Anda di halaman 1dari 6

RINGKASAN PEMBACAAN ARTIKEL MINGGUAN

Minggu 6

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ELEMEN MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Multimedia boleh diklasifikasikan sebagai gabungan pelbagai media seperti teks, grafik,audio, video dan animasi bagi menghasilkan satu persembahan maklumat yang lebih menarik, interaktif serta berkesan melalui penggunaan teknologi komputer (Baharuddin et al, 2001). Setiap elemen tersebut memainkan peranan yang besar dalam suatu proses komunikasi atau penyaluran maklumat. Benjamin dan Angela (1998) menunjukkan animasi membantu pengguna membina peta mental bagi suatu informasi. Kajian ini memberikan kesan yang positif kepada pengguna dimana ia telah meningkatkan pemahaman pengguna dalam topic yang dikaji. Roberston (1991) telah menjalankan kajian tentang animasi dan mendapati animasi mampu meningkatkan kepuasan pengguna terhadap pembelajaran. Berikut adalah pernyataannya tentang animasi: "Interactive animation is used to shift some of the user's cognitive load to the human perceptual system. ... The perceptual phenomenon of object constancy enables the user to track substructure relationships without thinking about it. When the animation is completed, no time is needed for reassimilation." [ p. 191]. Hal ini menunjukkan animasi atau multimedia mampu membantu pelajar menguasai pembelajaran mereka. Kajian Perzylo (1993) dalam Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy (2002), multimedia mengintegrasikan corak terbaik di antara pelbagai corak pembelajaran. Antara kebaikan yang bermakna dalam penggunaan multimedia untuk pembelajaran termasuklah persembahan maklumat pelbagai gaya pembelajaran. Persembahan maklumat biasanya mengintergrasikan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, auido dan video. Persembahan maklumat ini dapat dilihat serta menarik dengan satu persembahan secara berbunyi yang menambahkan minat, meningkatkan daya peringatan dan memperbaiki kadar kejayaan. Di samping itu,

RINGKASAN PEMBACAAN ARTIKEL MINGGUAN


pembelajaran dengan kelajuan sendiri dan pelajar dapat menguasai setiap peringkat, selain dapat menambahkan capaian kepada pendidikan dalam subjek tertentu walaupun kekurangan tenaga pengajar dalam matapelajaran tertentu. Kelebihan yang lain pula ialah, penambahan kawalan dan kebebasan adalah diperkenalkan ke atas proses pembelajaran. Ini adalah interaktiviti yang disediakan di dalam elemen multimedia yang membolehkan pelajar mengawal pembelajaran mereka sendiri. seperti teks, grafik, audio dan video. Oleh itu, elemen multimedia ini menjadi perangsang bagi pelajar meneruskan pembelajaran mereka dan meningkatkan pemahaman mereka dalam sesuatu topik. Menurut Vaughan (1998), multimedia turut menyediakan kemudahan interaktiviti dan membenarkan pengguna mengawal perjalanan dan masa media yang digunakan. Interaktiviti memberi peluang kepada pelajar memilih dan mengwal sendiri

pembelajaran mereka. Pelajar mampu mengawal isi yang ingin dipersembahkan samaada bila atau bagaimana ia dipersembahkan Disamping itu, penggunaan media interaktif mampu menarik perhatian serta mudah untuk difahami berbanding penggunaan bahan-bahan yang statik .

RINGKASAN PEMBACAAN ARTIKEL MINGGUAN

Minggu 7

MASALAH DISIPLIN DI SEKOLAH

Masalah disiplin pelajar di sekolah semakin menjadi-jadi pada masa kini. Selain itu, dikatakan bahawa masalah disiplin pelajar ini seperti tiada penghujungnya dan tiada jalan penyelesaian. Hal ini kerana masalah ini sering timbul dari hari ke hari. Banyak persoalan yang timbul berkenaan dengan punca masalah disiplin ini berlaku. Ada yang mengatakan bahawa dengan keluarnya perkeliling baru yang melarang guru merotan pelajar merupakan salah satu punca gejala disiplin ini semakin berleluasa. Guru tidak dibernarkan untuk merotan pelajar apatah lagi mengenakan tindakan fizikal yang lain. Situasi sekarang tidak seperti 30-40 tahun dahulu, dimana ibu bapa menyerahkan sepenuhnya kepercayaan kepada guru untuk mendidik anaknya. Guru mendidik melalui rotan ini dilihat sebagai satu kaedah yang paling berkesan dalam menangani masalah disiplin. Merotan ini bukan satu penyeksaan, tetapi satu peringatan kepada pelajar-pelajar. Ibu bapa pada masa kini dilihat terlalu memanjakan anaknya sehinggakan guru tidak boleh menjalankan proses didikan dengan betul. Ada individu yang berpendapat, penggunaan alternative lain selain merotan dapat digunakan seperti pendekatan secara nasihat, kursus dan kaunseling. Namun sejauh mana keberkesanan pendekatan ini masih tidak jelas dan kabur kerana masalah disiplin tetap pada tahap yang membimbangkan. Peranan ibu bapa sangat penting dalam membentuk sahsiah dan peribadi pelajar. Hal ini kerana anak-anak lebih banyak masa berada di rumah berbanding di sekolah. Dalam masa yang sama anak itu juga perlu ada kesedaran diri dan disiplin diri. Masalah disiplin di sekolah bukanlah perkara baru. Perbezaan keberkesanan cara lama dan cara baru telah dapat dilihat. Jika masalah ini tidak dibendung secara awal, ia akan menjejaskan generasi akan datang.

