Anda di halaman 1dari 20

KRP 3013 .

Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946

PEMARKAHAN

Tugasan A

Tugasan B

Tugasan C

JUMLAH

KRP 3013 : KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK TUGASAN C

ANALISIS SUSUNAN BILIK DARJAH

KUMPULAN EL-J02 ( A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA AMINAH BTE MOHD.AFANDI NO. ID D 20111049946 NO TELEFON 012-7519176

NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: DR NORILA BINTI MD.SALLEH : 10 NOVEMBER 2012

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


LAPORAN ANALISIS BILIK DARJAH ( TUGASAN BAHAGIAN C ) ( KRP 3012 : Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah ) NAMA ; AMINAH BTE MOHD.AFANDI NO ID : D20111049946

1.Nama sudut bilik darjah yang dipilih. Sudut Bacaan Di dalam Kelas

SUDUT BACAAN

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


2. Berikan justifikasi anda mengapa sudut bacaan di dalam kelas diadakan. i. Mempertingkatkan ilmu pengetahuan Sudut bacaan adalah salah satu ruang yang perlu ada di dalam sesebuah kelas.Ia umpama perpustakaan mini.Kedudukannya biasanya di satu sudut di belakang bilik darjah.Ia berfungsi untuk mengisi waktu senggang pelajar dengan membaca bahan yang disediakkan.Pelbagai bentuk bahan bacaan seperti bukufiksyen,majalah,surat khabar,bahan lembaran kerja semasa dan kamus.Dengan adanya sudut bacaan ini,kekadang pelajar tidak perlu ke perpustakaan untuk meminjam buku kerana di sudut ini telah menyediakan pelbagai bahan yang beraneka pilihan.Ini lebih menjimatkan masa pelajar dan mengelakkan pelajar daripada membuang masa sewaktu pertukaran masa guru.Pelajar dapat mempertingkatkan lagi ilmu pengetahuan mereka dalam pelbagai cabang ilmu seperti penambahan kosa kata,penerapan nilai-nilai murni dan pengajaran. ii. Memupuk minat membaca dan cinta pada buku Dewasa ini minat membaca di kalangan pelajar masih di tahap yang kurang memuaskan.Terdapat segelintir pelajar yang lebih gemar menghabiskan waktu senggang mereka sewaktu ketiadaan guru di dalam kelas dengan bermain dan berborak.Namun dengan wujudnya sudut bacaan ini,diharapkan minat membaca di kalangan pelajar dapat ditingkatkan.Bagi memurnikan hasrat ini juga,pada tahun 1989 Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program Nilam iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca.Ia merupakan satu program yang cukup terancang dan terstur bagi meningkatkan minat membaca di kalangan pelajar.Sejajar dengan hasrat murni inilah maka pihak sekolah telah mewajibkan setiap kelas mewujudkan sudut bacaan ini. iii. Mewujudkan budaya mento menti ( pembimbing Rakan Sebaya ) Sudut bacaan ini juga diwujudkan bagi mewujudkan suatu scenario pembelajaran pelbagai kebolehan.Pelajar yang cerdas boleh membimbing pelajar yang lemah terutamanya sewaktu aktiviti kumpulan dijalankan..Secara tidak langsung ini akan berjaya memupuk budaya saling bekerjasama dan bantu membantu.Di sudut inilah pelajar berpeluang mebaca bahan ilmiah atau mencari bahan rujukan bersamasama rakan pelbagai aras kebolehan.Secara tidak langsung telah wujud juga suasana yang kondusif dalam ruang pembelajaran.

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


3. Jelaskan 3 (TIGA) kekuatan yang terdapat pada Sudut Bacaan i. Menjimatkan masa / mengelakkan pembaziran masa Wujudnya sudut bacaan ini umpama mini perpustakaan bergerak di dalam kelas.Kalau sebelum ini .para pelajar terpaksa pergi ke perpustakaan untuk meminjam dan memulang buku yang biasa kedudukannya agak jauh,dengan wujudnya sudut bacaan ini akan mengurangkan masa terbuang pelajar.Di sini juga pelajar tidak perlu melalui proses peminjaman melalui pustakawan,dan ini lebih cepat dan memudahkan.Waktu pertukaran guru juga,pelajar boleh mengisinya dengan aktiviti seperti membaca di sudut bacaan ini. ii Dapat mendisiplinkan diri pelajar Melalui sudut bacaan ini juga,pelbagai nilai murni dapat diterapkan di kalangan para pelajar.Dengan adanya sudut ini,murid-murid akan dapat menjalankan aktiviti yang berfaedah dan tidak membuang masa terutama semasa ketiadaan guru.Sikap kerajinan dan menghargai masa juga mampu dikembangkan ke dalam jiwa para pelajar.Pembentukan disiplin yang sihat ini mampu menjana insan yang seimbang dan harmonis.Secara tidak langsung pelajar juga akan ditanamkan dengan nilai-nilai disiplin dalam diri mereka.Mereka akan bijak mengisi masa terluang daripada berbual kosong dan mungkinberkelahi. Membaca Jambatan Ilmu.Slogan ini adalah antara yang sesuai dipaparkan di ruang ini untuk meningkatkan kesedaran kepada pelajar tentang kelebihan membaca. iii.Mewujudkan pertandingan yang sihat Pihak sekolah telah mewajibkan setiap kelas mewujudkan sudut bacaan di dalam kelas ini.Ini bertujuan bagi mewujudkan budaya membaca di kalangan para pelajar.Selain itu juga,pihak sekolah telah mengadakan pertandingan keceriaan sudut bacan ini dimana markah setiap minggu bagi mencari pemenang di hujung tahun..Ia menitikberatkan aspek susun atur,kreativiti dan pengisian bahan bacaan.Secara tidak langsung pertandingan ini berjaya membentuk nilai tambah kreativiti di kalangan pelajar.Para pelajar berlumba-lumba untuk mendermakan bahan bacaan dari rumah mereka menambah koleksi dan diguna pakai di sudut bacaan ini.Pertandingan yang sihat ini juga mampu membentuk sikap cintakan membaca di kalangan pelajar dan seterusnya dihasratkan supaya pelajar-pelajar akan mewujudkan pula sudut yang serupa di rumah mereka pula.

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


4. Jelaskan 3 ( TIGA ) kelemahan yang terdapat pada sudut bacaan i. Ruang tempat duduk yang terhad Sudut bacaan adalah satu sudut yang kedudukannya agak terhad bergantung kepada keluasan bilik darjah.JIka bilangan para pelajar melebihi 35 hingga 40 orang,ruang yang ada adalah amat terhad.Susun atur kerusi dan meja agak terhad dan ini kurang memberikan keselesaan kepada para pelajar.Biasanya hanya 3 hingga 4 buah kerusi sahaja yang dapat dimuatkan bersama 2 hingga 3 buah meja.Agak kurang selesa untuk pelajar menggunakan ruang ini.Agak sukar juga bagi guru dalam menjalankan aktiviti pengayaan, pemulihan dan bercerita.Pelajar terpaksa menunggu giliran untuk menjalanka n aktiviti di sini. ii. Kekangan masa Biasanya pelajar akan menggunakan sudut ini sewaktu ketiadaan guru atau waktu pertukaran guru.Selain itu pelajar juga kerap menggunakan sudut ini sewaktu rehat.Peruntukan masa adalah amat terhad.Guru juga kerap menggunakan ruang ini sebagai aktivit penutup dalam pemgajaran dan pembelajaran.Semestinya ruang waktu adalah amat terhad dan pelajar hanya diperuntukan masa yang sedikit. iii.Bahan bacaan terhad Berbeza dengan Pusat Sumber,bekalan bahan bacaan di ruang ini biasanya adalah sumbangan dan derma daripada para pelajar.Ini menyebabkan bilangan bahan bacaan terhad dan sering tidak cukup bahan bagi memenuhi permintaan pelajar.Piliha bahan bacaan juga agak terhad. 5. Tuliskan secara ringkas latar belakang konsep / teori berkaitan Sudut Bacaan. Kebolehan membaca adalah amat penting untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kebolehan membaca membolehkan manusia mengumpul ilmu pengetahuan daripada buku-buku ilmiah dan bahan-bahan bacaan yang lain.Orang yang berilmu pengetahuan adalah orang yang luas pembacaannya. Pepatah ada mengatakan Membaca Jambatan Ilmu. Membaca diibaratkan seperti pelita hidup. Seseorang yang rajin membaca akan menjadi orang yang berilmu. Negara akan lebih maju dan membangun jika rakyatnya minat membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan seterusnya akan menjadi para bijak pandai.Usaha menanam minat

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


membaca dalam kalangan murid-murid adalah menjadi tanggungjawab bersama guru, ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat. Sikap ini akan menghasilkan warga yang berpengetahuan dan sentiasa berusaha untuk maju ke depan. NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca adalah satu hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan pelajar.Progaram Nilam yang dijalankan di sekolah sekarang perlulah diselaraskan dengan baik supaya memberikan kesan yang lebih positif.Seterusnya melalui Program Nilam juga mewajibkan setiap kelas mewujudkan Sudut Bacaan di dalam kelas. Diharapkan dengan wujudnya sudut bacaan ini,pelajar akan lebih bijak mengisi masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah.Selain itu juga pelajar akan dapat meningkatkan lagi kemahiran membaca di kalangan pelajar.Situasi ini seterusnya diharapkan akan dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik pelajar.Budaya membaca ini akan membentuk insane yang kreatif,kritis dan berinovatif selaras degan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Keseimbangan ini perlu bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan jauh dari gangguan masalah social dan keruntuhan akhlak. Para pelajar adalah pelapis pemimpin masa hadapan yang perlu digilap agar memiliki minat yang mendalam dalam membaca kerana ilmu adalah pelita hidup.

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


LAPORAN ANALISIS BILIK DARJAH ( TUGASAN BAHAGIAN C ) ( KRP 3012 : Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah ) Nama : AMINAH BTE MOHD.AFANDI 1.Nama sudut dalam bilik darjah yang dipilih Sudut ICT No ID : D20111049946

SUDUT ICT

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


2.Berikan justifikasi anda mengapa sudut ICT diadakan 1. Mempelbagaikan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandanganHeinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran. Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi peralatan input seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick, tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU). Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajara bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan pengajaran dan pembelajaran.Guru dapat meluaskan lagi konsep pengajaran.Guru dapat meyediakan situasi pendidikan yang mencabar minda pelajar cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.Penggunaan ICT juga berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran dan memberi peluang pembelajaran kepada semua pelajar yang memiliki pelagai aras kebolehan.Selain itu ia juga berupaya meningkatkan motivasi murid,pembelajaran kendiri,mengeksas maklumat. ii.Perkongsian Maklumat Terkini Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC). Tujuh aplikasi utama dalam MSC terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia kea rah negara maju dan makmur (MDC,2000). Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar. .Wujudnya ICT di dalam bilik-bilik darjah menyemarakkan lagi para pelajar dalam mengejar ilmu.khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolahsekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. iii.Alat Tutorial Dalam sesi pembelajaran tutorial,penggunaan ICT berupa perisian pendidikan berbentuk CD-ROM,cakera padat atau pun laman web.Perisian ini mengandungi pelbagai komponen berupa maklumat,membimbing, dan penilaian pencapaian.Penggunaan pelbagai perisian ini diharapkan akan dapat emepertigkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran serta mempertingkatkan lagi pengetahuan mereka. 3. Jelaskan 3 ( TIGA ) kekuatan yang terdapat pada sudut ICT. i. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik akan dapat meningkatkan hasil pembelajaran .begitu juga dengan penggunaan ICT di dalam bilik darjah.Murid-murid akan lebih memahami isi pelajaran yang diajar kerana mereka lebih Nampak gambaran sebenar.Umpamanya guru menayangkan video melalui youtube dan tayangan gambargambar sebenar.Pelbagai perisian softwareyang disediakan oleh guru akan dapat meningkatkan kefahaman murid mengenai pelajaran pada hari itu.Murid-murid akan lebih tertarik dan berminat untuk belajar kerana pelbagai animasi menarik yang

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


ditayangkan.Hasilnya prestasi murid meningkat dan penghasilan kerja murid bertambah baik.Ini sememangnya tidak dapat dinafikan kerana penggunaan bahan bantu mengajar yang meliatkan pelbagai deria mampu meningkatkan kefahaman murid tentang topik pembelajaran. ii.Menjimatkan masa dan mudah Dengan adanya kemudahan ICT di dalam kelas,lebih memudahkan guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan,guru telah pun bersedia dengan bahan-bahan yang sesuai untuk ditayangkan menggunakan LCD.Selain menjimatkan masa,bahan pengajaran yang digunakan juga menarik.Jika sebelum ini guru terpaksa menyediakan BBM berupa kad imbasan ,kertas majung dan sebagainya,kini dengan kemudahan ICT maklumat hanya di hujung jari sahaja.Begitu mudah untuk guru melayari internet untuk mencari maklumat dan bahan berkaitan pengajaran dan pembelajaran.Begitu mudah sekali. iii.Menarik minat / rangsangan kepada murid Era teknologi maklumat dan komunikasi mencetuskan gelombang baharu dunia pendidikan negara yang terarah kepada sistem persekolahan moden telah menggesa perubahan dilakukan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pelbagai langkah pengukuhan dan penegasan dirangka bagi memastikan sistem pendidikan negara seiring dengan anjakan paradigma ini. Antara langkah yang telah dilakukan iaitu pemasangan kemudahan ICT di dalam bilik darjah.di sekolah terdapat hampir setiap kelas diwujudkan kemudahan ICT ini.Pemasangan skrin dan projector memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Menurut Teori Perkembangan kognitif oleh Piaget, pembelajaran kanak-kanak akan menjadi lebih berkesan jika sesuatu pengetahuan, kemahiran ataupun nilai yang disampaikan itu adalah dalam bentuk konkrit dan bersifat kurang absrak.Penggunaan bahan-bahan melalui ICT seperti gambar dan, video dalam pengajaran adalah sangat perlu dan boleh merangsang minat murid. Penggunaan CD-Rom, DVD- Rom juga banyak membantu guru untuk mempraktikkan elemen EMK- TMK dalam pengajaran mereka. Gabungjalin penggunaan modul dan ICT dalam prinsip KSSR menjadikan murid-murid seorang yang kreatif dan inovatif semasa belajar.

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


4. Jelaskan 3 ( TIGA ) kelemahan yang terdapat pada sudut ICT 1.Kekangan Masa Kecekapan dan kepakaran amat diperlukan dalam pengendalian sesuatu bahan ICT umpamanya komputer.Selain itu juga pengetahuan mengenai cara penyambungan kabel elektirk dan sebagainya juga amat penting.Kekadang seseorang guru itu kurang arif menyebabkan ia menjadi satu beban setiap kali ingin menggunakan kemudahan ICT.Golongan ini sentiasa mengharapkan bantuan dari rakan sejawatnya untuk membantu.Ini akan mengambil masa..Proses pemasangan dan mengemas juga mengambil masa dan keadaan ini menyebabkan waktu pengajaran dan pembelajaran menjadi singkat. ii. Kekurangan Bahan Sokongan dan Prasarana Proses penyelenggaraan komputer perlu dilakukan bagi memastikan ianya sentiasa dalam keadaan baik untuk digunapakai..Selain itu perisian komputer juga perlu selaras dengan kandungan sukatan pelajaran.Bilangan komputer yang tidak mencukupi.Ini adalah antara masalah dan kekangan yang sering dihadapi oleh pihak sekolah.Kos penyelenggraan yang tinggi ditambah dengan kedudukan sekolah yang sukar mendapatkan liputan internet kerana lokasinya yang agak terpencil dan kawasan pedalaman.Sebagai contohnya kedudukan sekolah saya yang berhampiran dengan laut.Perkakasan ICT banyak yang rosak kerana berkarat. iii.Sistem Pendidikan berorientasikan peperiksaan Guru terbeban kerana sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.Akhirnya guru lebih terarah untuk keadaan pengajaran dan pembelajaran biasa yang dianggap lebih cepat dan berkesan.Guru jarang menjalankan pelbagai aktiviti seperti tayangan video dan seumpamanya dan diganti dengan latihan dan aktiviti latih tubi bagi memastikan murid lulus cemerlang dalam peperiksaan.Aktiviti berbentuk permainan bahasa,kuiz dan sebagainya yang boleh dijalankan menggunakan kemudahan ICT telah diabaikan.Hasilnya guru mengajar tanpa berbantukan BBM seperti ICT. 5. Tuliskan secara ringkas latar belakang konsep / teori berkaitan sudut ICT dalam bilik darjah. Di Malaysia,era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan.Perkembangan pesat dalam pembangunan industri negara dan ledakan teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


konvensional kearah memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pembangunan modal insan pelajar.Situasi ini memerlukan kualiti dan peningkatan infrastruktur sokongan yang berkesan dalam PdP melalui penggunaan BBM yang dapat memberi ruang lebih luas kepada para guru untuk mengaplikasi segala teori, kemahiran dan kepakaran yang dimilikinya. Bahan Bantu Mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran .Bahan Bantu Mengajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya . Sumber pengajaran boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru.Sumber pengajaran dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelasan makna, penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran juga merupakan satu prasyarat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.Dalam KSSR, penggunaan ICT untuk mengakses maklumat adalah antara cara untuk melaksanakan Elemen Merentas Kurikulum ( EMK ) di bawah pendekatan belajar melalui Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK )..Penggunaan ICT secara terancang dan berfikrah dalam meningkatkan kemahiran,pengetahuan dan kecekapan murid akan mampu merealisasikan harapan negara menuju Wawasan 2020.

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946

LAPORAN ANALISIS BILIK DARJAH ( TUGASAN BAHAGIAN C ) (KRP 3012 : Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah ) Nama : AMINAH BTE MOHD.AFANDI 1. Nama Sudut dalam bilik darjah yang dipilih Sudut Hasil Kerja Murid No.ID : D20111049946

SUDUT HASIL KERJA MURID

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


1. Berikan justifikasi mengapa sudut hasil kerja murid diadakan

i.Sebagai tapak pameran hasil kerja murid Salah satu kaedah memberi motivasi kepada murid adalah dengan mempamerkan bilik darjah sebagai ruang pameran hasil kerja murid.Ia boleh terdiri daripada hasil seni seperti binaan,lukisan,mobail dan kraftangan murid.Guru boleh mengumpul hasil kerja murid yang baik dan bermutu untuk diletakkan di sudut ini.Hasil kerja ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan,ia juga sebagai motivasi untuk murid terus berkarya dan menghasilkan pelbagai bahan yang lebih menarik dan kreatif.bagi murid yang hasil kerjanya tidak terpilih,ini akan menjadi suntikan semangat untuk mereka terus menghasilkan hasil karya dan kraftangan yang lebih baik dan bermutu. ii.Sebagai sudut ilmiah Bukan sahaja untuk mata pelajaran seni,pelbagai komponen mata pelajaran juga boleh dipamerkan di sudut ini.Umpamanya ciptaan dan rekaan sains,reka cipta kemahiran hidup dan pelbagai bentuk bongkah untuk mata pelajaran matematik.Sudut ini mempamerkan pelbagai bahan ilmiah sebagai nilai tambah kepada murid-murid.Murid boleh menimba pengetahuan tambahan sebagai pengukuhan dan pengayaan. iii.Sebagai medium interaksi guru dan murid Berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran bukan secara formal sahaja bahkan proses ini juga berlaku secara tidak formal.Dengan adanya sudut pameran ini murid-murid akan lebih seronok belajar dan lebih selesa untuk berinteraksi antara guru dengan murid.Proses pembelajaran menjadi lebih selesa dan mesra.Muridmurid boleh belajar dengan berpandukan bahan-bahan maujud seperti belajar mengenal bentuk bongkah dari bahan yang terhasil dari sudut pameran ini. 3.Jelaskan 3 ( TIGA ) kekuatan yang terdapat pada sudut hasil kerja murid i.Memupuk semangat dan nilai kerajinan Dengan mempamerkan hasil kerja murid ini,secara tidak langsung akan menanamkan nilai kerajinan dalam diri murid-murid untuk lebih banyak lagi berkarya.Menghasilkan pelbagai bahan yang berbentuk ilmiah dan kreatif.Muridmurid akan lebih seronok belajar kerana keceriaan yang wujud di dalam bilik darjah yang mampu menjadi pemangkin dan suntikan semangat untuk terus belajar.

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


ii.Menambah ilmu pengetahuan Belajar menggunakan bahan maujud lebih berkesan.Melalui sudut hasil kerja murid ini,setiap murid berpeluang untuk melihat,memegang,mencuba,memakai hasil-hasil yang dipamerkan.Umpamanya topeng yang dihasilkan.Ia boleh digunakan dalam aktiviti main peranan dan lakonan.Bahan-bahan yang ada di sudut tersebut boleh diguna pakai sebagai bahan bantu mengajar.Murid akan lebih seronok belajar dan melalui pengalamanpengalaman sebenar.Proses pengajaran danpembelajaran yang dilalui ini akan memberikan impak yang lebih baik bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan kepada murid. iii.Menghargai dan menjaga alam sekitar Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu reka cipta adalah berasaskan bahan terbuang.Secara tidak langsung murid telah diterapkan dengan nilai menghargai dan menjaga alam sekitar daripada pencemaran seperti pembuangan sampah sarap bahan terbuang seperti botol,tin-tin kosong,kertas dan plastik.Guru boleh menggalakkan murid menghasilkan ciptaan mereka berasaskan bahan bahan terbuang.Nilai kebersihan juga dapat diterapkan di kalangan murid-murid. 4.Jelaskan 3 ( TIGA ) kelemahan yang terdapat pada sudut hasil kerja murid i.Ruang pameran Biasanya dalam setiap kelas,murid-murid dalam lingkungan bilangan 30 40 orang.di dalam bilik darjah juga terdapat beberapa ruang /sudut yang diwujudkan seperti sudut bacaan dan sudut hasil kerja murid..Oleh itu ruang menjadi sempit sedangkan bahan yang hendak dipamerkan melebihi ruang tersebut.akibatnya hanya sebahagian sahaja hasil kerja murid yang dapat dipamerkan di sudut ini. ii.Kerosakan bahan pameran Kadar keselamatan di sesebuah bilik darjah agak longgar.Keadaan bilik darjah yang sering tidak berkunci mengundang kehadiran insan-insan yang tidak bertanggungjawab yang gemar menjalankan aktiviti vandalimse.Merosakkan harta benda.Selain itu juga sesebuah bilik darjah biasanya diguna pakai oleh pihak lain untuk menjalankan aktiviti tambahan seperti kelas tambahan.Keadaan ini kerap mengundang masalah kerosakan,kehilangan bahan-bahan yang dipamerkan.Golongan ini suka merosakkan dan kekadang mengambil sesuatu bahan /hasil pameran.Kekangan ini sukar di atasi.

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


iii.Kekangan masa dan tugas guru Tugas guru sememangnya kita sedia maklum.Bebanan tugas yang banyak kerap menyebabkan seseorang guru itu menghadapi masalah dalam menjaga dan menceriakan sudut ini.Lazimnya,bahan-bahan yang dipamerkan hanya akan diletakkan untuk satu-satu jangka masa tertentu sahaja.Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru kelas terutamanya untuk membaharui bahan pameran.Menukar bahan pameran dengan bahan yang terkini daripada hasil kerja murid.Namun kekangan tugas dan masa menyebabkan sudut ini kerap mempamerkan bahan yang sama untuk satu jangka masa yang agak lama.selain itu juga masalah ketiadaan bahan yang sesuai untuk dipamerkan. 5. Tuliskan secara ringkas latar belakang konsep / teori berkaitan sudut hasil kerja murid di dalam bilik darjah Pameran hasil kerja murd adalah sebagai satu cara untuk guru menyalurkan maklumat dan ilmu pengetahuan selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran formal.kesibukan guru mengejar sukatan pelajaran menyebabkan kekadang guru-guru terlupa menyampaikan pengetahuan dan nilai tambah kepada murid-murid.Dengan adanya sudut hasil kerja murid ini,sedikit sebanyak guru dapat menyalurkan pengetahuan tambahan kepada muridmurid.Selain itu juga penerapan motivasi dan rangsangn dapat diberikan kepada muridmurid sebagai menghargai hasil seni dan ciptaan mereka.Secara tidak langsung situasi ini berjaya menarik minat dan kesungguhan untuk murid-murid terus menghasilkan reka cipta dan hasil karya mereka.Ini juga meruoakan satu bentuk pembelajaran. Kesimpulannya, jika semua bahan yang digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan sepenuhnya dan berkesan, ia akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang bermakna. Penggunaan bahan perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara menggunakannya. .

