Anda di halaman 1dari 8

941207-08-6257

1.0 PENGENALAN

Bagi mencapai kemajuan dan keutungan yang tinggi, sesebuah organisasi perniagaaan perlulah mempunyai sebuah proses pengorganisasian yang teurus dan teratur reka bentuk organisasi yang kukuh, konsep pengorganisasian yang jelas serta perlulah mempunyai seorang pemimpin tertinggi yang mampu memimpin organisai dengan gaya kepimpinan yang cemerlang. Jika terdapat elemen-elemen yang penting ini, sudah tentu ia akan menjamin kelincinan dalam aktiviti organisasi perniagaan dan seterusnya organisasi akan berjaya mencapai matlamat yang telah. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4, organisasi bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian iaitu orang dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentu. Dari segi konsep pengorganisasian pula bermaksud proses penyusunan dan pengagihan sumber manusia serta sumber lain untuk melaksanakan tugas agar dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan dengan cekap dan berkesan. Organisasi merupakan satu sistem yang wujud di mana terdapat beberapa bahagian di dalamnya dan persekitarannya saling berkait di antara satu sama lain. Manakala menurut Robbin dan Coulter (2007), beliau mendefinisikan organisasi sebagai satu aktiviti kolektif yang dirancang oleh dua orang atau lebih yang mengandungi pembahagian buruh dan autoriti berhierarki untuk mencapai matlamat secara bersama. Berdasarkan buku Asas Pengurusan Perniagaan (Jaafar Muhamad, 2008),

pengorganisasian merupakan proses mendefinisikan perkaitan antara individu dalam sesebuah organisasi, tugas dan aktivitinya supaya semua sumber organisasi bersepadu dan berkoordinasi untuk mencapai matlamat organisasi. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pengorganisasian bermaksud perihal mengorganisasian sesuatu. Manakala menurut buku Pengurusan Organisasi (Zarif Mohd Wakhbul dan Mohd Hizam Hanafiah, 2009), pengorganisasian bermaksud proses menggabungkan satu dan lebih individu supaya dapat bekerja secara berstruktur untuk mencapai tujuan yang ditetapkan. Ia melibatkan pengagihan sumber pengeluaran dan pembahagian tanggungjawab yang melibatkan struktur organisasi secara keseluruhannya. Selain itu, terdapat tiga peringkat pengurusan iaitu peringkat atasan, peringkatan pertengahan, dan peringkat bawahan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan pustaka,

pengurusan didefinisikan sebagai perihal kerja dan sebagainya, mengurus sesuatu iaitu perihal mengurus syrikat, badan perniagaan dan lain-lain. Menurut buku Asas Pengurusan Perniagaan (Jaafar Muhamad, 2008), definisi pengurusan ialah seni mendapatkan kerja-kerja terlaksana
1

941207-08-6257

melalui orang lain. Hal ini bereti bererti jika seseorang pengurus inginkan sesuatu kerja terlaksana dan untuk itu dia mendapat kerjasama daripada orang lain, maka dia dikatakan telah mempraktikkan pengurusan. Terdapat empat fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan. Di samping itu juga, kepimpinan yang terdapat pada seorang ketua juga mempengaruhi perjalanan organisasi perniagaan yang seterusnya membawa kepada kejayaan organisasi. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kepimpinan ialah keupayaan seseorang untuk memimpin melalui tauladan. Menurut Fiedier (1967), kepimpinan ialah hubungan antara perseorangan yang menunjukkan kuasa dan pengaruh diagih secara tidak sama rata sehingga seorang individu boleh mengarah dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada kawalan mereka ke atas individu itu. Menurut buku Pengurusan Perniagaan (Zafir Mohd Wakhbul dan Mohd Hizam Hanafiah, 2009), kepimpinan merupakan fungsi pengurusan yang menggunakan pengaruh untuk memotivasikan pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Definisi Reka bentuk organisasi menurut buku Pengurusan Organisasi (Zafir Mohd Wakhbul dan Mohd Hizam Hanafiah,2009), merupakan satu konsep yang luas. Ia adalah proses di mana pengurus memilih dan mengurus aspek struktur dan budaya organisasi supaya organisasi boleh mengawal aktivitinya untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, reka bentuk organisasi bermaksud rancangan yang menunjukkan susunan dan struktur sesebuah organisasi. Reka bentuk terdiri daripada aspek berkaitan dengan maksud organisasi dan kepentingannya. Reka bentuk organisasi meliputi carta organisasi, proses pengorganisasian yang membentuk beberapa jenis penjabatan organisasi, di samping terdapat bentuk-bentuk lain struktur sesebuah organisasi. Reka bentuk organisasi yang mantap melambangkan kelancaran dan kejayaan sesebuah organisasi. Kajian yang dijalankan adalah berkenaan dengan Pusat kesihatan hospital Mersing yang terletak berhampiran hotel Seri Malaysia Mersing. Ia ditubuhkan pada 1 Januari 1982 dan mempunyai keluasan sebesar 8.09 hektar. Klinik di Endau ini mempunyai lebih dari 20 orang pekerja yang diketuai oleh seorang pengurus besar iaitu Dr Goh Chin Eang. Beroperasi pada setiap hari. Salah satu Fungsinya ialah untuk merawat pesakit, memberi bantuan kecemasan kepada pesakit, dan memberi ubat-ubatan kepada pesakit.

941207-08-6257

2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini bertujuan untuk : 2.1 Mengenal pasti reka bentuk organisasi pusat kesihatan hospital Mersing. 2.2 Mentafsir sistem pengorganisasian pusat kesihatan hospital Mersing 2.3 Menilai konsep pengorganisasian pusat kesihatan hospital Mersing. 2.4 Menentukan gaya kepimpinan pegawai atasan pusat kesihatan hospital Mersing

3.0

LATAR BELAKANG KAJIAN

3.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Latar belakang kajian adalah satu elemen yang amat penting. Kajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan Pusat Kesihatan Hospital Mersing. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti reka bentuk, mentafsir proses pengorganisasian, menilai konsep

pengorganisasian dan menentukan gaya kepimpinan pemimpin tertinggi Klinik Endau.Pusat Kesihatan Klinik Endau ditubuhkan pada 1 Januari 1982 pada keluasan 1.05 hektar. Klinik Endau mempunyai lebih daripada 20 orang pekerja yang diketuai oleh seorang pengurus besar iaitu Dr Goh Chin Eang. Klinik Endau beroperasi pada setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad iaitu dibuka dari jam 7.00 pagi sehingga 5.00 petang. Hospital Mersing ini diuruskan oleh kakitangan awam yang terdiri daripada doktor di Mersing dan para pembantu hospital . Antara objektif penubuhannya ialah memastikan pesakit dapat perkhidmatan yang berkualiti dalam menyediakan perkhidmatan pencegahan perawatan rehabilitasi dan pendidikan pesakit kepada semua pesakit dalam persekitaran selesa dan penyayang. Hospital Mersing juga berfungsi seperti perubatan asas. menyediakan perkhidmatan

941207-08-6257

3.2 LATAR BELAKANG LOKASI KAJIAN

Mersing digelar Fngshnggng oleh penduduk cina zaman dahulu Mersing merupakan Bandar yang terletak dihujung timur laut negeri Johor, Malaysia. Bandar Mersing dijangkakan mempunyai penduduk seramai 21,670 orang pada tahun 2009, bandar ini biasa dilawati oleh penduduk Malaysia dan pelancong asing untuk lawatan mereka ke PulauBandar Mersing lebih dikenali keran ia merupakan satu diantara dua bandar utama di timur laut negeri Johor selain daripada Kota Tinggi.Terdapat jalan utama iyang menghubungkan selatan dan utara Johor dengan selatan negeri Pahang termasuk dengan Bandar utama Pahang iaitu Kuantan. Kawasan tumpuan utama di Bandar Mersing ialah jeti feri untuk perjalan daripada Mersing ke Pulau Tioman. Mersing terletak 136 Kilometer daripada timur laut daripada Bandar utama Johor iaitu Johor Bahru. Pelabuhan Mersing terletak di sungai Mersing dan juga merupakan pelabuhan utama feri untuk ke Pulau Tioman dan lebih daripada 40 buah pulau yang lain.

941207-08-6257

Peta : Peta Mersing Dalam Negeri Johor


Sumber: Google Earth Huraian: peta ini menunjukan kawasan pandangan atas melalui google earth di Mersing Johor

Peta 1 : Peta Mersing Dalam Negeri Johor Sumber : http//maps. Google. Com .my Huraian : Peta di atas menunjukkan kawasan Mersing yang terdapat di Johor. Mersing terletak bahagian utara Johor di sebelah Pantai Timur.
5

941207-08-6257

Peta 2 : Peta Klinik Endau Sumber : http//maps. Google. Com. My Huraian : Peta di atas menunjukkan kawasan klinik Endau yang mempunyai beberapa buah kampung. Endau bersepadan dengan negeri Pahang yang dipisahkan oleh Sungai Endau.

941207-08-6257

4.0

KAEDAH KAJIAN Bagi menyiapkan kajian ini, beberapa kaedah telah digunakan bagi mengkaji tentang

Pusat Kesihatan Hospital Mersing. Antara kaedah yang digunakan ialah seperti berikut :

4.1 PEMERHATIAN Kaedah pemerhatian, kaedah permerhatian merupakan kaedah alternatif yang digunakan dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data temu bual dan soal selidik. Kaedah ini memerlukan penyelidik memerhati keadaan sekeliling di kawasan kajian. Kaedah ini memberi pemahaman kepada pengkaji untuk lebih memahami situasi sebenar yang ingin digambarkan oleh responden. Kaedah ini dijalankan bagi memerhatikan keadaan sekeliling kawasan di Klinik Endau bagi memastikan aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan dan sebagainya. Kaedah ini amat berkesan bagi memastikan maklumat yang diperolehi daripada kaedah temu bual dan soal selidik adalah benar dan tepat. Selain itu, kaedah pemerhatian terhadap sampelsampel kajian adalah lebih terperinci, jelas, teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai.

4.2 SOAL SELIDIK Kaedah soal selidik dilakukan bagi mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Soal selidik adalah kaedah utama bagi pengumpulan data kerana ianya berhubung terus dengan kumpulan sasaran. Kaedah ini adalah kaedah yang paling popular yang digunakan para pengkaji untuk mendapatkan data yang dikehendaki.Penggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi mereka bentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias. Borang soal selidik ini perlulah bersesuaian dan mengikut objektif dan kerangka konseptual yang telah ditetapkan. Hal ini agar soalan tersebut tidak menyimpang jauh daripada sasaran. Borang soal selidik diedarkan kepada para pekerja di hospital Mersing untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus besar di hospital Mersing.
7

941207-08-6257

4.3 TEMU BUAL Kaedah temu bual juga diguna bagi memperolehi data atau maklumat dengan lebih mendalam dan terperinci. Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah formal biasanya penyelidik telah memohon dan memaklumkan terlebih dahulu kepada responden dan telah mendapat persetujuan untuk ditemu bual.Temu bual ini menyentuh mengenai maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Manakala temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual secara rambang dan tidak perlu kepada permohonan bertulis, sekadar persetujuan lisan penyelidik dengan responden yang dipilih secara rawak. Temu bual ini berbentuk terbuka kerana untuk memudahkan responden bebas memberikan berbagai bentuk jawapan dan responden juga bebas memberikan pendapat yang dirasakan sesuai. Kaedah ini diguna untuk mengkaji reka bentuk Klinik Endau, proses pengorganisasian Klinik Endau dan konsep pengorganisasian Klinik Endau.

4.4 RUJUKAN Dalam menjalankan kajian, saya juga telah menggunakan kaedah rujukan bagi memperolehi data-data yang diperlukan. Saya memperolehi data-data tersebut dari Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin dan Perpustakaan Mersing. Saya menggunakan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke-4. Selain itu, saya juga menggunakan buku-buku, majalah, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah yang lain untuk mendapatkan data-data penting. Di samping itu, saya juga menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat tambahan serta untuk mendapatkan peta dan gambar rajah daripada laman web Google. Di samping itu juga, saya membuat tinjauan terhadap maklumat kajian-kajian lalu.

Anda mungkin juga menyukai