RINGKASAN PEMBACAAN ARTIKEL MINGGUAN


Minggu 8

KAEDAH PENGAJARAN MURID SEDERHANA DAN LEMAH

Murid-murid di sekolah terdiri daripada pelbagai tahap pencapaian yang berbeza-beza. Ada yang cepat faham dan tidak kurang juga yang lambat faham. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menghadapi muridmurid yang pelbagai tahap pencapaian ini.

Salah satu aspek yang penting ialah kawalan kelas. Disiplin murid harus dititik beratkan sebelum proses pembelajaran bermula. Apabila kelas telah dapat dikawal, guru boleh memulakan pembelajaran. Guru menggunakan silibus yang minimum bagi memudahkan proses pembelajaran untuk murid-murid yang lemah. Apabila murid-murid telah menguasai silibus minimum tersebut, guru boleh beralih kepada silibus yang lain. Selain itu, guru perlu memberikan semangat dan motivasi kepada mereka. Hal ini kerana mereka mudah terkesan dengan murid-murid yang lebih pintar di dalam kelas.

Selain itu juga guru boleh melakukan pembelajaran yang menarik dimana pakar mengatakan bahawa pengajaran yang menarik merupakan pengajaran yang berkesan. Di samping itu, guru juga perlu mengamalkan sikap peramah dan mudah didekati. Dengan cara ini, murid-murid tidak akan berasa takut untuk belajar dan juga boleh berkomunikasi dengan baik bersama guru. Tambahan lagi, guru juga boleh menjalankan kajian tindakan. Melalui kajian ini, guru akan dapat mengenalpasti masalah kelemahan murid dan mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan ini.

RINGKASAN PEMBACAAN ARTIKEL MINGGUAN

Minggu 9

CABARAN PROFESYEN PERGURUAN PADA MASA KINI

Tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Kini, guru menghadapi cabaran-cabaran yang mana wujud dalam konteks tugasan di sekolah dan juga bilik darjah. Antara cabaran guru profesion guru di sekolah rendah ialah tugas sebagai guru dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah. Guru perlu berfikiran kreatif dan kritis dalam merancang proses pengajaran di dalam bilik darjah. Pendekatan dan kaedah baru harus digunakan selaras dengan generasi baru yang tidak sama tahap kognitifnya dengan generasi yang lepas. Selain itu, cabaran lain yang terdapat pada seorang guru ialah guru harus menggalas pelbagai tanggungjawab lain di sekolah dan bukan terhad di dalam bilik darjah sahaja. Guru memegang jawatan lain yang tidak kena mengena dengan bilik darjah lansung seperti memegang jawatan sebagai ketua panitia, ajk keceriaan, guru stor sukan dan sebagainya. Cabaran ini harus diharungi oleh guru bagi membantu proses pengurusan pembangunan sekolah. Selain itu juga, guru terlibat dengan penyediaan pelbagai dokumen yang tidak melibatkan tugas utama seorang guru. Guru harus bertindak sebagai seorang kerani dengan mengisi pelbagai dokumen pengurusan pendidikan. Tugas guru yang sepatutnya mendidik dan mengajar di dalam bilik darjah seolah-olah tidak berhenti di situ sahaja.Tambahan lagi, guru juga terpaksa menghadapi cabaran yang melibatkan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan pihak kementerian pendidikan sebagai contoh program satu murid satu sukan. Guru-guru perlu memastikan dasar tersebut berjalan. Oleh itu, tanggungjawab guru semakin bertambah. Kesimpulannya, dunia pendidikan kini semakin berkembang pesat. Sebagai seorang guru, tidak boleh lari dari kenyataan bahawa tugas guru kini semakin mencabar dari masa ke semasa. Guru harus bersedia dalam apa jua keadaan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang ini.

RINGKASAN PEMBACAAN ARTIKEL MINGGUAN


Minggu 10