Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A Jawab semua 10 soalan. Baca dan bulatkan jawapan yang betul. 1.

Wati sedang berpuasa, kamu sepatutnya ________________. A. makan di hadapannya B. tidak makan sepanjang hari C. makan di tempat lain 2. Siva pergi ke kuil untuk bersembahyang. Apakah agama yang dianuti oleh Siva? A. Islam B. Buddha C. Hindu 3. Nurul __________ rakannya menyapu lantai. A. membantu B. menyuruh C. biarkan 4. Saya ___________ cikgu Gani mengangkat buku latihan ke pejabatnya. A. menolong B. melihat C. bersimpati 5. Mimi ___________ tanggungjawabnya sebagai ketua kelas. A. melaksanakan B. tidak melaksanakan C. menyalahgunakan

6. Kemudahan awam seperti tandas, telefon awam dan paip bomba mestilah diawasi dengan _____________________ A. sangat baik B. merosakkannya C. tidak mengambil tahu 7. Syahira selalu __________________ Kamal yang lemah dalam pengajaran. A. tidak peduli B. membiarkan C. menunjuk ajar 8. A. B. C. Kita seharusnya _____________ terhadap wira-wira Negara kita. berasa bangga bersimpati mengabaikan

9. Kita patut ___________________ semasa lagu Negaraku dinyanyikan. A. berlari B. berdiri tegak C. berbual bersama kawan 10. Apabila bercakap dengan guru kita mestilah_______________ A. berdiam. B. meninggikan suara. C. merendahkan suara. 11. Li Ming berbangsa Cina, kamu patut menghantar ______________ kepadanya. A. kad Selamat Hari Raya B. Kad Selamat Hari Deepavali C. kad Selamat Tahun Baru Cina

12. Kita seharusnya ______________ rakan-rakan dan cikgu-cikgu di sekolah. A. menghormati B. berhemah C. bertanggungjawab 13. Amos _______________ datuk dan neneknya yang datang melawat. A. tidak melayan B. hidangkan air untuk C. melihat 14. Maria terjumpa sebuah dompet di kantin sekolah. Dia _____________ A. mengambil dan membelanjakan wangnya. B. mengambil dan serahkannya kepada guru. C. mengambil dan simpan dalam begnya. 15. Jika kamu bersalah, kamu akan ________________________ A. meminta maaf. B. mengulangi kesalahan itu. C. membiarkan sahaja kesalahan yang dilakukan. 16. Munirah menolong ibunya mengemas rumah. Dia tidak meminta sebarang upah dari ibunya. Munirah seorang anak yang A. Suka menunjuk-nunjuk B. Sederhana C. Ikhlas 17. Apabila membuat kerja bersama rakan, kita kena memberikan ___________. A. kerjasama B. kasih sayang C. hemah tinggi

18. Debby tidak makan secara berlebihan, walaupun makanan itu sedap. A. Dia tidak kuat makan. B. Dia tidak suka makanan itu. C. Dia mengutamakan kesihatan. 19. Devi selalu lambat datang ke sekolah. Namun, guru kelas tidak pernah memarahinya kerana jarak sekolah dari rumahnya sangat jauh. Apakah nilai yang diamalkan oleh guru kelas tersebut? A. Kejujuran B. Berterima kasih C. Toleransi 20. Sikap __________________ antara rakan dapat mengeratkan hubungan bersama dan mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain. A. bertoleransi B. kepercayaan kepada tuhan C. menuduh

[ 20 markah ]

BAHAGIAN B A. Nyatakan sama ada tindakan yang berikut BETUL atau SALAH.

1. Aiman meminjamkan pembaris kepada May. 2. Ah Ming dan Raju bermain bola sepak di padang. 3. Hafiz mengajak Ahmad ponteng sekolah. 4. Vickey membantu Lisa menyelesaikan kerja sekolah. 5. Rita suka berhutang dengan kawannya. 6. Bibi dan Silva pergi ke perpustakaan bersama. 7. Kalvin mengajak Chua pergi ke pusat hiburan. 8. Anisa selalu membantu ibunya menjaga adik. 9. Muis suka melawan kata ayahnya. 10. Fiona membantu ibunya mengemas rumah.

[ 20 markah ]

B. Isi tempat- tempat kosong di bawah ini dengan perkataan yang sesuai.

mengelap membersihkan

menyusun menyapu menanam

1. Nana membantu abangnya __________ cermin tingkap.

2. Mina ______________ semula buku-bukunya di dalam almari selepas menggunakannya.

3. Hafiq sedang ________________ kolam ikan di belakang rumahnya.

4. Nurin _________________ bunga di halaman rumah.

5. Abang sedang _______________ sampah di ruang tamu. [ 20 markah ]

C. Isikan tempat kosong dengan kata yang sesuai.

biru empat

merah putih

kuning kota

Negaraku menyanyikan

1. Bendera Malaysia mempunyai ________________ warna. 2. Warna warna pada bendera Malaysia ialah _____________, ______________, _______________ dan ________________.

3. Lagu Kebangsaan Malaysia ialah ________________________. 4. Kita mesti berdiri apabila _______________________ lagu Negaraku. 5. Kuala Lumpur ialah ibu ________________________ Malaysia.

[ 20 markah ]

D. Tandakan (/) kepentingan nilai baik hati & (X) bagi pernyataan sebaliknya.

Rizul menolong Muzazri yang tercedera semasa bermain bola sepak di padang sekolah

1. Mengeratkan hubungan antara Rizul dan Muzazri. 2. Merenggangkan hubungan antara Rizul dan Muzazri. 3. Mendapat pujian daripada guru. 4. Membalas dendam terhadap kawan. 5. Mewujudkan suasana harmoni antara mereka. 6. Mendapat balasan yang baik. 7. Disukai oleh rakan-rakan yang lain. 8. Mendapat pujian daripada rakan-rakan yang lain. 9.Menunjukkan teladan yang baik kepada rakan-rakan yang lain. 10.Menjatuhkan maruah diri dan nama baik sekolah.

[ 20 markah ] - SOALAN TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai