Anda di halaman 1dari 3

Contoh Karangan SPM: Faktor-faktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia dan langkah-langkah yang harus diambil untuk menanganinya

Era globalisasi yang sarat dengan pelbagai cabaran zahir dan maya ini, terbit satu masalah yang kian membimbangkan masyarakat dunia iaitu jenayah pemerdagangan manusia. Isu yang semakin berleluasa ini sering melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak. Namun begitu, pendedahan pihak Polis Di aja !alaysia "PD !# baru-baru ini menunjukkan bahawa golongan remaja turut dijadikan mangsa jenayah pemerdagangan manusia. $al ini sungguh membimbangkan kerana situasi tersebut mampu menyebabkan gejala negati% yang lain turut menjadi serius. !isalnya, mangsa jenayah pemerdagangan manusia sering dijadikan sebagai pelacur, buruh paksa, hamba seks dan pengemis upahan. !alah, menurut &abatan 'iasatan &enayah PD !, sebanyak dua puluh tujuh sindiket pemerdagangan manusia yang bergiat akti% di !alaysia berjaya ditumpaskan sepanjang enam bulan pertama tahun ini. Penumpasan sindiket-sindiket tersebut telah menyelamatkan ratusan indi(idu yang menjadi mangsa mereka. )eadaan ini jelas menunjukkan bahawa jenayah pemerdagangan manusia sememangnya semakin serius dan perlu diatasi dengan segera. $akikatnya, jenayah pemerdagangan manusia hanya boleh diatasi jika kita memahami %aktor-%aktor berlakunya jenayah tersebut.

Pertama sekali, kewujudan korupsi dan unsur rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan menyebabkan jenayah ini sukar ditangani. 'indiket pemerdagangan manusia sering meman%aatkan kewujudan pegawai kerajaan yang mudah dirasuah untuk memudahkan pelaksanaan modus operandi mereka. !isalnya, pegawai imigresen yang menjaga sempadan negara boleh dilepasi dengan mudah oleh ejen-ejen sindiket pemerdagangan manusia bersama mangsa mereka hanya dengan menghulurkan beberapa helai wang kertas lima puluh ringgit kepada mereka. )eadaan kini bertambah keruh apabila pegawaipegawai kerajaan sendiri bertindak membantu sindiket pemerdagangan manusia. *ontohnya, mereka mencari indi(idu yang berpotensi untuk diperdagangkan dan menyerahkan insan-insan yang tidak berdosa itu kepada ejen pemerdagangan manusia. $al ini amat menyedihkan kerana pihak yang patut memainkan peranan untuk mengatasi jenayah pemerdagangan manusia bertindak sebaliknya ibarat kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi. !aka, jenayah tersebut pasti sukar ditangani jika wujud pegawaipegawai kerajaan yang berkorupsi.

'elain itu, jurang ekonomi antara negara-negara jiran turut menjadi %aktor jenayah pemerdagangan manusia. akyat negara yang miskin sudah tentu ingin menambah baik tara% hidup mereka dengan apa jua cara yang mudah. +leh itu, mereka memilih untuk bekerja di negara jiran yang lebih kaya tetapi kekurangan tenaga kerja. Namun begitu, terdapat pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan terhadap mereka dengan menaburkan janji-janji manis seperti pekerjaan, tempat tinggal dan kehidupan yang lebih baik. !alangnya, selepas indi(idu-indi(idu tersebut dibawa ke luar negara, mereka dijual kepada pihak lain dan dijadikan hamba seks dan buruh paksa. 'ituasi ini terbukti berlaku apabila statistik &abatan 'iasatan &enayah PD ! menunjukkan hampir kesemua indi(idu yang berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia

berasal dari negara-negara jiran yang berpendapatan rendah seperti !yanmar, ,ietnam dan -aos. )eadaan ini membuktikan bahawa jurang ekonomi antara negara-negara serantau turut menjadi %aktor wujudnya jenayah pemerdagangan manusia.

Di samping itu, tahap kesedaran masyarakat terhadap isu pemerdagangan manusia yang rendah juga menyebabkan jenayah tersebut terus berleluasa. !asyarakat yang bersikap seperti katak di bawah tempurung menjadi punca yang memangkin kewujudan pelbagai jenayah merentasi sempadan. !asyarakat kini sering bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing dan tidak peka terhadap situasi di sekeliling mereka. .mpamaanya, terdapatkah indi(idu pada hari ini yang melihat pengemis kanak-kanak cacat sanggup bersikap proakti% dan membawanya kepada &abatan )ebajikan !asyarakat/ )eengganan masyarakat untuk mengambil tahu tentang isu semasalah menyebabkan situasi seperti ini berlaku. -ebih membimbangkan lagi apabila masyarakat mendiamkan diri meskipun tahu tetang kewujudan sindiket pemerdagangan manusia di kawasan tempat tinggal mereka. !isalnya, pihak PD ! berjaya menangkap seorang lelaki di sebuah rumah bersama tiga puluh orang wanita warganegara ,ietnam yang dikurung di dalam sebuah bilik. 'iasatan lanjut mendapati lelaki itu terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia sejak lima tahun yang lalu dan menjadikan rumahnya sebagai tempat menjalankan urusan sindiketnya itu. 'ekiranya masyarakat di kawasan perumahan itu bersikap proakti%, pasti sindiket tersebut terbongkar lebih awal. !alangnya, sikap mereka yang kurang peka terhadap situasi di sekeliling memudahkan lelaki itu untuk menjalankan sindiketnya selama separuh dekad. $al ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang mendiamkan diri akan menyebabkan jenayah pemerdagangan manusia terus melarat.

0aktor-%aktor jenayah pemerdagangan manusia sememangnya sukar diatasi. 1alau bagaimanapun, jika pihak kerajaan mewujudkan undang-undang yang dapat menjatuhkan hukuman yang lebih berat terhadap dalang sindiket pemerdagangan manusia, pasti jenayah tersebut dapat ditangani. )ejayaan 2kta dadah 3erbahaya dalam mengekalkan jumlah kes penyeludupan dadah pada tahap yang rendah harus dijadikan contoh untuk mewujudkan mekanisme yang sama demi mengurangkan kes pemerdagangan manusia. $ukuman penjara sahaja tidak memadai buat pesalah yang sanggup menjalankan urusan jual beli manusia. $ukuman mati mandatori patut dikenakan terhadap mereka supaya dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat. Pada masa yang sama, pihak kerajaan perlu mewujudkan mekanisme yang tepat untuk menyi%arkan kes rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. &ika kes rasuah dapat disi%arkan, sudah tentu pelaksanaan undang-undang menjadi lebih berkesan sekali gus mengurangkan kes pemerdagangan manusia. 'eterusnya, pemimpin-pemimpin negara serantau perlu bekerjasama untuk mengurangkan jurang ekonomi. )omuniti 2'E2N yang bakal diwujudkan pada tahun 4567 patut dizahirkan kerana langkah tersebut diyakini mampu mengurangkan jenayah merentasi sempadan apabila negara-negara di 2sia 8enggara menjalin kerjasama politik, ekonomi dan sosial. 'ekiranya negara-negara serantau membangun secara serentak, keperluan rakyat sesebuah negara untuk bekerja di negara jiran akan berkurang. 'ecara tidak langsung, keadaan ini seterusnya akan mengurangkan pemerdagangan manusia.

'elain itu, masyarakat pula perlu bersikap proakti% dan melaporkan gerak-geri yang mencurigakan di sekeliling mereka. !ereka harus bekerjasama dan memastikan kawasan tempat tinggal mereka tidak dijadikan sebagai markas pemerdagangan manusia. *ontohnya, Persatuan ukun 8etangga perlu sentiasa menjalankan pelbagai langkah untuk membanteras perlakuan jenayah di kawasan perumahan mereka. !asyarakat tidak perlu takut untuk melaporkan jenayah pemerdagangan manusia kepad pihak berkuasa kerana identiti mereka akan dirahsiakan. !aka, sekiranya rakyat !alaysia bersikap proakti%, pasti jenayah pemerdagangan manusia mampu diatasi dengan mudah.

8untasnya, sememangnya terdapat pelbagai %aktor berlakunya jenayah pemerdagangan manusia dan pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi jenayah tersebut. Namun begitu, langkah-langkah tersebut hanya akan membuahkan hasilnya jika pihak kerajaan dan masyarakat berganding bahu kerana sesungguhnya bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. 'emoga dengan penyi%aran jenayah pemerdagangan manusia, kita dapat menzahirkan 1awasan 4545 dan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di dunia.

Anda mungkin juga menyukai