Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN


SEKOLAH KEBANGSAAN BALING
09100 BALING KEDAH
Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Bismillahhirrahmannirrahim
Alhamdulillahhirabbil alamin
Wassolatuwassalamualaasyrofil anbiya iwalmursalin
Waalaalihi wasohbihi ajmain.
Robbish rohli sodri wayasirli amri wahluluhdatanmillisani yafqahuqauli
Awal Bismillah pembuka bicara, selamat datang ungkapan alu-aluan.
Mohon izin untuk kami memulakan majlis.
Yang berusaha tetamu kehormat ________________________________________,
Yang berusaha En. Shahrudin b. Epat, Guru besar SK Baling, Yang dihormati
______________________________ YDP PIBG SK Baling, Yang dihormati Barisan
Penolong Kanan SK Baling, Yang dihormati barisan AJK PIBG SK Baling dan
seterusnya para guru, ibu bapa dan waris serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Besar langsat di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Khabar sudah bendang ke langit,
Khabar sudah rebak ke bumi,
Isik-isik dah berbunyi,
Iyang-iyang dah mengiang,
Yang jauh kami jemput dengan destar,
Yang dekat kami jemput dengan tepak,
Berhimpun pepat kita di sini,
Menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan.
Marilah kita merafakkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
kurnianya, kelapangan serta kesihatan yang diberikanNya, dapat kita berkumpul
untuk meraikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Baling tahun 2012. Majlis
mengalu-alukan
kedatangan
tetamu
kehormat,
________________________________________________
ke
majils
yang
sederhana tetapi meriah ini.
Seperti mana yang kita ketahui Hari Anugerah Kecemerlangan yang diraikan saban
tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar
bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang akademik mahupun

kokurikulum. Pada hari ini kita berpeluang melihat wajah anak-anak kita yang
mempunyai potensi yang besar dalam bidang akademik juga kokurikulum kerana
acara kita pada hari adalah penyampaian hadiah yang disulami dengan beberapa
buah persembahan yang menarik.
BACAAN DOA
Sebagai pembuka tirai acara, bersama-sama kita menadah tangan memohon restu
agar majlis kita pada hari ini mendapat keberkatan dan berjalan lancar. Majlis
dengan sukacitanya mempersilakan _____________________________________
untuk memimpin bacaan doa.
UCAPAN ALU-ALUAN GB
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Encik Shahrudin b. Epat, GB SK Baling untuk menyampaikan ucapan alualuan.
UCAPAN PERASMIAN
Yang kecil tidak disebut nama,
Yang besar tidak dihimbau gelar,
Yang cerdik dengan pandainya,
Yang jauh tundan-bertundan,
Yang dekat sogo-bersogo,
Yang ruas dah sampai ke buku,
Yang kitab sudah berkhatam,
Yang terniat sudah terkabul,
Yang diminta sudah dapat,
Umpama memanjat dah sampai ke puncak.

Kini tibalah kita ke persada ucapan perasmian. Untuk menyempurnakannya, majlis


dengan penuh hormat dan takzim, mempersilakan tetamu kehormat kita,
_______________________________________________ untuk menyampaikan
ucapan beliau. Majlis mempersilakan.

PENUTUP UNTUK TETAMU KEHORMAT BEREDAR KE JAMUAN RINGAN


Terkena kata orang tua-tua,
Yang manusia mengandung salah mengandung cacat kebelan,
Terkandung silap dengan lupa kalau kami tersalah adab,
Kalau kami tersalah cakap, kalau kami tersalah duduk,
Yang patut tak dipatutkan, kami mohon ampun,
Kami susun jari sepuluh, kami tundukkan kepala nan sebuah.
Itulah ucap kata kami,
Itulah isi hati kami,
Tak bermanis mulut di bibir,
Terima kasih menjunjung budi.
Dengan segala hormatnya dijemput Yang Berusaha En. Shahrudin b. Epat, GB SK
Baling
mengiringi
tetamu
kehormat
_____________________________________________ bersama yang dihormati
___________________________________ YDP PIBG bersama AJK yang lain
beredar untuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Dipersilakan.

Anda mungkin juga menyukai