Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PERUNTUKAN KEJOHANAN FUTSAL IPT PIALA MENTERI PENGAJIAN TINGGI TAHUN 2011

1.0

Nama Program

KEJOHANAN FUTSAL IPT PIALA MENTERI PENGAJIAN TINGGI 2011

2.0

Pengenalan

Sukan merupakan aktiviti yang sentiasa mendapat perhatian di kalangan generasi masa kini, terutama anak-anak muda di institusi pengajian tinggi. Antara acara sukan yang mendapat perhatian generasi muda adalah bola sepak, sepak takraw, bola jaring, bola tampar, badminton, pingpong dan bowling selain turut dipertandingkan di dalam kejohanan peringkat Olimpik, Asia, ASEAN, kebangsaan, SUKMA, dan juga MASUM.

Sehubungan itu, Kementerian Pengajian Tinggi telah menganjurkan Kejohanan Futsal IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi yang akan bermula pada bulan Mac 2011. Oleh itu, Kolej Komuniti Jelebu telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pasukan yang mewakili Kolej Komuniti Negeri Sembilan. Kolej Komuniti Jelebu telah bergabung dengan Kolej Komuniti Jempol menjadi satu pasukan untuk menyertai kejohanan futsal tersebut di mana akan terlibat beberapa sirkit kejohanan futsal tersebut.

3.0

Tujuan

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapatkan kelulusan peruntukan kewangan dikeluarkan dari Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (MASKOM) bagi menyertai Kejohanan Futsal IPT tersebut. Diharap kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya.

4.0

Objektif

Tujuan Kolej Komuniti Mas Gading menyertai Kejohanan Futsal IPT Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011 ini adalah untuk :

4.1 Mengenalpasti bakat-bakat pelajar Kolej Komuniti untuk dibawa sebagai wakil Kolej Komuniti ke persada sukan tanah air dan antarabangsa. 4.2 Mengenengahkan bakat-bakat pelajar Kolej Komuniti dalam bidang sukan ke peringkat yang lebih tinggi. 4.3 Menjadikan bidang sukan adalah salah satu produk Kolej Komuniti bagi melahirkan pelajar yang berjaya dan berdisplin. 4.4 Memupuk semangat kerjasama, setiakawan dan hubungan mesra sesama pelajar/pemain dan antara Kolej Komuniti. 4.5 Mempromosikan Kolej Komuniti kepada pihak luar sebagai salah satu institusi yang bukan hanya mementingkan akademik, malah turut aktif di dalam bidang sukan.

5.0

Tempat & Tarikh Sirkit

Dalam kejohanan futsal ini, setiap pasukan dikehendaki menyertai sirkit wajib dan 2 tambahan sirkit pilihan untuk mendapat dan mengumpul mata untuk melayakkan pasukan ke peringkat Grand Final. Tempat dan tarikh sirkit akan dimaklumkan.

6.0

Penyertaan

Pengurus Pasukan : Adi Amin bin Sarkawi Penolong Pengurus : Nashmal bin Rozee/Halim Jurulatih : Ismadi bin Kria

Penolong Jurulatih : Redza Ieskandar bin Masiman Kitman Fisio : Mohammad Haizirrul bin Abd Wahab : Shahriman bin Poniman

7.0

Pengendali Pasukan

Kolej Komuniti Mas Gading,Sarawak

8.0

Peruntukan Kewangan

Peruntukan yang disenaraikan ini adalah peruntukan sepanjang kejohanan futsal ini berlangsung.

Bil Elaun pemain

Perkara

Jumlah peruntukan RM2.50 sejam x 50 jam RM200 RM30 X 14 orang RM60 X 50 jam (Mineral) RM15X30 peti

Jumlah RM125 RM200 RM420 RM3000 RM450 RM600 RM1500 RM1760 RM1000

1. 2. 3. 4.

Yuran penyertaan Baju latihan Elaun jurulatih

5.

Air minuman (mineral & 100 plus) (100 plus)RM30X20 peti Penginapan Baju Pasukan (sweater) Lain-lain (rencam) RM1500 RM80X22 RM1000

6. 7. 8.

Jumlah Besar

RM9,055

3 SIRKIT KEJOHANAN NAMA AKAUN : E-TECH CENTRE KOLEJ KOMUNITI MAS GADING NO. AKAUN BANK : 172-201-200271-1 NAMA BANK : AMBANK

Jadual Latihan Mingguan HARI ISNIN & SABTU setiap minggu TARIKH 21, 23 & 28 FEBRUARI 2011 2, 7, 9, 14 & 16 MAC 2011 MASA 9.00 11.00 MALAM (2 JAM) TEMPAT CADANGAN LATIHAN GELANGGANG FUTSAL SPORT PLANET

9.0

Penutup

Adalah diharapkan kertas kerja ini mendapat kelulusan sepenuhnya demi pembangunan Sukan Kolej Komuniti secara khususnya, dan Negara secara amnya.

Disediakan Oleh,

MOHD FAIZAL AFFENDY BIN ZAKARIA Pegawai Sukan & Ko-Kurikulum Kolej Komuniti Mas Gading

Disemak Oleh,

SUHARYATI BT SULAIMAN Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran Kolej Komuniti Mas Gading

Disahkan Oleh,

WILLIAM ABENG Pengarah Kolej Komuniti Mas Gading

Diluluskan Oleh,

HAJI MOHD ZUFRI BIN YAZID Pengerusi Majlis Sukan Kolej Komuniti

Anda mungkin juga menyukai