Anda di halaman 1dari 17

BAB 1: Memperkenalkan Sains 1.1 Pengertian Sains dan Teknologi 1.

Sains ialah susunan ilmu pengetahuan mengenai alam sekitar yang sentiasa berkembang. 2. Kajian sains merangkumi proses memahami semua fakta yang sedia ada pada masa itu serta kajian mengenai benda-benda di alam untuk menghasilkan fakta-fakta yang baru. Cuba anda perhatikan fenomena alam yang berlaku di sekeliling anda dan kaitkan dengan sains. Gambar di bawah menunjukkan beberapa contoh fenomena alam.

Fenomena Pembentukan embun pada waktu pagi

Melambung bola ke udara

3. Teknologi ialah aplikasi atau penggunaan pengetahuan sains untuk memenuhi keperluan sains untuk memenuhi keperluan kehidupan harian manusia. 4. Sumbangan sains dan teknologi : a) mempercepatkan dan memudahkan kerja harian. b) meningkatkan taraf hidup manusia dengan menyediakan suasana hidup yang lebih selesa. c) mempercepatkan sistem komunikasi dan perhubungan. d) meningkatkan taraf hidup kesihatan. 1.2 Kaedah Saintifik

1. Ahli-ahli sains menjalankan kaedah penyiasatan saintifik untuk memperoleh jawapan mengenai sesuatu fenomena alam. Kaedah tersebut dapat diringkaskan kepada lapan langkah iaitu : a) Langkah 1 : b) Langkah 2 : c) Langkah 3 : d) Langkah 4 : e) Langkah 5 : f) Langkah 6 : g) Langkah 7 : h) Langkah 8 : Mengenal pasti masalah Membuat hipotesis Merancang eksperimen Menjalankan eksperimen Mengumpulkan data Menganalisa dan Mentafsir data Membuat kesimpulan Menulis laporan

Hipotesis adalah satu pendapat yang dianggap benar sebagai alasan walaupun kebenarannya belum dibuktikan.

Makan hari rabu. Jalan dulu. Aku tentu sampai lambat.

Makmal Sains

Eksperimen sains biasanya dijalankan di dalam maklmal sains. Terdapat pelbagai alatan di makmal dan sesetengahnya berbahaya. Atas faktor keselamatan murid-murid dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan makmal.

Di antara peraturan-peraturan makmal sains ialah : 1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) Dilarang masuk tanpa kebenaran guru Dilarang bermain di dalam makmal Dilarang makan atau minum di dalam makmal Dilarang merasa atau menghidu bahan kimia dalam Dilarang menyentuh bahan kimia dengan tangan Padamkan api penunu Bunsen selepas digunakan Basuh semua radas yang digunakan Patuh arahan guru

makmal

Makmal sains

Simbol-simbol amaran Di dalam makmal sains, bahan-bahan kimia yang berbahaya disimpan di dalam botol atau bekal yang dilabelkan dengan simbol amaran. Kita mesti membaca simbol amaran ini dengan teliti dan memahami maksudnya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.

Bahan mudah terbakar

Bahan mengakis

Bahan mudah meletup

Bahan merengsa

Radioaktif

Bahan beracun/toksid Radas yang terdapat di makmal Terdapat pelbagai radas yang digunakan untuk menjalankan eksperimen. Gambar di bawah menunjukkan beberapa radas yang biasa digunakan di makmal.

Mangkuk pijar (Crucible) Kegunaan: Untuk memanaskan bahan kimia.

Tabung uji (Test tube) Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia.

Mangkuk penyejat (Evaporating dish) Kegunaan: Untuk mengewap cecair daripada larutan.

Penyubat gabus & penyumbat getah (Cork & rubber stopper) Kegunaan: Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.

Pemegang tabung uji (Test tube holder) Kegunaan: Untuk memegang tabung uji.

Picagari (Syringe) Kegunaan: Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.

Slaid kaca (Glass slide) Kegunaan: Untuk meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah mikroskop.

Jam randik (Stop watch) Kegunaan: Untuk mengukur masa.

Bikar (Beaker) Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang kon (Conical flask) Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.

Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask) Kegunaan: Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas yang mana proses tersebut tidak memerlukan pemanasan.

Corong penuras/penapis (Filter funnel) Kegunaan: Untuk menapis campuran pepejal dan cecair.

Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod stand) Kegunaan: Untuk menyokong radas semasa pemanasan.

Penunu Bunsen (Bunsen burner) Kegunaan: Untuk menyediakan nyalaan.

Rak tabung uji (Test tube rack) Kegunaan: Untuk memegang tabung uji dalam kedudukan yang tegak.

Rod kaca (Glass rod) Kegunaan: Digunakan untuk mengacau larutan didalam bekas.

Kaki retort & pengapit (Retort stand & retort clamp) Kegunaan: Untuk memegang alat radas semasa eksperimen dijalankan.

Buret (Burette) Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.

Balang gas (Gas jar) Kegunaan: Untuk mengisi gas.

Penyepit mangkuk pijar (Crucible tongs) Kegunaan: Untuk memegang objek panas.

Pipet (Pipette) Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat dan tetap. Biasanya 25.0 ml.

Silinder penyukat (Measuring cylinder) Kegunaan: Untuk menyukat isipadu larutan .

Jangka suhu (Thermometer) Kegunaan: Untuk menyukat suhu 1.3 Kuantiti Fizik dan Unit SI 1. 2. Penyukatan merupakan salah satu kaedah dalam Unit SI ialah unit sistem antarabangsa. proses sains.

Contoh unit SI:

Kuantiti Panjang Jisim Masa Suhu

Unit SI meter kilogram saat kelvin

Simbol m km s K

3. Nilai suatu kuantiti yang diperoleh dalam kajian sains boleh ditulis dalam bentuk imbuhan untuk memudahkan pengiraan. Nama imbuhan Simbol imbuhan giga G mega M kilo k hekto h 1.4 Penggunaan Alat Pengukuran Nilai imbuhan 1 000 000 000 1 000 000 1 000 100

1. Data dikumpulkan dengan mengukur atau menyukat kuantiti fizik tertentu. 2. Untuk tujuan pengukuran, alat pengukuran yang berbeza diperlukan bagi mengambil data daripada sebuah eksperimen. 3. Alat pengukuran mestilah betul dan sesuai untuk mengukur kuantiti fizik. Mengukur panjang 1. Panjang ialah jarak antara dua titik. 2. Unit bagi panjang ialah milimeter(mm), sentimeter(cm), meter(m), dan kilometer(km). 1 cm = 10 mm 1 m = 100 cm = 1000 m

1 km = 1000 m Kambing Haji Daud makan daun cabai muda Km Hm Dm m dm cm

mm

3. Panjang garis lurus diukur dengan pembaris meter.

Kedudukan mata yang betul semasa mengambil bacaan 4. Panjang garis lengkung disukat dengan menggunakan pembaris, benang, dan opisometer.

Menggunakan benang dan pembaris

Menggunakan opisometer dan pembaris 5. a. Diameter luar objek disukat dengan angkup luar dan pembaris. diameter dalam objek diukur dengan angkup dalam.

b. Diameter dalam objek diukur dengan angkup dalam dan pembaris.

Mengira luas 1. Luas ialah jumlah permukaan yang diliputi oleh sesuatu benda. 2 2. Unit bagi luas ialah meter persegi (m ), sentimeter persegi 2 (cm ), milimeter persegi (mm2), dan kilometer persegi (km2). 3. Luas bentuk sekata dihitung menggunakan formula tertentu.

4.Luas bentuk tidak sekata boleh dianggar dengan menggunakan kertas graf. Menyukat isipadu 1. Isipadu ialah jumlah ruang yang ditempati oleh sesuatu objek. 2. Unit SI untuk isipadu pepejal biasanya menggunakan meter padu 3 (m ), manakala isipadu cecair menggunakan milimeter (ml). 1 ml = 1 cm3 1l = 1000 ml 3. Isipadu cecair disukat dengan silinder penyukat, buret, pipet, kelalang, kon dan picagari. Pipet dan buret memberi bacaan isipadu yang tepat. Menyukat suhu 1. Suhu ialah darjah kepanasan atau kesejukan sesuatu objek. 2. Unit SI bagi suhu ialah kelvin (K), tetapi darjah celsius (C) lebih biasa digunakan. 3. Suhu disukat menggunakan termometer.

4. Termometer klinik menyukat suhu dalam julat antara 35 darjah Celcius hingga 42 darjah Celsius. Suhu badan manusia biasa ialah 37 darjah Celcius.

5. Termometer makmal menyukat suhu dalam julat antara -10 darjah Celsius hingga 100 darjah Celcius.

1.5 Konsep Jisim 1. Jisim ialah jumlah kuantiti jirim di dalam sesuatu objek. 2. Unit SI yang digunakan untuk menyukat jisim ialah kilogram (kg). 1 kg = 1000 g 1 g = 1000 mg

a) Neraca palang digunakan untuk menyukat jisim.

b) Neraca tuas digunakan untuk menyukat jisim.

c) neraca tiga alur digunakan untuk menyukat jisim. 4. Berat sesuatu objek ialah daya tarikan graviti bumi yang tidak tetap. 5. Unit SI : newton (N). ke atas objek

6. Berat disukat menggunakan neraca spring.

Anda mungkin juga menyukai