Anda di halaman 1dari 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

1. Masalah / Peristiwa Pada minggu ini, saya menghadapi masalah dalam kemahiran menerang sewaktu sesi interaksi PdP bersama murid. Penerangan merupakan satu proses memberi kefahaman, maklumat, konsep atau isi pelajaran kepada murid sewaktu interaksi pengajaran dan pembelajaran.

2. Analisis Pada pendapat saya, masalah ini berpunca kerana saya sering melakukan penerangan terhadap sesuatu isi pengajaran itu secara tidak teratur atau mengikut urutan yang sebenarnya. Saya kadang kala tidak mematuhi peraturan tersebut dan sering tertinggal beberapa langkah penerangan yang telah dirancang dan perkara ini mampu mengundang masalah kepada murid untuk memahami isi pengajaran guru.

3. Cadangan Susulan a) Saya patut mengkaji masalah kemahiran menerang yang tepat yang dihadapi oleh saya mungkin kerana ketidakcekapan dari aspek penerangan isi pengajaran

kepada murid dan saya akan membaca buku-buku yang berkaitan dengan kemahiran menerang yang berkesan agar saya mampu menerangkan konsep-

konsep pelajaran menjadi lebih jelas dan tepat kepada murid-murid. b) Saya akan mengikut prinsip-prinsip panduan dalam kemahiran menerang dengan mengikut urutan agar pengajaran guru dirancang dengan teliti bagi memastikan penerangan isi pengajaran oleh guru adalah jelas, menarik dan bermakna.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Penerangan adalah satu kemahiran atau proses memberi huraian serta kefahaman kepada orang lain. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu pengajaran guru sewaktu interaksi PdP bersama murid di dalam kelas menjadi siasia.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH JURNAL


Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : Ke- 2 : Minggu 2 : 7 April HINGGA 11 April 2014 : Masalah komunikasi guru

1. Masalah / Peristiwa

Pada minggu ini, saya telah menghadapi masalah komunikasi dengan murid. Kelemahan komunikasi saya semasa di dalam kelas Prasekolah Ixora. Arahan dan penerangan yang saya ujarkan kepada murid-murid agak lemah dan sukar difahami. Oleh itu, banyak berlaku kekeliruan mengenai pelajaran yang saya ajar pada waktu tersebut. Saya juga tidak terlalu tegas semasa memberi arahan kepada murid untuk melakukan kerja yang diberi. Sewaktu saya mengajar juga masih terdapat murid yang tidak fokus dan bercakap-cakap. Kelemahan saya untuk mengawal kelas ini telah menyukarkan saya untuk menyampaikan isi pelajaransebaik mungkin.
2. Analisis

Hal ini membuatkan sebahagian daripada murid-murid tidak dapat fokus dengan apa yang dituturkan dengan baik. Selain itu, saya juga kurang peka dengan persoalan yang diajukan oleh murid-murid di prasekolah ini. Oleh kerana terlalu mengejar masa sehingga saya terlupa akan keperluan dan hak murid saya untuk bertanya terutama berkaitan dengan bahan sumbang saran hasil ciptaan saya sendiri. Bukan itu sahaja, saya juga tidak memberi penerangan yang jelas semasa murid bergerak dalam kumpulan. Di samping itu, saya juga kurang menerapkan unsur kecindan dalam proses PdP yang dijalankan. Sesungguhnya, perkara-perkara tersebut akan menyumbang kepada pembentukan ralat kecil terhadap suasana PdP yang dijalankan.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


3. Cadangan Susulan

a. Saya harus belajar mempelbagaikan lagi jenis intonasi percakapan saya terlebih dahulu supaya komunikasi yang dijalankan menjadi dua hala dan mudah untuk difahami oleh murid-murid. b. Saya akan cuba untuk menjadi seorang guru yang lebih peka terhadap persoalan yang diajukan oleh murid saya kerana hal ini akan mampu menarik minat mereka untuk belajar dengan lebih tekun lagi. c. Bagi menjadikan aktiviti dalam kumpulan berjalan lancar, saya akan memberikan arahan yang lebih jelas kepada murid semasa mereka bergerak di dalam kumpulan. d. Saya akan mempertingkatkan lagi unsur kecindan dalam proses PdP yang dijalankan bagi menarik perhatian murid agar mereka lebih bersemangat untuk belajar. e. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru-guru yang ada dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain berhubung cara berkomunikasi dan perancangan aktiviti kumpulan yang berkesan.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu mulai dari 8 April hinggalah 12 April 2014. Komunikasi yang baik dan jelas perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang dirancangkan. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, sudah tentu objektif yang telah dirancangkan itu tidak dapat dicapai sepenuhnya. 5. Keputusan Setelah melakukan rujukan dan memerhati cara guru pembimbing mengajar, ianya sedikit sebanyak membantu dalam memperbaiki kelemahan yang ada pada diri ini. Arahan yang ringkas dan mudah adalah perlu bagi memastikan segala ujaran kita dapat difahami oleh murid terutamanya bagi kanak-kanak di prasekolah. Hal ini kerana, pada peringkat ini penguasaan bahasa mereka masih lagi berada pada tahap yang rendah. 6. Tindakan susulan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


Sebagai langkah peneguhan dan juga penambahbaikan, saya perlu mempertingkatkan lagi usaha saya dalam mengatasi permasalahan ini. Rujukan demi rujukan wajar dilakukan demi untuk memastikan masalah ini tidak lagi berlaku pada masa yang akan datang.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :..............................................

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :..............................................

JURNAL
Bilangan Jurnal Minggu Praktikum : Ke- _______ : ___________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH


Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal
1. Masalah /Peristiwa:

:_______________ HINGGA ___________ :

2.Analisis

3. Cadangan Tindakan Susulan

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :..............................................

Tandatangan :.............................................. Nama Tarikh :.............................................. :..............................................