Anda di halaman 1dari 14

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)[1] yang dahulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), merupakan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di negara Malaysia. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1. Latar Belakang Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping itu usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek

pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk mempercepat serta memperkukuhkan cita-cita ke arah mewujudkan perpaduan negara. Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesakapabila berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut pekerjaan. Di samping itu digubal Rukunnegara yang menggariskan lima rukun sebagai asas pegangan dan panduan setiap rakyat di negara ini. Di bidang pendidikan, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan. Dalam Laporan jawatankuasa ini matlamat perpaduan ditegaskan semula. Di samping itu Laporan ini juga meluaskan lagi matlamat pendidikan negara meliputi: matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, hal. 1). Ringkasnya, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara yang baik yang memiliki cirri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Lebih lanjut lagi Laporan tersebut menghuraikan ciri-ciri seorang warganegara yang baik. Ciri-ciri tersebut ialah: (a) keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia; (b) menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, bersedia bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna, menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina, dan bersedia berkhidmat untuk negara; (c) boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan negara. Untuk menjayakan pembentukan warganegara yang berdisiplin dan bertatasusila, Laporan Jawatankuasa Kabinet memperakukan supaya murid-murid bukan Islam diajar Pendidikan Moral dan Etika.Pengajaran Pendidikan Islam pula diperbaiki serta diperkukuhkan. Ubahsuaian-ubahsuaian juga dilakukan dalam kurikulum untuk menemui dan memenuhi hasrat menghasilkan warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada negara.Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Justeru itu sistem pendidikan harus menerima cabaran tersebut kerana proses perkembangan sesuatu masyarakat sentiasa dikaitkan secara langsung dengan sistem pemdidikan. Dalam konteks ini Laporan Jawatankuasa Kabinet menjelaskan: Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembanguan kemanusiaan. Dengan mengambilkira pernyataan dan perakuan di atas, system pendidikan negara mesti digerakkan untuk menemui serta memenuhi cita-cita tersebut. 2. Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pedidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini. Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara dipernyatakan seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama. Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik iani secara automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka ini hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri yang berikut: _ percaya dan patuh kepada Tuhan; _ berilmu pengetahuan;

_ berakhlak mulia; _ bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; _ berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara; Dan _ memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. 3. Huraian Falsafah Pendidikan Negara Memperkembangkan Potensi Individu Potensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu semenjak ia dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yang merupakan anugerah Tuhan. Bakat-bakat ini perlu dicungkil, diperkembangkan dan dipertingkatkan secara berterusan. Menyeluruh dan Bersepadu Kesemua bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan secara optimum. Pengembangan itu pula hendaklah dilakukan zecara tergabung dan saling berkaitan di antara satu sama lain. Insan yang Seimbang dan Harmonis Manusia yang semiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinya dikembangkan secara selaras, menyeluruhdan harmonis. Ia menjadi insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh kerana itu ia dapat menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki bukan sahaja bermanfaat pada dirinya, malahan ia tercermin dalam hubunganya dengan orang lain, dengan alam sekitaran dan dengan Maha Pencipta. Perhubungan-perhubungan ini tidak dihadkan oleh batas sempadan negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan antarabangsa. Unsur Intelek Unsur Intelek mengandungi aspek-aspek berikut: _ hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kemakmuran; _ daya pemikiran yang kreatif dan inovatif; _ daya pemikiran yang logik dan analitis; _ ilmu yang bermanfaat. Unsur Rohani dan Emosi Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut : _ keyakinan terhadap Tuhan; _ kepercayaan beragama; _ kemantapan jiwa; _ penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat; _ berbudi pekerti mulia; _ berbakti dan berkorban Unsur Jasmani Ciri-ciri unsur jasmani ialah : _ kecergasan fizikal dan kesihatan diri; _ dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada Tuhan Usaha-usaha ke arah ini dapat melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya. Keyakinan ini pula menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukumhukum Tuhan dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam. Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan _ Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. Manusia yang memiliki sifat-sifat ini akan menggunakan ilmu tersebut untuk manfaat diri dan orang lain. Ini bermakna setiap individu mesti berusaha untuk menghayati prinsip pendidikan sepanjang hayat. Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia _ Masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin dan bersepadu. Sifatsifat mulia ini terbentuk dari dalam diri setiap rakyat. Sifat-sifat mulia ini juga mesti berteraskan ilmu, keyakinan dan amalan. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab _ Masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada amanah dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan, bangsa dan negara.Masyarakat ini adalah masyarakat yang produktif,bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Menikmati Kesejahteraan Diri _ Masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang damai dan tenteram.Ini membolehkan setiap individu emperkembang dan memanfaatkan seluruh potensi dirinya bagi memenuhi keperluan sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan _ Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbirkan alam. Masyarakat ini mampu menggunakan teknologi dengan cekap bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan Negara. Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara

_ Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain, bekerjasama, hormat-menghormati dan mencapai perpaduan kaum. Dengan adanya perpaduan muncul keadaan yang aman, tenteram dan stabil. Suasana yang sihat dan positif membantu dan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan. 4. Penutup Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam system dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Ogos 1988

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan. Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang. Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka. Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, MATLAMAT, OBJEKTIF DAN ORGANISASI KANDUNGAN

Pengenalan Sistem pendidikan format atau moden di Tanah Melayu bermula sejak zaman penjajah Inggeris. Sekolah pertama dibina ialah Penang Free School. Walau bagaimanapun, usaha Inggeris itu sebenarnya bukan bertujuan untuk memajukan orang Melayu, melainkan untuk menghalalkan penjajahan. Selain itu, ia bertujuan untuk mengelakkan tuduhan penindasan terhadap rakyat Malaysia daripada parti-parti politik di Britain dan pertubuhan dunia. Usaha menjadikan sistem pendidikan ke arah membentuk negara bangsa bermula selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Penyata Razak (1956) telah menjadi asas pengubalan Ordinan Pelajaran 1957. Ordinan ini menyarankan satu sistem pelajaran yang memenuhi keperluan negara diwujudkan. Bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia atau bahasa Inglish) telah dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah. Laporan Penyata Razak, ... hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar .... Laporan Penyata Rahman Talib (1960) menyarankan agar laporan Penyata Razak dipertingkatkan. Ia menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menghendaki sistem pendidikan negara diperkemaskan agar lebih berkesan. Cadangan Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib yang menghendaki satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam untuk semua kaum dengan menggunakan bahasa sama sebagai bahasa pengantar terbukti sangat penting apabila pada 13 Mei 1969 berlaku rusuhan kaum. Kebaikan utama peristiwa berdarah itu ialah memberi kesedaran kepada kerajaan, khususnya pemimpin politik, agar mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi. Sejak itu kerajaan menggubal banyak dasar yang bertujuan merapatkan hubungan kaum dan perpaduan. Pelbagai dasar telah diperkenalkan, termasuk Rukun Negara yang bertujuan; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mencapai perpaduan erat rakyat pelbagai kaum; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memelihara satu cara hidup demokratik; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mencipta satu masyarakat adil dan menikmati kemakmuran secara bersama dan saksama; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menjamin satu masyarakat liberal terhadap kebudayaan; dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan Sains dan Teknologi moden. Usaha mencapai cita-cita di atas adalah berlandaskan lima prinsip, sebagaimana yang berikut; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kepercayaan kepada Tuhan; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kesetiaan kepada raja dan negara; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Keluhuran perlembagaan; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kedaulatan undang-undang; dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kesopanan dan kesusilaan. Kesan positif lain peristiwa 13 Mei 1969 ialah pengisytiharan Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini bertujuan membina perpaduan dan kemajuan rakyat melalui serampang dua mata, iaitu;

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Membasmi kemiskinan dengan meninggikan taraf pendapatan dan menambahkan peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mempercepatkan proses penyusunan masyarakat Malaysia untuk membaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang agar dapat mengurangkan dan akhirnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Bagi menyokong usaha-usaha kerajaan di atas, pada tahun 1974, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi mengkaji sistem pelajaran negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet agar sistem pendidikan negara dapat melahirkan masyarakat bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Ciri-ciri masyarakat yang dikehendaki ialah; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai rakyat Malaysia; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menghormati dan mematuhi undang-u ndang serta perraturan, berdasarkan bekerja atau membuat sesuatu hingga sempurna, menghormati hak-hak individu, mengamalkan ti ngkah laku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghhormati dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina, dan bersedia berkhidmat untuk negara; dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mendapat pendidikan dan latihan supaya boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan negara. Untuk mencapai cita-cita di atas, Jawatankuasa Kabinet mengemukakan beberapa perakuan yang bertujuan meningkatkan mutu pendidikan negara. Perakuan tersebut ialah; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Pendidikan peringkat asas memberikan penegasan dalam bidang membaca, menulis dan mengira; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memenuhi kehendak pendidikan ke arah perkembangan individu secara menyeluruh; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memenuhi pendidikan negara ke arah perkembangan bakat kanak-kanak; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Meningkatkan pengetahuan, nilai disiplin, kemahiran yang pelbagai dan berdedikasi; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Berfikir dan bertindak dengan baik berpandukan akhlak yang mulia; dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Individu yang dihasilkan dalam sistem pendidikan negara adalah selaras dengan pembanugnan kemanusiaan. Laporan Jawatankuasa Kabinet menjadi asas Kementerian Pendidikan Malaysia menggubal dan melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan mulai tahun 1982, dan Kurikulum Bersapadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dilaksanakan mulai tahun 1988. Berlandaskan hasrat dan cita-cita yang terkandung dalam Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet, Rukun Negara dan dasar-dasar kerajaan, maka Kementerian Pendidikan telah merangka satu falsafah pendidikan sebagai pegangan dan arah tuju pendidikan nasional. Penyataan Falsafah Pendidikan, Matlamat dan Objektif Pendidikan <!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan merupakan tonggak kemajuan, sama ada kemajuan individu, masyarakat mahupun negara. Pendidikan juga menentukan corak manusia dan masyarakat. Manusia yang berpendidikan lebih berdisiplin berbanding manusia yang tidak mendapat pendidikan sempurna. Pendidikan yang sempurna dan berkesan dapat diperoleh apabila wujud satu sistem yang teratur. Dalam sistem itu digarisi visi dan misi, matlamat, peraturan dan undang-undang. Antara aspek pendidikan sempurna dan bersistem ialah apabila digubal satu falsafah pendidikan yang seragam untuk semua bangsa

dalam sebuah negara berdaulat. Pada awalnya, falsafah pendidikan dalam sistem pendidikan Malaysia dinamakan Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana di bawah. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Sekitar akhir tahun 1990-an, penyataan falsafah pendidikan itu disemakan dan diperkemaskan. Kini ia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana di bawah. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. <!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->Matlamat Pendidikan Bagi mencapai pelaksanaan falsafah, Kementerian Pendidikan telah merangka satu sukatan pelajaran bagi setiap subjek yang diajar di sekolah. Untuk Bahasa Melayu dinamakan Sukatan Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Melayu untuk digunakan di sekolah rendah, manakala Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bahasa Melayu untuk kegunaan di sekolah menengah. Dalam sukatan berkenaan digarisi satu matlamat pendidikan, iaitu; Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan ini untuk memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. <!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->Objektif Pendidikan Setiap sukatan mata pelajaran bagi sekolah rendah dan menengah mempunyai objektif masing-masing. Objektif ini akan berubah-ubah setiap kali semakan dilakukan. Hal ini bagi memenuhi keperluan semasa dan demi satu sistem pendidikan yang berkesan. Objektif Sukatan Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Melayu (edisi semakan) cetakan tahun 2003 ialah sebagaimana di bawah. <!--[if !supportLists]--> I. <!--[endif]-->mendengar dengan teliti serta memahami dan menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal; <!--[if !supportLists]--> II. <!--[endif]-->bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi; <!--[if !supportLists]--> III. <!--[endif]-->berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara; <!--[if !supportLists]--> IV. <!--[endif]-->membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; <!--[if !supportLists]--> V. <!--[endif]-->menyemai budaya membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; <!--[if !supportLists]--> VI. <!--[endif]-->memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;

