Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI BIG KHIDMAT MASYARAKAT Pada 15 dan 18 Mac 2014, saya dan rakan sekelas (2PISMP PT) telah

melaksanakan program BIG khidmat masyarakat di Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang. Program BIG semester ini berbeza dengan program BIG semester lepas kerana kali ini fokusnya tertumpu kepada perhubungan antara peserta BIG dengan staf Pusat Sumber IPG Kampus Pulau Pinang bagi memproses buku Bahasa Tamil, menyusun semula, membaikpulih dan membalut koleksi buku-buku yang ada di Pusat Sumber IPG KPP. Secara individu, saya dapati sepanjang program tersebut saya dapat meningkatkan cara berkomunikasi dan berinteraksi dengan staf Pusat Sumber IPG KPP terutamanya dalam hal ehwal pengurusan program BIG kami secara keseluruhannya. Tambahan pula, seorang guru sememangnya wajib mempunyai hubungan baik dengan komuniti terutamanya dalam sesebuah organisasi, komuniti khasnya dan masyarakat sekitar amnya. Kekuatan program BIG khidmat masyarakat pada kali ini ialah layanan yang baik daripada pihak pengurusan Pusat Sumber IPG KPP. Semasa kami melakukan aktiviti, saya dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga buku-buku di Pusat Sumber supaya ia dapat digunakan untuk tempoh yang lama oleh generasi pelajar yang akan datang juga. Kekuatan seterusnya mendedahkan kepentingan terhadap tanggungjawab seorang guru kepada masyarakat. Saya juga banyak mendapat ilmu-ilmu baru daripada pihak pengurusan pusat sumber yang memegang perpustakaan bagaimana seorang guru membahagikan masa di rumah dan sekolah. Selain itu, mereka juga banyak menceritakan pengalaman mereka bagaimana kehidupan sebagai seorang guru dalam komuniti sekolah, rakan sekerja dan ibu bapa. Saya juga mendapat pengalaman kali pertama membalut buku pusat sumber dengan cara yang berlainan. Pada mulanya ia sangat susah kerana terpaksa membalut buku secara perlahan-lahan dan berhati supaya tidak tergunting pada bahagian buku. Penat usah katalah tetapi dengan bantuan rakan-rakan saya berjaya menyiapkannya.

Buku-buku telah berubah kelihatan cantik dan saya berpuas hati dengan hasilnya. Saya juga telah menolong kumpulan yang membaikpulih koleksi buku, jurnal, majalah kerana terdapat banyak buku dan apabila masa hampir tamat, mereka masih belum habis menyiapkan kerja. Saya dapat mempelajari tentang meningkatkan kesedaran kepentingan Pusat Sumber sebagai gedung ilmu yang mustahak dalam pembelajaran dan pengajaran Kelemahan membuat BIG pada hari cuti ialah kami tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti bersama-sama dengan pelajar-pelajar IPG. Kami juga tidak berpeluang bertemu dengan semua staf pusat sumber kerana terdapat beberapa orang yang tidak hadir kerana mempunyai masalah. Harapan saya, hubungan baik yang terjalin antara kami dan pihak pusat sumber dapat diteruskan dan mungkin jika saya dan rakan-rakan yang lain di membantu mereka sentiasa.