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


LAPORAN ANALISIS BILIK DARJAH ( TUGASAN BAHAGIAN C ) (KRP 3012 : Kurikulum dan Pengajaran Sekolah Rendah ) Nama : AMINAH BTE MOHD.AFANDI 1. Nama sudut dalam bilik darjah yang dipilih Sudut Papan Kenyataan No.ID : D20111049946

SUDUT PAPAN KENYATAAN

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946

2. Berikan justifikasi mengapa sudut papan kenyataan diadakan. i.Kemudahan informasi kepada murid

Sudut informasi merupakan satu sudut untuk guru mempamerkan berita-berita dan maklumat terkini.Ia juga meliputi kenyataan misi dan visi sekolah,jadual waktu kelas,jadual tugasan murid,paparan markah ujian-ujian dan peperiksaan dan info-info terkini yang disiarkan oleh pihak sekolah.Sudut ini turut mempamerkan takwim sekolah,peraturan sekolah,notis dan sebagainya.Murid-murid akan membuat sebarang rujukan maklumat melalui sudut ini.Kesimpulanya,papan kenyataan ini amat penting dalam menyalurkan maklumat dan informasi terkini kepada muridmurid. ii. Medium perantara antara pihak sekolah dengan murid Berdasarkan kandungan yang terdapat pada papan kenyataan,jelas kepada kita sudut ini merupakan satu medium perantara antara pihak sekolah dengan murid.Segala maklumat,informasi terkini,surat-surat siaran akan dipaparkan di sudut ini.Guru kelas berperanan untuk melekatkan segala surat dan pekeliling yang diterima.Guru juga perlu peka terhadap info terkini.Melengkapkan Jadual Tugasan Murid,Jadual Waktu dan sebagainya.Oleh itu,dapatlah dikatakan bahawa sudut papan kenyataan ini merupakan satu medium perantara antara pihak sekolah dengan murid. ii.Keceriaan Bilik Darjah Papan kenyataan merupakan antara salah satu sudut di dalam bilik darjah yang berperanan penting dalam menyalurkan maklumat.Atas kepentingan ini maka adalah menjadi tugas seorang guru untuk menghias dan menceriakan sudut tersebut.Keceriaan sudut ini mampu menarik minat murid untuk melayari ruang ini bagi Mendapatkan segala info.Keceriaan sudut ini menyumbang kepada persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa.Belajar dengan dikelilingi dengan segala bulletin maklumat dan informasi. 3. Jelaskan 3 ( TIGA ) kekuatan yang terdapat pada papan kenyataan i.mengeratkan hubungan sesama warga sekolah Berdasarkan kepada fungsi papan kenyataan itu sendiri sebagai medium penyampai maklumat,maka tidak dapat kita nafikan peranan pentingnya.Segala saluran maklumat dapat dipaparkan di ruang ini.Murid-murid dapat mengutip maklumat mengenai info semasa,sekolah,guru dan maklumat peperiksaan.Segala

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


pengumuman dan surat edaran perlu dipaparka sebagai wadah informasi kepada murid-murid. ii.memudahkan pengurusan sekolah Sebagaimana yang kita telah maklum,fungsi sudut papan kenyataan adalah sebagai saluran maklumat kepada semua murid.Sehubungan dengan itu,pihak sekolah telah menjadikan sudut ini sebagai penyebar maklumat sekolah.Segala maklumat dapat disalurkan dengan mudah dan menjimatkan masa dan ruang.Selain itu,ia juga memudahkan urusan dan perjalanan sesebuah bilik darjah.Murid-murid dapat menceriakan kelas mengikut giliran pada Jadual Tugasan Murid.Kelas terkawal dan ceria kerana dapat dikawal oleh barisan AJK kelas yang telah dilantik.Waktu belajar juga dapat berjalan dengan lancer kerana setiap murid megetahui setiap waktu pengajaran sesuatu mata pelajaran dan guru-guru yang terlibat mengajar di kelaskelas tertentu.Menjadi tanggungjawab seorang ketua atau penolong kelas untuk memastikan setiap murid menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna.Hasilnya guru tidak lagi perlu sentiasa mengingatkan murid-murid tentang tugas dan tanggungjawab mereka.Oleh itu,ini akan menjimatkan masa guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. iii.memupuk dan menyemai nilai murni di kalangan murid Berdasarkan maklumat melalui Jadual Tugasan Murid,secara tidak langsung akan menanamkan sikap bertanggungjawab kepada murid-murid.Murid-murid akan menjalankan tugas mengikut giliran masing-masing.Nilai tanggungjawab dan bantu membantu dapat diterapkan dikalangan murid-murid. 4.Jelaskan 3 ( TIGA ) kelemahan yang terdapat pada papan kenyataan i. Ruang Terhad Kebiasaannya,ruang yang diperuntukkan untuk sudut papan kenyataan adalah di sisi kiri dan kanan papan hitam.Oleh itu ruang yang ada amat terhad kerana banyak bahan dan edaran perlu ditampalkan.Notis-notis sentiasa perlu di kemaskini.Info-info terkini perlu ditampalkan sedangkan ruang amat terhad.Ini menyebabkan sesetengah notis tidak dapat dipaparkan.Maklumat tersebut terpaksa diberitahu melalui lisan sahaja. ii.Kerosakan dan kehilangan Memandangkan keadaan sudut papan kenyataan yang terbuka dan tidak berkunci,menyebabkan kerap berlaku kerosakan kerana sikap tidak bertanggungjawab sesetengah murid.Situasi ini berlaku kerana kelas-kelas kerap digunapakai oleh oleh

KRP 3013 .Bahagian C /AMINAH AFANDI /D20111049946


pihak lain untuk pelbagai aktiviti menyebabkan timbul kes kehilangan dan kerosakan bahan-bahan yang dipaparkan. iii.Bahan bulletin Guru berperanan bagi memastikan bahan-bahan paparan pada papan kenyataan sentiasa dikemaskini terutama bahagian info dan edaran terkini.Namun memandangkan tugas dan beban guru amat banyak dan rencam,kekadang berlaku kekangan bagi guru untuk menukar info kepada maklumat terkini.Hasilnya berlakulah pertindihan maklumat dan maklumat yang lama masih dipaparkan di ruangan ini.Guru sepatutnya mengemaskini segala bahan buletin di papan kenyataan. 5.Tuliskan secara ringkas latar belakang konsep/teori berkaitan Papan Kenyataan Sudut Papan Kenyataan adalah satu sudut yang perlu ada di dalam sesebuah kelas.Kandungan yang terdapat di papan kenyataan adalah terdiri daripada Jadual Tugasan Harian,Jadual Waktu,Carta Organisasi Kelas,Paparan keputusan peperiksaan, notis-notis penting ,takwim sekolah dan pelan keselamatan.Sudut ini diwujudkan untuk memudahkan maklumat disalurkan daripada pihak pentadbir kepada murid-murid. Paparan Jadual Tugasan Harian adalah bertujuan untuk melancarkan lagi keceriaan bilikbilik darjah.Ia juga berperanan serampang dua mata untuk menanamkan nilai tanggungjawab dan bantu membantu di kalangan murid-murid.Murid-murid digalakkan membaca segala info yang dipaparkan untuk mendapatkan informasi terkini.

Anda mungkin juga menyukai