<!--[if !supportLists]--> VII. <!--[endif]-->mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; <!--[if !supportLists]--> VIII. <!--[endif]-->menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis; <!--[if !supportLists]--> IX. <!--[endif]-->menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan <!--[if !supportLists]--> X. <!--[endif]-->menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cinta akan negara. Pengenalan Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mempunyai beberapa bahagian, iaitu Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. <!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Kemahiran Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memberikan maklum balas dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan. Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan pendapat, perasaan, maklumat serta idea yang bernas dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Lazimnya Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur dijalankan serentak dan dikenali sebagai Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Hal ini disebabkan, dalam Kemahiran Mendengar akan melibatkan pertuturan. Kemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca ayat dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Manakala, Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan cantik. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka bagi menghasilkan penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif. <!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->Hasil Pembelajaran Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dicapai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran bahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, hasil pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. <!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->Sistem Bahasa Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan, dan sebutan dan intonasi. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat mata-mata pelajaran di peringkat rendah. <!--[if !supportLists]-->(d) <!--[endif]-->Pengisian Kurikulum

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan aspek ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosio-budaya, dan kemahiran bernilai tambah. Setiap bahagian (a) (d) akan dibincangkan secara lebih khusus di bawah tajuk masing-masing. Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Matlamat dan Objektif Terdapat 13 tuntutan atau hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kesemua tuntutan atau hasrat itu mempunyai perkaitan dengan Matlamat Pendidikan dan Objektif Pendidikan. <!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->Pendidikan Suatu Usaha Berterusan Dalam Islam, pendidikan seseorang bermula sejak menjatuhkan benih hingga seseorang itu tamat hayat usianya. Islam menuntut benih yang halal melalui hasil perkahwinan. Ibu yang hamil (juga bapa) dituntut berkelakuan sopan, membaca al-Quran dan bercakap-cakap dengan janin dalam kandungannya. Perbuatan itu dipercayai boleh mempengaruhi pembesaran janin. Setelah dilahirkan, kanak-kanak diasuh dengan didikan agama, budi perkerti, mengenal adab budaya bangsa hingga menerima pendidikan secara formal. Walaupun sudah tamat alam persekolahan, manusia masih dituntut untuk terus belajar, meningkatkan pengetahuan, kematangan dan kepakaran. Sebenarnya, proses pendidikan terus berlangsung dalam diri seseorang. Hal ini selaras dengan Matlamat pendidikan agar manusia terus menimba ilmu, dan Objektif Pendidikan ke V, iaitu menyemai budaya membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan; <!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->Perkembangan Potensi Individu secara Menyeluruh dan Bersepadu Dalam al-Quran Surah At-Tiin ayat 4 Allah berfirman yang bermaksud, Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya. Ayat ini merupakan pengakuan Allah bahawa setiap manusia telah dicipta dengan sempurna dan setiap individu mempunyai potensi untuk maju. Yang tinggal kini ialah usaha menggerakkan potensi individu dalam diri seseorang. Oleh sebab itu, Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. Bahasa merupakan salah satu alat yang dapat menggerakkan potensi individu. Peguam menang bicara kerana kepetahan menggunakan bahasa. Demikian murid berjaya dalam peperiksaan kerana kemampuan menggunakan bahasa untuk menyampaikan maksud yang dikehendaki soalan. Menyedari potensi individu boleh dimajukan, maka sistem pendidikan di Malaysia memberi peluang secukup dan sama rata kepada semua individu untuk memajukan dirinya. Hal ini banyak ditegaskan sebagai Objektif Pendidikan misalnya, memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis; atau mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul. Sesetengah individu mempunyai bakat dan keupayaan untuk memajukan dirinya. Namun, bakat dan keupayaan itu tidak mampu digerakkan sendirian, melainkan perlu sokongan daripada individu-individu lain. Justeru, guru dan masyarakat perlu berganding bahu mencungkil, memupuk, memperkembangkan dan mempertingkatkan bakat dan keupayaan individu seseorang. Walau bagaimanapun, terdapat juga individu yang tidak dapat dikembangkan potensi dirinya, sebagaimana maksud pantun di bawah. Berburu di padang datar, Dapat rusa berbelang kaki; Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. Mengapakah hal ini terjadi? Dalam al-Quran Surah Asy-Syura ayat 30 Allah berfirman yang bermaksud, Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan. Ertinya, bunga kembang tak jadi bukan disebabkan sistem pendidikan atau guru, melainkan diri individu itu sendiri yang tersalah menjana pendidikan dirinya. <!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->Insan yang Seimbang dan Harmonis Intelek

