Anda di halaman 1dari 1

Pada 17 dan 18 Februari yang lalu, Unit ICT telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan [LDP] untuk guru

berkenaan dengan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE). Persekitaran Pembelajaran Maya Frog adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guruguru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Berikut adalah gambar-gambar sekitar LDP yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai