Anda di halaman 1dari 1

Program Bina Insan Guru atau lebih dikenali sebagai BIG (WAJ3114) merupakan satu mata pelajaran dalam

komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). BIG diperuntukan tiga kredit bersamaan 120 jam interaksi. Semua pelajar wajib lulus BIG. Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang enam semester tempoh pengajian di bawah kelolaan dan kendalian HEP BPG/IPG. Untuk PISMP semester 5, pelajar dikehendaki mengikuti suatu lawatan Benchmarking yang memperuntukkan 7 jam interaksi dan bengkel selama 3 jam. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul.

Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Pelaksanaan BIG yang lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulis dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Oleh itu, guru diharapkan mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi dengan menyertai program BIG yang dirancang.