Yang dimaksudkan seimbang dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah memberi tempat yang sewajar dan adil kepada semua keperluan pendidikan manusia khususnya dari segi pertumbuhan akal, perkembangan sahsiah secara sihat dan bersepadu. Harmonis pula ialah wujudnya keserasian antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal dengan pertumbuhan dan perkembangan rohani. Keserasian itu merupakan makanan intelek. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) insan yang seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan teguh kepada Tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup bermasyarakat dan cergas. Hal ini sangat mempengaruhi pembentukan intelek. Antara ciri-ciri individu yang seimbang dan harmonis inteleknya ialah; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sempurna kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa berusaha mencari, membaiki, meningkat, mengamal dan menyebarkan ilmu, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa berfikir keatif dan kritis, dan mencerakinkan pemikirannya untuk menghasilkan idea-idea bernas dan menjawab permasalahan masyarakat, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Berupaya memanfaatkan ilmu untuk kemajuan diri dan orang lain. <!--[if !supportLists]-->(d) <!--[endif]-->Insan yang Seimbang dan Harmonis Rohani Yang dimaksudkan rohani ialah merujuk pembentukan dan pembinaan watak dan kejatidirian manusia. Sebagai warga Malaysia, seharus sistem pendidikan melahirkan watak dan kejatidirian watak yang sesuai dengan agama, adat dan sosio budaya Malaysia, sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Ciri-ciri individu yang mempunyai rohani seimbang dan harmonis ialah; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menyedari adanya Pencipta dan mempercayai-Nya, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menyedari dan mengamalkan sikap bertanggungjawab kepada agama, diri, masyarakat, bangsa dan negara, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menghargai dan mensyukuri anugerah Tuhan, pemberian negara, masyarakat dan keluarga, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memumpuk dan membina disiplin diri, dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Membentuk akhlak mulia dan tingkah laku sopan. <!--[if !supportLists]-->(e) <!--[endif]-->Insan yang Seimbang dan Harmonis Emosi Seimbang dan harmonis emosi dapat menjana tingkah laku dan pemikiran sihat, matang dan bertolenrasi antara individu. Memang pendidikan mengasuh perasaan dan pemikiran sihat. Allah menegaskan dalam diri manusia ada seketul daging, jika sihat daging itu makan akan sihatlah pemiliknya. Yang dimaksudkan daging itu, dalam worlview Melayu ialah hati. Sebenarnya, daging itu merujuk juga kepada kalbu atau jiwa. Dalamnya terkumpul budi fikir dan budi rasa manusia. Ciri-ciri emosi yang seimbang dan harmonis ialah; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Berperasaan tenang dan tingkah laku terkawal, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mempunyai rasa kasih sayang terhadap semua makhluk, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan dan menghormati orang lain, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menghargai dan menyayangi keindahan alam, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menghargai dan menghormati keindahan buatan manusia selagi ia tidak bertentangan dengan agama dan adat budaya, dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Selalu bersikap matang dan terbuka.

