Anda di halaman 1dari 15

MODUL 1 : PENGENALAN TEATER 1

Memberi pendedahan dan pengetahuan asas tentang sejarah dan


perkembangan teater
OBJEKTIF
Murid dapat:
mengetahui tentang sejarah ringkas perkembangan teater
mengetahui secara asas tentang bentuk bentuk teater
ISI KANDUNGAN
3.1.1 Menerangkan dan menjelaskan secara asas berkaitan :
Sejarah ringkas teater
Bentuk-bentuk teater
AKTIVITI
1. Guru menayangkan persembahan slaid tentang sejarah teater.
2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang sejarah ringkas teater.
3. Murid dipertontonkan slaid persembahan teater.
BBM
1. LCD
2. Komputer
3. Slaid sejarah teater / persembahan teater
RUJUKAN
1. Mana Sikana, Drama Melayu Moden. DBP
2. Rahmah Bujang, Teater.. dari Skrip ke Pentas. DBP
3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko
NOTA
Pengenalan Teater
Maksud Teater lakonan dan perbuatan dalam persembahan yang melibatkan
pelakon, penonton, tempat yang ditentukan dan masa yang ditetapkan.
Bentuk Teater
1. Teater Tradisional
Maksud Teater Tradisional persembahan yang dimainkan masyarakat dulu
sebelum adanya panggung wayang dan televisyen.
Bentuk Teater Tradisional - Makyung, Wayang Kulit, Main Puteri, Bangsawan,
Purbawara, Sandiwara
2. Teater Moden
Maksud Teater Moden persembahan yang dimainkan selepas adanya tempat yang
dikhaskan untuk satu-satu pementasan seperti dewan, pentas , auditorium.
Bentuk Teater Moden - Teater / Drama Pentas, Teater Muzikal, Drama Tari / Taridra
MODUL 2 : PENGENALAN TEATER 2
Ruang ialah suatu tempat sama ada terbuka atau tertutup, di atas pentas atau tidak, serta
ruang atau kawasan atau bahagian yang telah ditetapkan oleh sesebuah penganjuran.
OBJEKTIF
Murid dapat:
mengenal jenis-jenis pentas untuk sesebuah persembahan
mengenal komposisi pentas semasa persembahan
ISI KANDUNGAN
3.1.1 Menerangkan dan menjelaskan secara asas berkaitan :
Jenis-jenis pentas
Etika / Komposisi Pentas
AKTIVITI
1. Guru menayangkan persembahan slaid tentang jenis-jenis pentas.
2. Guru memberi penerangan tentang etika / komposisi pentas.
3. Murid dibekalkan dengan lembaran nota tentang komposisi pentas.
BBM
1. LCD
2. Komputer
3. Slaid sejarah teater / persembahan teater
4. Lembaran nota
RUJUKAN
1. Cohen, The Director's Vision
2. Rahmah Bujang, Teater.. dari Skrip ke Pentas. DBP
3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko
NOTA
Jenis-jenis Pentas
a. Pentas Proceneum pentas ini hanya dapat dilihat dari satu arah sahaja
b. Pentas Semi Arena pentas ini biasanya boleh dilihat dalam bentuk separuh bulatan
c. Pentas Arena pentas ini biasanya dapat dilihat dari sekeliling kerana pelakon bermain
ditengah-tengah pentas
d. Pentas Thrust / Pentas Catwalk pentas ini biasanya untuk pertunjukkan fesyen
Komposisi Pentas - Kebiasaannya pentas proceneum atau pentas konvesional dibahagikan
kepada 9 bahagian supaya memudahkan pekerja pentas atau pelakon menerima arahan
daripada pengarah sesebuah produksi.
UPPER RGHT STAGE UPPER CENTRE STAGE UPPER LEFT STAGE
CENTRE RGHT STAGE CENTRE STAGE CENTRE LEFT STAGE
DOWN RGHT STAGE DOWN CENTRE STAGE DOWN LEFT STAGE
Rajah 1: PEMBAHAGIAN 9 RUANG PENTAS
MODUL 3 : OLAH TUBUH 1
Memberi pendedahan mengenai persiapan seorang murid yang bermula daripada senaman
dan memahami tentang fungsi sistem tubuh badan yang merangkumi aspek fizikal dan
mental.
OBJEKTIF
Murid dapat:
membuat persediaan fizikal sebelum memulakan latihan persembahan
memaksimumkan potensi tubuh badan supaya lebih cergas
mengikuti aktiviti permainan teater pemanasan badan
ISI KANDUNGAN
3.2.1 Melakukan aktiviti pemanasan tubuh yang melibatkan :
Senaman fizikal (regangan, berguling, lompatan)
Senaman dengan menggunakan alatan
AKTIVITI
1. Guru melakukan tunjuk cara senaman fizikal dan diikuti oleh murid.
2. Melakukan aktiviti senaman menggunakan alatan.
3. Murid mengikuti aktiviti permainan teater pemanasan badan.
BBM
1. Bola / Gelung Rotan/ Tali/ Kain/ Kayu
RUJUKAN
1. Poulters, Christine, 1987. Playing the Game. The Macmillian Press Ltd. London.
2. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko
NOTA
1. Maksud senaman fizikal untuk merangsang kecergasan
2. Contoh :
Aktiviti regangan dengan kiraan 8 bermula dari bahagian kepala, leher, bahu, siku,
pergelangan tangan, jari, pinggang, lutut, kaki dan jari kai
Aktiviti regangan menggunakan alatan ( contohnya : kerusi )
Duduk, letakkan kaki atas kerusi, berdiri, membuat regangan sambil memegang
kerusi
Aktiviti permainan teater ( cermin )
murid membuat dua barisan bertentangan ( barisan A dan barisan B )
murid barisan A membuat aksi dan murid barisan B meniru aksi yang sama
murid barisan B membuat aksi dan murid barisan A meniru aksi yang sama
MODUL 4 : OLAH TUBUH 2
Memberi pendedahan mengenai persiapan
seorang murid yang bermula daripada
senaman dan memahami tentang fungsi
sistem tubuh badan yang merangkumi aspek
fizikal dan mental.
OBJEKTIF
Murid dapat:
memahami fungsi anggota badan
melakukan latihan asas seni silat, senam seni dan tarian
mengikuti aktiviti permainan teater penggunaan ruang
ISI KANDUNGAN
3.2.1 Melakukan aktiviti pemanasan tubuh yang melibatkan :
Latihan Pemusatan
Latihan Asas Seni
AKTIVITI
1. Guru memberi penerangan mengenai fungsi anggota badan.
2. Guru membuat tunjuk cara latihan pemusatan serta latihan asas seni silat,
senam seni dan tarian.
3. Murid mengikuti permainan teater penggunaan ruang.
BBM
1. LCD
2. Komputer
3. Radio
4. CD nstrumental
5. Tayangan slaid
RUJUKAN
1. Poulters, Christine, 1987. Playing the Game. The Macmillian Press Ltd. London.
2. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko
NOTA
1. Maksud Latihan Pemusatan untuk postur, mengurangkan ketegangan dan persediaan
untuk latihan vokal.
2. Contoh :
Spine Roll - latihan ini dapat membantu menghilangkan tekanan pada bahagian leher
dan bahu.
Pendulum berdiri setempat dan goyangkan badan ke hadapan dan ke belakang
bertujuan untuk memfokuskan kepada keseimbangan badan.
Aktiviti permainan teater ' Datuk Harimau '
Murid akan berlari tetapi tidak dibenarkan berkumpul sebaliknya menggunakan ruang
secara bebas.
MODUL 5 : IMPROVISASI 1
mprovisasi adalah satu bentuk persembahan yang menghiburkan dan sebagai alat untuk
meneroka dalam persembahan. Proses kreativiti memainkan peranan penting untuk
melahirkan watak dan idea melalui aksi.
OBJEKTIF
Murid dapat
Mencipta dan mengekalkan perwatakan mengikut situasi
Memanipulasi alat secara maksimun
ISI KANDUNGAN
3.3.1 Meneroka dan menjana idea kreatif melalui aktiviti :
- improvisasi alat
- improvisasi pergerakan
AKTIVITI
1. Guru menerangkan fungsi dan penggunaan improvisasi.
2. Guru membimbing murid melakukan aktiviti improvisasi alat dan pergerakan.
BBM
1. Payung
2. Botol air
3. Kerusi
4. Lain-lain alat yang difikirkan sesuai
RUJUKAN
1. Clausen, Mathew (2000).Centre Stage. Heineman Ltd. Australia.
2. Davies, G., Practical Primary Drama, Heineman Educational, 1983.
3. www.pyianj.blogspot.com
4. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko
NOTA
1. Maksud improvisasi
Mengubah, membaca, mengucap atau melakukan sesuatu tanpa persiapan.
Perlakuan yang dihasilkan secara tiba-tiba, secara bebas dan bersahaja.
2. mprovisasi Dengan Alat
Siapkan sebuah alat. Misalnya alat tersebut adalah kerusi, maka kerusi tersebut
boleh dianggap sebagai kawan. Ajak berbual dengan kerusi tersebut seperti
mengajak kawan berbual. Dengarkan masalah-masalahnya, beri galakkan atau
nasihat, kalau memang tidak sesuai, boleh membantahnya dan mungkin boleh
memarahinya atau menghiburnya dan lain-lain.
MODUL 6 : IMPROVISASI 2
mprovisasi adalah satu bentuk persembahan yang menghiburkan dan sebagai alat untuk
meneroka dalam persembahan. Proses kreativiti memainkan peranan penting untuk
melahirkan watak dan idea melalui aksi.
OBJEKTIF
Murid dapat
Mengaplikasikan kemahiran improvisasi yang boleh digunakan sebagai teknik dalam
lakonan
Memperlihatkan perbezaan dalam aktiviti improvisasi secara individu atau kumpulan
Membezakan jenis-jenis improvisasi
ISI KANDUNGAN
3.3.1 Meneroka dan menjana idea kreatif melalui aktiviti :
- improvisasi kepekaan deria
- improvisasi situasi
AKTIVITI
1. Guru memperkenalkan imrovisasi kepekaan deria dan situasi.
2. Guru membimbing murid melakukan aktiviti improvisasi tersebut.
3. Guru membentuk murid kepada kumpulan kecil dan melakukan improvisasi yang
berbeza.
BBM
1. Radio
2. CD instrumental
3. Teks ringkas
4. Alat yang sesuai
RUJUKAN
1. Clausen, Mathew (2000).Centre Stage. Heineman Ltd. Australia.
2. Davies, G., Practical Primary Drama, Heineman Educational, 1983.
3. www.pyianj.blogspot.com
4. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko
NOTA
1. mprovisasi berdasarkan situasi
Satu situasi diberikan kepada murid secara individu, pasangan atau kumpulan. Murid
diminta melakonkan situasi yang diberi secara spontan.Teknik ini boleh dijalankan
untuk semua peringkat umur atau aras kebolehan walaupun situasi yang sama.
Contoh 1 : Situasi di sebuah kedai mainan kanak-kanak . Suatu malam semua
mainan (patung orang, arnab, beruang dan lain-lain) bercakap sesama mereka.
Arahan: berbual sesama sendiri supaya pelajar lain dapat meneka siapakah anda?
Contoh 2 : Mencipta sebuah cerita di mana murid akan meneroka situasi yang
melibatkan perubahan cuaca ( panas, dingin, sejuk ) dan perubahan perasaan
( gembira, sedih, seram, sayu ).
MODUL 7 : GERAK
Pendedahan kepada pergerakan di atas pentas dalam sesebuah persembahan atau
pementasan.
OBJEKTIF
Murid dapat
Melakukan pergerakan mengikut gerak alam
Melakukan pergerakan secara peniruan
ISI KANDUNGAN
3.3.1 Meneroka dan melahirkan ekspresi melalui aktiviti :
- gerak alam
- gerakan meniru
AKTIVITI
1. Guru menunjuk cara gerakan mengikut objek alam semula jadi seperti pokok, air laut.
2. Guru menunjuk cara gerakan peniruan gerak haiwan seperti burung, monyet,
harimau.
3. Guru membentuk kumpulan kecil.
4. Guru mengedarkan kad watak dan murid melakukan aksi gerak mengikut kad yang
diberikan.
5. ringan muzik boleh digunakan untuk membantu mood murid.
BBM
1. Radio
2. CD instrumental
3. Kad watak
RUJUKAN
1. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko
NOTA
1. Pergerakan merangkumi pelakuan-pelakuan keluar masuk, menyeberang, duduk,
bangun, naik turun tangga, berlari, melompat di atas pentas.
2. Tujuan pergerakan:
mencantikkan produksi dan pementasan
menarik perhatian penonton kepada watak atau ruang tertentu
mengubahsuaikan adegan kelompok individu atau watak tertentu supaya tidak kaku
dalam lakonan
menarik perhatian penonton kepada ruang lakon tertentu
menonjolkan emosi watak dan pelakon
menonjolkan latar belakang pentas dan juga suasana adegan
mengimbangi ruang pentas atau ruangan lakonan
tujuan teknikal untuk membaiki komposisi
MODUL 8 : PENCERITAAN
Melatih kemahiran bercerita di kalangan pelajar. Pelajar diberi kefahaman dan kemahiran
pelbagai teknik dan gaya penceritaan yang bersistem.
OBJEKTIF
Murid dapat
Membentuk keyakinan diri untuk berhadapan dengan khalayak
Meneliti dan menginterpertasi bahan penceritaan yang akan disampaikan
Mengaplikasi teknik dan kemahiran teater dalam penceritaan
ISI KANDUNGAN
2.6.1 Berkomunikasi dalam kehidupan dengan menggunakan pelbagai kaedah
penyampaian
Memilih naskhah dan membaca cerita
Memaham dan menyampaikan mengikut gaya bercerita
AKTIVITI
1. Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil.
2. Murid membaca naskhah cerita secara bergilir-gilir.
3. Murid menyampaikan cerita mengikut kreativiti dan penampilan yang tersendiri
4. Murid melakukan aktiviti permainan teater ( menyambung cerita )
BBM
1. Naskhah cerita
RUJUKAN
1. Barker, Clive 1977. Theatre Games. The Macmilan Press Ltd London.
2. Drama With Children, Sarah Phillips.
3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko
NOTA
1. Panduan memilih cerita
Pilih cerita yang mempunyai tema dan isi cerita yang menarik dan mudah difahami.
Pilih cerita yang mempunyai jalinan peristiwa yang kemas, mantap dan tidak meleret.
Pilih cerita yang mempunyai unsur suspens, misteri dan kecindan ( jenaka )
Pilih cerita yang mempunyai mesej, pengajaran, teladan dan nilai-nilai murni.
Pilih cerita yang dapat disampaikan dalam masa yang pendek.
2. Panduan bercerita
Tunjukkan sikap yang yakin
Bercerita dengan tenang dan jelas
Boleh mempelbagaikan intonasi suara dan mimik muka untuk menghidupkan watak
Gunakan gerak atau aksi yang sesuai dan bersahaja
MODUL 9 : VOKAL
Pendedahan tentang penggunaan suara untuk pentas dan lantunan vokal yang berirama.
Kematangan dalam menggunakan vokal dengan lakon yang sesuai. Melatih murid
kemahiran menginterpertasi dan pembacaan naskah lakon.
OBJEKTIF
Murid dapat
Menggunakan suara dan peringkat suara ketika persembahan
Menyebut huruf serta mengucapkan ayat dengan jelas, padu, mantap dan kuat
Berdialog mengikut kesesuaian watak dan situasi
ISI KANDUNGAN
3.3.1 Mengaplikasi teknik vokal dan dinamik suara ( ton, intonasi, diksi dan artikulasi )
- pengawalan pernafasan
- kelancaran pengucapan
- postur fizikal
AKTIVITI
1. Guru memberi penerangan tentang teknik vokal yang betul.
2. Sesi tunjuk cara pernafasan yang betul dengan menyebut huruf serta mengucapkan
ayat. Murid melakukan latihan pernafasan.
3. Murid membayangkan pengucapan vokal mengikut situasi dan melakukan latihan
pengucapan.
BBM
1. Radio
2. CD instrumental
3. Teks ringkas
4. Objek yang sesuai
RUJUKAN
1. Walters, Richard (2000): The Singer's Musical Theatre Anthology. Mezzo-
Soprano/Belter. Publisher HalLeonard Pub Corp Published. United States.
2. An ntroduction to Child Drama, Peter Slade (Unibooks University of London Press
Ltd
3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko
NOTA
1. Jenis pengucapan
Pengucapan Dinamika penekanan pada kata atau kata-kata membawa maksud
dan pengertian tertentu.
Pengucapan Tempo teknik pengucapan dengan memanjangkan kata untuk
menimbulkan kesan keadaan, tempat, suasana dan kejadian yang bagaimana.
Pengucapan Nada/Tone teknik pengucapan yang mengungkap suasana atau
keadaan, harapan atau kejadian yang berlaku yang dilontarkan.
Pengucapan Pic teknik pengucapan pic bagi meninggikan suara atau
merendahkan suara untuk menggambarkan keadaan yang sedang berlaku atau
suasana tempat.
2. Maksud Artikulasi kejelasan menyebut kata, dengan dititikberatkan kepada
membunyikan setiap huruf vokal dan huruf konsonan untuk
menghasilkan suku kata.
3. Maksud ntonasi mencipta naik turun suara sesuai dengan keadaan, suasana dan
tempat berlaku.
4. Jenis pernafasan
Pernafasan dada cara pernafasan yang biasa dilakukan dimana sewaktu menarik
nafas, dada dikembungkan dan apabila nafas dilepaskan. Samada melalui rongga
hidung atau rongga mulut, dada kembali seperti biasa. Diulang pernafasan dengan
tenang.
Pernafasan perut dilakukan dengan menarik nafas melalui rongga hidung dan
keadaan perut dikembungkan dan apabila nafas dilepaskan samada melalui rongga
hidung /mulut, perut kembali jadi kempis seperti biasa. Diulangi pernafasan dengan
tenang.
5. Latihan Kata
a. Latihan ini dilakukan dengan cara menggabungkan huruf-huruf tersebut di atas dengan
huruf vokal. Misalnya pa dengan ba atau ta dengan da, ki dengan gi dan seterusnya.
b. Latihan diteruskan sudah dalam bentuk kata, misalnya:
- Apabila
- Perpustakaan
- Begitu
- Kudengar
- Menyambut
- Luput
6. Latihan Ayat
a. Latihan ini dilakukan dengan cara mengeja dengan benar. Bacalah dengan pelan-pelan
dan rasakan gerak organ produksi suara yang terlibat serta rasakan posisi organ tersebut.
Abang : Tengah malam nanti, apabila angin mendayu dan bulan luput dari mata. Akan
datang sebuah kereta kencana untuk menyambut kita berdua. Waktu itu aku sedang
mencari-cari buku harianku di kamar perpustakaan, lalu kudengar suara itu isinya kurang
lebih begitu tapi aku tak tahu bagaimana persisnya.
( dipetik dari naskah karya Eugene onescoterjemahan W.S. Rendra )
b. Setelah itu baca sekali lagi dan rakam untuk membezakan hasilnya, perhatikan huruf-
huruf yang digaris di bawah dan dicetak tebal.
Abang: Tengah malam nanti, apabila angin mendayu dan bulan luput dari mata. Akan
datang sebuah kereta kencana untuk menyambut kita berdua. Waktu itu aku sedang
mencari-cari buku harianku di kamar perpustakaan, lalu kudengar suara itu isinya kurang
lebih begitu tapi aku tak tahu bagaimana persisnya.
( dipetik dari naskah karya Eugene onesco terjemahan W.S. Rendra )
MODUL 10 : ASAS LAKONAN 1
Memberi pendedahan asas lakonan sebagai persediaan kepada murid sebelum membuat
sesebuah persembahan.
OBJEKTIF
Murid dapat:
mengenali dan mempelajari prinsip asas lakon
menghayati dan melahirkan emosi melalui subjek yang ditentukan
membuat persembahan secara berkumpulan
ISI KANDUNGAN
3.8.1 Mengenali dan memahami teknik asas lakon melalui aktiviti :
Ekspresi dan emosi
AKTIVITI
1. Murid didedahkan dengan peringkat ekspresi gerak dan suara manusia secara
umum.
2. Guru membimbing murid membuat pemerhatian terhadap alam sekeliling di luar bilik
darjah.
3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
4. Secara berkumpulan murid akan dibimbing membuat lakonan terhadap suara dan
tingkah laku manusia atau haiwan. ( ekspresi perasaan yang berbeza bagi setiap
kumpulan )
BBM
1. Radio
2. CD nstrumental
RUJUKAN
1. McCaslin, Nellie, Children and Drama, David McKay, New York, 1975.
2.O'Neill, C., et al., Drama Guidelines, Heinemann, 1976.
www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko
NOTA
Suara / Vokal bertindak bagi menyatakan isi perasaan dan fikiran seseorang.a dilontarkan
bagi kepentingan:
menyalur kata dari drama kepada penonton
member erti terutamanya pada kata-kata tertentu melalui modulasi suara
mengendalikan perasaan penonton
melengkapkan variasi
MODUL 11 : ASAS LAKONAN 2
Memberi pendedahan asas lakonan sebagai persediaan kepada murid sebelum membuat
sesebuah persembahan.
OBJEKTIF
Murid dapat:
Memahami fungsi watak dalam sesuatu cerita
Berupaya mengenal watak dan perwatakan secara mendalam
Menghayati dan melakonkan watak dalam cerita
ISI KANDUNGAN
3.8.1 Mengenali dan memahami teknik asas lakon melalui aktiviti :
maginasi dan perwatakan
AKTIVITI
1. Guru memilih satu naskah lakon yang mudah.
2. Murid diperkenalkan dengan watak-watak dalam cerita yang dibekalkan.
3. Guru mengagihkan watak-watak yang ada di dalam cerita tersebut kepada murid
mengikut kesesuaian perwatakan murid itu sendiri.
4. Guru membimbing murid memahami dan menghayati watak yang diberikan untuk
dipersembahkan.
5. Murid mengambil giliran untuk mempersembahkan watak yang diberikan.
BBM
1. Naskah cerita
RUJUKAN
1. McCaslin, Nellie, Children and Drama, David McKay, New York, 1975.
2.O'Neill, C., et al., Drama Guidelines, Heinemann, 1976.
3. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko
NOTA
1. Di dalam sesebuah pementasan atau persembahan kadang kala pelakon perlu
melakukan gerakan-gerakan interaksi yang mana objek atau benda tidak kelihatan di atas
pentas.
2. Pelakon perlu berimaginasi serta membayangkan dengan melakukan gerakan-gerakan
supaya dapat di fahami.
3. Latihan imaginasi tanpa 'props'
a. Tiada Tempat Berlindung - Ambil suatu posisi di tempat yang berbeza dalam sebuah
ruangan. Semuanya membayangkan tidak punya tempat untuk
berlindung. Rasakan akan kedatangan bahaya yang
mengancam jiwa dan tidak ada tempat untuk berlindung.
Mulailah bergerak dengan menyambar, berlari, kadang-kadang
berhenti membeku. Biarkan ekspresi merasakan ketakutan
tersebut. Kadang anda berkelompok, kadang anda sendiri dan
usahakan agar bayangan dan perasaan itu tersebut menjadi
jelas. Rasakan intensitas tersebut tumbuh dan berkembang ke
berbagai arah.
b. Jambatan Tali - Bayangkan seutas tali yang direntangkan tinggi di atas lantai, kemudian
berdiri di atas panggung dan siap untuk mencuba melintasi tali itu.
Jangan terburu-buru bila belum siap, tunggu sampai mendapatkan
gambaran yang jelas tentang jembatan tali tersebut. Jika sudah siap,
mulailah perjalanan tersebut. Untuk pertama kali mungkin menemukan
kesulitan, tetapi jangan berhenti. Harus tetap dicuba dan cuba dengan
berbagai cara. Jangan tergesa dan tetaplah berkonsentrasi pada
perasaan yang dirasakan. Ketika sudah siap biarkan perasaan yang
membuat bergerak. Kalau dalam bayangan merasa kesulitan,
ekspresikan kesulitan tersebut.
MODUL 12 : ASAS TEKNIKAL
Memberi pendedahan asas lakonan sebagai persediaan kepada murid sebelum membuat
sesebuah persembahan.
OBJEKTIF
Murid dapat:
Memahami peranan setiap ahli dalam produksi
Memahami fungsi dan bentuk busana dan tatarias
Memahami fungsi sinografi dalam pementasan
ISI KANDUNGAN
3.9.1 Memahami dan mengenali aspek asas teknikal dalam sesebuah produksi yang
melibatkan :
Peranan ahli dalam produksi
Busana (pakaian) / Tatarias (solekan)
Sinografi (set /props / tatacahaya /tatabunyi)
AKTIVITI
1. Guru memperkenalkan peranan setiap ahli dalam sesebuah produksi
persembahan teater.
2. Guru juga memperkenalkan bentuk busana / pakaian dan tatarias/ solekan serta
aspek sinografi dalam sesebuah pementasan.
3. Secara berpasangan, murid dikehendaki memilih pakaian dan solekan yang
sesuai dengan watak yang diberikan oleh guru sebelum ini.
BBM
1. Komputer
2. LCD
3. Poster
RUJUKAN
1. 2.O'Neill, C., et al., Drama Guidelines, Heinemann, 1976.
2. www.slideshare.net/sekolahmaya/smkmak-kelas10-smk-seni-teater-eko
NOTA
1. Peranan Tenaga Kerja Produksi dan Kreatif
menyediakan dan melaksanakan bahan produk berupa seni persembahan.
mengurus dan memantau proses kreatif bersama karyawan atau seniman yang
terlibat daripada hasil seni berbentuk teori atau idea hingga dapat dipamerkan.
2. Tata Busana - seni pakaian dan segala kelengkapan termasuk segala aksesori seperti
topi, kasut, skaf, rantai, gelang dan segala unsur yang ada pada pakaian
untuk menggambarkan watak
3. Tatarias seni mengubah penampilan wajah menjadi lebih sempurna / seni mengubah
wajah untuk menggambarkan karakter.
4. Sinografi adalah bersifat visual di mana ia menceritakan tentang set, kostum, solekan,
props, cahaya dan bunyi.