. Dalam panduan ini juga terdapat peraturan ejaan kata dalam bentuk gabungan kata yang digunakan dalam surat rasmi kerajaan Johor dan juga dalam Buku Katan Melayu.

Sistem Ejaan Zaba Sistem Ejaan Zaba pula dilengkapkan pada tahun 1938 dalam sebuah buku berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ini mempunyai persamaan dengan Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor. Bezanya keterangan yang diberikan agak panjang. Sistem ini juga digunakan oleh guru pelatih di MPSI. Penggunaannya juga kemudian agak meluas dan sebahagiannya digunakan dalam penerbitan Utusan Melayu pada tahun 1939. Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi Daftar ejaan Melayu Jawi Rumi yang awal diusahakan oleh Zaba. Buku ini mengandungi huraian terperinci tentang tulisan Jawi dan Rumi, petua-petua ejaan Jawi, senarai kata Melayu, dan petua ejaan Rumi. Buku ini diusahakan oleh Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaba dan diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim pada tahun 1946 yang tergolong dalam The Malay School Series No. 31. Bahagian awal buku ini menghuraikan tentang tulisan Jawi dan Rumi. Daftar ini disusun mengikut kaedah Jawi-Rumi, iaitu ejaan Jawi dahulu disusun mengikut susunan abjad JawiRumi, kemudian diberikan ejaan Rumi setentang dengan perkataan tersebut. Kaedah ejaan yang digunakan ialah kaedah ejaan Jawi menurut kecenderungan ahli-ahli sekolah semenjak 40 tahun yang lalu serta kecenderungan sebilangan penulis Melayu. Kaedah ejaan Jawi ini menurut kaedah yang diatur oleh jawatankuasa merumikan tulisan Melayu yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Persekutuan pada awal abad ke-19. Bahagian akhir buku ini menjelaskan sistem atau peraturan ejaan kata Bahasa Melayu yang menggunakan tulisan Rumi dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Zaba. 32

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Daftar Ejaan Rumi-Jawi

Berdasarkan PEJYD (1987), Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun Daftar Ejaan Rumi-Jawi Gambar(Rajah .3) yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan Daftar ejaan Rumi-Jawi kini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar ejaan ini memuatkan senarai perkataan umum dan istilah dalam Bahasa Melayu dibuat menurut abjad Rumi dan panduan Jawi diberikan sebelahnya. Hampir keseluruhan Daftar ini menyenaraikan kata dasar. Penulisan kata terbitan atau kata berimbuhan diterangkan di dalam pendahuluan yang lengkap dengan contoh-contohnya. Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan Bahasa Arab yang menekankan huruf saksi (vokal): Alif, Wau dan Ya. Antara sistem ejaan Jawi yang terkenal ialah Ejaan P.Bm P.B. diRaja, Sistem Ejaan Zaba, Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dan Sistem Ejaan Dian. Penyemakan dan rujukan ejaan Jawi daftar ini dibuat berdasarkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dan sumber lain, iaitu Daftar Ejaan Melayu Zaba (1949), daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia DBP (1982),

33

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Istilah Agama Islam DBP (1986); Pedoman Transliterasi Arab ke Huruf Rumi DBP (1984) dan Kamus Dewan (1984).

Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian pendahuluan dan bahagian daftar kata. Bahagian pendahuluan menerangkan panduan bagi menggunakan daftar dan kaedah penyusunan daftar yang meliputi penggunaan abjad dan huruf Jawi, perkataan yang dimasukkan (terdiri daripada kata dasar satu suku kata, kata dasar dua suku kata, kata dasar tiga suku kata atau lebih, kata pinjaman, kemasukan kata ulang); penulisan imbuhan, penulisan partikel; dan penulisan kata singkat. Bahagian kedua daftar ini memuatkan pula perkataan yang disusun mengikut abjad Rumi serta padanan Jawi. Keseluruhan daftar menyenaraikan kata dasar. Penulisan kata berimbuhan atau kata terbitan dijelaskan dalam bahagian pendahuluan.

Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan Sistem ejaan ini diolah semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melahirkan Sistem Ejaan Jawi yang Disempurnakan. berikut (Ismail Dahman, 1991): a. Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemaskini yang sekali gus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986). b.Untuk memperbaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba. c.Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan Bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri-ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 dan seterusnya. 34 Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan seperti

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh Y. B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera". Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan. Bidang tugas jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba (Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949) , Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah Dian) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitan Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad, serta beberapa penerbitan Jawi yang lain.) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk mereka yang fasih dalam Bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand. Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh peserta konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985,

35

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (seterusnya disebut PEJYD). Pada tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD tahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD yang sama pada tahun 1987.

5.1.6

Pedoman Ejaan Jawi Yang disempurnakan (PEJYD)

Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua. 1987; edisi ketiga, 1993). Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Zaba (sebagaimana yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu yang termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang diselaraskan selepas itu, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut: a.Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993. 36

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

b.Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989. Tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan Bahasa Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf tertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu perkataan. Abjad Jawi Bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun seperti di Jadual 6.2.

Huruf Jawi

Nama alif ba ta Ta matutah Sa [tha] jim ca a],ha[h kha [khO] dal zal [dhal] ra [rO] zai sin syin, sy Od],sad [s Od],dad [d O],ta [t O],za [z 37

Padanan Rumi a b t t/h s, (th) j c ),h, (h kh d z,(dh) r z s sy,(sh) ),s, (s ),d, (d ),t, (t ),z, (z

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

ain [ain] ghain nga fa pa qaf kaf ga lam mim nun wau va ha hamzah

awal: a, i, u akhir: k, () gh ng f p k, q, (q) k g l m n w,u,o v h awal: gugur akhir: k, ()

ya ye [ye] ny

y, i, e taling e pepet akhir ny

Jadual 6.2: Abjad Jawi, Bahasa Melayu Catatan 1: Huruf di dalam tanda kurung ialah padanan untuk transliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi dan padanan untuk mengeja istilah khusus daripada Bahasa Arab. Catatan 2: Huruf 3 (ta marbutah) disepadankan dengan huruf Rumi h dan t; dan t bagi padanan transliterasi.

38

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Pengenalan Penterjemahan merupakan aktiviti mentafsir sesuatu teks dan menerbitkan semula teks tersebut dalam bahasa yang lain. Tujuan penterjemahan adalah untuk membawa makna yang sama dengan sesuatu karya bahasa asing (teks sumber). Penterjemahan memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan tamadun dunia dan aktiviti untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Menurut Newmark (1981) penterjemahan merupakan satu kesenian yang mengandungi usaha untuk menggantikan mesej atau pernyataan bertulis dalam sesuatu bahasa dengan mesej atau pernyataan yang sama dalam bahasa lain.

DEFINISI TERJEMAHAN Takrif terjemahan dari segi sejarah boleh dilihat daripada perkataan terjemah berasal daripada perkataan Arab tarjamah yang membawa maksud mentafsirkan perkataan dengan mengunakan perkataan dalam bahasa yang lain. Maksud moden perkataan terjemah boleh dilihat di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat di mana kamus tersebut mendefinisikan perkataan terjemah sebagai ... pindahan (karangan dan lain-lain) daripada suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain.... Di samping itu, secara literalnya, penterjemahan boleh dikatakan sebagai teknik menggantikan perkataan-perkataan daripada satu bahasa ke bahasa yang lain. Definisi terjemahan harus dilihat daripada sudut yang menyeluruh supaya ianya jelas kepada mereka yang ingin tahu akan maksud sebenar terjemahan. Terdapat pelbagai jenis definisi yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh penterjemahan, walaubagaimanapun, definisi yang paling tapat dalam konteks terjemahan moden adalah yang telah disuarakan oleh Eugene A. Nida di mana beliau mengatakan bahawa terjemahan merupakan penyalinan semula ke dalam bahasa penerima maklumat daripada bahasa asal dalam bentuk persamaan terdekat dan bersahaja, pertama dari segi makna dan kedua dari segi gayanya.

39

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Terjemahan jenis bersahaja ini disebut sebagai terjemahan dinamis dan takrif terjemahan oleh Eugene A. Nida telah diterima pakai oleh segenap lapisan masyarakat yang mempraktikkan kerja-kerja penterjemahan. Terjemah dari segi menyeluruh dan bersahaja ini memberi kesan di mana pembaca tidak dapat membezakan atau mengenalpasti sama ada teks yang dibaca merupakan teks terjemahan atau tidak.

Teknik-Terjemahan Secara terus Teknik terjemahan jenis ini dikenali juga sebagai terjemahan harafiah dan lateral. Perkataanperkataan dalam teks bahasa sumber diterjemahkan satu persatu dengan perkataanperkataan yang sepadan dengan bahasa sasaran. Perkataan bahasa sasaran yang sepadan dengan bahasa sumber tidak semestinya mengandungi makna asal perkataan atau teks bahasa sumber.

Secara struktural Teknik terjemahan secara struktural ialah teknik terjemahan dengan teks asal dalam bahasa sumber dipisahkan kepada ayat-ayat dan frasa. Terjemahan dilakukan kepada pecahanpecahan ayat itu dengan memberi keutamaan terhadap bahasa sumber. Betuk ayat, struktur ayat, golongan kata, kelas kata, tanda baca dan makna bahasa sumber mesti dikekalkan.

Secara global Terjemahan secara global merupakan teknik terjemahan secara keseluruhan dan mengutamakan pemahaman pembaca. Penterjemah bebas menyesuaikan perkataan bahasa sumber dengan perkataan-perkataan bahasa sasaran.

40

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

Menterjemah bahan autentik secara teknik global. Biology First Patients To Receive Stem Cell / Biologi Pesakit Pertama Menerima Transplan Sel Stem. By the end of August, patients will have Pada hujung bulan Ogos, pesakit-pesakit

started going under the knife in the worlds akan mula menjalani pembedahan dengan first clinical trial of stem cell-based organ percubaan pertama klinikal transplan organ transplants, funded by the UKs Medical berasaskan sel stem yang dibiayai oleh Research Council. The trial will Majlis Penyelidikan Perubatan UK.

involve patients who have Percubaan ini akan melibatkan pesakit yang kerosakan masalah peti suara, bernafas,

suffered damage to their voice box and have mengalami difficulty swallowing. breathing, speaking, and mempunyai

semasa

bercakap, dan menelan.

This can often be the case after surgery Situasi ini kerap timbul selepas pembedahan when a patient has required help breathing. ketika pesakit memerlukan bantuan

pernafasan. Martin Birchall and his colleagues have Martin Birchall dan rakan-rakan sekerjanya already used patients own stem cells to telah menggunakan sel stem pesakit-pesakit save the lives of two seriously ill patiens, but mereka untuk menyelamatkan dua nyawa now they want to make the technology a pesakit yang kritikal, tapi kini mereka ingin routine treatment. menjadikan teknologi ini sebagai rawatan rutin. To grow the transplant tissue, the stem cell Untuk membiakkan tisu transplan, stem cell 41

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

will first be taken from the hip of the patient, akan diambil dari pinggul pesakit, seterusnya and then brought back to the laboratory to be dibawa ke makmal untuk dibiakkan. grown and expanded. Chemical signals are then used to transform Isyarat kimia kemudiannya digunakan untuk the cells into cartilage, before being grafted mengubah sel-sel tersebut kepada tulang onto a scaffold that has been make stripping rawan sebelum dicantumkan ke atas sebuah away the cells from the organ conventional transplant donor. of a aram-aram memisahkan yang sel telah sel dihasilkan daripada dari organ

penyumbang transplan konvensional. The team already has a store of donor Kumpulan scaffolds. tersebut mempunyai banyak

aram-aram dari penyumbang-penyumbang.

We have a range of transplant donors and Kami for the patient ], explains Birchall.

mempunyai dan

banyak

penyumbang kami

then we defrost the one thats the right size [ transplan

kemudiannya

menyahbekukan yang mana mempunyai saiz yang sesuai [untuk pesakit], terang Birchall.

Once the transplant has been grown from Apabila transplan tersebut telah tumbuh dari the patients own stem cells, a surgeon will sel stem pesakit sendiri, suatu potongan cut it to the right shape while fitting it akan patients larynx. dilakukan bagi membentukkan ia

menjadi bentuk yng palin sesuai untuk dimuatkan ke dalam peti suara pesakit.

Because these lab-grown transplants are Oleh kerana ini adalah transplan yang made from the patients own cells, they dontt bercambah di dalam makmal ini dihasilkan run the same risk of imune system rejection dari sel pesakit sendiri, mereka tidak akan the conventional donor orgon do. mengalami pertahanan risiko badan penolakan sepertimana system organ

penderma konvensional. This wil be the first time these technologies Teknologi ini akan menjadi yang pertama have been trialled in a proper, controlled untuk dilakukan secara betul dengan enviroment, says Birchall, who hopes that, if keadaan persekitaran yang terkawal, kata successful, the technique will be used for Birchall, yang berharap bahawa, jika berjaya, other types of organ tranplants. teknik 42 ini juga akan digunakan untuk

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

beberapa jenis transplan organ yang lain.

Hashim bin Hj Musa, 1999, Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi (A History of the Development of Jawi Script), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

43

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR

BBM3112-SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU,PERKAMUSAN DAN TERJEMAHAN

2014

44

DISEDIAKAN OLEH : ROHAYATI BT ABDUL SHUKOR