<!--[if !supportLists]-->(f) <!--[endif]-->Insan yang Seimbang dan Harmonis Jasmani Keseimbangan dan keharmonian jasmani merujuk kesihatan tubuh badan. Walaupun merujuk tubuh badan, kesihatannya bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan semata-mata, melainkan juga perlu penjagaan emosi. Hal ini kerana emosi juga mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Dalam ilmu perubatan Cina, tubuh badan yang sakit kerana tiada keseimbangan Yang dengan Ying dalam badan manusia. Demikian juga dalam sistem perubatan Melayu seperti pembomohan, Bageh, Main Puteri adalah berkenaan memulihkan ritual dalam diri manusia. Dalam hal ini, yang dikatakan jasmani yang seimbang dan harmoni ialah; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sihat badan dan sihat emosi, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa melakukan riadah, yoga atau bermeditasi, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa sedar, mencungkil, mengembangkan dan memanfaatkan bakat dan keupayaan diri, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa amal sikap mencuba dan berdikari, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menggunakan bakat dan keupayaan diri untuk kesejahteraan diri dan masyarakat, dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Berusaha meningkatkan daya pengeluaran. <!--[if !supportLists]-->(g) <!--[endif]-->Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan Malaysia sebuah negara berkonsepkan teologi. Setiap warganya mempunyai kepercayaan masing-masing. Hal ini termaktub dalam Rukun Negara dan menjadi prinsip pertama. Malaysia percaya peranan agama sebagai pembentuk dan pembina watak manusia berharmonis. Manusia yang patuh dan percaya kepada Tuhan akan dipercayai menjadi tonggak kedamaian, keamanan dan keharmonian masyarakat. Ciri-ciri manusia yang percaya dan patuh kepada Tuhan ialah; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mengakui dan percaya tentang wujudnya Tuhan, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mengakui bahawa manusia dan alam tidak wujud dengan sendiri, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mengakui bahawa segala tabii, kejadian dan fenomena alam ditetapkan oleh Tuhan, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab memakmurkan alam, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa berusaha memperkukuhkan amalan keagamaan, dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa berusaha melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. <!--[if !supportLists]-->(h) <!--[endif]-->Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan Pendidikan percuma dari tahun satu hingga tingkatan enam yang diberikan kepada setiap warganegara adalah bukti kesedaran kerajaan terhadap kepentingan ilmu. Pelbagai usaha dilakukan untuk membina insan berilmu dan berdaya saing. Ciri-ciri insan berilmu ialah; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mencintai ilmu pengetahuan, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Gemar membaca dan menimba ilmu, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Bersedia untuk diajar dan belajar,

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Berfikiran luas, terbuka, kritis dan matang, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Berusaha mengamal dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang ada, dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa menggalakkan orang lain menambah ilmu pengetahuan. <!--[if !supportLists]-->(i) <!--[endif]-->Rakyat Malaysia yang Berketerampilan Kamus Dewan mencatatkan maksud terampil sebagai cekap (dalam melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah dsb), mampu dan cekatan. Manakala maksud keterampilan ialah kecekapan, dan kemampuan yang tinggi. Oleh sebab itu, rakyat yang berketerampilan adalah merujuk kepada mereka yang mempunyaikecekapan dan kebolehan tinggi melaksanakan tanggungjawab dan tugas. Antara ciri-ciri rakyat yang berketerampilan ialah; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mempunyai kelayakan dan kebolehan yang sepadan dengan jawatan dan tugas, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mempunyai pengetahuan luas untuk melaksanakan sesuatu tugas, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Dapat melaksanakan tugas dengan cepat, cekap, dan sempurna, dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Hasil kerjanya memuaskan pengguna dan pelanggan. <!--[if !supportLists]-->(j) <!--[endif]-->Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia Akhlak atau moral sangat penting bagi setiap individu. Walaupun perlakuan berakhlak tidak boleh diwarisi,namun amalan akhlak boleh dipelajari dan diamalkan. Orang yang berakhlak akan dipandang mulia dan dihormati. Antara ciri-ciri rakyat yang berakhlak mula ialah; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai murni, tatasusila dan adab, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mempunyai kesedaran tinggi terhadap perbuatan baik dan perbuatan buruk, dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa mengamal dan mengutamakan nilai-nilai murni, tatasusila dan beradab dalam setiap perlakuan, <!--[if !supportLists]-->(k) <!--[endif]-->Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab Sikap bertanggungjawab merupakan antara ciri-ciri insan yang dituntut oleh agama. Insan yang bertanggungjawab dapat membina kejayaan diri, masyarakat dan negara. Masyarakat juga mempunyai kepercayaan dan keyakinan tinggi apabila berurusan dengan individu yang bertanggungjawab. Antara ciri-ciri rakyat yang bertanggungjawab ialah; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menyedari dan faham bahawa setiap tugas adalah amanah, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menyedari dan faham bahawa setiap tugas perlu dilaksanakan dengan cekap, cepat dan sempurna, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti mutu kerja, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa berusaha meningkatkan kuantiti pengeluaran, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa mematuhi peraturan, undang-undang, adab dan adat bangsa, dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Berusaha memajukan diri, keluarga,masyarakat, agama, bangsa dan negara. <!--[if !supportLists]-->(l) <!--[endif]--> Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri Kesejahteraan diri meliputi kesejahteraan fizikal dan mental. Sihat fizikal ditandai keceriaan dan kelincahan diri, manakala sihat mental meliputi pemikiran dan perlakuan yang harmonis. Antara ciri-ciri kesejahteraan diri ialah; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat,

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi sebarang cabaran, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa mewujudkan perhubungan yang harmonis dengan orang lain, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Matang bertindak dalam apa jua situasi, dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Berkelakuan tenang dan tidak terburu-buru. <!--[if !supportLists]-->(m) <!--[endif]-->Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan terhadap Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara. Setiap rakyat dituntut memberi sumbangan ikhlas ke arah keharmonian, kemakmuran dan pembinaan masyarakat dan negara. Masyarakat Melayu menganggap sumbangan, material dan nonmaterial, sebagai jasa atau budi. Orang berjasa atau orang berbudi dipandang tinggi dan dihormati. Hal ini banyak dijelaskan dalam pantun-pantun, misalnya pantun di bawah. Di sana padi di sini padi, Baru bernama sawah dan bendang; Di sini budi di sana budi, Baru sempurna menjadi orang. Antara ciri-ciri rakyat yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ialah; <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa berusaha memupuk perpaduan rakyat melalui pelbagai aktiviti sihat, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa berusaha memajukan membangunkan diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara, <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang, dan <!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa patuh pada prinsip dan Rukun Negara, dll. Kesimpulan Berasaskan maklumat di atas, kita dapati kerajaan bersungguh-sungguh memajukan rakyat dan negara. Usaha melaksanakan kemajuan itu digerakkan melalui pelbagai dasar dan perancangan, termasuklah melalui pembinaan falsafah pendidikan dan kurikulum pembelajaran di sekolah. Usaha itu digerakkan seawal usia dan dalam pelbagai bidang yang bersesuaian dengan kebolehan diri masing-masing. Langkah itu adalah sesuai, bak kata pepatah Cina, perjalanan beribu batu bermula dari langkah pertama. Maksud langkah pertama, dalam konteks ini, ialah memajukan insan seawal usia melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Rujukan Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983. Kurikulum Baru Sekolah Rendah Buku Panduan Am. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990. Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai